Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, May 26, 2010

Happy 9 months old

Happy 9 months old Adam .. Mommy masih ingat Adam ni little baby. Adam dah pandai berdiri lepas tangan, can sit without support dan boleh merangkak laju dah. Gigi pulak maintan 2 batang kat bawah. Baru seminggu dua ni Adam dah reti mengamuk, siap tendang2 lagi .. adoiii nak kena layan tantrum baby. Pagi2 kalau i hantar rumah auntie dia dah boleh waving bye-bye sambil sengih2, pastu petang bila nak ambik Adam mesti kena pegi ambik dia kat Aeon Setiawangsa sbb auntie n cousin i almost tetiap hari bawak Adam berjalan kat situ. Suka sangatlah dia kalau dibawak ke situ sbb kat situ kan ada taman dan air pancut tu .. sampai basah2 main air pancut tu.

Adam dan Opah on d way to Country Homes Rawang ... See dah ada gaya budak besar dah.

Dah tak suka duduk kat stroller or car seat .. teruk ler mommy nak dukung je manjang tak kira masa, gilir2 dgn papa pun tak still tak larat. Kalau kat dlm mall dia duduklah kejap kat stroller tapi kejap2 mintak dukung, kalau tak dukung siap tendang2 tu elok je angkat terus senyum lebar tunjuk itu ini .. ooh lagi satu nak kasi dia duduk kat stroller kena beli toy baru elok je dia duduk kat dlm tu sambil belek2 toy baru, toy lama tak nak yer siap campak lagi .. feeling2 mak bapak dia cop duit kot tu ygn nak toy baru tetiap kali keluar.

Car seat plak nak duduk kalau nak minum susu je or nak tido je, abis susu terus mengeliat badan nak bangun .. bahaya lah cam ni camana lah kalau mommy nak drive nnt. Kat dalam kereta lasak macam kat rumah jugak nak bergerak bebas, tapi kitaorg ada umpan iaitu pasang je cd baby Mozart terus Adam macam high je hehehehhe pastu still nak main2 tapi tak lasak sangat dia macam calm je and sometimes dia senang nak tido kalau kita pasang music classic tu. CD tu adalah sangat penting bagi kami, dah jarang dah dgr radio2 ni .. tetiap kali duk pasang music macam tu dgn kitaorg skali bertenang hehhee camana lasak or meragam pun Adam mommy n papa cam rilex je handle gara2 dgr calming classical music Adam la ni .. heheheheheh

Camana agaknya nak bagi anak berdisiplin duduk kat car seat sampai umur 4 thn cam anak org puteh tu. Kalau nak marah tengking2 or cubit2 pun tak guna baby apa tau .. cam mendera la plak paksa dia cam tu, kesian la nak paksa2 ni .. habis tu camana yer?


Okaylaa till next time daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, May 19, 2010

Sweeten up my day

Adam really sweeten up my day, dia dah pandai buat lawak. Kalau nak sedih2 pun tak guna kalau Adam ada next to me .. he really2 sweet. Actually banyak nak update pasal Adam tapi nnt lah next next entry ke.


perasan tak gigi 2 batang kat pic atas tu hehehhe Adam dah ada gigi 2 batang dan sejak dah ada gigi ni dia duk asah gigi dia merata mostly suka asah kat bahu mommy ... sakit jugak. Kadang2 dia selamba je merangkak to me pastu macam nak manja2 kat lap mommy padahal nak gigit. Sekali kena gigit tegak jugaklah rambut mommy ni.

Till next entry

Daaaaaaaaaaa

Thursday, May 13, 2010

Adikku ..

Lama tak berupdate blog ini, saya tak de mood langsung nak berbloging skrg. Saya masih bersedih, masih tidak boleh menerima kenyataan dan masih tidak percaya yg ianya sudah berlaku. Tapi saya redha dgn ketentuanNYA.


5 Mei 2010 adik saya yg bongsu Nik Hanif Muhamad pergi buat selama-lamanya, diusia 21 tahun. Sebagai adik yg bongsu dia mmg manja dan asyik berkepit dgn parents aje tambahan pulak dia asyik sakit aje. Pada hari kejadian tu dia tak dela sakit teruk malah boleh bangun berjalan ke kereta utk ke hospital pada pagi itu. Pagi Rabu tu saya mmg masuk ofis lambat tapi dah inform boss nak bawak anak pegi check up, dan pagi tu jugak mama saya pun bawak adik pegi hospital katanya nak ambil nabulizer je sbb semput. Sampai ofis mama call lagi kali ni ckp adik perlu dibawa ke HUSM sbb keadaan dia spt bertambah teruk sket, tapi mama kata tade apa2 so saya tak perlu risau. Tak sampai 15 minit kemudian mama call lagi ckp "Adik dah tak ada lagi dah" sambil nangis2 .... saya rasa nak terpengsan, tetiba rasa gelap sekeliling tak percaya tapi perlu terima hakikat.


Adik meninggal dlm perjalanan ke HUSM dalam ambulans, hanya mama berada disisi dia masa tu sbb abah balik nak ambil pakaian dia utk dibawa ke hospital. Pemergian adik betul2 mengejutkan semua org sbb dia pergi dgn tiba2 dia hanya mengalami sakit biasa iaitu sakit saraf dia yg kadang2 otot dia lemah dan juga Asma .. betapa besar kuasa Allah. Saya tak sempat menatap wajah dia buat kali terakhir dan saya amatlah ralat sekali ... peluang tu tak akan kembali.


Dia sepatutnya datang melawat saya next mth on the 4th June kononnya cuti sekolah nak habiskan masa disini main2 dgn Adam ... tapi dia dah tiada lagi. Saya tak jumpa dia sejak tahun lepas, bulan Oct 09 adalah bulan terakhir saya jumpa dia masa tu saya hantar dia balik kampung sambil2 saya nak habiskan masa berpantang kat sana. Lama betul saya tak jumpa dia, bukan nya kitaorg tak nak balik kampung tapi memandangkan ada baby maka saya tak berani nak travel jauh2 jadik mengharapkan dia dtg sini jela. Saya mmg rindukan dia, dialah yg paling kecoh kalau kami balik kg, dia juga suka masak, suka bergaduh dgn saya, dia lah jugak tukang gelak lawak2 saya yg bodoh ni ...dia lah yg paling ceria antara kami semua. Balik rumah parents tanpa dia mmg sunyi sepi, tiada lagi gelak tawa dia yg riang.


Tujuan parents saya balik kampung sbb nak bagi dia peluang menjadi petani moden ditanah pusaka milik abah. Tanah dikampung agak luas terbentang dan terbiar tapi sejak dia ada disana dan pun di usahakan macam2 tanaman dan jugak dia dah punya haiwan ternakan. Semasa disana saya pegi melawat kebun dia mmg sedih sbb tanaman dia dah tunggu masa nak dpt hasil, kini abah pun dah tawar hati dgn semua tu .. setiap hari dia dan abah lah duk ulang alik ke kebun tanaman tu. Nak cerita lebih lanjut tak boleh lah sebak rasanya ni.


Risau jugak pada mulanya bila saya tgk parents terutamanya mama yg asyik mengalirkan air mata tak kira masa .. tapi Alhamdulillah sebelum saya pulang ke KL saya nampak mama dan Abah kembali tenang spt biasa .. dan utk memastikan keadaan okay saya telefon mama 2 jam sekali setiap hari. Dan hari ini saya betul2 bersyukur mama dah okay dan kembali ceria sikit2 dah dan makan pun dah kembali berselera spt biasa.


Saya mendoakan semoga roh Adik ditempatkan dikalangan org2 yg beriman ... Al Fatihah.


p/s: saya kini hanya ada seorang adik sahaja.

Tuesday, May 4, 2010

Adam 1st shoes

Adam sejak dah pandai berdiri ni rasanya tak sesuai lagi dah kalau nak bawak keluar pakai stokin je. Nampak tak lengkap je .. macam tak bergaya pun ada jugak, tapi i sendiri yg decide dulu tak nak beli kasut dia lagi. Sebenarnya opah Adam (MIL) dan belikan dia kasut, kasut yg lembut2 je dan senang nak pakai . Memang selalu pakai yg Opah bagi ni lah sebelum kitaorg beli yg baru. Tapi i cam biasalah cam sedih plak bila i sendiri tak beli pun lagi kasut kat Adam, pastu terus nekad kali ni kalau jumpa je yg sesuai mesti beli.


Masa i pegi MidValley tu selain ptg rambut i ni .. heheheh terjumpalah plak kasut sesuai for Adam .. ehheehe actually kasut ni Adam sendiri yg pilih. Masa kat kedai tu i tengok kasut lain duk try kat kaki dia tapi dia tetiba pegi capai kasut ni, so i pikir yg ni kot Adam berkenan sbb yg i pilih tu dia tak pandang pun. Tapi bila i tunjuk kasut yg pilih tu kat dia "Adam nak kasut ni tak?" dia senyum meleret je macam selalunya bila kita tanya "Adam nak susu tak?' kalau nak dia akan senyum sambil melonjak2 maknanya dia nak .. hehe so i pun agaklah Adam mmg minat yg ni kot. I pun mintak lah kat SA tu ambilkan sepasang in his size dan try pakai kat dia pastu bila kita letak dia berdiri terus dia lompat2 cam happy je. Terus panggil Deer ckp Adam nak yg ni dan bayar .. keluar dari kedai tu terus pakai. Ooh kasut yg i berkenan tu bentuk selipar yg ada magic tape tu brand nike .. sbb terpengaruh tengok ada baby org lain pakai cam comel sangat, tapi yg tu Adam tak berapa suka....i suka sangat sebab amat senang nak pakai dan tahan lama .. tak pela nnt i akan beli jugak. Kalau beli utk Adam jimat sket nnt boleh pass kat adik dia in future tak yah beli kasut bebyk dah.

Inilah kasut yg Adam pilih tu ... tak tipu tau dia mmg pandai pilih barang. Kalau tak nak dia pandang kat tempat lain tapi kalau dia nak dia akan ambik dan pegang.



Ini pulak kasut yg opah Adam bagi tu .. amat selesa sekali, lembut macam stokin je. Adam pun suka sangat pakai yg ni. Yg opah bagi ni dah lama dah Adam belasah cam dah bertambah lembik dah . Berjasa tau kasut ni kat Adam .. thanks Opah bagi Adam kasut comey ni :D.


Model kaki memperagakan kedua2 kasut lama dan baru .. nanti mummy beli lagi kasut baru utk Adam.

p/s: Adam pakai kedua2 kasut tu sangat comel. Jangan lah salah sangka plak yg i ni nak show off ke apa cuma i terlebih excited tak tentu hala nak letak gambar kasut anak kat blog ni .. almaklumlah kasut baru .. kasut pertama plak tu hiksss.

Monday, May 3, 2010

Really Bad Hair day

Dah lama rasanya i nak tukar hair style tapi asyik tak sempat je nak pegi salon nak gunting betul2. Kalau tak silap i potong rambut last skali masa awal thn 2009 dlm bln Jan /Feb cam tu laa potong dan color skali dan juga treatment. Memang tetiap kali kalau i ptg rambut mesti pendek sbb kemas dan teratur dan lagi satu tahan lama nak panjang tu lambat kan hehehheh. Sejak bersalinkan Adam hari tu rambut menjadi semakin dasat dan teruk, dengan gugur rambut tak tentu hala pastu Adam duk tarik2 .. tension tgk huduhnya rambut aku.

Tapi hari Sabtu tu i betul2 nekad ckp dengan Deer kita kena bangun pagi i nak gi gunting rambut kat Mid Valley (Ja**zen)... kena g pagi2 sbb parking kat situ kan hazab sket kalau tgh hari. Tetiap kali nak potong rambut memang kat situ aje dan dah lama tak try tempat lain sbb takut bertambah huduh. Ceritanya begini, I sampai sana dlm pkl 2.45ptg cam tu, pastu org ramai penuh dan receptionist dpn kedai tu suruh i dtg balik pkl 4 ptg so i agreed. Pastu kitaorg dtg balik pkl 4 tu dia bawak i duduk so tak tanya pun designer mana dan brapa RM kalau ptg ikut my hair length ni. So i pun sambil2 duduk tu refer lah magazine kat situ nak hair style camana pastu bitau dia(ooh nama hair stylist pun aku tak tanya) masa i tunjuk nak design ni dia pun ckp tak sesuai sbb rambut i bla bla22 okay fine pastu i tunjuk yg lain plak dia pun bla2 ... oh tak sesuai lagik .. pastu semua style yg i tunjuk tak sesuai. Dia suggest ptg BOB je, itu je yg boleh padan dgn keadaan rambut i skrg ni (konon) alaa kalau ptg cam tu mak cik aku pun bleh buat .. tapi sbb kat Ja**zen so i nak kelainan sket la. Bukan itu saja mamat designer ni duk suruh i buat hair treatment la, color lah ambik pakej apa la dan suruh buat apa tah tapi semua tu tak nak kan.... dan dia cam hangin je. Lama tau dia membebel sambil masam muka siap cakap i jaga rambut padahal perempuan tak boleh cam ni laaa .. marah la tu sbb i tak nak buat apa yg dia suggest tu pastu i ckp lah tak pela kalau you tak boleh potong rambut i macam Nicole from group KARA (kara kot kalau tak silap, ooh grp kOREA) you potong lah ikut suka you.
Tak tau lah dia dengar ke tidak ke dia main ptg je sambil cakap this style tak sesuai buat you bla2 i pun pelik apa plak mamat ni kan ke aku dah suruh ko potong ikut gaya ko, dah risau dah ni apa dia buat ni potongan apa ni ..masa dia ptong rambut i tu dia tinggal2 kejap sbb pegi adjust rambut client dia yg lain pastu kejar2 sana sini. Sampai sejam aku kat situ sbb nak ptg rambut JE lambat gila jadinya dan dia nampak buat cam main2 pun ada. Last2 siap jugak, nasib baik menjadi spt yg aku nak .. so tak pela pastu i tengok lah client sebelah seat i aik ada tea lagik .. kat aku tak bagik tea pun pastu layan aku cam cibai je ... tak pe i senyap jelaa malu plak nak argue2 alah takat tea tu tapi layanan tu boleh perbetulkan sket tak .
Sambil2 dia betulkan rambut i yg dah diblow tu dia tanya ada tak org kat depan tu ckp brapa RM .. so i ckp tak de rasanya last time i dtg sini kalau shoulder length tu dlm 48 to 65 je dan mmg kat list current pun macam tu lagi harga dia TAPI dia charge aku mahal gila utk potongan dia yg ala2 dia buat tu sambil2 kejar ayam dia charge dlm RM 78 gila tau ... tak puas hati aku. Lepas ni tobat lah aku tak pegi lagi.
I rasa dia layan i ala2 tu sbb masa tu sales dia tgh kencang kan hari minggu awal bulan pastu i tak terima suggestion dia suruh ambik treatment dan potong style BOB .. itu adalah sebab ptg BOB tu kan senang tak remeh, kan ke masa tu dia ramai client nak kejar semua .. lagi2 clients lain ambik semua treatment yg mahal2 tu mestilah diutamakan. Treatment or coloring dia suggest tu aku tak nak sbb last time aku buat tak de hasil pun rambut semakin kering gak dan coloring dia tu hari tu aku buat color merah pastu lepas seminggu jadik cam perang2 dan semakin luntur hingga tade color pun pastu tak cantik. Semua benda dia suggest tu dulu aku ambik dan up dia charge dlm RM 600 tau tapi sia2 semua tu aku tetap huduh jugak. Lain kali aku takkan jejak lagi kaki kat situ kalau nak charge memahal cam tu baik aku pegi je A Cut Above je tentunya aku akan kata OOOh patut lah mahal dah tu aku nak sangat ptg kat A Cut Above kan. So next time berkenaan rambut i dah jumpa salon yg sesuai yg menawarkan harga berpatutan dan servis yg baik (ooh bkn A Cut Above lah salon lain)
p/s : buat sendiri je hair treatment / scalp treatment pakai aloevera dan daun pokok bunga raya yg ditanam depan rumah .. murah dan organik. Terjamin selamat dan berkesan. Gambar terbaru saya menayang rambut baru tade sbb malu nak pose2 tunjuk rambut semata hehehe next time jelaa.