Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, August 26, 2010

Happy Birthday Adam

Alhamdulillah, today Adam is officialy 1 year old. He received his 1st bday present last nite from Opah, Tok Wan and Mak Ngah (deer's parent & sis) a toy and beberapa helai baju raya. This morning another bday present... his one year old jab, nangis sket je sbb dia pandang jarum tu masa kena jab heheeh pastu menangis ketakutan. Mommy harap seperti biasala Adam tak demam after any injection.

Sekarang dah lasak dan pandai macam2 dah, merangkak dan memanjat dah pro sampai abis segala kerusi nak panjat tak lupa juga tangga panjat gaya ala juara la. Baru2 ni Mama tok nah panik sbb tetiba Adam hilang dari pandangan dia carik sana sini tade .. rupanya duk bawah meja .. hehhe so next time kalau ilang lagi carilaa Adam di bawah meja, kerusi or katil , suka baring bawah katil. Minat terhadap segala jenis tayar semakin menebal hinggakan tayar kereta papa pun Adam nak peluk .. agaknya nak measure tayar tu kot compare dgn tayar lori. Rasanya kalau dah boleh antar tadika sure mommy dah hantar ni sbb Adam ni suka nak berkawan, kalau nampak budak2 lain je pandai tegur "hai" and bye2 la pastu kalau dgr baby je terbeliak mata apatah lagi kalau baby nangis muncung2 mulut dia cam concern je .. pastu bitau i 'bb yai' maksudnya baby cry, mm macam ler dia tak nangis cuba kalau tak bagi pape dia nak terus throw tantrum kat situ jugak.

Rindu plak waktu Adam dlm perut i, his kicking and moving semua i boleh rasa and i really enjoyed it.


Gambar Adam then and now, grow up so fast. Birthday party tadelaa nak buat dlm masa terdekat ni tunggula lepas raya lagipun bulan2 puasa ni kang buat parti org tak dtg plak iyelaa apa tak nye org sibuk nak raya dah ni. Tak pe laa nnt malam ni kita beli kek Adam tiup tapi mommy mkn kek tu .. bkn Adam blh mkn pun. Ohh part nak beli kek dah berbulan kami cari akhirnya jumpa jugak kek jelly yg tade skim milk tuh, nnt nak buat party tu la mommy beli yer.
Happy birthday Adam .. mommy n papa doakan semoga Adam membesar dgn sihat dan semoga menjadi anak yg soleh serta berjaya dunia dan akhirat .. Amin.

Daaaaaaaaaaaaa

Thursday, August 19, 2010

i luv august

Waah lama tak berupdate blog aku ni kan ... tetiba hiksss cam org kesah, tak pe org tak baca aku baca pat belas kali sehari blog sendiri .. heheeehheh. Dah pertengahan August pun baru nak citer naper suka August tak pelaaaa i lembap sket lately bkn sbb pose mmg saje cam tu built in. Berbalik kepada citer kita hari ni iaitu August ... Oooh i love August ... there is so many good things happened in August, bonus, increment, i've got promoted, Adam will turn 1, jugak bulan mulia penuh keberkatan Ramadhan and waaaaaaaaah Alhamdulillah.

Reason why i'm busy lately tu sbb salah satunya pegi shopping hehehhehmiahhahahha tadelaa membazir pun just beli barang2 perlu je yg lebih tu simpan utk masa depan. Beli barang2 Adam la yg paling byk pun, tulaa he's my first priority now .. tak sangka kehendak sendiri dah jadik no 2 dah. Birthday party Adam nnt rasanya i buat lepas raya la tapi simple2 jelaa tak baik membazir2 ni.

Actually i tgh tunggu masa ni to switch to nu post tu tapi tahlaa mgmt ni kalau dorang lembap cam kulat ni tak pe tapi cuba kalau kita slow cam tu harus diberi kaunseling la ptg increment la reason sbb SLOW. Owhh tak baik berckp begitu dibulan mulia ni .. sabar sabar (tarik napas.. fuh lepas .. ahhhh ) tapi tak pe saya tak lupa juga bersyukur Alhamdulillah mintak2 lepas ni i dah tak payah susah2 tahan telinga kena maki dah sbb i dah tak jadik seketari cabuk lagik hehehehheh i've got promoted jadik kuli jugak tapi buat keje lain dah dan harapanku semoga aku akan bahagia buat keje baruku nnt. Walaupun bonus dan incrementku tadelaa banyak hinggakan i boleh tukar kereta bmw dan membeli 5 bijik bag LV sekaligus, tapi i tetap bersyukur sbb janji adooooooooooooo dan lebih baik dari thn lepas. Lepas ni boss2 ku 'selamat jalan' kalau rasa nak marah dan tak puas ati silalaa maki seketari baru yer .. kalau berani la hikss ... :D ...

Okaylaa sblm blah saya sajikan gambar Adam buah hati pengarang jantungku. Yang suka tak pakai baju skrg ni sbb panas dan berpeluh.

Adam minat sangat dgn tayar ... tak kiralaa dari tayar treler dijalanraya hingga tayar kereta kecik montok kesayangan dia. Setiap kali dpt benda bertayar mesti dia berlagu gelek tayar tu dgn tangan dia.

Till next time Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: selamat berpuasa.

Friday, August 13, 2010

Ramadhan - 2nd day

Hari kedua Ramadhan, 100 hari adik telah meninggalkan kami semua. Sebenarnya smlm lagi nak buat entry abt this tapi tah laa tade mood tetiba bila memikirkan ini. Beberapa kali saya cuba call mama smlm tak jawab pun, dari pagi ke malam tak jawab phone .. pelik dan panik mulanya tapi tak nak pikir negative lah mungkin mama sibuk, yelaa mana tau dia ada buat bacaan doa ke panggil jiran2 buka puasa skali. Hari ni mama call cam sedih je suara dia tadi rupanya smlm mmg dia sibuk buat bacaan doa dan Yassin buat arwah tapi tak jemput sesapa pun cuma mama dan abah je.
Kami semua masih sedih lagi dan takkan melupakan dia buat selamanya .. kenangan kami bersama dia tetap tersimpan rapi .. tapi tak pe la nak buat macam mana pun dah ketentuan dariNYA yg maha berkuasa, sesungguhnya Allah maha berkuasa dan maha mengetahui .. kehidupan ini adalah sementara dan semua ini adalah pinjaman dariNya. Adik tentu dah bahagia di sana, dia tak sakit lagi spt dulu dan penderitaan dia dah berakhir di atas muka bumi ini. .. Semoga roh adik tenang dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman .. Al fatihah.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua.

pic ambik from google.

Salam Ramadhan .. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa