Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, September 30, 2010

Yoga Baby


My baby mmg suka tidur lewat malam (dlm pukul 11pm above). Kalau mengantuk sangat ada jugak dia tidur awal (paling awal pkl 9.30pm) tapi kalau tido awal dia bangun minum susu adala 2 hingga 3 kali jugak. Adam ni kalau mengantuk suka tahan mata, bila terasa mengantuk je mesti dia refused his milk (sbb bila minum susu mata boleh layu) selagi mampu dia bermain je dan i noticed kalau mengantuk suka buat position macam yoga (position downward dog)jadi bila asik duk beryoga je tu kami paham la .. mmg budak ni mengantuk la ni, tapi kami tak paksa dia tido pun bagi je dia bermain sampai dia takat mana dia nak.


Memang bahaya kalau dia buat macam ni sorang2, sebab tu la i tak pernah tinggal dia main sendirian takut terjadi apa2 yg tak diingini. I rasa dia mendapat inspirasi daripada memerhatikan gaya kami solat kot .. macam gaya sujud pun ada tapi nak kata dia nak angkat badan berdiri pun tidak sbb dia dah pro angkat badan nak berdiri ni cuma nak melangkah je takut.

Masa ni baru abis menyusu, minum susu pun tak nak baring okay tapi nak sandar je kat badan kita barula boleh tahan lagi mata dari layu. Tu tgh sandar kat mama tok nah (masa ni i bermalam kat rumah cik nah). Tengah tengok TV jap .. suka tengok iklan kegemaran kit kat yg nyanyi karaoke tu lagi satu suka tengok Barney.

Lepas abis menyusu sambung balik buat yoga sampai tertido. Begitula Adam bila mengantuk, bukan spt org mengantuk disorong bantal sbb tido pun tak pakai bantal.

Till next time

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, September 29, 2010

Healthy day

Raya hari tu i makan banyak jugak, alaa i rasa semua org la mkn byk .. mm takkan nak tolak rezeki kan. I suka makan rendang ni tak kiralaa rendang apa tapi tak suka biskut raya or kek tapi i suka kek secret recipe (ehehe memilih) sbb ia tak manis. Tahlaa mmg tak suka makan manis2 sbb immediately boleh pening lepas tu, manis2 buah i suka. Sejak raya pertama asyik mkn byk je, puasa 6 pulak tak start2 lagi ... terasa bersalah kat badan ni duk sumbat makanan byk2 takut pun ada jugak. InsyaAllah next week nak puasa la ... sbb i terasa cam tak sedap badan dah ni maybe makan pulut byk kot. Tu yg kitaorg sampai demam2 tu mkn macam2 sampai tak sedar diri terseksa.
Ooh i dan Deer dah tekad nak start balik jogging2 dihari minggu .. at least seminggu sekali pun tak pe janji ada jugak healthy day. Kitaorg dah start jogging last 2 week, dulu2 pun before i pregnantkan Adam kitaorg mmg selalu jog weekend tapi sejak Adam lahir payah sket kan masa tu dia kecik la pastu skrg ni dia dah setahun sebulan dan rasanya boleh start balik dah. Adam bagi kerjasama yg baik, tak de merengek nak mintak benda bukan2 mmg behaved sangat .. ooh kitaorg gilir2 lari iaitu Deer lari 2 pusingan berhenti pegang Adam dan i lari 2 pusingan berhenti ambik Adam dan seterusnya sampai tak larat nak lari lagi laa. Tempat jogging kami dekat area rumah je dekat ada taman ni tempat org jogging ramai kat sini pastu ada taman kanak2 bolehlaa bagi Adam main gelungsur tu bagi dia happy2 tak bosan menunggu.

Semoga lepas ni rajin2 laa kami teruskan niat baik kekal sihat ni .. jangan sekerat jalan sudah. Till next time Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Masih berhari raya

Lama i tak update, bukannya busy berhari raya pun tapi busy demam. Seminggu selepas raya kami demam tapi i demam lite2 je, Deer demam teruk. Alhamdulillah kami dah okay dan paling bersyukur dalam waktu semua org gilir2 demam tu Adam sihat tak kena jangkitan kat dia pun. Tahun ni i dapat adala dua tiga jemputan rumah terbuka tapi tak pergi pun kan kami demam ..tapi nak ucapkan terima kasih lah kepada sesiapa yg menjemput tu, semoga murah rezeki anda kerna suka jamu2 org ni.

I tak ada plan pun nak buat open house ni tapi i ada plan nak buat Birthday party Adam .. alaa buat kecil-kecilan je. Tarikh pun tak ada lagi sbb nak tunggu semua org available ni payah sket, pastu kawan2 yg dijemput pun tak ramai kot .. mmm apapun tengoklah nnt camana. Tak ada apa nak citer dah ni tapi ada gambar saki baki hari raya hari tu ...

Adam dgn Mama tok Nah je all d time. Muka muncung sbb panas pastu ngamuk nak minum air merah.

Pastu dpt duit raya dari auntie Erin tapi lupa nak salam ... patah balik pegi salam. Dalam gambar tu macam dah boleh berlari tapi masih bertatih lagi still tak pro lagi sampai hari ni.

Tak puas ati aah duit raya satu envelope je ... tgh tunggu more duit raya.

Ambik gambar dgn aunti Jaja macam konon2 iklan pemanduan berhemat balik kampung. Tapi tak balik kampung pun .. masa ni raya kedua dah.


Gambar raya kedua jugak kat rumah Jaja tgh tunggu cik nab masak2. Kitaorg makan keropok pastu Adam pun nak jugakk. Tade baju raya dah masa ni .. alaa takat kitaorg je pakai apa ada jelaa lagipun Adam tukar baju 5 or 6 kali sehari tak de duhet ler nak beli baju raya 30 helai utk 30 hari .. tu jelaa hari raya ku.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, September 17, 2010

1 Syawal ku

Hari ni saya dah kembali bekerja setelah bercuti beberapa hari. Hari raya saya cam biasalaa meriahla jugak w/pun saya sedih sbb tak beraya bersama keluarga saya. Tahun ni saya beraya di Kepong lagik .. iye mmg tetiap tahun pun kat sini la, bukannya laki saya tak mau balik kg saya nun di Kelantan tapi saya sendiri pun ngeri dgn kesesakan lalu lintas nak pulang ke sana tu. Malah mama saya sendiri pun kata baik balik lepas raya laa .. tak payahlaa berebut dgn org ramai yg bersesak tu. Owwh beraya kat rumah PIL pun best jugak sbb dorang mmg meriah sblm raya dgn memasak dan mengemasnya macam dah nak kenduri, tp keluarga sendiri tetap dihati :D.


Raya pertama .. pagi2 lagi kami berdua beraya kejap kat rumah PIL salam2, makan2 dan lepak2 jap dan lepas solat jumaat spt yg dijanjikan oleh Deer yg raya pertama saya nak ke tempat berkumpul kaum keluarga sblh mama saya (keluarga sblh mama mostly menetap kat KL/S'gor) iaitu di rumah auntie saya di Taman Ibukota. Mok(nenek) ada kat situ maka semua anak cucunya berkumpul disitula.




Adam dipagi raya bersama tok wan dan opah. Masa ni lepas sembahyang raya. Ni masa beraya kat Kepong dgn keluarga PIL.

Ni kat Taman Ibukota dan tgk la Adam masa ni tade nak duk dgn mummy lagi dah asyik kepit dgn mama tok nah jegh. Ooh yg dukung Adam tu auntie i yg jaga Adam. Cik Nah ni kakak mama i ler dan sebelah i tu sepupu gak belakang kiri kanan tu semua sedara mara ler


Dorang ni sepupu saya, mmg ramai perempuan dari lelaki. Semua dah besar2 belaka dah keje dan sekolah menengah dah, tinggal yg paling kecik Ayla je. Oooh nnt kena spare baju kenduri byk2 ni mana tau kang tetiba ada yg kawin plak .. i dah ada baju eeee, pastu boleh recycle buat raya lagik.


Kami sekeluarga tade konsep warna baju, Adam ada 3 pasang baju melayu pastu pakai la mana2 ikut suka dan Deer pagi raya tu pakai baju melayu warna purple dan i plak baju kurung hitam. Petang raya i pakai baju kenduri (bkn baju raya pon) warna purple dan Deer pakai baju melayu biru dan Adam baju melayu warna lite purple kot ... pening laa nak citer yg pasti konsepnya caca merba.


Inilah gambar raya kami sekeluarga, di ambil pada pkl 11 mlm dgn muka penat dan ngantuk dgn Adam nye dah pakai baju lain. Macam ni la tetiap tahun kami mesti lupa nak ambil gambar raya, tahun lepas pun tade gambar raya jugak .. eii rugi sungguh. Tapi masa tu Adam maintain bertenaga dan masih aktif bermain sana sini. Masa ni i dah balik rumah PIL di Kepong dan masa jugak kat rumah PIL ada tetamu tgh beraya.

P/s: itulaa raya ku yg tak seberapa ini. Walaupun aku kelihatan gembira tapi dlm ati ku sedih teringat family. Lagi2 teringat arwah adik ku.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, September 9, 2010

Happy Eid Mubarak

Salam semua,


Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Dari kami sekeluarga .. Alice, Fahmi & Adam.

Daaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, September 7, 2010

Iftar Office

Tetiap tahun office i ni akan organize berbuka puasa utk semua muslim staff kat sini. Tahun ni acara ni di adakan di JW Marr*ot Hotel, dan tahun ni direktor muslim yg in charge utk organize ni adalah boss i juge. Kat sini ramai director maka gilir2 buat keje ni cam thn lepas director lain so seketari diala yg susah payah.

Maka bila boss i in charged maka yg buat keje tempahan cari tempat dan itu ini pass kat i ni ler, kelam kabut i dua minggu lepas, macam2 kena buat semua cam remeh temeh je dgn email kat semua org pastu headcount brapa org pegi from which dept, confirm tempat la macam2 bla bla bla. Akhirnya berjalan juga majlis itu dgn jayanya Alhamdulillah syukur takde apa2 perkara yg berbangkit atau apa2 yg boleh mencemarkan reputasi boss i, andai terjadi perkara tidak di ingini maka i la yg kena pecat kot .. ehehh mbekkk (kambing itam) nasib baik tak jd kambing itam.

Ehh korang mesti pening kan dgn entry ni masih jadik seketari aku ni .. previous entry kata dah tukar post, mmmmmmmmmmm tulaaa blm lagi effective benda tu tah bilaa la aku nak hadap semua ni. Sekarang ni pikir positive je, janji hari tu gaji aku naik byk skett drpd biasa (biasa naik ciput jeghh) tak tukar pun redha je laaa. Tetiap thn majikan bagi janji kosong pun tak pe tapi korang kasik laa gaji naik maksimum i hepi jeee .. kchingggg (mata duitan).
Owwh berbalik ler plak ke majlis berbuka kami ni haaa, ramai jugak yg dtg dlm 200 lebih laa. Makanan kat sini okaylaa semuanya Malay foods ala kampungs dan sedap juga byk pilihan. Mula2 tu i tak brapa nak dtg tapi memandangkan i ni committe kang duk rumah tak sedap ati plak duk memikirkan majlis ni .. ramai ke tak org dtg, so camana seating arrangement, bla bla so baik join jelaa dpt monitor sendiri. Tengah2 duk makan tu tetiba teringat sikecik kat rumah tu .. rasa bersalah pun ada gak sbb tinggalkan dia dgn papa kat rumah opah camanalaaaa hai .

makk aii jenduls nye dahi ku .. sorry laa muka org pose konsep nak cepat malas mekap lepas solat. mereka2 yg dtg, we booked 1 1/2 room. terpaksa berpecah separuh lagi ke bilik lain sbb tak muat.

Puding roti ni sedap sungguh .. masih teringat sampai hari ni. Makanan2 lain tak yah ler tunjuk kang berdosa buat org terliur.

Pastu i balik rumah PIL dulu ambik Adam dan sampai rumah dlm pkl 11pm cam tu. Tapi si Sinchan ni tidur plak sampai pagi .. rindu kat dia ni tak sempat main2 dgn dia hari tu, pastu sahur pun tak bgn terlena sampai esok pagi masa nak gi hantar rumah Mama tok Nah baru dia bgn jadik sempat main2 dgn dia dlm keter pagi esoknya tu jelaa.

hehhehe emo org lain tinggal anak tetiap hari balik rumah lewat malam anak sure dah tidur tapi relak jeghh.


Okaylaa till next time


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Monday, September 6, 2010

makan2 bulan puasa

Kebiasaan kalau puasa i mmg suka pegi makan2 buffet ni tapi puasa tahun ni merupakan kali kedua i jarang mkn buffet or makan2 diluar. Kalau tahun lepas i tengah pantang dan kali ni pulak tak berani cuba la sbb dah try skali tak berjaya la.

Weekend minggu kedua puasa hari tu kitaorg pegi la berbuka kat Shogun je (OU) tu, nak try kat situ la dulu nak tengok camana Adam ni kan ... skali mmg serik dah nak pegi lagi sbb dia cranky betul maybe sbb dia ngantuk pastu org kan ramai dan jugak org cam sekali harung nak ambik makanan agaknya dia rimas. Maka kalau Adam rimas mak bapaknya pun tak enjoy la makan, bygkan la aku hanya mkn beberapa pinggan je tu pun tak ambik apa sangat sbb dah tak leh telan makanan tgk anak cranky. Sampai terbalik ler baby seat tu dia nak berdiri ... kecut jantung mak, nasib baik anak aku tak apa2 sbb jatuh terkena i dulu. Lepas insiden tu terus tak berani nak cuba lagi, iyelaa gila ko nak mentekedarah tapi anak sampai cedera eeei tadelaa aku nak insiden tu berulang lagi setakat isi tembolok je .. anak lagi penting dari makan2 ni.

So setakat ni kami hanya makan2 kat A*pang P**nt kat tempat kegemaran i tu ta*w*n h*use, McD pastu makan kat rumah PIL or my auntie hmmmm tu jelaaaa. Pastu kami ada la mkn kat beberapa tempat lain lagi spt mmm ala tak yah la nak citer semua kang org ckp showing off plak sampaikan makan kat mana pun nak buat senarai kat sini .. tak baik bln pose ni. Ooh lupa bulan puasa ni i banyak memasak dari membeli, hehehe bangga plak sbb i mmg rajin tahun ni. Hhehehe duit jimat dan kualiti makanan pun terjaga giteww oowh lagipun awal2 puasa hari tu adala juga beli kat pasar ramadhan tapi rasanya kurengg pastu i pun membebel mknan tak sedap jadik kurang pahala puasaku, baik masak je senang tak sedap pun telan jua. Itu jelaa bln pose kami yg tak seheaven dulu makan2 ni tapi in positive side plak adalah bagus tak mkn melampau2 kang dah umur2 begini harusnya jaga sikit kesihatan tu .. ada betul jugak tu Adam ngamuk bila mummy n papa nak mkn unhealty food sbb dia nak mak bapak dia panjang umur .. hikss.
Anak saya yg tengah mengamuk sbb ngantuk. Tapi nak makan jugak tu, tak nak mkn bekal dia tapi mknan buffet tu yg dia nak.



Pastu mummy pun suap la Adam buah dulu, pastu miso sup plak, pasta dll. Barulaa Adam pun happy balik sbb dia nak mkn so ilanglaa ngantuk dia tu. Tak pe mummy tak kisah janji Adam happy tadelaa mata2 org memandang sambil bisik 'anak sapalaa la tu duk nangiss jek' maloo mummy.


Last skali disudahi dgn minum susu .. cuba tengok perut Adam tu, buncit kan, dia yg makan byk byk. Jadilaa buffet pertama Adam, enjoy sungguh dia mkn tapi mummy dah ilang selera awal2 lagi sbb drama Adam jatuh kerusi tu. Tak pe tak mkn byk pun .. positive...positive... mummy tak kisah laaa

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa