Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label us. Show all posts
Showing posts with label us. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Running and jumping

Lapar nye laa petang2 camnih sbb b/fast n lunch i mkn sikit je kotiau goreng dgn sosej, nak makan pun takut nnt terbatuk2 tapi alhamdulillah pegi klinik kat opis nih dah lega sket dah. Petang nih balik keje tak tau la nak makan apa terasa spt nak makan taiwan noodles kat ampang point tu jelaaa. Tapi eii takutlaa mana nak letak my precious king toodle tuh, nak tinggal kesian dia mmg tak sampai ati nih.


Ohh nak citer nih weekend hari tu pegi redeem voucher groupon alaa kat chicken hartz je pun bkn voucher makan hotel2 nih. Tapi dah dekat nak expired baru pegi, macam biasa laa kalau pegi makan2 ni skrg i takut laa i nih bertukar jadik hantu bukan apa anak saya nih skrg mmg dah over sungguh baik perangai bila sampai ke restoren. Kat Chicken Hartz Sunway piramid tu mmg dia buat i ilang sabar, selama ni mmg sabar sambil gosok dada dan mengucap tapi hari tu tak leh tahan laaa terus tercungap i kejar dia pastu cubit berkali2. Lepas i cubit tu dia nangis kuat dan i tau mmg dia sakit sbb mmg i cubit betul2... sambil2 tu i dukung dia sambil ckp kat dia cam biasalaa ayat sama





memi: Adam nak buat lagi tak?


Adam: nanak?


memi : cakap apa kat memi?


Adam : coyi memi .. Adam baik. ai yu memi (i luv u memi)


memi : Adam buat lagi memi cubit kuat2 pastu tinggal Adam kat kedai ni


Adam : uwaaaaaaaaaa tanak .. ai yu memi (tah brapa blas kali)





Malu tau setiap kali makan kat luar macam ni la hai (cuma adala a few restoren je dia suka) takkan nak makan kat tempat dia suka je bosanlaa, kalau tempat lain tak biasa mesti org meja sebelah pandang sambil jeling2 abis tu nak buat camana kan dah tu anak saya mmg cam tu mmg la org lain pun bawak anak jugak tapi anak dorang behave je duduk dan makan. Lepas nangis2 tak sangka duk baik atas riba memi sambil mkn seketul ayam la abis pastu spageti la dan buah laa sungguh baik lepas tu dan tahan seharian disitu baik laaa. Tapi nak pegi lagi makan2 i serik dahh nnt tercekik i, tak leh caya jugak kata baik tapi tetiba dia lari2. Dia jenis nak lari2 laju2 sambil gelak2, i takut tau nnt tenggelam dlm org ramai mau gila aku nnt. Daripada aku gila kemudian biarlaa aku cubit dia bagi dia serik nak buat lagi, sungguhla mencabar skrg ni. Setiap kali makan mmg i ajar dia duduk diam2 tapi tak dengar2 jugak, kenalaa i belajar tektik lain plak. Adam jenis budak yg cepat bosan dgn sesuatu, leka sekejap je pastu mulalaa.

Selepas kena cubit, sian dia penat nangis dan lari2 terus terlena dlm stroller. Bila i cek balik kesan cubit tu lebam plak, tak pelaa pelajaran utk Adam nnt lain kali mesti Adam learned d lesson. Nasib baik memi tade highblood kalau tak tentu dah terbaring dlm restoren lepas kejar Adam. Dan kami pakai baju sama laa stripy hehehhe kitorg dua jelaa bapak dia tak yah la pakai stripy nnt kang org ingat mat rempit oversized plak.


till next time


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Macam macam

Seronoknya banyak cuti la kan lately nih .. chinese new year la, hari wilayah, Maulidur Rasul dan thaipusam .. Alhamdulillah boleh la berehat dirumah bersama keluarga. Minggu lepas cuti CNY 2 hari je tapi saya terlajak lagi 2 hari terMC sbb tetiba je demam tonsil laa dan membawak ke hari ni tak sembuh2 lagi.

Hari ni masih tade suara dan batuk2 tak tahan sampai nak pecah kepala dan sakit perut skali, mmg dasat batuk nih. Pastu plak i nih setiap kali pegi klinik yg dekat area Setapak tu mesti allergy ubat sampai bengkak muka ku, kali nih dah 2 kali jadik cam ni so smlm i stop mkn ubat tu (ubat tahan sakit) masa 1st time allergy tu ubat antibiotik. Macam dah kurus muka i hari ni, ehh betul tau i tak dela tembam macam kena tumbuk muka mmg allergy ubat nih.


Ooh nak citer pasal kebodohan sendiri nih .. last weekend i pegi JJ AU2 belik barang pastu terserempak dgn ex opismate seketari sini dulu, dia bersama keluarga. I ni terexcited la jumpa dia sbb dah lama kan walaupun tak berapa close sbb dia banyak berkwn dgn golongan profesional je (katanye la). Dia cerita la pasal kebahagiaan keje baru dia (tadela baru mana dah 2 thn dia kat tempat baru) mmg jelas nampak dia happy dikala dia cerita pasal bonusla sambil menolak ke depan handbag elvi dia (elvi neverfull) sambil mataku waaah mmg tumpang gembira sekaki. Pastu kebodohan aku pun terkeluar dikala aku macam ralit terbuai dgn cerita bahagia dia tu terus kata "waaah kak tade ke jawatan kosong kat situ utk saya?" sambil saya cerita laa kesengsaraan yg kena lalui di waktu skrg nih dah macam sotong kurita sampai kaki pun kalau pandai menaip nak suruh kaki menaip sambil tangan buat keje lain. Tetiba akak tu kata 'ada dik boleh la apply' pastu tengah2 duk citer best tempat td bertukar plak katanya tak berapa best sbb busy giler jugak sampai kena keje sabtu ahad .. tahlaaa pada fahaman i mesti dia takut sbb tetiba i tercakap nak keje kat tempat dia jugak macam tade tempat lain nak mintak, hehehe tak pelaa saya ckp tu bkn ikhlas pun cuma nak tunjuk berminat je. Nanti next time mulut nih kena stapler jgn ckp lepas cam tu sbb sesetengah org tak prefer bawak kawan keje seopis nnt abislaa bocor rahsia mereka kat tempat baru.


Pastu hari Selasa saya mengikut keluarga mentua sambil Deer survey tempat nak buat course teambuilding for gov dlm bln Feb ni. Kami ke Kalumpang (area hulu selangor kot) tak pernah ke sini 1st time i jejak tempat ni. Kawasannya macam kat Ulu Yam tu ada sungai yg super sejuk airnya, mandi la sket2 dgn Adam sementara Deer dgn PIL pegi survey tempat n harga. MIL tak nak mandi dan hanya duduk je tunggu kami


Sian anak ku mandi pakai baju merepek je, nampaknye mmg perlu la baju mandi tu. Tak proper macam anak org lain, aku dah insap mmg nak beli laa nnt satu baju mandi. Memi tak pe tade baju mandi pun nnt memi boleh berkemban sambil nyanyi ditebing batu tu.
Tu je la citer campur aduk satu entry .. tak paham tak pelaa i syok sendiri. Pasal kakak ex opismate tu bkn nak citer keburukan dia tapi nak bagitau yg aku nih dah super terdesak ke apa tah pantang org citer best je teruja terus. Mmg aku tersedak terdesak dan tersedih sejak aku apply byk2 keje baru 2 tempat je panggil interbiu ..camanola nak realisasikan impian tahun baru nih uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, January 19, 2012

Thursday entry

Yeayy besok jumaat pastu cuti ... tak sabar nih, tak larat dah nak bebel byk keje sbb org lain pun byk keje gak cam ler aku sorang. Lately nih macam sejuk melampau je opis ni, selama ni sejuk jugak tapi boleh tahan lagi laa. Seminggu dua nih rasa macam beku je kaki tangan dan otak pun kadang2 beku jugak sbb tgh buat keje boleh stop tetiba pastu terpk benda lain pastu melayang pikiran sambil dgr lagu terbayanglaaa i menari dgn Bruno Mars ..hehehehe cam gila je.



Oh sebenarnya hari ni i nak share gambar2 Adam pegi jalan2 w/out memi n papa last 2 weeks kot. Dah lama tapi baru ambik gambar dari my cousin semalam so drpd tade entry baik i tepek gambar Adam.

Sapalaa ajar ko pose cam ni Adam ... Dah ler pakai seluar ketat zaman bila tah. Sian tade baju mandi proper pun, macam tak perlu je rasanya nak beli sbb rumah kami tade pon swimming pool pastu dah ler sethn skali je pg pantai.

Ini auntie Jah yg selalu bawak Adam pegi JJ AU2 tu ... auntie Jaja (kakak auntie Jah) tak ikut sbb exam.

Pasrah je kena timbus dgn pasir .. dgn dorang nih kemain sporting lagi Adam. Baju biru tu auntie farina dan kakak dia auntie Siti .. tapi sampai hari ni Adam duk panggil auntie dua beradik nih kakak huahuahua tak larat nak ajar dah. Maybe sbb jarang jumpa dorang kot Adam jadik konpius.
Seronok je dia, tak kisah pun kotor2 kena pasir .. kalau tak jgn harap ler kotor sket je kaki ke tangan ke jerit 'nak wash' bingit telinga.

mak ciks ku, mok (nenek) dan sepupus ....sekarang ni rajin betul dorang nih pegi jalan2 tapi yg day trip je laa. Kalau hari i keje dorang boleh la bawak Adam tapi kalau time cuti ada jugak dorang ajak kitaorg ikut tapi malas laa rasa nak berehat je, pastu bila kami tak nak ikut dorg mintak nak bawak Adam tapi i berat hati nak bagi nnt i bosannn ler tade Adam.


I dah lama tak pegi bercuti skrg ni, naper tah aku macam malas nak berebut2 pg bercuti ujung2 thn macam org lain tu .. dulu alasan anak kecik la tapi skrg macam dah terbiasa plak sejak parents i balik Kelantan tu bila nak bercuti tempat lain je rasa macam baik aku balik kampung boleh jumpa mak bapak macam timbul rasa bersalah nak gi tempat lain heheh macam kan kerap balik kampung thn lepas skali je ... mmm tah laa rasanya tahun ni macam nak pegilaa kot bercuti mana2 ke yg dlm Malaysia jelaaa kang jauh tak mampu plak kang.

okaylaa till next time



daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, January 13, 2012

Adam ooh Adam

Ini gambar Adam, hehehe saje je letak gambar dia banyak2 .. dia skrg ni dah pandai dah melawan memi dan memang menduga kesabaran. sebenarnya dah lama dia suka bogel2 tak mau pakai pampers pastu nak lari2 dlm rumah cuma lately nih macam dah serius betul tak nak pakainye.. kena paksa2 tapi ni i buat tak tau je biarkan je malas nak layan, bila kita buat dek dia tau plak dtg serah diri suruh pakaikan baju pampers dia. Nak mandi pun susah tapi bila dah masuk bilik air nak bubble laa nak angkut toys skali laa terus nak main air susah nak keluar toilet. Makan pun susah jugak dan kdg2 dtg selera mkn byk jugak .. tapi asik nak tunggu selera dia yg kadang2 tu nak tak nak kena laa pujuk si intan payung nih. Bila kena marah sket dia nangis satu taman dengar .. mesti jiran2 kata 'kencohlaa rumah tu, baru anak sorang je' ini btul tau sbb jiran baru saya ckp dgn husband dia dgr suara Adam je kalau kami ada kat rumah. Dah pandai usik memi, kalau dulu bila dia buat salah i marah dia ckp kat i 'soyi memi, i luv u memi, Adam tak nak agi' tapi skrg ni tgh2 duk nangis tu dia ckp 'soyi papa, i luv u papa' ckp kat i tau pastu gelak dgn air mata bergenang tu .. pastu kat papa ckp sebaliknya, kat memi dia panggil papa. Pastu kami gelak sama2 terus Adam tak jadi nangis lama2, tak jadi nak merajuk dan peluk memi sambil cium2 memi .. memi luv u baby.



Ini anak saya tak sekolah tu, duk rumah tak de keje lain duk main ultraman je. ehh tapi Adam ada jugak baca buku tau walaupun tak pandai baca sebenarnya ..tengok gambar kat book pun kira okay dah.

Satu lagi Adam belajar mengenal nama ultraman juga nama 'denosor'. Dinosour ni nama dia 'gojila' -godzilla. Ehh perlu ke belajar nama dan keturunan ultraman nih ... budak lain dah boleh baca buku tau Adam. Tengah nyanyi lagu twinkle twinkle little star pastu lagu itsy bitsy spider sambil nak tangkap spider kat dinding rumah. Ada lagi lagu dia pandai adooii nyanyi lagu ultraman tiga, little einstein juga lagu pororo. Lagu ultraman tiga tu tah apa2 laa 'giga memo2 memumeee moo giga memo memo memumeee moo' haa cam tulaaa lawak giler.

Itu jela perkembangan anak saya setakat nih, walaupun tak macam genius benor masih belum boleh membaca, mengira jua petah bercakap.. tapi saya bersyukur dgn setiap perkembangan normal yg dia lalui. Saya positif je bagi saya setiap anak ada keistimewaan nya dan setiap anak jugak berbeza perkembangan dia so saya tak melatah andai anak saya terlambat dlm sesetengah benda.


Ooh ada satu benda nak citer ni dah alang2 ckp pasal perkembagan ni kan i ni nak ckp pasal isu sekolah Adam yg tak abis2 ni haaa ... ehh kencohss la i kan pasal skola2 nih. Hehhe bukan apa ada laa org bertanya pasal entry skola tu naper sampai ada playschool tak terima anak i tu padahal ada je org lain anak gi sekolah okay je umur dua tahun pun sbb lahir thn 2009 kan so masuk 2012 kiranya masuk umur 3 thn la kalau ikut tahun kan. Tapi tahlaaa i survey 2 tempat je pun pastu mula2 tu kami ni main2 je nak antar skolah pastu tetiba cam syok plak. Yang paling kami suka kat Brainy Bunch Wangsa Maju, okay boleh terima Adam seadanya sbb kami pilih nak 1/2 day tak de transport utk hantar ke rumah auntie i kat Setiawangsa tu dan kalau nak kena hantar ambik sendiri laa.


Kami tak pilih full day sbb auntie i tak setuju dia masih nak jaga Adam nnt dia plak yg sunyi .. Tempat lain spt Qdees tak terima tahlaaa mungkin jugak masa kami tanya student dia dah full ke tak taula. Tapi tak pelaaa dah tade rezeki nak sekolah skrg tak kisah pun, lambat laun sekolah jugak kan. Sebenarnya ada jugak sekolah lain macam best tapi tak bestnya sbb mahal so kami tak mampu jadik setakat itu jela kemampuan kami nih. Tak pelaa nnt sekolah darjah satu pun sekolah kerajaan je tak leh pilih2 cam tadika nih, maunya berangan nak skolah internasional .. tercekik mak bapak Adam.



Waah panjang nye entry nih, tade modal dah ni ... till next time



Daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, January 12, 2012

Homecookin

Sekarang ni saya rajin masak dah, hampir tetiap hari saya memasak tak macam dulu yg hanya hot hot chiken shit tapi skrg gigih tau memikir menu mkn mlm. Dulu kami sampaikan gas abis dah 2 bulan baru sedar pastu bila dah beli gas bukak tong beras tengok2 aikk naper beras kita itam nih .. rupanya kutu beras dah buat sarang.


Sbb dah rajin masak maka rajin jugak bawak bekal pg keje tak kisah laa apa saja asalkan bekal dari rumah. Bukan i saja yg rajin i tengok clustermate pun ramai jugak bawak bekal, kata mereka nak kontrol mkn sbb thn ni dorang nak dptkan bentuk badan menarik.


Bekalan yg biasa saya bawak dari rumah dan panaskan dipejabat - grill cheese sandwich with sausage. Nak bagi nampak effect healthy disitu diletakkan chinese cabbage baru tak menyesal telan dgn cheese.



Dua bekas kalau rajin, sebelah kanan tu b/fast - scramble egg with sausage. Sebelah kiri tu prepared siap2 barang dari rumah letak2 je butter, mayo, cheese, sausage & cabbage pastu sampai opis bakar dgn sandwich maker. Nasib kat pantry opis ada sandwich maker so boleh laa feeling2 makan panas2 dgn cheese yg melting tu sambil hirup nescaffe panas ... syahdu. Kadang2 tak abis jugak sampai ke petang sandwich tu sbb muak kan nak telan sekaligus pastu petang hari panaskan balik cair lagi cheese tu.



Kat rumah pun kdg2 husband saya mintak nak dinner makan macam ni jugak, kan senang idup ku tak yah susah2 nak masak nasik sbb Deer mmg suka mkn roti sandwich2 macam nih. Cuma cara i prepare kat rumah tu lain sket laa ... kat rumah i buat Cuban Sandwich ke, tak pun inti dia i letak beef patties ke, chicken slice / beef slice ke apa2 jelaa tapi yg pasti i tak leh telan roti dah kat rumah .. euww muakler. I penah tiru sandwich ala2 Subway tu tau tapi tak ambik gambar pun sbb terlalu menarik maka pikir nak makan je... sedap ke, alaa boleh laaa.



Ini Cuban sandwich for Deer, kalau nak sedap letak la zucchini/tomato/avakado dlm sandwich tu tapi Deer tak suka. Inti tu chicken ham, yg frozen punya je tu brand Ayamas je sbb nak simpan lama kan tapi kalau dpt beli yg fresh tu lagi sedap.



Ini Adam punya Cuban sandwich takde cheese, makan adalah satu dua gigit je .. bapak dia tukang perabis makanan.



Sebab ada lebih nasik semalam so i pun masaklaa kari thai salmon.. memi kampung malam2 kdg2 mkn nasik jugak. I dah siap masuk bekas plastik nak simpan peti ais sbb byk tak abis dah tu aku sorang je mkn. Nak bagi mak metua kang dia tak mkn kari2 thai nih .. lagipun takut nnt mil kata tak sedap ke buat nye tanya saya naper masak cam nih tak reti ke nak kari biasa2 tu, ehehheheh saya org kg yg duk kat sempadan thai tau masak kari thai jek. Tapi mil saya masak kari ikan mmg meletupss ala2 mamak gitewww walaupun saya dah menuntut ilmu dgn dia tapi belum lagi sempat nak masak cam dia.

Okaylaa till next time
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: Furry frensss mkn makanan tin dpt percuma .. rezeki dorang, deer jwb survey kat JJAU2 dpt laaa makanan tin brand Sheba tapi si Garfield yg tala byk.

Wednesday, January 11, 2012

New Year 2012

Happy new year !!! ... walaupun dah sebelas hari dah tapi inilah entry pertama di tahun 2012. Lately nih i bizi giler.... ehh silap bukan lately je tapi dah lama dah rasa banyak keje nih tak menang tangan, rasa nak nangis tapi tak sempat cuma tersedu sendu je ku mampu.


Di tahun baru ni saya tade sebarang azam pun sbb azam tetiap tahun sama je tapi tak kesampaian pun. Sejak 3 tahun lepas, iaitu selepas 2 tahun keje kat pwc nih i dah semput tak larat maka sejak itu azam ku nak tukar keje lain tapi sampai hari ni sini jugak aku duduk tak ganjak2 pun. Semoga tahun baru ni saya dpt keje lain dah kami sekeluarga dimurahkan rezeki yg melimpah ruah.


Bulan ni juga merupakan ulangtahun perkahwinan kami yg ke 4, sambutan biasa2 jelaa sambil2 muhasabah diri jika ada kekurangan diri sepanjang 4 thn ni akan diperbetulkan dan semoga kami kekal ke akhir hayat. Hadiah ulangtahun ke 4 saya ada mintak dgn Deer nak keter baru utk saya iaitu Toyota Prius eeii lawanyeee pastu save minyak pastu hybrid pastu i go greeen dan i save d world. Tapi malangnya saya tak ukur baju dibadan sendiri sbb suami saya miskin mana mampu bagi hadiah sebegitu so sedarlaa dari mimpi.


imagefrom google.


Tahun 2012 jugak saya bercadang nak antar Adam pegi Playschool pada mulanya siap dah survey apa dah, tapi malangnya tade transportation tuk sekolah yg saya berkenan tu. Ada la jugak saya bitau Deer nak berenti laa macam ni sbb Adam nak skolah sapa nak antar kalau saya berenti elok jugak kan boleh antar ambik Adam dari sekolah sambil2 drive keter baru kononya Prius tu. Semua tu angan2 laa tade pun sekolah yg dekat2 dgn area Setiawangsa tu yg kami berkenanla, adala satu skolah tu Q-Dees tu tapi tak terima sbb Adam masih berpampers lagi tak cekap lagi kencing berak toilet. Pastu atuk nenek pak cik mak cik semua bising katanya awal sangatlaa for Adam, kesian laa turun naik bas tahlaaa whylaa dorang nih semua negatif sangat sampai i pun terjebak kesian kat Adam so tak jadik laa akhirnya. Tapi insyaAllah kalau tade apa2 halangan cukup2 umur Adam 3 thn i nak hantar sekolah, mesti dorang dah terima sbb umur dah cukup kan. Tak pun hantar playschool on weekend pun tak pe dah janji dia berkawan2 dan bermain2 tu jelaa bkn nak suruh dia baca buku dan buat kira2 dah pun.


Adam dah tak sabar nak gi school nak kawan2, sian dia tapi byk tempat jugak tak terima sbb kecik lagi, pastu berpampers. Ada satu activity school tu Da Vincci art class, Adam suka sangat situ dia loncat kat luar tempat tu tgk kat dlm ramai kawan, byk art work (dia tgk kat OUla) sambil ckp kat i "memi nakkk" tapi situ tak terima jugak budak below 3. Tak sabar nak besar dah anakku, memi pun dah tua .. ehh tetiba memi feeling tua.


Deer yg konon sudah kurus sedikit di tahun baru. Tapi tetap nak diet lagi, tetap jugak belek lemak dibadan selepas makan. Semoga kami sekeluarga diberkati di tahun 2012 ini, dan apa yg kami hajati selama ini tercapai, juga kami sekeluarga bersyukur dgn apa yg kami dah lalui sepanjang 2011 segala pahit manis thn lepas kami lepasi juga. Welcome 2012.





till next time ... daaaaaaaaaaaaa

Friday, December 16, 2011

Ohh sales again



Ohhh bizi nye lately, nak gi kencing pun terpaksa tahan tapi tadi pukul 12 dah closing heheheh harapnye legalaa aku dari kerja yg tetiba datang macam ribut nih . Cuti i ada lagi 4 hari tapi tak tau bila nak abiskan nih, nak gi bercuti sayang plak nnt abis duit tak leh gi warehouse sale. Nak suruh Deer belanja pun sama jugak baik Deer bagi kat i buat shopping .. lagipun ini bukan sebarang shopping maaaa ini shopping sambil berjimat jugak. Eeeiii ujung2 tahun ni mmg menduga iman merata w/hse sale cuma duit je cukup ke tak .. tapi tak mau pakai kad kredit yer itu tak bijak membeli namanyee (bagi aku laa).


Hari minggu ritu ada pegi w/hse sale Lit Tak kat Cheras, tapi tade ultraman pun dan tak beli byk pun just beli pedang power rangers je utk Adam. Dan hari minggu ni ada w/hse sale lagi Kinderdijk la (jaya One) pastu Hytex la (disney baby,Issue,Tenderly, winnie the pooh dll). Tapi yg Hytex tu i pegilaa sbb kat Kepong dan hanya sekangkang kera berlari je dari rumah pil. Tetiap tahun ada kot rasanya tapi i start pegi sejak last 2 years la ... mmg murah sangat2, sepasang baju disney baby for belasahan dirumah hanya rm6 jegh. I biasa beli sekali banyak utk simpan la bagi family laa sbb to me mmg berbaloi2 dan sapa2 duk area kepong tu pegi laa dekat je from FRIM tu. Tak de gambar bukti i pegi thn lepas sbb tak biasa ambik gambar tempat sales nih malu ler. Beli barang sendiri tade pun lagi, oooh adalaa beli Cotton On kat Festival Mall city kat Setapak tu mmg banyak size i kat situ sbb tade org ramai lagi setakat nih suka gi situ.


Cukuplaa citer pasal salessss je nnt ada org kata i kaki shopping laa apalaa tapi tujuan utama ku adalah utk penjimatan maaaa beli waktu sales jimat per nnt dah tak payah beli lagi duk diam2 kat rumah simpan duit balik.


Nih gambar Adam sebelum rambut pendek dan sebelum kena chicken pox ... tade gambar baru dah. Tak taulaa aku dah letak ke tak gambar2 nih kat entry sebelum ni, kalau dah ada lantak laa malas nak cek balik.




Sesaja nak letak gambar nih sebagai penyeri blog ku, bagiku Adam la penyeri segala2 dlm hidupku. Memi luv u Adam ... muaxxx .. jom ikut memi gi shopping.



till next time

Daaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, December 9, 2011

Last 2 weeks

Masa my parents dtg hari tu i cuti tapi tak kemana pun cuma duk rumah je laa. Parents i tak nak kemana pun katanya nak spend time kat rumah je sbb nnt adik beradik2 mama nak dtg visit. Memang penuh rumah i sbb mok (nenek iaitu mek kepada mama) datang tido rumah bersama Cik Nah, dorang tido situ 3 malam .. seronok sbb siang nya penuh lagi adik beradik mama lain plak dtg. Adam suka laa sbb mama tok Nah ada skali pastu i pun ada kat rumah jugak dan dia tak peduli papa pun masa tu kan Deer kena chicken pox.


Sepanjang mama ada kat rumah i makan nasik banyakkkk gila, i gained weight dan membuncit lemak dgn jayanya. Mama masak macam2 ler lagi2 ada plak mok dgn cik nah lagi laaa dgn budu laa gulai lemak labu, nasik ayam, nasik lemak, singgang ikan tenggiri ditambah dgn ulam2 cicah budu .. slurpsss semua menu pantai timor. Lepas nih i diet laa sambil beryoga dgn Adam .. ehh Adam mmg pandai beryoga dari umur brapa bulan lagi dah copy cat step yoga dah.

Masa nih Adam dah kena chicken pox 2 hari sblm mama n abah balik kampung. Adam pun berselera jugak makan, mungkin sbb ramai kat rumah kot pastu duk tgk kitaorg asik makan je dia pun nak jugak.


Senyum nampak gigi ... setiap kali mama dtg mesti bergambar dekat area pintu nih dari Adam kecik umur 2 bulan sampai skrg la situ laa spot favourite.

Abah susah nak dtg lama2 tapi kali ni entah laa katanya nak take a break sbb kat Kelantan banjir tak mau duk sana dlm musim hujan. Musim banjir projek tanaman ubi tak menjadi cuma sebelum dtg KL abah dah siap2 jual ubi musim menuai la sblm banjir or masa awal2 banjir tu, ohh ubi kayu kat Kelantan dlm musim banjir mmg permintaan tinggi mmg dah tradisi kot org sana mkn ubi banyak musim tu.

Adam pulak tak kisah masa i pegi keje tu tinggal dia dgn my parents tak nangis pun okay je, dia tau laa kalau tanya dia 'memi work, papa work'. Lagipun i keje cuma 3 hari je kan, tak terasa pun, tapi skrg ni dia macam marah plak bila i pegi keje maybe sbb dah lama duk rumah. I ada la jugak bawak parents i jalan2 tapi dekat2 jelaa, bawak dorang makan2 la .. alhamdulillah skrg ni parents i dah tak macam dulu cerewet nak mencuba makanan kat luar, kali nih dorang bantai apa saja, tapi bapak saya nih cerewet duk telek sijil HALAL kedai tu takut palsu hehehe ...Tapi sushi tu dorang still tak mau jugak ... ehehhe i tak paksa pun baru tanya je dorg dah euwwww.


Pasni tak tau laa bila plak dorang nak dtg lagi, rindu la dorang ni mmg tak cukup dua minggu bersama mereka. Kalau boleh saya nak parents saya terus tinggal dgn saya sampai bila supaya saya tidak sedar dgn perubahan fizikal mereka, saya tak mau mata saya perasan uban mereka bertambah banyak, kedut mereka bertambah jelas tak mau tak mau.



sob sob sob i luv u mama .. abah :D


Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, December 6, 2011

Update

I cuti lama last 2 weeks i keje cuma 3 hari je ... hehehehe heaven duk rumah lagik heaven parents ku dtg KL. Tapi skrg dah balik dah, hari Sabtu dorang bertolak balik Kelantan. Dalam 2 minggu nih macam2 benda laaa terjadik kat rumah tu, happy tu mmg tok sah citerlaa tak tergambar dgn kata2 betapa gembiranya aku mak bapak ku ada kat rumah for 2 weeks tapi yg tak best ada jugak.

Dalam masa yg sama tu Deer kena chiken pox, at the age 34yrs old tua bangka dah baru kena ... mmg tebal sungguh kat muka Deer dan rasanya penuh satu muka dgn chiken pox. I pun kena Chiken pox masa thn 2007 masa umur i 28 tahun, sakit jugak badan nih kena ciken pox tetua nih pastu dgn parut nak tunggu ilang adoiiii lama ... berbotol2 aku pakai bio oil tuh nak ilang parut punya pasal. Masa my parents sampai sini Deer baru je 3 hari tak sihat, muka muram jegh dah la masa tu i terpaksa suruh Deer drive sbb nak jemput parents i kat hentian bas Greenwood tuh sian dia. I mmg tak leh drive sbb nnt sapa nak pegang Adam, dia tu dah laa asik nak suruh papa dukung je kalau boleh tak mau la Adam dekat2 dgn Deer.


Konon suruh Adam jauh2 dari papa la apalaa elok je lepas seminggu Deer okay tu pastu Adam plak kena chiken pox nih. Mula2 naik kat bontot, ku sangka kudis malam spt nenek ku kata tapi rupanya semakin hari semakin banyak esp area bontot dia pastu merebak ke tempat lain sah2 laaa chiken pox bkn chiken chop. Nasib baik Adam tak demam apa ... benda tu tumbuh cam tu je, kdg2 nampak dia cam gatal jugak tapi i bagi dia bogel je (nasib baik tak kencing merata) bila nak terkencing dia bgtau nak pakai pampers... masa nih i try jugak nak potty train/toilet train tapi dia tak nak asik nangis bila nak tukar pamper or basuh bontot or mandi maybe pedih kot. Masa mula2 timbul bintik2 merah tu kat kepala tu cecepat i suruh Deer bawak Adam gi kedai belakang rumah ptong rambut, nasib baik org tu nak potong.



muka nih masa memula kena, baru sikit2 je tumbuh kat muka. Tapi kat bontot dah byk dah blm merebak sepenuhnya lagi.

Adam said 'babai long hair, no more hair fliping, no more sweaty head and no more bad hair day ... i like my new style and i love to rub my head.



Chiken pox yg tumbuh macam cendawan, bertambahlaa bintat kat badan Adam. Owh nampak tak Barbara patung Adam ..... dia panggil "bha-rha" .. dah simpan dlm kotak tapi dia gi selongkar cari 'bha-rha' tu. Sekarang nih kalau nak keluar je kena angkut ultraman, sinchan dan bha -rha .. penuh keter.


Tak pe la Adam kena benda ni kecik2 kang esok dah besar senang tade sesusah nak kena time2 exam ke nak kawin nnt ke.



Tengok papa nih dah tetua begini kena chiken pox, dah le tebal kat muka pastu kena sapu calamine losyen tu dah macam rupa hantu kampung pisang je. hehehhe jgn marah Deer mmg betul masa tu Deer looked scary sungguh dgn muka muram mencuka pastu muka bercapuk begitu kalau duk lepak kat balkoni malam2 dgn baju putih tu agaknya eksiden keter motor yg lalu depan rumah kita .




okay laa till next time


daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, November 16, 2011

Aidiladha pic

Today i just nak share gambar je laa, tade citer lagipun tgh busy jugak nih. Letak gambar raya aidiladha baru2 nih. Raya puasa punya gambar proper mmg tade sampai ke sudah nampaknya, tak pelaa tahun depan kena beria2 pasal isu gambar nih.



Beraya kat Alam Damai Cheras dan Kepong jegh, pastu Adam dan Papa tak pakai baju raya pon sbb dah petang. Adam tah berapa kali tukar baju dlm satu hari sbb berpeluh belengas, tu gambar tgh tengok ikan Wan Ngah punya ... muncung2 mulut dia duk tunjuk 'pish' pastu 'ikan' ulang2 lima belas kali sbb excited.


Pagi2 raya tu Adam dan Papa siap baju melayu semua tapi masing2 sibuk ke sana sini, Adam tu tadelaa sibuk ke surau pun tapi sibuk berlari dlm rumah. Gambar atas tu Adam tgh mabuk tengok ikan belum puas lagi pastu tetiba je ada burung tiong duk tegur2 . Burung nih nama dia Kilau,boleh cakap tau dia tanya kitaorg 'dah mandi ke belum' ... 'selamat pagi,petang ' pastu ada sesuatu burung nih ckp buat kami terkedu masing2 tengok sesama sendiri ....burung tu ckp "Indon tak guna"..... hehehehh no komen laa, macam mana burung nih boleh tau ayat tu kalau tade org sebut. Mak Ngah laki i nih mmg selalu dpt maid bermasalah sampai burung pun boleh paham agaknya, nasib baik jugak ikan dorang tak pandai berkata2 kalau tetiba ikan tu ckp 'blup .. blup.. blup indon tak guna' .......... terus i pengsan kat situ.


Isi minyak dulu pastu tengok 'otomeng giga' -ultraman tiga. Kat sini Wan Ngah bagi Adam nearly 100 pcs of Ultraman cd/dvd pelbagai cerita. CD/dvd ultraman dari koleksi pak cik Aiman anak Wan Ngah .. so skrg nih berkepuk2 CD kat rumah sampai pening terbaring Adam nak pilih mana satu nak tgk. Pak cik Aiman nih pun dulu kecik2 suka Ultraman jugak skrg dah darjah 5 so tak cool dah ultraman2 nih skrg nih minat FB plak.


Okaylaa till next time


Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, November 3, 2011

Rainy day

Sekarang ni petang2 asik hujan kan, pastu plak ramai yg demam la pastu selsema laaa. Tapi hari ni hujan turun agak awal dari biasa .. kul 1.40 kat sini dah ujan. I ni plak dari last week lagi sakit tekak dgn suara serak2 nye pastu selsema lagi batuk laa bawak sampai hari ni, tapi hari ni dah okay sket tade lagi batuk yg sampai sakit kepala tuh. Adam pun kena selsema jugak , Adam pecah rekod lebih dari 3 hari dan hari ni Alhamdulillah dah okay selsema dia.



Raya Aidiladha sehari dua lagi kan, mmm i tak kemana jugak masih jugakkkk laaa ke rumah PIL di Kepong. Seronok ler PIL aku dpt beraya dgn cucu dia, i tak balik Kelantan pun sbb mama kata dia dgn abah nak dtg nnt cuti sekolah ni. Kalau i balik kampung time raya pun tade pekdah nye jugak .. sapa ada kami tiga keluarga ni jelaa dan mmg akan BOSAN. Raya di Kelantan tak pernah memberi memori gembira dlm kenangan aku sepanjang 19 tahun aku menetap disana (dari kecik sampai abis form 6, pastu aku dtg sini duk Subang Jaya sambung blaja kat Stamford PJ). Sejak tahun 2001 i braya di KL mmg lagi meriah sbb family mama ramai disini dan kami mmg close to each other. Kat Kelantan family abah tak close pun .. mmg bosan dan suka menunjuk serta berlawan2 ckp besar. Family belah mama tak semua nya perfect kan tapi jauh lebih baik walaupun adala sorang dua mak cik ku bimbo tapi tetap okay dan ada sorang mak cik aku feeling2 bini menteri sbb laki dia kayo tapi dia sebenarnya okay jugak laaa compare dgn family belah abah. Family belah laki aku no komen laaaa setakat ni mmg baik walaupun aku bukan menantu pilihan mentua ... pahit manis aku telan la sbb aku sayang laki aku maaa.



Preparation raya tade apa pun dan tade cuti panjang pun cukuplaa cuti sehari Isnin depan tu, walaupun balance cuti aku ada lagi 10 hari aku sayang nak guna nnt mama nak dtg aku nak cuti lama dlm 5 hari pastu lagi 5 hari aku carry fwd thn depan.





Ehh tetiba ada gambar, heheeehehe entry nih caca merba, suka atila kan. Adam yg tetiba cranky nak jadik handbag memi. Berat jugak laa walaupun 10 - 11kg je naik lenguh dukung lama2.

Suka truck Bob d Builder nih .. dia pun ada koleksi Bob d builder tapi yg truck nih lagi real baru feeling bebetul bob d builder.

Sekarang nih nak bergambar dgn dia style peluk2 cium2 tak leh dah, mesti dia mengelupur nak buat aksi otomeng jegh. Terhasil lah gambar yg tak ready cam nih. (gambar kat ikea, masa tukar pampers Adam)



Okaylaa tade modal dah nnt kang banyak plak aku mengutuk dlm nih, tak pasal2 tambah dosa kering. Lantak laa kalau sesapa yg kenal family aku tu baca nak sentap2 ke .. aku tak kesah. Ohh besok Kampeni yg aku kerja nih ada Annual Dinner tapi aku tak pegi pun sbb mmmm sbb mmm aku tak suka konsep tema dia yg Shanghai Night tu .. payah aku nak carik cheong sam pastu kalau aku belik nak pakai kemana plak lepas tu. Lagipun sayang plak aku nak burn d money 4 one night .. nak2 dekat time Raya Haji nih (memula aku duk 50-50 nak pegi ke tak, tp last2 aku malas la nak pegi) .. buat aku terpkir baik aku join Ibadah Korban kat Kemboja tuh kan.





mmm tak suka tak yah pegi toksah ckp banyak .... till next time .. Daaaaaaaaaaaaa

Wednesday, October 19, 2011

Olaa i'm back

Lama tade update, been bz bee lately. Mood nak blogging ilang bila tade gambar terbaru, gambar tu ada cuma tak upload ke komputer. Macam2 citer nak share sini, pastu dah lupa turutan dah .. cehh cam ada org kesah aku ada entry ke tak .. hehehheh.



Last 2 week laki ku o/station lagik pastu cam biasa laa i pun menempel laa kat rumah pil, so keter tu i bawak ler ke komuter station .. cam biasa sampai rumah mil dlm kul 6.30pm tgk Adam duk lari2 kat luar pastu tetiap hari jugak mil duk tegur bila i sampai rumah 'ehh ada bau macam benda hangus laa' so i ckp 'alaa mak tu bau tayar org bakar, adala tu kat mana2 tu' . Esoknya mil tegur lagi bau benda sama jugak sampai laa hari ke 4 cam tulaaa baru laa perasan yg minyak itam keterku dah beberapa hari menitis sampai kering dah so esoknye tak g keje lew i sbb takut mati keter tgh jln. So i ingatkan rosak lite2 sugi je tapi bila Deer balik dia bawak gi bengkel mahal nyee kena charge sbb katanya kena angkat engine laa apalaa so terbanglaa dlm 1500 tak leh claim mana2 .. bagi kitaorg mahal tu tapi bagi org kaya cam seratus hengget je.



So skrg keretaku dah sihat malah lebih sihat dari biasa .. masa ambik dari bengkel tu nampak cam baru je tetiba. Owh sebelum Deer o/station hari tu i ada pegi warehouse sale yg i mention dm previous entry kan ... yg sale pertama i pegi tu Mattel w/hse sale tu mmg best dan agak murah tapi tak byk pilihan dah pun. Sale kedua Kinderdijk tu kat IPC yg lakikukata berbaloi pegi tu mmg tak berbaloipun sbb macam tak de apa sangat dah lebih kurang dgn sale mattel tu ada mainan laa, bajulaa tapi Avent produk tak byk pun dan tak jimat mana pun biasa2 je. Gambar yg bkn tujuan nak showoff ada yg pasal mainan tu la nnt la i upload sini layter, rasa best sbb beli mainan Adam macam2 total bill 60hengget jeghhhh mana tak bangga makkk.



Kelmarin dan semalam i EL sbb Adam tak sihat kena measles, tapi yg kecik2la bkn yg sebesar tapak tgn tu. Adam tak sihat dari last week hari khamis demam lite2 je pastu Jumaat last week balik keje dah sampai rumah pun kena keluar balik sbb tetiba tempt Adam tinggi w/pun dah mkn ubat demam tapi tempt 39, Doc kasik ubat bontot tu blm balik rumah lagi tgh tunggu ubat Adam dah okay terus transformed jadik Ultraman kat klinik tu. Sabtu plak lagi tinggi tempt 40 so i kasi ubat dan sponge dia sampai tempt to normal balik 37 pastu Ahad terus keluar measles sampai laa smlm tapi hari dah okay Alhamdulillah.

Ini je gambar yg ada. See Adam dah sihat Alhamdulillah, tgh tgk Ultraman sambil minum air 'totak' sejuk. Chilling with air totak n Ultraman Tiga.


Cam tulaa kisah i dua minggu nih, lantak laa org kesah ke tak ke dah aku nak tulis kan. Owh lately ni jugak i bz dgn membeli kupon kat Groupon tew .. surut duit ku, sampai kering dlm a/c baru ku celik pejam dpn PC puas ati campur duka. Tapi dlm masa yg sama i terasa spt menyahut seruan kerajaan m'sia supaya berjimat, maka pembelian dari Groupon mmg berbaloi .. terus ilang rasa membazir.

p/s: K.Zai gambar kucing tu ada tapi nnt saya upload yer




till next time


Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, September 21, 2011

Happy Birthday Deer

Happy birthday to my deer husband, ure 34 years old today. We love u very much, i senantiasa mendoakan yg terbaik buat Deer, semoga panjang umur dan bertambah2 rezeki selepas ini. Juga semoga Deer menjadi suami dan bapa yg baik serta hamba yg soleh dan dikurniakan Allah kesihatan yg baik ... amin. Nanti Deer belanja yer i dgn Adam makan2 sempena birthday Deer hehehhee.




Sempena birthday Deer ni nak cerita pasal Deer ni sepanjang i kenal Deer nih dari 2002 hinggala dah kawin skrg dia mmg asikkkkkkkkk laaaa diet manjang, katanya dulu berat dia 98kg almost 1 tan tak leh miss diet laa, tapi masa i kenal Deer kurus je berat pun katanya dlm 55kg tapi skrg lagi laa diet sbb dah lagi berat 10kg dari dulu ke dah belas2 kg tak pastilaa. Deer ni punya impian konon nak body dia hotss bersixpack tewww tapi tak penah nampak pon dari dulu sampai skrg body dia hot bersixpack tu. Dulu deer ni rajin gi gym siap minum supplement GNC tu .. macam2 perisa dan jenis susu tapi hasilnyeee tgk laa skrg ada satu pack je kat depan.



Okaylaaa tercerita plak pasal suami sendiri, nak puji laki sendiri nih kalau nak muntah ke silakan la yer Happy birthday to my husband .... Deer ure d best husband n d best papa for me n Adam .. I'm so lucky to have u by my side, ure so helpful and generous to us we always pray d best for u and i always support your hobby yg terlampau into music yg pelik tu tapi nak buat camana kan dah itu minatmu walaupun sakit telingaku. Kalau Deer nak tau itu ler sebab i sakit kepala seminggu hari tu duk dgr lagu yg euwww bkn sakit telinga je sakit hati pun boleh tapi dlm kereta uollsss nak lari camana kan tadah ler tinge nih.



okaylaa till next time .. see i puji sket je laki i nih, tak tau laa kalau nak kutuk gak kan. Deer ada org tu dulu benci kat Deer kan tu pasal ler last last last previous years tade pun entry pasal deer.



daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ... jgn marah ahhhh ( kopipes dari citer bujang lapok)



I luv u Deer



Tuesday, September 13, 2011

Rezeki bulan Syawal


Masih lagi dibulan syawal, rindu plak suasana penuh keberkatan dibulan ramadhan. Minggu pertama syawal KL sedikit sunyi tapi masuk minggu kedua kembali sibuk seperti biasa. Hari minggu kami yg konon2 diwar2kan nak g ambik gambar raya hancussss berkecaii, tapi nak buat camana ada cerita sebalik cerita.


Hari Jumaat lepas cousin i buat open house .. cousin i yg auntie clown Adam si Jaja teww leww hmmm boleh la tahan jemputan nya so i balik keje bergegas sana laa sbb mamatok Nah Adam tolong Nenda Nab prepare nasik briyani .. Adam pun ada gak sana masa sampai situ tgh bertugas sambut tetamu .. hebat anakku syabass baiyahh. Sampai sana dari pukul 6.30pm sampai 10.30pm baru balik rumah, nak balik awal kesian plak tade org bantu itu ini dan tuan rumah bz dgn tetamu adik Jaja auntie clown no 2 auntie Jah Adam tak balik UiTm tak cuti pastu ada exam .. so sian. So i bantu laa kat dapur tolong basuh pinggan dan kemas itu ini, tu pun masa i balik ada lagi tetamu sampai. Tak kose tunggu sampai tengah malam, letih balik keje tak abis lagi.


Sampai rumah dlm pkl 11pm pastu ada jiran selang 1 rumah auntie anak dara ramai tu ajak open house dia besok (hari Sabtu). Pastu masuk rumah tido, hinggala pagi esok kami bangun i suruh Deer alihkan keter sbb nak basuh porch depan tetiba auntie india sebelah dgn maid dia citer ada org cuba nak pecah masuk rumah kami mlm td, kata maid auntie india tu dia ternampak budak2 anggaran umur belasan thn or maybe early 20 je satu kumpulan cuba masuk thru veranda depan tapi tak berjaya sbb terkejut dgn maid tu tgh jemur kain kat veranda sebelah. Dia cerita nampak sorang je panjat melalui rumah jiran naik ikut bumbung jiran ke veranda rumah i .. terkejut jugak kalau tau awal2 maunyer tak tido aku.


Hari Sabtu tu kami ke rumah jiran buat open house je pastu Ahad tak kemana pun duk rumah jelaa. Kami agak maybe dorang ingat kami masih tade kat rumah sbb seminggu di minggu raya tu mmg tak tido rumah sbb kami kat Kepong. Buat masa ni tak nak laa balik lambat2, sampai rumah pun mlm td dlm pkl 8mlm gak sbb pegi beli guli. Mlm td jugak i basuh kasik licin lantai veranda tu, mmg tak penah guna pun kawasan tu dulu2 ada jugak jemur kain kat atas pastu skrg ni malas nak bukak tutup pintu. Masa basuh mlm td tu takut jugak walaupun masa tu malam masih muda i asik terjenguk2 kat tempat org panjat tu eei gelap takut, Deer tunggu sambil dukung pengacau siDadam tu .. lepas basuh mmg licin bersih pastu i letak guli banyak2 giler dgn harapan lepas nih kalau org tu panjat terjun ke lantai dlm keadaan gelap mmg meninggal laa tak pun koma org tu mmg jatuh hentak ke lantai sbb guli penuh situ. Bilik atas pun kami dah kunci kalau dorang masuk mmg makan masa nak ke tembus ke rumah. Waah letih rasanye bercerita pasal pencari rezeki haram nih.


Hari minggu ni ada plak jemputan rumah terbuka Alhamdulillah rezeki halal sbb org jemput makan bkn curi makan.



Sblm berenti menceceh panjang lebar nih i nak sajikan gambar sapa lagi lewww anak ku Adam leww jgn mareeww.


garden chair .. waah empuk nyeee.

Dinner with superhero pujaan ... pastu ilang sekor ultraman kat Ikea.

Eventho memi called me baby but i know which one is real baby ... i love baby ... 'weee baby sho molll' - baby so small.



Waa penat laa curi tulang siapkan entry nih ... mintak2 tak haram laa gajiku sbb mencuri tulang, alaa org lain pun buat gak ... eloo tetiap pagi i dtg keje awal tau skrg nih, ehh pagi tadi first time sejak berubah dtg lambat opsss tunggu masa nak kena panggil nih. Okaylaa nak sambung keje sambil feeling2 lagu Maroon five - moves like Jagger.


Till next time

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sambung nyanyi 'i don't even try to control u, look into my eyes i'll own u ... with the moves like jagger .. i gotta d moves like jagger .. i gotta moooooves like Jagger.

Thursday, August 25, 2011

Raya dan persiapan ala kadar



Lagi beberapa hari je kan nak raya, mood raya dah membelenggui diri ini (cam lagu plak). Saya apply cuti raya sehari jeww, kat opis nih hari Isnin minggu depan keje lagik, so i apply cuti on 29/8 jelaa lagi 3 hari tu mmg cuti umum kot pastu 2/9 tu kampeni bagi cuti katanya sempena Merdeka day.


krg ni i tgk ramai org duk punggah bawak balik biskut dan kerepek raya yg dorang order sblm puasa or awal puasa hari tu, meriah tgk sensorg duk angkut plastik bag besar2 termasuk laa si Syurei ofismate i nih 4 hari punggah tak abis lagi bayangkanlaa byk nyee dia beli. I tade beli pape pun biskut, cake or kerepek sbb nye i beraya kat Kepong rumah PIL, bila gi sana i tgk mil dah susun kotak besar dlm tu ada biskut raya kotak lain ada kerepek pastu kat tepi kabinet ada air gas, kordial laa, beras pulut laa cam nak kenduri blm campur yg sil order tak sampai lagi. I tak penah bagi apa2 biskut raya kat mil sbb dia ni cerewet kang i beli dia tak mkn rugi i taw, dia jenis yg setia pada yg satu iaitu setia pada sorang aje pembuat biskut nye kecuali sil i buat dorang mkn je tp kalau i buat tak mkn kot heheeh. Auntie2 i pun sama tak yahlaa bermurah hati nak beli biskut ke kerepek ke kang ko yg panas telinga kena dgr bebel kalau biskut ko tak sedap .. i selalu kena bebel cam tu sbb beli mee goreng tak sedap la, nasik kukus tak sedap laa dll cam tulaa perangai warga emas kesayangan ku ehh kecuali mamaku tercinta dia pasrah je telan tak ckp pape sbb dia takut i sentap tak beli2 lagi dah.

Baju raya i thn ni tak sempat siap kot ermm kalau siap pun sepasang je .. alaa i buat baju biasa2 je iaitu baju kurung pesak tu pun auntie i yg jahit tu pasal la kalau tak siap tak leh ngamuk, diam je. Beberapa bulan lepas i berangan nak buat baju glam2 for raya sbb lepas raya tu nak pakai g kenduri cousin i kat hotel, pastu Deer i suruh dia tempah yg cantik2 tapi tetiba tak jadik, seb baik tak gi hantar tailor lagi skali org tak jemput laaaa tulaa ko berangan lebih2 lagik hueheuhehueee maluuuuuu (ehh jimat duit aku). So skrg nih kami pakai je laa apa yg ada incase baju raya i tak siap i boleh recycle baju2 lama yg pakai kdg2 sbbkenadrycleaning.. Deer pun sama pakai jelaa baju melayu yg lama, dah tu ko gi tempah Salikin kan pakai takkan la skali je harus kena ulang2 sampai rasa berbaloi aku g tempah sana. Putera kesayanganku tak leh ulang2 yg lama yer sbb dia besar thn ni 2 thn dah .. maka segala bajet kami lari ke dia jela. Baju melayu Adam ada la 2 pasang je pastu jeans selai, seluar pendek selai dan kasut sepasang, selipar raya 2 pasang (sian dia selipar lama dah ketat) owh baju ada gak beberapa helai dan baju tido raya 2 pasang (mlm raya leh pakai). Tension cari baju anak pg kedai sana sini abis .. masa tu baru awal ramadhan kami ke OU, pegi Zara memula skali tinggal sisa jew pastu tgk kat gap kids pun abis tinggal serdak je ... pegi plak OshKosh tade pilihan ada yg baby jew so beli selipar ngan seluar pendek situ tak ckp lagi nih.. merajuk ler, ingat nak beli kat manjaku dekat rumah jela cam ni tapi bapak dia ajak g KLCC seb baik ada situ legaaa ehh tapi tak lengkap lagi nih tgk la esok lusa nih nak gi brand outlet beli kemeja selai dua situ barulaa beraya dgn bergaya Adam. Baju tido raya Adam beli kat Manjaku ada sale 40% .. meriah ko raya sambil berjimat.

Seronoknye Adam nak gi shopping .. shopping ke? alaa lite2 sugi je, pegi beria balik tangan kosong.


Susah sangat yer nak cari baju raya nih, meh sini Adam drive sendiri laa. Setakat jam kat jln Tar tuh alaaa kacang buncis jeww.


My parents tak nak dtg beraya sini w/pun i dah pujuk separuh mati, kat sini ada hampir semua adik beradik mama i dan nenek.. kat kelantan cuma family side abah je .. i mmg tak suka dorang (family belah abah i) huehueheu matilaa benci2 org bln puasa. Alasan parents i dorang nak ke pusara arwah adik dipagi raya. I mmg tak mau redah jam balik raya tu pasal laa i sanggup pujuk gila2 dorang dtg sini tapi nak buat camana emosi warga emas kesayanganku ni lain macam sket tak leh disekat2 so biarlaa dorang asalkan bahagia .. i balik biasanya lepas waktu puncak iaitu waktu2 bkn perayaan dan cuti sekolah masa tu kat Kelantan tenang.


Furry frens ku dirumah tu tak mandi lagi, camana nak raya busuk2 nih. Tinggal kat rumah la dorang nih so kenala ulang alik bagi makan kat dorg dirumah, nak bawak gi rumah pil takut kang nnt fil bebel kat i dorang nih berak busuk pastu kencohsss gila bila nampak org .. duk jela korang anak beranak kat rumah ye.
Till next time ... Selamat berpuasa dan Selamat Hari raya ..... Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Tuesday, July 12, 2011

Adam 22 mths .. Ultraman fever

Lama tade update, terus terlupa jugak nak update Adam 22 mths. Adam turned 22 mths on 26 June cam biasa laa perkembangan Adam skrg ni selari dgn umur dia. Baru2 nie dia dah pandai bertukar jadi Ultraman, siang malam nak tgk dvd Ultraman .. sangap memi n papa tgk org pakai sarung tuh.


Memang dia selalu jugak tgk citer Ultraman kat Astro ceria tapi satu hari tu tetiba je dah feeling lebih sampai terbawak2 nangis bila ultraman habis pastu papa dia pun layannnnn bawak pegi beli dvd Ultraman kat Speedy area rumah. Bermula saat itulah rumah kami bertukar jadi rumah Ultraman. Sekarang ni kalau duk diam2 pun dia asik buat gaya Ultraman fire 'donosor' ... yg jadi 'donosor' tu memi dan papa la. Selain 'bobot' transformer Adam dah mula mengumpul patung dan dvd 'Otomeng' plak.



Hari tu sebelum terjebak demam otomeng nih Adam jatuh tangga, tapi satu anak tangga je .. mmg careless le memi n papa nih masa tu Adam ngamuk2 tak tentu hala tak tau nak apa pastu tak mkn pujuk plak tu. Dia main2 kat area tangga tu, tade sapa perasan camana dia jatuh tapi memi ternampak dia jatuh kepala dulu ke lantai .. ngeri sbb ada bunyi 'tap' eeei . Lepas jatuh tu dia nangis kejap je tade muntah2 or merengek ke terus macam biasa dan tido pun cam biasa, tapi memi takut betul mlm tu memi yg tak leh tido sbb duk tgk Adam je, bengkak kat kepala dia besar plak tu. Tapi esoknya tu memi bawak gi hospital jugak nak cek kepala dia .. memi bawak gi Tawakal terus jumpa dr Kishore dan x-ray .. ada sikit retak tapi tak de apa pun dan boleh baik sendiri tak payah letak ubat apa .. Alhamdulillah. Tade plak gambar x-ray Adam tu nnt nak ambik letak sini so boleh tgk in future.


ini Adam kat rumah opah .. skrg ni kalau sesapa solat dia mesti ikut skali pastu tunggu nak salam dan suka ajak berdoa .. Owh kami skrg ni menumpang rumah mil ehehhe deer o/station.



Tu jelaa ceritanye tade apa yg menarik dlm hidup saya kecuali anak saya Adam .. till next time daaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: kucing saya molley ball dah beranak buat kali ke 2, anak dia persian 3 ekor dan comels serta montok. setakat nih anak ball sihat .. dah pandai dia jaga anak.

Tuesday, July 5, 2011

Termite

Rumah kami ada anai2 sejak sebulan lepas, mula2 i perasan sikit je pastu tak tau yg itu anai2 so buat tatau jela. Seminggu kemudian ia merebak berganda2 sampai merebak ke 4 bahagian dlm kabinet dapur. Masa i nak ambil barang dlm kabinet tu i boleh dgr anai2 tu berbunyi2 .. geli, macam merayap ke tgh makan kayu ke tak tau la.


Minggu tu jugak Deer panggil termite eliminator, panggil 2 kampeni berbeza pastu survey2 harga then decide pilih Ridpest. Dorang datang cek dulu bagi quotation pastu setuju next day dtg bawak ubat dia letak dlm almari. So setakat nih dah 2 kali dorang dtg, memula pasang ubat termite dan hari sabtu hari tu lepas 2 minggu pasang dia dtg buat pemeriksaan dan tak ilang lagi termite tu tapi tak merebak la. Termite eliminator yg kami pilih ni senang tak payah tebuk2 lubang just nak letak ubat, tapi ubat dia letak dlm kotak kat tempat yg ada anai2 tu pastu tinggal je kat situ. Org ridpest dtg cek sampai abis anai2 tu dan kalau anai2 tu dtg balik kat kawasan lain dlm masa setahun dorang akan dtg lagi sbb under guarantee satu rumah selama setahun.



Ini gambar yg i ambik selepas seminggu kena serang anai2, mula2 dia dtg ada satu dua spot tanah tu je. Cepat sungguh dia buat keje. Org yg dtg cek tu kata sbb kami letak kotak, anai2 suka makan kotak tu pasal la agaknya dia cepat merebak. Masa memula nampak ada anai2 ni pun i tak spray shieldtox ke bygone ke apapun tak, nasib baik jugak sbb org tu kata kalau kita spray dgn racun tu nnt anai2 ni boleh lari ke tempat lain dan start merebak merata tempat dlm rumah.


Nasib baik dia start kat dapur so kami cepat perasan, kalau anai2 nih start kat dlm bilik store tentu kami tak tau pastu sedar2 dah satu bilik penuh anai2 agaknya. Kalau lagi byk anai2 lagi byk ler org penghalau anai2 ni charge. Sekarang ni rumah kami belum bebas anai2 lagi mungkin lagi sebulan kata org Ridpest tu, tak pe anai2 ni tak gigit org pun tak de la rasa ngeri ke apa cuma takut kalau tade rawatan menghalau anai2 ni rasanya boleh runtuh rumah kami kena gigit dgn benda kecil yg kuat ni kan.


till next time


Daaaaaaaaaaaaa