Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, February 27, 2015

Cny break

Gambar dah lama i upload tapi cerita tade, sbb upload gambar thru phone n gambar semua dlm phone senang terus upload tapi nak type kat phone adoii malas nyee. Terus lupa nak cek tgk balik hehehe lagipun tetiba busy pulak.  Semalam n kelmarin i EL dua hari tau, malas plak mood nak keje tade.

Masa cuti CNY hari tu kami tak de plan pun nak balik KB,  mmg dah agak akan jammed gila2 nih sbb org kelantan mmg penyumbang paling besar kesesakan lalulintas ke pantai timur. Ada kawan cerita dia stucked dlm jamm sampai kena bermalam kat Kuantan.  Mak cik saya 3 org balik kelantan melawat mak cik yg mangsa banjir kat Kuala Krai juga stucked situ terpaksa bertolak balik Ahad pagi pukul 3 am dan sampai KL pukul 9 am alhamdulillah tade jamm apa sbb keluar awal.

Ini gambar masa cuti CNY hari tu la, hari isnin or selasa tak ingat dah. Saja bawak Adam jalan2 situ mmg tenang je sbb kami keluar rumah awal jugak dlm pkl 10 am kot lepas bfast terus g Curve.


Memang dah rindu melampau lampau kat mama n abah insyaAllah before puasa kami plan nak balik. Susah for my husband sbb nak apply cuti mmg serba salah kan baru je keje kat kilang baru tu sebulan je.  Sekarang ni Deer byk ada training n kena byk buat persentation for bosses, sampai ke rumah dia bekerja .. sedih sungguh demi mencari sesuap nasi. Apapun jangan lupa bersyukur ALHAMDULILLAH at least ada keje dan sumber rezeki yg halal.



Nampak kat Curve macam tak ramai org tapi bila nak time lunch terasa nak makan kat Ikea Cafe la pulak macam dah dekat setahun tak makan situ.  Dalam pukul 11.45 am kot kami ke Ikea Cafe .. mak aii nak mampus ramai gila org beratur nak beli tempat duduk tatau laa ada ke tade nih, cuba gak la beratur dlm 15 minit nak marah la rasanya lamaaa gak tak gerak pun.  Kalau begitu tak payah la makan Ikea Cafe lagi merajuk.


Gambar atas tu sebelah petang balik dari Curve kami ke rumah adik ipar dia ajak pegi lepak kat rumah dia. Kalau ke situ Adam beria la nak mandi swimming pool sama jugak dgn Rayyan anak SIL dia pun sama siap nak swim sendiri tamau org pegang2 nak tiru abang Adam. PIL tido situ satu malam turut serta BIL yg bongsu tido situ jugak tinggal kami je tak join. 


i pun selfie jugak hehehehehe ... mmg hari yg panas kalau tak pakai sunglass saya boleh kena sakit kepala sbb mata tak tahan sinaran matahari lagipun dah tua begini mmg byk benda dah mula mereputs dan muka pun mengembang walaupun mkn hanya sesudu nasik.


Kami end up makan sini laa mmg panas hati masa beratur kat Ikea tu macam mustahil dah bagi kami anak beranak nak makan situ asik memanjang padat.  Nasib baik tak mengandung cuma mengandungi tahi je kalau tidak pasti baby dlm perut kempunan, kalau tahi tade kempunan apapun la kalau lemak tu mmg la memanggil2 makanan berlemak. 

Makan kat Italiannies, disamping dpt point yg boleh diconvert dlm RM and boleh deduct the next bill saya boleh makan dgn tenang sbb tak ramai orang dan paling best anak saya dpt free kids meal.


Lepas makan dah bosan kat Curve pegi OU plak hahahha mmg gila berjalan sungguh mungkin minggu sebelum tu weekend tak keluar sbb bz bawak kucing pg klinik la, basuh baju tepi sungai laa macam2 la. Kat OU tempat wajib singgah apalagi Hamleys kalau tak pun Toys r us, bukan semestinya beli tapi kena singgah window shopping je pun jadi lah for Adam.  Tak baik membazir beli toys ni baik kita simpan duit tu Adam oii.

Daaaaa

Tuesday, February 10, 2015

Demam n demam

Hi happy Tuesday, last week whole week saya demam mmg stok baring2 je tak lalu makan segala mmg rosak la plan nak g bercuti bermalam di hotel kat KL Sentral tu.  Tak kemana pun cuti lama ritu, nak buat cemano kan tapi ada baik nya jugak tak luak la duit sbb tak kuar ahahahahahhahah.

Saya baru start keje semalam Isnin, mmg lantok la kalau org nak kata apa pun sbb MC lama ke apa sbb mmg tak larat sungguh la. Selera makan baru kembali kepada ku semalam, itupun setelah teringin nak makan kat taiwan noodle. 

Kita teruskan cerita melalui gambar baru la syok sket kan, gambar bawah tu cousin saya Azah tgh rajin duk mengajar Adam coloring n drawing.  Sekarang dah jarang Adam berjumpa dgn Aunt Jah sejak Aunt Jah keje event ni sebok je manjang.




Sejak mula demam ritu lagi duk teringin nak makan taiwan noodle tapi pegi ke Ampang Point tu tak larat nak jalan. Lagipun asik terasa nak pengsan je takut pegi kang tetiba tak boleh makan plak. Mil ritu dia ngidam nak nasik lemak kukus so weekend bawak dia g breakfast byk sungguh dia makan terus sihat la hendak nya jgn demam2 lg mak dah la kena ngasuh cucu kang demam susah plak sil nak buat tuisyen tade org jaga anak dia.


Kucing saya baru beranak hari Isnin last week masa saya tengah demam, mmg tak larat nak pedulik kat anak kucing lagipun takut jangkit demam kat kucing kang naya abis duit ku.  Anak kucing baru beranak 3 ekor tak tau lagi jantan or betina, alhamdulillah senang sungguh Heather beranak ye dah la subur nak mamps asik dia je beranak yg aku ni tak de beranak2 dah.

George tengah hidu2 anak kucing tapi tak gigit pun. Kalut je nak tengok dari hari anak kucing beranak lagi duk sebok nak ngintai so bagi dia hidu baru puas ati kot.  George duk dlm cage most of d times n Popeye pulak kerap duk luar.


Diet baru kucing saya bagi raw fish diet, sejak saya baca dlm internet yg kucing ni karnivor mmg perlu di beri byk mkn daging.  Sebenarnya kibbles yg kita beri tu tak berapa bagus spt kita suapkan dorang dgn junk food.  Tin food pulak of coz ada pengawet so pilihan terbaik bagi je ikan mentah, ikan saya beli daily takde simpan dlm fridge masa otw balik keje singgah kedai beli dlm 4 ekor ikan kembong kecik tu pastu gunting2 kecik2 tak mau tulang besar lekat kat gigi. Alhamdulillah kucing saya suka sangat dan tak de muntah2 pun lps mkn ikan mentah.  Bulu pun dah bertambah shiny dan gigi lebih bersih dari makan kibbles. Tapi saya tak bagi raw diet 100% pun campur jugak dgn kibble cuma tak bergantung dgn kibble sepenuhnya macam dulu la.


Ini gambar hari Ahad lepas, saya mmg suka bawak dia pegi kedai buku sejak dia kecik lagi wpun tak lancar membaca tapi dia mmg minat sangat dgn book esp book abt shark n fish.  Memang lama duk book store sbb dia nak tengok satu2 buku kat situ, kalau dia nak beli pun i pilih jugak la yg mana yg perlu tade la dia mintak nak beli buku manjang kdg2 saya lagi suka beli.  Sekarang ni kami banyak beli buku latihan membaca, menulis n math dan alhamdulillah ada antara buku tu tak sampai 2 minggu dah abis buat latihan.  Apapun usaha tu penting dan tak mau ajar dia mengalah .. alhamdulillah sangat bersyukur dia dah byk improve setakat hari ni.


Makan pun dah bertambah selera skearang,  tak macam dulu memilih sangat itu tak mkn ini tak mkn tapi skrg kalau nak bagi lagi selera kita suap la mmg confirm abis.  Kadang2 kena ugut jugak nak suruh abis makan, paling berkesan bila i bgtau sepupu dia yg mil jaga tu dah tinggi dah besar dari Adam terus gelupur Adam nak mkn byk ahahahhah agaknya dia paham kot selama ni sil duk ukur ketinggian anak dia compare dgn Adam.  



Itu saja la cerita hari ni, tade modal nak bgtau dah  ... till next time
daaaaaaaaaaa