Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, July 30, 2015

Raya post

Haloo .. Selamat hari raya, belum terlambat lagi nak menceritakan perihal hari raya yg tak seberapa pun ini.  Walau apapun raya tetap raya, macam biasa raya di KL aje tak balik kampung walaupun ada jugak berkira2 nak balik tapi mengenang kan jamm pastu menyesal sbb kesian kat mama n abah beraya dgn adik saya dgn family adik yg sorang ada kat sana tu.

Semua gambar di bawah ni dihari raya pertama .. kami tak duk rumah just pagi je duk rumah tolong2 MIL kat dapur bila dah bersiap pakai baju raya terus keluar beraya sebelah keluarga saya pulak. Kebiasaan nya kalau dihari raya saya tak pakai terus baju raya jika kena buat keje dapur sbb tak guna pun pakai nnt kotor menyesal alaa takat nak duk dapur belasah laa baju cotton buruk2 yg dah lunyai kesan di pakai ke opis tu jadilaaa.



Ini gambar raya bersama parent in law dan ini lah satu2 nya gambar raya yg ada, janji dgn Deer nak ambik gambar proper kat kedai sbb jelous tgk org lain tetiap tahun raya ada gambar raya yg proper tak seperti kami.  Seperti diatas tu konsep kami tiga beranak nih color hijau.  Baju saya kurung moden tah apa2 design tak tau sbb tiru cousin punya dan dijahit oleh mak cik saya iaitu Cik nah.


Dalam pukul 11am kami ke Nilai ke rumah singgah mak cik saya yg hanya pegi bila nak berehat je, alaa rumah pusaka mentua  dia renovate ala kampung ada dusun kecik depan rumah pastu ada buai buat anak dara dia berendoi.  Seronok gak kat situ sbb situ rumah besar, laman rumah pun besar pastu tak panas membahang okay laa tambah lagi Cik Nab masak nasik beriyani sedap giler.  Cousin i tu semua, dan semua pakai baju Cik Nah jahit kecuali yg tiga kiri paling atas tu je mak dorang jahit .. mak dorang pun mak cik saya gak.


Adam berendoi dgn Auntie Jaja, pastu main2 kat luar rumah tu sampai lencun baju sampai dua kali mandi n tukar baju.  Kami balik dari Nilai petang dlm pkl 5 pm cam tu itu pun Jaja duk hasut suruh tido situ la. Adam macam biasa la kalau jumpa auntie jaja n aunt Jah susah nak balik sbb seronok sangat.


Dgn mamatok Nah, kalau jumpa mama tok nah dia tak reti duduk atas kerusi hanya duduk atas lap cik nah je.


Balik dari Nilai ke Kota Kemuning rumah Ichu, gambar atas tu Adam dgn Auntie Ayla.  Auntie Ayla cik gu piano Adam,  Dorang ni 3 beradik dah tak beraya dah semua duk golek2 tido kat bilik katanya bosan sbb semua mak cik tak dtg rumah dia sbb semua org ke Nilai.


Ini aje gambar makanan raya yg saya ada. Ini pun gambar juadah nasik beriyani rumah cik nab yg sedap giler tu. Ayam masak merah tu aduhaiii paling sedap sampai kan Adam yg picky tu makan sampai 3 ketul.  Rupanya Cik Nab beli ayam segar baru sembelih dekat depan rumah singgah dia tu pastu sblm goreng dia perap garam kunyit bersama serai pastu pakai kunyit hidup ye bkn serbuk kunyit or perasa kunyit.  InsyaAllah nnt saya nak buat jgk laa.


Ini gambar dah muka belengas2, otw ke kota kemuning .. beraya situ sampai pkl 10 lebih dan sampai rumah lepas hantar cik nah semua dlm pukul 12 tgh mlm ye letih giler pastu esok bgn terbabas sbb lepas solat subuh tido balik so paham2 laa agak mak mentua masam muka tak  .. ehheheeh eh mak mentua i baik sbb esok tu dia senyum je kan raya .

Till next entry 
daaaaa






Friday, July 10, 2015

New pose

Hi salam ramadhan,  dlm bulan Ramadhan tahun ni saya tak upload gambar makanan pun.  Nothing special pun dan makan pun simple2 je. Hidup sekarang kena berjimat lagi2 setelah saya menonton video viral di media sosial tu video graduan bernama Zahra, terus timbul rasa bersyukur dan juga timbul rasa risau terhadap masa depan anak saya.  Macam mana bila time Adam kerja nanti, harap kehidupan di masa akan dtg lebih terjamin utk anak2 muda.

Baru2 ni juga kita dikejutkan dgn pervert pedophile yg curi gambar anak org menerusi laman sosial, menakutkan bukan. Pastu pulak ramai duk tegur jgn kongsi sangat gambar anak anak kat situ bahaya nnt org terbayang memacam la pastu plak ada penculik yg akan aim la memacam laa.  Saya punya FB tak ramai frens pun setakat org yg dikenali je kalau tak kenal saya tak accept mmg takut tah la pikir bukan2.

Saya cuba ambik gambar anak saya dgn pose baru, konon pose cover muka. Saja suka2 n bila bosan back to normal balik.

Story thru photos below


Balik sekolah terus ajak gi Giant setiawangsa n kami jalan kaki je skali dgn Cik nah.  Adam tak puasa itu pasal la bertenaga, bkn tak puasa langsung adalah beberapa kali tapi tak cukup sehari pun setengah hari je.  Memang tak paksa sgt sbb tak semua mak bapak sama dlm mendidik anak2 perihal agama ni tak semesti nya tak puasa penuh di usia 6 thn terus boleh di cop membesar jadi umat yg jahil.  Bagi mak pak yg berjaya didik anak puasa penuh di usia ini saya kagum dgn anda n anak anda mmg anda parent yg hebat.


Adam mintak nak baling ribbon tu byk2 kat atas, cantik kalau melayang2 jatuh colourful katanya.  Kalau buat macam tu kat kedai terus kita kena bayar semua tu.


Memang tetiap minggu g Ampang Point n Spotlight ni dan sementara tunggu waktu berbuka kita kill d times kat Spotlight.  Waktu ni kami berbuka kat tempat biasala mana lagi kat Taiwan House laa Beef noodle.


Masa ni berbuka kat OU, plan nak cari baju raya tapi byk baju dah abis. Kayo2 la org Malaysia ni kan dgn kuasa membeli sebegitu mmg kagum i dah la  anak 4 hingga 5 org.


Gambar cousins .. walaupun takde kena mengena tapi ini adalah trademark pose kalau dah berkumpul cousins, tapi dlm gambar ni i tade sbb i sentap. Mak cik i buat makan2 for anak sedara n adik beradik, duk kencohs jemput sana sini tapi tak mention pun jemput i pastu tup2 last minutes suh i dtg plak apa ingat i tade plan lain ke so kita skip la berbuka reramai ni sbb dah ada plan lain. Makcik2 saya ni pesen kalau tak jemput tak boleh redah je tau rumah dorang sbb dia suka buat makan2 ikut pax ye konsep tempah2 katerer giteww kang i pegi redah je nampak nauu tak cukup makan nak mentekedarah umah org. So kita tgk kat w/sap je la keseronokan mereka nnt next time harapnye jemput org bagi la time frame or jemput in advance jgn mlm ni kenduri pkl 5 ptg hari tu baru nak jemput nampak cam i ni just type of org utk fill in the blank je ... maklumla mak pak i org miskin adik beradik2 dia kayo2. Double standard ada di mana2 yak ni di dalam keluarga sekalipun.

Maggi korean ni pengsan bangun sedap ... sbb org tak jemput mkn berbuka maka kita pun last minit masak maggi udon ni lagi sedap ganda sbb letak udang sotong dan enoki mushroom ... menetes air liur masa type ni . Hari ni nak berbuka kat Taiwan House lagi laaa nak mkn noodle, dah ujung2 puasa ni kurang dah selera nak mkn gulai2 tu rasa cam muak  plak.

till next time
Daaaaaaaaaaaaa