Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, January 30, 2012

Running and jumping

Lapar nye laa petang2 camnih sbb b/fast n lunch i mkn sikit je kotiau goreng dgn sosej, nak makan pun takut nnt terbatuk2 tapi alhamdulillah pegi klinik kat opis nih dah lega sket dah. Petang nih balik keje tak tau la nak makan apa terasa spt nak makan taiwan noodles kat ampang point tu jelaaa. Tapi eii takutlaa mana nak letak my precious king toodle tuh, nak tinggal kesian dia mmg tak sampai ati nih.


Ohh nak citer nih weekend hari tu pegi redeem voucher groupon alaa kat chicken hartz je pun bkn voucher makan hotel2 nih. Tapi dah dekat nak expired baru pegi, macam biasa laa kalau pegi makan2 ni skrg i takut laa i nih bertukar jadik hantu bukan apa anak saya nih skrg mmg dah over sungguh baik perangai bila sampai ke restoren. Kat Chicken Hartz Sunway piramid tu mmg dia buat i ilang sabar, selama ni mmg sabar sambil gosok dada dan mengucap tapi hari tu tak leh tahan laaa terus tercungap i kejar dia pastu cubit berkali2. Lepas i cubit tu dia nangis kuat dan i tau mmg dia sakit sbb mmg i cubit betul2... sambil2 tu i dukung dia sambil ckp kat dia cam biasalaa ayat sama





memi: Adam nak buat lagi tak?


Adam: nanak?


memi : cakap apa kat memi?


Adam : coyi memi .. Adam baik. ai yu memi (i luv u memi)


memi : Adam buat lagi memi cubit kuat2 pastu tinggal Adam kat kedai ni


Adam : uwaaaaaaaaaa tanak .. ai yu memi (tah brapa blas kali)





Malu tau setiap kali makan kat luar macam ni la hai (cuma adala a few restoren je dia suka) takkan nak makan kat tempat dia suka je bosanlaa, kalau tempat lain tak biasa mesti org meja sebelah pandang sambil jeling2 abis tu nak buat camana kan dah tu anak saya mmg cam tu mmg la org lain pun bawak anak jugak tapi anak dorang behave je duduk dan makan. Lepas nangis2 tak sangka duk baik atas riba memi sambil mkn seketul ayam la abis pastu spageti la dan buah laa sungguh baik lepas tu dan tahan seharian disitu baik laaa. Tapi nak pegi lagi makan2 i serik dahh nnt tercekik i, tak leh caya jugak kata baik tapi tetiba dia lari2. Dia jenis nak lari2 laju2 sambil gelak2, i takut tau nnt tenggelam dlm org ramai mau gila aku nnt. Daripada aku gila kemudian biarlaa aku cubit dia bagi dia serik nak buat lagi, sungguhla mencabar skrg ni. Setiap kali makan mmg i ajar dia duduk diam2 tapi tak dengar2 jugak, kenalaa i belajar tektik lain plak. Adam jenis budak yg cepat bosan dgn sesuatu, leka sekejap je pastu mulalaa.

Selepas kena cubit, sian dia penat nangis dan lari2 terus terlena dlm stroller. Bila i cek balik kesan cubit tu lebam plak, tak pelaa pelajaran utk Adam nnt lain kali mesti Adam learned d lesson. Nasib baik memi tade highblood kalau tak tentu dah terbaring dlm restoren lepas kejar Adam. Dan kami pakai baju sama laa stripy hehehhe kitorg dua jelaa bapak dia tak yah la pakai stripy nnt kang org ingat mat rempit oversized plak.


till next time


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Macam macam

Seronoknya banyak cuti la kan lately nih .. chinese new year la, hari wilayah, Maulidur Rasul dan thaipusam .. Alhamdulillah boleh la berehat dirumah bersama keluarga. Minggu lepas cuti CNY 2 hari je tapi saya terlajak lagi 2 hari terMC sbb tetiba je demam tonsil laa dan membawak ke hari ni tak sembuh2 lagi.

Hari ni masih tade suara dan batuk2 tak tahan sampai nak pecah kepala dan sakit perut skali, mmg dasat batuk nih. Pastu plak i nih setiap kali pegi klinik yg dekat area Setapak tu mesti allergy ubat sampai bengkak muka ku, kali nih dah 2 kali jadik cam ni so smlm i stop mkn ubat tu (ubat tahan sakit) masa 1st time allergy tu ubat antibiotik. Macam dah kurus muka i hari ni, ehh betul tau i tak dela tembam macam kena tumbuk muka mmg allergy ubat nih.


Ooh nak citer pasal kebodohan sendiri nih .. last weekend i pegi JJ AU2 belik barang pastu terserempak dgn ex opismate seketari sini dulu, dia bersama keluarga. I ni terexcited la jumpa dia sbb dah lama kan walaupun tak berapa close sbb dia banyak berkwn dgn golongan profesional je (katanye la). Dia cerita la pasal kebahagiaan keje baru dia (tadela baru mana dah 2 thn dia kat tempat baru) mmg jelas nampak dia happy dikala dia cerita pasal bonusla sambil menolak ke depan handbag elvi dia (elvi neverfull) sambil mataku waaah mmg tumpang gembira sekaki. Pastu kebodohan aku pun terkeluar dikala aku macam ralit terbuai dgn cerita bahagia dia tu terus kata "waaah kak tade ke jawatan kosong kat situ utk saya?" sambil saya cerita laa kesengsaraan yg kena lalui di waktu skrg nih dah macam sotong kurita sampai kaki pun kalau pandai menaip nak suruh kaki menaip sambil tangan buat keje lain. Tetiba akak tu kata 'ada dik boleh la apply' pastu tengah2 duk citer best tempat td bertukar plak katanya tak berapa best sbb busy giler jugak sampai kena keje sabtu ahad .. tahlaaa pada fahaman i mesti dia takut sbb tetiba i tercakap nak keje kat tempat dia jugak macam tade tempat lain nak mintak, hehehe tak pelaa saya ckp tu bkn ikhlas pun cuma nak tunjuk berminat je. Nanti next time mulut nih kena stapler jgn ckp lepas cam tu sbb sesetengah org tak prefer bawak kawan keje seopis nnt abislaa bocor rahsia mereka kat tempat baru.


Pastu hari Selasa saya mengikut keluarga mentua sambil Deer survey tempat nak buat course teambuilding for gov dlm bln Feb ni. Kami ke Kalumpang (area hulu selangor kot) tak pernah ke sini 1st time i jejak tempat ni. Kawasannya macam kat Ulu Yam tu ada sungai yg super sejuk airnya, mandi la sket2 dgn Adam sementara Deer dgn PIL pegi survey tempat n harga. MIL tak nak mandi dan hanya duduk je tunggu kami


Sian anak ku mandi pakai baju merepek je, nampaknye mmg perlu la baju mandi tu. Tak proper macam anak org lain, aku dah insap mmg nak beli laa nnt satu baju mandi. Memi tak pe tade baju mandi pun nnt memi boleh berkemban sambil nyanyi ditebing batu tu.
Tu je la citer campur aduk satu entry .. tak paham tak pelaa i syok sendiri. Pasal kakak ex opismate tu bkn nak citer keburukan dia tapi nak bagitau yg aku nih dah super terdesak ke apa tah pantang org citer best je teruja terus. Mmg aku tersedak terdesak dan tersedih sejak aku apply byk2 keje baru 2 tempat je panggil interbiu ..camanola nak realisasikan impian tahun baru nih uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, January 19, 2012

Thursday entry

Yeayy besok jumaat pastu cuti ... tak sabar nih, tak larat dah nak bebel byk keje sbb org lain pun byk keje gak cam ler aku sorang. Lately nih macam sejuk melampau je opis ni, selama ni sejuk jugak tapi boleh tahan lagi laa. Seminggu dua nih rasa macam beku je kaki tangan dan otak pun kadang2 beku jugak sbb tgh buat keje boleh stop tetiba pastu terpk benda lain pastu melayang pikiran sambil dgr lagu terbayanglaaa i menari dgn Bruno Mars ..hehehehe cam gila je.



Oh sebenarnya hari ni i nak share gambar2 Adam pegi jalan2 w/out memi n papa last 2 weeks kot. Dah lama tapi baru ambik gambar dari my cousin semalam so drpd tade entry baik i tepek gambar Adam.

Sapalaa ajar ko pose cam ni Adam ... Dah ler pakai seluar ketat zaman bila tah. Sian tade baju mandi proper pun, macam tak perlu je rasanya nak beli sbb rumah kami tade pon swimming pool pastu dah ler sethn skali je pg pantai.

Ini auntie Jah yg selalu bawak Adam pegi JJ AU2 tu ... auntie Jaja (kakak auntie Jah) tak ikut sbb exam.

Pasrah je kena timbus dgn pasir .. dgn dorang nih kemain sporting lagi Adam. Baju biru tu auntie farina dan kakak dia auntie Siti .. tapi sampai hari ni Adam duk panggil auntie dua beradik nih kakak huahuahua tak larat nak ajar dah. Maybe sbb jarang jumpa dorang kot Adam jadik konpius.
Seronok je dia, tak kisah pun kotor2 kena pasir .. kalau tak jgn harap ler kotor sket je kaki ke tangan ke jerit 'nak wash' bingit telinga.

mak ciks ku, mok (nenek) dan sepupus ....sekarang ni rajin betul dorang nih pegi jalan2 tapi yg day trip je laa. Kalau hari i keje dorang boleh la bawak Adam tapi kalau time cuti ada jugak dorang ajak kitaorg ikut tapi malas laa rasa nak berehat je, pastu bila kami tak nak ikut dorg mintak nak bawak Adam tapi i berat hati nak bagi nnt i bosannn ler tade Adam.


I dah lama tak pegi bercuti skrg ni, naper tah aku macam malas nak berebut2 pg bercuti ujung2 thn macam org lain tu .. dulu alasan anak kecik la tapi skrg macam dah terbiasa plak sejak parents i balik Kelantan tu bila nak bercuti tempat lain je rasa macam baik aku balik kampung boleh jumpa mak bapak macam timbul rasa bersalah nak gi tempat lain heheh macam kan kerap balik kampung thn lepas skali je ... mmm tah laa rasanya tahun ni macam nak pegilaa kot bercuti mana2 ke yg dlm Malaysia jelaaa kang jauh tak mampu plak kang.

okaylaa till next time



daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, January 13, 2012

Adam ooh Adam

Ini gambar Adam, hehehe saje je letak gambar dia banyak2 .. dia skrg ni dah pandai dah melawan memi dan memang menduga kesabaran. sebenarnya dah lama dia suka bogel2 tak mau pakai pampers pastu nak lari2 dlm rumah cuma lately nih macam dah serius betul tak nak pakainye.. kena paksa2 tapi ni i buat tak tau je biarkan je malas nak layan, bila kita buat dek dia tau plak dtg serah diri suruh pakaikan baju pampers dia. Nak mandi pun susah tapi bila dah masuk bilik air nak bubble laa nak angkut toys skali laa terus nak main air susah nak keluar toilet. Makan pun susah jugak dan kdg2 dtg selera mkn byk jugak .. tapi asik nak tunggu selera dia yg kadang2 tu nak tak nak kena laa pujuk si intan payung nih. Bila kena marah sket dia nangis satu taman dengar .. mesti jiran2 kata 'kencohlaa rumah tu, baru anak sorang je' ini btul tau sbb jiran baru saya ckp dgn husband dia dgr suara Adam je kalau kami ada kat rumah. Dah pandai usik memi, kalau dulu bila dia buat salah i marah dia ckp kat i 'soyi memi, i luv u memi, Adam tak nak agi' tapi skrg ni tgh2 duk nangis tu dia ckp 'soyi papa, i luv u papa' ckp kat i tau pastu gelak dgn air mata bergenang tu .. pastu kat papa ckp sebaliknya, kat memi dia panggil papa. Pastu kami gelak sama2 terus Adam tak jadi nangis lama2, tak jadi nak merajuk dan peluk memi sambil cium2 memi .. memi luv u baby.



Ini anak saya tak sekolah tu, duk rumah tak de keje lain duk main ultraman je. ehh tapi Adam ada jugak baca buku tau walaupun tak pandai baca sebenarnya ..tengok gambar kat book pun kira okay dah.

Satu lagi Adam belajar mengenal nama ultraman juga nama 'denosor'. Dinosour ni nama dia 'gojila' -godzilla. Ehh perlu ke belajar nama dan keturunan ultraman nih ... budak lain dah boleh baca buku tau Adam. Tengah nyanyi lagu twinkle twinkle little star pastu lagu itsy bitsy spider sambil nak tangkap spider kat dinding rumah. Ada lagi lagu dia pandai adooii nyanyi lagu ultraman tiga, little einstein juga lagu pororo. Lagu ultraman tiga tu tah apa2 laa 'giga memo2 memumeee moo giga memo memo memumeee moo' haa cam tulaaa lawak giler.

Itu jela perkembangan anak saya setakat nih, walaupun tak macam genius benor masih belum boleh membaca, mengira jua petah bercakap.. tapi saya bersyukur dgn setiap perkembangan normal yg dia lalui. Saya positif je bagi saya setiap anak ada keistimewaan nya dan setiap anak jugak berbeza perkembangan dia so saya tak melatah andai anak saya terlambat dlm sesetengah benda.


Ooh ada satu benda nak citer ni dah alang2 ckp pasal perkembagan ni kan i ni nak ckp pasal isu sekolah Adam yg tak abis2 ni haaa ... ehh kencohss la i kan pasal skola2 nih. Hehhe bukan apa ada laa org bertanya pasal entry skola tu naper sampai ada playschool tak terima anak i tu padahal ada je org lain anak gi sekolah okay je umur dua tahun pun sbb lahir thn 2009 kan so masuk 2012 kiranya masuk umur 3 thn la kalau ikut tahun kan. Tapi tahlaaa i survey 2 tempat je pun pastu mula2 tu kami ni main2 je nak antar skolah pastu tetiba cam syok plak. Yang paling kami suka kat Brainy Bunch Wangsa Maju, okay boleh terima Adam seadanya sbb kami pilih nak 1/2 day tak de transport utk hantar ke rumah auntie i kat Setiawangsa tu dan kalau nak kena hantar ambik sendiri laa.


Kami tak pilih full day sbb auntie i tak setuju dia masih nak jaga Adam nnt dia plak yg sunyi .. Tempat lain spt Qdees tak terima tahlaaa mungkin jugak masa kami tanya student dia dah full ke tak taula. Tapi tak pelaaa dah tade rezeki nak sekolah skrg tak kisah pun, lambat laun sekolah jugak kan. Sebenarnya ada jugak sekolah lain macam best tapi tak bestnya sbb mahal so kami tak mampu jadik setakat itu jela kemampuan kami nih. Tak pelaa nnt sekolah darjah satu pun sekolah kerajaan je tak leh pilih2 cam tadika nih, maunya berangan nak skolah internasional .. tercekik mak bapak Adam.



Waah panjang nye entry nih, tade modal dah ni ... till next time



Daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, January 12, 2012

Homecookin

Sekarang ni saya rajin masak dah, hampir tetiap hari saya memasak tak macam dulu yg hanya hot hot chiken shit tapi skrg gigih tau memikir menu mkn mlm. Dulu kami sampaikan gas abis dah 2 bulan baru sedar pastu bila dah beli gas bukak tong beras tengok2 aikk naper beras kita itam nih .. rupanya kutu beras dah buat sarang.


Sbb dah rajin masak maka rajin jugak bawak bekal pg keje tak kisah laa apa saja asalkan bekal dari rumah. Bukan i saja yg rajin i tengok clustermate pun ramai jugak bawak bekal, kata mereka nak kontrol mkn sbb thn ni dorang nak dptkan bentuk badan menarik.


Bekalan yg biasa saya bawak dari rumah dan panaskan dipejabat - grill cheese sandwich with sausage. Nak bagi nampak effect healthy disitu diletakkan chinese cabbage baru tak menyesal telan dgn cheese.



Dua bekas kalau rajin, sebelah kanan tu b/fast - scramble egg with sausage. Sebelah kiri tu prepared siap2 barang dari rumah letak2 je butter, mayo, cheese, sausage & cabbage pastu sampai opis bakar dgn sandwich maker. Nasib kat pantry opis ada sandwich maker so boleh laa feeling2 makan panas2 dgn cheese yg melting tu sambil hirup nescaffe panas ... syahdu. Kadang2 tak abis jugak sampai ke petang sandwich tu sbb muak kan nak telan sekaligus pastu petang hari panaskan balik cair lagi cheese tu.



Kat rumah pun kdg2 husband saya mintak nak dinner makan macam ni jugak, kan senang idup ku tak yah susah2 nak masak nasik sbb Deer mmg suka mkn roti sandwich2 macam nih. Cuma cara i prepare kat rumah tu lain sket laa ... kat rumah i buat Cuban Sandwich ke, tak pun inti dia i letak beef patties ke, chicken slice / beef slice ke apa2 jelaa tapi yg pasti i tak leh telan roti dah kat rumah .. euww muakler. I penah tiru sandwich ala2 Subway tu tau tapi tak ambik gambar pun sbb terlalu menarik maka pikir nak makan je... sedap ke, alaa boleh laaa.



Ini Cuban sandwich for Deer, kalau nak sedap letak la zucchini/tomato/avakado dlm sandwich tu tapi Deer tak suka. Inti tu chicken ham, yg frozen punya je tu brand Ayamas je sbb nak simpan lama kan tapi kalau dpt beli yg fresh tu lagi sedap.



Ini Adam punya Cuban sandwich takde cheese, makan adalah satu dua gigit je .. bapak dia tukang perabis makanan.



Sebab ada lebih nasik semalam so i pun masaklaa kari thai salmon.. memi kampung malam2 kdg2 mkn nasik jugak. I dah siap masuk bekas plastik nak simpan peti ais sbb byk tak abis dah tu aku sorang je mkn. Nak bagi mak metua kang dia tak mkn kari2 thai nih .. lagipun takut nnt mil kata tak sedap ke buat nye tanya saya naper masak cam nih tak reti ke nak kari biasa2 tu, ehehheheh saya org kg yg duk kat sempadan thai tau masak kari thai jek. Tapi mil saya masak kari ikan mmg meletupss ala2 mamak gitewww walaupun saya dah menuntut ilmu dgn dia tapi belum lagi sempat nak masak cam dia.

Okaylaa till next time
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: Furry frensss mkn makanan tin dpt percuma .. rezeki dorang, deer jwb survey kat JJAU2 dpt laaa makanan tin brand Sheba tapi si Garfield yg tala byk.

Wednesday, January 11, 2012

New Year 2012

Happy new year !!! ... walaupun dah sebelas hari dah tapi inilah entry pertama di tahun 2012. Lately nih i bizi giler.... ehh silap bukan lately je tapi dah lama dah rasa banyak keje nih tak menang tangan, rasa nak nangis tapi tak sempat cuma tersedu sendu je ku mampu.


Di tahun baru ni saya tade sebarang azam pun sbb azam tetiap tahun sama je tapi tak kesampaian pun. Sejak 3 tahun lepas, iaitu selepas 2 tahun keje kat pwc nih i dah semput tak larat maka sejak itu azam ku nak tukar keje lain tapi sampai hari ni sini jugak aku duduk tak ganjak2 pun. Semoga tahun baru ni saya dpt keje lain dah kami sekeluarga dimurahkan rezeki yg melimpah ruah.


Bulan ni juga merupakan ulangtahun perkahwinan kami yg ke 4, sambutan biasa2 jelaa sambil2 muhasabah diri jika ada kekurangan diri sepanjang 4 thn ni akan diperbetulkan dan semoga kami kekal ke akhir hayat. Hadiah ulangtahun ke 4 saya ada mintak dgn Deer nak keter baru utk saya iaitu Toyota Prius eeii lawanyeee pastu save minyak pastu hybrid pastu i go greeen dan i save d world. Tapi malangnya saya tak ukur baju dibadan sendiri sbb suami saya miskin mana mampu bagi hadiah sebegitu so sedarlaa dari mimpi.


imagefrom google.


Tahun 2012 jugak saya bercadang nak antar Adam pegi Playschool pada mulanya siap dah survey apa dah, tapi malangnya tade transportation tuk sekolah yg saya berkenan tu. Ada la jugak saya bitau Deer nak berenti laa macam ni sbb Adam nak skolah sapa nak antar kalau saya berenti elok jugak kan boleh antar ambik Adam dari sekolah sambil2 drive keter baru kononya Prius tu. Semua tu angan2 laa tade pun sekolah yg dekat2 dgn area Setiawangsa tu yg kami berkenanla, adala satu skolah tu Q-Dees tu tapi tak terima sbb Adam masih berpampers lagi tak cekap lagi kencing berak toilet. Pastu atuk nenek pak cik mak cik semua bising katanya awal sangatlaa for Adam, kesian laa turun naik bas tahlaaa whylaa dorang nih semua negatif sangat sampai i pun terjebak kesian kat Adam so tak jadik laa akhirnya. Tapi insyaAllah kalau tade apa2 halangan cukup2 umur Adam 3 thn i nak hantar sekolah, mesti dorang dah terima sbb umur dah cukup kan. Tak pun hantar playschool on weekend pun tak pe dah janji dia berkawan2 dan bermain2 tu jelaa bkn nak suruh dia baca buku dan buat kira2 dah pun.


Adam dah tak sabar nak gi school nak kawan2, sian dia tapi byk tempat jugak tak terima sbb kecik lagi, pastu berpampers. Ada satu activity school tu Da Vincci art class, Adam suka sangat situ dia loncat kat luar tempat tu tgk kat dlm ramai kawan, byk art work (dia tgk kat OUla) sambil ckp kat i "memi nakkk" tapi situ tak terima jugak budak below 3. Tak sabar nak besar dah anakku, memi pun dah tua .. ehh tetiba memi feeling tua.


Deer yg konon sudah kurus sedikit di tahun baru. Tapi tetap nak diet lagi, tetap jugak belek lemak dibadan selepas makan. Semoga kami sekeluarga diberkati di tahun 2012 ini, dan apa yg kami hajati selama ini tercapai, juga kami sekeluarga bersyukur dgn apa yg kami dah lalui sepanjang 2011 segala pahit manis thn lepas kami lepasi juga. Welcome 2012.





till next time ... daaaaaaaaaaaaa