Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, November 26, 2008

Messy and smelly

Lately ni kan cuaca tak menentu kadang2 hujan je. Tapi hari ni tak hujan kot mintak2 tak lah. Hari isnin hari tu i EL adala sebab tertentu campur tolak bahagi perasaan malas yg menang so i EL la. Dah alang2 tak keje pegi laa rumah mama duk situ lagi best drpd duk rumah sorang2 bosan. Dalam sedap2 duk melepak tetiba ada laa satu makhluk berbulu ni lalu dpn aku makkk aiiii bau nye busuk gilaaaa hancing tak ingattt..... dgn basah2 bulu nye Obie teruk gila dah macam kain pengesat kaki dahh.

Dengan segera tak mau tunggu2 dahh walaupun hari isnin tu cuaca malap campur sejuk2 i tak pendulik terus je mandikan dia. Lepas mandi tak sampai sejam terus berdesup keluar rumah, camana nak bersih nie .. nasib baik plak bila dia balik rumah tu bulu dia dah kering so kitaorg pun sikat2 laa ala feeling cam sikat rambut barbie doll sambil gunting bulu simpul dia pastu dia hangin cabut lagi ntah kemana.



Semalam balik keje singgah tengok Obie masih lagi bersih dan wangi semerbak heheheh terima kasih laa Friskies sbb bagi shampoo percuma boleh guna selalu la kalau cam ni. Sebab rambut Obie kan panjang kalau sebotol tu boleh guna 3 kali je maksimum nasib baik laa hari tu belik friskies dpt stok shampoo free.

Cauu

Thursday, November 13, 2008

wrong pair

Bulan lepas banyak btul jamuan kat opis ni dari jamuan hari raya pastu deepavali, jamuan harijadi, berenti keje macam2 lah. Bila dijemput pegi laa kan takkan nak menolak rezeki plak, bawak perut je pastu isi penuh2 .. huhh sengsara btul perutku. Macam biasala kalau jamuan kat sini selalunya start waktu petang2 dekat2 5.30 gitu, tengah ralit dok bekerja ni kadang2 hampir terlupa plak hinggalah ada member ajak pegi. Adala sekali tu tengah2 dok syok keje ni kan (yelaa konsep nak balik cepat kenala abiskan keje cepat) tetiba member ajak join jamuan deeparaya pastu terkocoh la i ni pegi dgn tak bersedia janji nak cepat kan.

Dorang buat jamuan tu kat sblh dept i je same floor tak yah jalan jauh2, sampai situ makan2 tak pandang kiri kanan dah sbb lapar kang tahan perut ni ... tak kisah dah org lain dok sembang2 ambik gambar ke aku ni concentrate gila makan. Pastu selesai nak jalan balik ke cluster rasa lain macam ke kat kaki ni cam tempang ke aku ni byk mkn td pastu bleh tak aku tak intai pun kat bawah hinggalah aku duduk baru perasan yang KASUT KU LAIN SEBELAH cam bengong je tak rasa langsung.


haa nampak tu kaki mak su kat sebelah tu .. dia yang saksikan kecuaian ku.

Nasib baik kat situ tak ramai org kalau tak sure malu, mesti org ingat dia ni nak jadik trend setter ke apa pakai kasut lain sebelah tak pun org ingat kasut aku rosak sebelah tinggal sebelah2 je tu yg bantai pakai tu kan ... :(.
Kasut i pakai kat atas tu kasut biasa je yer ... jangan kata i ni nak menunjuk2 plak, kasut murah je tuh.