Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Ohh Thursday

Hi i'm back n still here, still working at the same company. But today i don't wanna talk abt work anymore coz i feel dat i'm a total loser. ohh cuma nak story sket je yg hospital tu i got d job but i tolak becoz of the offer yg i rasa tak berbaloi to accept .. pastu aku nyesal uwaaaaaaa... dan oleh itu tak berenti2 lagik, dah malu tau nak cerita isu nak berenti dan dgn ini saya ingin membuat luahan 'yang saya sayaannngg tempat cari makan skrg nih, i lap u all including all my bossess n i cannot live without u olls.



okay sambung citer lain ..Semalam cuti i duk rumah je berehat2 juga mengemas dan mencuci pakaian dan membuat house chores laa, laki i kerja dia tak cuti. Selain membuat kerja rumah ala2 lite2 sugi je dan petang i membuta bersama anak tersayang adala dlm 3 jam tido pastu mlm td segar bugar membawa ke hari ni kesegaran nye dan jelas hari ni aura positif terlebih sudah. Sebelum tido kami mkn eskrem buatan memi utk anak kesayangan nye.


Takut eskrem tu menitik dan mengotorkan baju serta lantai, pakai la apron memi yg labuh panjang tu boleh kaver lantai skali. Oh apron tu percuma hehhe takpakai pun lagi last2 jadiklaa apron Adam bila mkn eskrem.



Eskrem laici dari jus laici pastu letak buah laici dlm tin je. Adam panggil eskrem nih 'pop ikel', dia cari sendiri dlm freezer siap letak stool depan peti ais panjat sendiri nak tgk ada tak memi buat 'pop ikel'.



Minggu lepas busy dgn kerja dan balik agak lambat pastu terskip plak rutin baru kami iaitu YOGA, tapi minggu nih buat balik laa tapi nnt weekend la start. Owh gambar cikgu Yoga ku spt dibawah .



murah kan hanya bermodalkan 16.90sen je pastu dijanjikan looking great in 28 days je, heheheh tapi i tadela konsisten buat 28 days berturut2 tu pasal laa tade pun rupa body Jennifer Aniston.

Okaylaa till next time



nak sambung buat keje ni gigih kan pastu balik keje buat yoga lagik, keding laa aku pastu perut je buncit .. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, March 19, 2012

New routine

Happy monday all .. macam ada ramai je duk baca blog i nih, padahal adaler opismate jegh dan beberapa org kawan yg tau kewujudan blog nih. Ahhh tak kisahlaa blog i tak popular ke tak ramai pembaca ke, tak ramai pembaca lagi bagus tak payah nak kaver2 lebih.


Semalam weekend kami duk rumah je la, cuci rumah je tak kemana pun macam tak best nak keluar sbb cuaca asik nak ujan je. Bukan nak merungut dgn cuaca tapi bila nak keluar je tgk cuaca malaslaa dgn baju tak kering di ampaian pastu tak gosok baju keje lagi bla bla bla. So duk rumah tak bermakna tade aktiviti so drpd duk baring je mengemokkan badan baik kita bersihkan rumah. Selain itu juga i dah ada rutin baru setiap minggu (bermula awal Feb ritu) bkn hanya hujung minggu je tapi balik keje pun i buat juga ... kami beryoga. Iye satu family beryoga tapi kalau hari minggu lengkaplaa sefamili dan kalau weekdays kdg i dgn Adam je la, Deer byk sangat alasan tak mau join konon letih laa. Kami tade pun join yoga kelas ke apa tapi kami beli CD yoga nih dan ikutlaaa step2 dia slow2. Semalam i buat total workout 90 minit tu sampai ke hari ni sakit perut aku, dgn sendi2 lagi lenguh sungguh. Tak pe next time must listen to my body yg tak muda lagi nih kenala mula slow2.


Adam baru lepas mandi, lepas yoga berpeluh peluh. Konon dia full of power ala2 ultraman zero (fave dia skrg ni).


Gambar berYoga i tak payahla buat malooo je nak tunjuk sini bkn expert pun, buruk dgn pose kangkang2 tu tak senonoh je .. kot ye pun i beryoga tak dela sampai sesusah nak buktikan kat sini, Adam tu lain la dia dia punya step lagi comel duk tunduk2 tu sampai golek2. Gambar cikgu CD tu nnt i tunjuk sini laa blm upload lagi besok2laa kot, biasalaa ambil gambar byk2 nak upload ke PC asik terlupa je apalagi nak cuci tunggu lambak2 baru antar cuci.


Alhamdulillah setakat nih dah sebulan i maintain yoga, selalunya i buat 3 kali je seminggu takut kang tak leh terima badan nih. Adam pun alhamdulillah boleh follow ikut cara dia laa bkn kata nak kacau memi je tapi ada masa kacau jugak la. Sejak kembali beryoga nih i dpt rasakan perubahan pada badan, iaitu bkn nak kurus mana pun cuma nak berstamina selain itu yoga dpt melegakan masalah sembelit saya yer (hehehe betul nih, sejak beryoga bowel movement kembali elok) bukan itu saja malah tido pun rasa lebih lena dan tadelaa lesu nak bangun tido. Sebelum kahwin dulu i ada amalkan yoga jugak sbb kolestrol tinggi so doctor suruh bersenam tapi i buat secara hardcore iaitu setiap hari i bantai pegi gym for yoga 2 or 3 jam je pun tapi badan tak leh terima so efeknya i period sebulan non stop. Mmg dulu tahap nak paksa badan tapi skrg ni tadela nak gila macam tu cuma buat setakat mampu je. Badan kurus2 tak lawa montok2 baru sedap mata memandang tak gitewww Deer.



Till next time

daaaaaaaaaaaaaaaaaaa


p/s: mattel ada w/hse sale lagi start hari jumaat nih, tempat biasala kat menara lien hoe. Abislaa duit aku, masyaAllah dgn anak aku tak boleh berkira .. tarik balik suupppp.

Friday, March 16, 2012

yayy Friday ..

Salam Jumaat, hari ni kat office ada sambutan hari wanita .. 'Walking in Her shoes' ada sesi bergambar la dan makan2 la i tak join pun sbb ramai sgt queue nak photos shoot. Today i tak b/fast tak sempat tadi sbb nak kejar closing ipower at 12 noon, lagipun this morning i sampai dah ler lambat hehehehh cam biasalaa terlajak tido. My colig ms. jac so generous belanja me a very nice tau fu faa and tuna cheese sandwiches .. sandwiches tu buat sendiri kat opis .. Tq Jac.Walaupun dah closing bill berlambak lagi for next closing .. buat next week la coz today dah tak leh bukak system dah pun hehehhe sukaaaa.



previous entry duk asikk sgt citer pasal keje keje keje nak mintak keje la apa laa semua keje bosaannn dah. Sampai i terlupa nak mention dlm entry lepas my father was here from last 2 weeks tapi dah balik malam tadi, dia dtg sbb ada urusan kat sini. Seronok giler i abah dtg sini, 1stweek here my brother ada skali tapi dia balik dah last week sbb anak dia sakit tak pasti sakit apa katanya jangkitan paru2, she just 26 days old. She's on life support for a week jugak, tak terbayang dugaan yg adik i kena lalui tapi berkat doa semua org alhamdulillah dia dah kembali sihat dlm beberapa hari ni dan rasanya tak lama lagi dah boleh balik .. syukur Ya Allah. My mom tak ikut sini sbb sil on confinement kan so dia tolong tengok2 kan la, lucky mama ada masa semua tu berlaku kalau tak sapa nak tengok 2 kan.


Adam hari ni hantar ke mil jaga, sbb dia tak nak makan dah seminggu susah nak suap mkn. Dia tengok makanan tu dah macam tengok racun terus tutup mulut, kalau begini keadaannya senang je bagi opah jaga confirm satu hari opah ikut Adam bersama pinggan duk suap non stop. Selalunya kalau bagi mil je lepas tu selera Adam pulih terus, my auntie tu dia tak paksa Adam makan dan terlalu mengikut selera Adam yg pelik tu tah nak mkn apa tah. Kalau dgn Opah dia takut nak say no, dia nganga je bila Opah hulur makanan hehehehhe nasib baik mak ada ... thank u mak.


Gambar Adam dgn Odie, kucing auntie i ni dah macam adam punya je asik2 la sebut Odie2 sian kat Ball n Afield tu dah dilupakan. Odie tu pun sama jugak problem dgn Adam masalah nak makan 'selective eating disorder' serius kan bunyik nye tu.



till next time


daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, March 14, 2012

macam-macam



Olaa i'm back .. hehhe banyak nak cerita sini tapi tetiba je tak terupdate lama. Ohh FB akaun baru dah bukak dah mmm dah sebulan kot, ke dah citer pasal akaun baru fb tu tahlaaa kalau dah takpelaa. Kali nih fb dah pakai nama sebenar sbb dah boleh terima kenyataan kalau org nak google ke apa (ehehhe ada ke org nak google aku) kalau ada org google la kan .. buat apa nak bersembunyi idupku tadelateruk pun okay perrrrr walaupun laki aku bukan jutawanggg.



29 Feb ritu i dpt interbiu kat kampeni yg ada rangkaian dgn kampeni lama i jugak iaitu universiti, so i ni matik2 konpiden gerenti aku dpt nih sbb i mmg familiar giler la konon keje line education nih walaupun aku nih seketari jegh. I punya session pukul 8.30 am so i sampai sblm time interview la skali i tunggu org panggil punyala lama sampai ke pukul 10.30 baru panggil dan masa tu dah ada 2 org candidate lain sampai tunggu skali. Sepanjang berjam2 tunggu tu tade la plak nak bagi test ke apa to 'kill d time' tuh dahla kejap2 ada org jenguk2 kat tempat menunggu tu tanya itu ini la ... very unprofessional dimataku pastu nak jawab ulang2 soklan sama terasa nak 'kill d ppl' je. Pastu ada candidate lain sampai kitaorg sembang2 best sangat dorang tu very frenly .. kalau i tak dpt i wish dorang nih dpt la post tu. Bila i dah dipanggil very upset la dgn interviewer tu (HR mgr n boss yg nak pakai seketari tu) dorang tanya i memula okay tetiba je i sebut penah keje dgn group lama kampeni tuh tetiba dorang hentam memacam konon dah mgmt baru tak sama lagi pastu kata i salah sebut nama kampeni laa apa laa mmg dorang nampak tak berminat, bila dah nampak dorang tak suka i pun tak menaruh harapan dah terus buat muka ala2 tak minat jugak sambil pandang dinding pastu berangan. Dorang tanya apa pun i ckp iye2 je, pastu dorang tanya soalan biasalaa apa yg i tau pasal kampeni dia tu .. dan i jawab 'i don't know' ... pastu dorang pot pet2 tah tak tau dorang ckp apa i senyum je. Last skali dorang tanya i 'anything u want to know abt our company .. benefit, bonus etc2 .. i jwb masa tu sambil2 kemas sijil dlm file pastu senyum2 sopan .. 'no, thank u .. i'm not interestttttttttttted. Pastu i keluar laaa hehehehheh very sopan i masa tu. I rasa mmg patut i buat macam tu pun sbb i bukan unemployed i mmg ada keje pun skrg ni so kalau org tak berminat tak de efek pape pun to me.



Abis interbiu pertama i lega ala tak dpt pun tak pe janji i dah cuba kan, kalau pun nak tukar keje kita kena tengok banyak benda jugak bukan gaji je i pandang. I mmg tak de la kisah sangat pasal gaji (mmg la nak naik sket kalau boleh heheeh) cuma i kisah dgn benefit n workload tadela timbun2 macam skrg nih. Pastu minggu lepas ada lagi interbiu tau kat kampeni developer agak besar jgk nak compare dgn education tu .. mmg best interview situ org nye pun professional dan bagus soalan2 dia dan mmg mendengar apa yg kita nak terangkan. Katanya akan panggil i for 2nd interview soon n akan discuss more la. Nampak bagus kampeni nih tak sentuh langsung pasal gaji2 nih lebih pada bincang soal keje skrg, previous work n how to relate to their work bla2 ...


Pada i kalau i pegi interview mana2 kampeni i akan concern kalau 1st interview kampeni tu dah komplen gaji yg kita mintak, sbb i tak mintak gaji melampau pun ala seketari tu byk mana pun tadela i letak expected salary 8K giler tak sedar diri .. ni i mintak biasa2 jela sesuai dgn exp tu pun kencoh mesti kampeni nih tak cukup duit sbb 1st interview kencoh kata gaji kita mintak byk la bla2 berbaloi ke byr kita byk nih la, nak tukar keje nak gaji byk ke bla2.. confirm kampeni tade duit, tak payah la sentuh gaji biasanya kampeni yg besar2 dia akan bincang pasal gaji di 2nd interview. Kampeni kedua ni nampak cerah tapi yg masalahnya i berbelah pulak sbb benefit tak merangkumi family sama dgn skrg ni jugak mmmmmmmmmmmm ntahlaaa tengok la rezeki camana nnt. Aiyohh nak tukar keje pun berbelah bagi laa, dah tua2 begini mmg pandang benefit lebih penting.


Stress ler cerita pasal nak mintak keje lain nih laaa .. dgn kampeni skrg nih macam2 dgn tak cukup staff la pastu yg ada nak berenti laa adoiii tak leh bayangkan aku. Stress ... hari Isnin tu i MC tau, hari ni tak berapa baik lagi tapi dah boleh keje dah. Masa gi klinik tu i mmg tak leh bangun tapi gagahkan jua mmg rasa demam giler, menunggu giliran lama juga pastu rasa berbaloi menunggu bila jumpa doctor .. handsome giler sampai dr tu tanya i senyap tak jawab hehhe tapi Deer masuk skali dlm bilik tu boleh dia ckp kat dr tu i tak dengar sbb sakit tekak sampai tutup lubang telinga .. tah hapa2 Deer tu. Masa tu i terpikir kalau la aku mengandung mesti kenan dr ni melekat kat anak aku hehehh dah ler handsome pastu keje bagus waah tetiba terpikir ehh tade adik pompuan laa tapi ada cousin dan cousin pun dah ada pakwe hehehheh tu pasal laa i terdiam tengok dr tu. Hehehhehhahahhahahh .... kalau mengandung lagi mmg i nak anak lelaki lagi la pastu nak suruh dia jadi dr. jugak macam tu huahuahua, mak2 yg berangan.



Adam anakku yg punya emak hover berangan suruh dia jadik akauntan, tak salah pun berangan yg baik2 mmg akan jadik doa apa dan doa2 ibu insyaAllah jadik kenyataan ... Apa yg mendorong berangan sebegitu, sbb hadek2 kat sini sedap mata memandang lagi punya kerjaya bagus. Sepanjang mengandung i tepuk2 perut suh kenan yg baik2 jela. Walaupun skrg Adam addicted to ultraman tapi nnt dia pasti minat matematik jugak. Ultraman Taro campur Ultraman tiga = 2 ultraman .. soo not related ??????????




Okaylaa masa utk menghadap realiti ... kuli mmg giniler kena pijak je la lagi2 di waktu2 busy tapi aku tetap selesa disini .. tetiba sayang kampeni skrg nih "peluk entrance door level 14"



till next time


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, March 1, 2012

Happy Thursday

Lama tade entry, ada cerita nak share tapi tak sempat jela. Hari ni tak bz sangat sbb hari ni kan closing so tadela rushing cam biasa, keje dtg last minit iaitu beberapa minit sebelum closing malas nak layan buat rosak mood je ala kalau layan kan pun bukan sempat pun buat kalut je lebih.


Ohh besok i ada interview .. hahhaha akhirnya ada jugak yg sudi panggil aku, sian sungguh tapi sebenarnya dlm minggu ni i ada 3 interview disebabkan sebab2 tertentu i tolak 2 interview dan terima satu tempat je. Bukan apa i tak nak tamak la kan nanti yg dikejar tak dpt dan yg dah ada dlm tangan nih berciciran, walaupun i nak tukar keje tapi kena jaga tempat cari makan sekarang nih jgn bagi dorang syak sesuatu kang bahaya (walaupun .. ada deme nih kesah)


Weekend ritu bawak Adam jalan2 sambil beli groceries, gambar atas ni kat kedai buku Festival city mall mmm aku lately ke situ jela. Dekat jugak la dgn rumah dan tak payah nak siap2 lawa pun pagi2 pg b/fast kedai mamak pastu terus ke situ. Adam suka kedai buku skrg nih berangan nak book dinosaur la nak book Jaws la macam2 la tapi tak ngamuk pun nak beli bila ajak balik 'jap, jap memi' sambil duk tengok2 buku.


Ini bukan show off apa yg i beli cuma nak berkongsi sbb murah pada i beli Seafood kat Econsave dlm festival city mall tu ... murah yg ganda2 dari pasar dan kesegaran kalau nak banding dgn pasar cam sama je, i beli udang besar tu sekilo 17 hengget je kalau pasar 2o lebih la dan clam tu sekilo 4 hengget jegh .. mmg tetiap minggu la aku pegi situ, tapi kena pegi pagi la baru fresh. Ayam tetap beli dipasar sbb pasar area rumah, ayam organik amat affordable dan yg tak organik pun segar gilers. Oh ye i masih lagi bagi certain2 organik food kat Adam walaupun ramai ler org bising kat aku suruh berenti laa yg tak organik pun bagus tapi nak buat cemana i sukaaa paling suka ayam organik tak cucuk maaa walaupun mama aku kata 'mana ko tau ayam tu tak cucuk, tah2 ko kena tipu dgn org jual ayam tu' alaaa tak pe kalau tipu org tu yg berdosa.



I ada beli popsicles mould 5 hengget kat Daiso pastu my fren suggest buat watermelon popsicles ... watermelon juice, watermelon cube n bekukan bila dah jadik icecream mmg sedap. Semua org pun makan kalau sedap cam nih, lagipun Adam nih nak mkn icecream biasa tak leh sbb masih lagi lactose intolerance. Makan popsicles hanya bila hari panas jela takut plak nnt batuk ke apa.

till next time



daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, February 20, 2012

monday entry

Adoii boring nye hari Isnin, opis punyala sejuk pastu kat luar nak ujan laa lagi bertambah2 sejuk nih. Tgh tahan mata nih, mlm td i tido kul 3 rasa nak tergolek bawah meja dah ni ha. .. ooh tido kul 3 pagi sbb kena layan anak nyanyi lagu otomeng tgh2 malam.

Hari minggu 2 hari mmg rasa sekelip mata je, tak cukup laa sbb minggu2 berikutnya dlm bln ni kan byk cuti je so inilah akibatnya. Hari minggu i tak kemana pun cam biasa jelaa pegi beli barang dapur utk seminggu stok. Pastu bawak Adam gi makan McD, sekarang dia dah reti seronok ke McD bukan seronok nak makan pun tapi seronok nak main so kena bawak lari jauh2 jgn bagi dia tgk playland. Beli je Happy Meal dia punyala suka dan tak sangka plak sampai dia cium i sambil ckp kat i "tingku memi, ai yu memi' waaah pandai ambik ati pastu tak sangka makan pun byk sambil2 duk main toy happymeals tu. So lepas ni kalau kami nak g jalan mana2 shopping mall singgah la ke McD mesti anak ku berbunga hati dia dan tak de episod memalukan mak bapak dlm kedai mkn lagi.

Kalau hari minggu jugak jarang la sekali i masak for b/fast sbb anak saya jugak suka gi mkn kat mamak, cam biasalaa bkn makan tapi suka suasana kedai mamak kot. Bercakap pasal masak2 nih boleh dikatakan berjaya la setakat ini saya memasak hampir setiap hari pada hari biasa dan juga berjaya bawak bekal pun hampir tetiap hari .. ohh nak kata aku miskin pun sila laa tapi aliran duit aku mmg tak keluar2 sbb tade perbelanjaan keluar pun dan statik je duit dlm purse ehheehhe nasib la tade w/hse sale kalau tak cam pompuan gila aku serbu. Ehh i mmg sukalaa w/hse sale tu tak kira la sale apa pun yg penting murah sampaikan ada kata aku kederek laa tade duhetlaa sbb aku duk pegi sale cam tu .. lantak laa suka ati laa nak kata apa kan asal korang bahagia. So far tade w/hse sale apa pun so i simpan la duit tu yer hehehehhe boleh guna dihari tua mana tau hari tua perlu duit banyak ke khennnn.

Gambar kat kedai mamak .. kat McD malu plak nak ambik gambar. Gambar ni i letak kat fb jugak nak ceritanya pasal dia makan roti canai tu siap nak suruh ultraman mkn skali sbb katanya ultraman nak power kena makan.


ini pulak yg i masak tu, bkn nak tunjuk teror bebenor masak tapi sajela nak letak sini ha bitau i masak tauhu stim curah sos kicap manis tu dan anak i suka sbb tak payah kunyah boleh telan je.
Ini pulak ayam masak ala thai 'ayam phat pet' atau ayam serai pedas sungguh senang dan cepat nak masak. Huduh nyee gambar pinggan aku tuh, kang ada kata aku kutip tepi jalan kang nihaaa ala2 tak keluar duhet belanja tetiap bln save 500 jugak boleh la nnt aku beli set pinggan baru so nnt i tayang2 lebih pinggan mangkuk plak.


Lauk pauk di atas nih kalau ada lebihan bawak bekal lagi (i tak geli makan makanan semalam asalkan tak basi je jalannn) huahuahuaaaaahehehheh tapi bekal jarang ler bawak nasik sbb bekal kena bawak yg ala2 tak remeh spt mee goreng, salad, sandwich dan aneka sandwich laa. Tapi minggu lepas i banyak bawak kerabu suhun berudang just makan tu jelaa slurppsss sedap dan very lite and comfortable dish .. letak suhun tu banyak sket laa nnt kang lapar cepat plak.


Sejak dah rajin masak nih barula i terasa spt seorg isteri dan ibu sebenar heheheheh gila kan, sbb selama ni konon i ibu bekerja tak leh penat2 nnt besok lagi penat (macamkan aku kerja hebat). Tapi ibu2 dan isteri lain rilek je masak tetiap hari, dulu jeles jugak tapi skrg saya dah berjaya yayyyyy semoga saya bertambah rajin masak.


tu jela citer serba salah i .. nak sambung buat keje nih, nak muntah dah hadap benda sama nih.



till next time


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, February 3, 2012

Cheap things n old fren

Happy friday, petang ni hujan lebat kat area opis i nih terpikir plak nak balik nnt mesti jam gila kan. Hari ni i dah beransur sihat alhamdulillah syukur, walaupun lama mengambil masa nak baik dan tetiap malam tetap terbangun tiga empat kali sbb batuk2 tapi dah bertambah2 lega dah.


Pernah pegi kedai ikan satu malaysia dekat Setiawangsa? i adala 5 kali dah pegi sbb auntie i yg jaga Adam kan duk area situ tak singgah rugi laa. Pada i yg murah tu mestila makanan laut la spt ikan, udang, sotong, kepah, kupang, kerang macam2 la dan ada juga daging dan ayam juga macam2 barangan lain sayuran dan pelbagai lagi barangan lain. I beli makanan laut je sbb ayam dan daging tu macam tak berapa fresh better beli kat pasar la ada yg organik dan murah jugak. Minggu lepas i pegi situ balik keje hari Jumaat konon nak masak besok hari sabtu tu dan tetiba terjumpa sahabat lama dari zaman kanak2 yg main mak2 belakang rumah. Dia tegur i dulu tapi i mmg tak cam langsung pun dia, alhamdulillah kenal lagi dia pada i dan sudi tegur walaupun i nih mmg tak senyum langsung masa mula2 dia tanya tu terasa menyesal lak. Tapi ralat jugak i tak ambik no telefon dia dan dia je yg ambik no telefon i pastu nak add kat FB tetiba dedua private so susah nak cari instantly thru BB pastu dia janji nak email.


Sampai hari ni kawan i tu tak call or sms or email pun, dan FB i plak sejak smlm tak leh log in tetiba disabled. FB disabled tu mmg buat i sedih sbb byk gambar2 yg org tag2 esp gambar lama kenangan very sentimental. Nampaknya nnt i kena sign in a/c baru, benci laa abis contact2 lama dan paling sedih td i suruh my opismate ni Jac cari a/c i thru fren list dia mmg dah tade langsung nama i macam dah didelete a/c i tu. Ohh berbalik plak kisah kawan lama tu dia tu muda 5 thn dari i .. baru kawin dan skrg dia jadik cikgu kat (wah mulia kerjanya) sekolah depan kedai ikan satu m'sia tu dan harapnya nnt i pegi situ boleh la terserempak dgn dia lagi. Kawan i tuberkali2 duk kata inila 1st time dia dtg kedai ni w/pun depan2 tempat kerja tapi dia tak biasa beli barang situ dan biasanya dia beli kat Giant or Carrefour pastu kejap2 asiklaa dia duk explain tak penah dtg situ. I cakap alaaa tak pe nak jadikan citer kan jodoh kita terserempak sini, tetiba i terfikir adakah dia malu kot beli ikan situ maybe mmmmmmmmm .. ehhh tak baik aku sangka begitu. Kejap betul perjumpaan kami sbb masing2 nak balik rumah dan masak, menurut kawan i tu dia suka masa dari beli .. wah rajin dan mesti teror masak nih. Suprisingly dia duk setaman dgn i kat Gombak tu tapi lain fasa la sbb i fasa tetttttttttttt dia kat area bawah tu kot, tak sempat nak jemput dia datang rumah .. tetiba rindu masa kami kecik2 dulu.


Kisah kedai murah ni plak ... I mmg suka kedai ikan murah semalaysia nih mmg menjimatkan dan selain dari kedai tu i jugak ada pegi NSK, situ pun murah tapi for barangan basah tak berapa fresh kalau sayuran mmg fresh dan frozen food serta barangan lain ada juga yg murah2. Selain itu nak lagi jimat ???? ada pokok2 herba i tanam sendiri spt halia, lengkuas, serai, limau kasturi, limau purut dan daun kesom. Mmg jimat tak yah beli freeeeee je petik fresh dan organik sbb i tak letak racun dan baja pun dari sumber organik .. i tak letak taik kucing buat baja tau walaupun i ada bela kucing sbb nnt mati pokok tu sbb taik kucing tak sesuai buat baja ehhehehehh mana tau kot ada org pikir cam tu ke kan.


very cheap dua jenis ikan tu RM5 je, ikan jacket tu i nak letak sambal dan ikan kembung kecik tu nak buat kuah laksa. Biasanya kalau pegi lepas balik keje tak byk sangat pilihan tapi kalau pegi hari minggu waktu pagi mmg banyak dan very fresh, i penah beli ikan siakap sebesar keyboard i tgh type nih RM11 je heheh murah sungguh kan.



Ini buah hati saya yg teman memi masak .. dia suka tgk ikan sambil cium2 bau ikan tu dan ckp mmmm dap dap pish. Bising kat dapur sibuk nak pegang laa nak angkat laa ikan tu, nampak macam dah tinggi kan Adam tu tapi jgn tertipu dia berdiri atas stool. Dia skrg dah pandai nak tgk apa kat tempat tinggi je spt tgk kain dlm mesin basuh tgh pusing2 tu mesti usung stool tu dan tercegat depan tu sambil tanya i 'apa ni?'berkali2 tau dah jawab pun tanya lagi.





Okaylaa till next time


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, January 30, 2012

Macam macam

Seronoknya banyak cuti la kan lately nih .. chinese new year la, hari wilayah, Maulidur Rasul dan thaipusam .. Alhamdulillah boleh la berehat dirumah bersama keluarga. Minggu lepas cuti CNY 2 hari je tapi saya terlajak lagi 2 hari terMC sbb tetiba je demam tonsil laa dan membawak ke hari ni tak sembuh2 lagi.

Hari ni masih tade suara dan batuk2 tak tahan sampai nak pecah kepala dan sakit perut skali, mmg dasat batuk nih. Pastu plak i nih setiap kali pegi klinik yg dekat area Setapak tu mesti allergy ubat sampai bengkak muka ku, kali nih dah 2 kali jadik cam ni so smlm i stop mkn ubat tu (ubat tahan sakit) masa 1st time allergy tu ubat antibiotik. Macam dah kurus muka i hari ni, ehh betul tau i tak dela tembam macam kena tumbuk muka mmg allergy ubat nih.


Ooh nak citer pasal kebodohan sendiri nih .. last weekend i pegi JJ AU2 belik barang pastu terserempak dgn ex opismate seketari sini dulu, dia bersama keluarga. I ni terexcited la jumpa dia sbb dah lama kan walaupun tak berapa close sbb dia banyak berkwn dgn golongan profesional je (katanye la). Dia cerita la pasal kebahagiaan keje baru dia (tadela baru mana dah 2 thn dia kat tempat baru) mmg jelas nampak dia happy dikala dia cerita pasal bonusla sambil menolak ke depan handbag elvi dia (elvi neverfull) sambil mataku waaah mmg tumpang gembira sekaki. Pastu kebodohan aku pun terkeluar dikala aku macam ralit terbuai dgn cerita bahagia dia tu terus kata "waaah kak tade ke jawatan kosong kat situ utk saya?" sambil saya cerita laa kesengsaraan yg kena lalui di waktu skrg nih dah macam sotong kurita sampai kaki pun kalau pandai menaip nak suruh kaki menaip sambil tangan buat keje lain. Tetiba akak tu kata 'ada dik boleh la apply' pastu tengah2 duk citer best tempat td bertukar plak katanya tak berapa best sbb busy giler jugak sampai kena keje sabtu ahad .. tahlaaa pada fahaman i mesti dia takut sbb tetiba i tercakap nak keje kat tempat dia jugak macam tade tempat lain nak mintak, hehehe tak pelaa saya ckp tu bkn ikhlas pun cuma nak tunjuk berminat je. Nanti next time mulut nih kena stapler jgn ckp lepas cam tu sbb sesetengah org tak prefer bawak kawan keje seopis nnt abislaa bocor rahsia mereka kat tempat baru.


Pastu hari Selasa saya mengikut keluarga mentua sambil Deer survey tempat nak buat course teambuilding for gov dlm bln Feb ni. Kami ke Kalumpang (area hulu selangor kot) tak pernah ke sini 1st time i jejak tempat ni. Kawasannya macam kat Ulu Yam tu ada sungai yg super sejuk airnya, mandi la sket2 dgn Adam sementara Deer dgn PIL pegi survey tempat n harga. MIL tak nak mandi dan hanya duduk je tunggu kami


Sian anak ku mandi pakai baju merepek je, nampaknye mmg perlu la baju mandi tu. Tak proper macam anak org lain, aku dah insap mmg nak beli laa nnt satu baju mandi. Memi tak pe tade baju mandi pun nnt memi boleh berkemban sambil nyanyi ditebing batu tu.
Tu je la citer campur aduk satu entry .. tak paham tak pelaa i syok sendiri. Pasal kakak ex opismate tu bkn nak citer keburukan dia tapi nak bagitau yg aku nih dah super terdesak ke apa tah pantang org citer best je teruja terus. Mmg aku tersedak terdesak dan tersedih sejak aku apply byk2 keje baru 2 tempat je panggil interbiu ..camanola nak realisasikan impian tahun baru nih uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, January 19, 2012

Thursday entry

Yeayy besok jumaat pastu cuti ... tak sabar nih, tak larat dah nak bebel byk keje sbb org lain pun byk keje gak cam ler aku sorang. Lately nih macam sejuk melampau je opis ni, selama ni sejuk jugak tapi boleh tahan lagi laa. Seminggu dua nih rasa macam beku je kaki tangan dan otak pun kadang2 beku jugak sbb tgh buat keje boleh stop tetiba pastu terpk benda lain pastu melayang pikiran sambil dgr lagu terbayanglaaa i menari dgn Bruno Mars ..hehehehe cam gila je.



Oh sebenarnya hari ni i nak share gambar2 Adam pegi jalan2 w/out memi n papa last 2 weeks kot. Dah lama tapi baru ambik gambar dari my cousin semalam so drpd tade entry baik i tepek gambar Adam.

Sapalaa ajar ko pose cam ni Adam ... Dah ler pakai seluar ketat zaman bila tah. Sian tade baju mandi proper pun, macam tak perlu je rasanya nak beli sbb rumah kami tade pon swimming pool pastu dah ler sethn skali je pg pantai.

Ini auntie Jah yg selalu bawak Adam pegi JJ AU2 tu ... auntie Jaja (kakak auntie Jah) tak ikut sbb exam.

Pasrah je kena timbus dgn pasir .. dgn dorang nih kemain sporting lagi Adam. Baju biru tu auntie farina dan kakak dia auntie Siti .. tapi sampai hari ni Adam duk panggil auntie dua beradik nih kakak huahuahua tak larat nak ajar dah. Maybe sbb jarang jumpa dorang kot Adam jadik konpius.
Seronok je dia, tak kisah pun kotor2 kena pasir .. kalau tak jgn harap ler kotor sket je kaki ke tangan ke jerit 'nak wash' bingit telinga.

mak ciks ku, mok (nenek) dan sepupus ....sekarang ni rajin betul dorang nih pegi jalan2 tapi yg day trip je laa. Kalau hari i keje dorang boleh la bawak Adam tapi kalau time cuti ada jugak dorang ajak kitaorg ikut tapi malas laa rasa nak berehat je, pastu bila kami tak nak ikut dorg mintak nak bawak Adam tapi i berat hati nak bagi nnt i bosannn ler tade Adam.


I dah lama tak pegi bercuti skrg ni, naper tah aku macam malas nak berebut2 pg bercuti ujung2 thn macam org lain tu .. dulu alasan anak kecik la tapi skrg macam dah terbiasa plak sejak parents i balik Kelantan tu bila nak bercuti tempat lain je rasa macam baik aku balik kampung boleh jumpa mak bapak macam timbul rasa bersalah nak gi tempat lain heheh macam kan kerap balik kampung thn lepas skali je ... mmm tah laa rasanya tahun ni macam nak pegilaa kot bercuti mana2 ke yg dlm Malaysia jelaaa kang jauh tak mampu plak kang.

okaylaa till next time



daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, January 11, 2012

New Year 2012

Happy new year !!! ... walaupun dah sebelas hari dah tapi inilah entry pertama di tahun 2012. Lately nih i bizi giler.... ehh silap bukan lately je tapi dah lama dah rasa banyak keje nih tak menang tangan, rasa nak nangis tapi tak sempat cuma tersedu sendu je ku mampu.


Di tahun baru ni saya tade sebarang azam pun sbb azam tetiap tahun sama je tapi tak kesampaian pun. Sejak 3 tahun lepas, iaitu selepas 2 tahun keje kat pwc nih i dah semput tak larat maka sejak itu azam ku nak tukar keje lain tapi sampai hari ni sini jugak aku duduk tak ganjak2 pun. Semoga tahun baru ni saya dpt keje lain dah kami sekeluarga dimurahkan rezeki yg melimpah ruah.


Bulan ni juga merupakan ulangtahun perkahwinan kami yg ke 4, sambutan biasa2 jelaa sambil2 muhasabah diri jika ada kekurangan diri sepanjang 4 thn ni akan diperbetulkan dan semoga kami kekal ke akhir hayat. Hadiah ulangtahun ke 4 saya ada mintak dgn Deer nak keter baru utk saya iaitu Toyota Prius eeii lawanyeee pastu save minyak pastu hybrid pastu i go greeen dan i save d world. Tapi malangnya saya tak ukur baju dibadan sendiri sbb suami saya miskin mana mampu bagi hadiah sebegitu so sedarlaa dari mimpi.


imagefrom google.


Tahun 2012 jugak saya bercadang nak antar Adam pegi Playschool pada mulanya siap dah survey apa dah, tapi malangnya tade transportation tuk sekolah yg saya berkenan tu. Ada la jugak saya bitau Deer nak berenti laa macam ni sbb Adam nak skolah sapa nak antar kalau saya berenti elok jugak kan boleh antar ambik Adam dari sekolah sambil2 drive keter baru kononya Prius tu. Semua tu angan2 laa tade pun sekolah yg dekat2 dgn area Setiawangsa tu yg kami berkenanla, adala satu skolah tu Q-Dees tu tapi tak terima sbb Adam masih berpampers lagi tak cekap lagi kencing berak toilet. Pastu atuk nenek pak cik mak cik semua bising katanya awal sangatlaa for Adam, kesian laa turun naik bas tahlaaa whylaa dorang nih semua negatif sangat sampai i pun terjebak kesian kat Adam so tak jadik laa akhirnya. Tapi insyaAllah kalau tade apa2 halangan cukup2 umur Adam 3 thn i nak hantar sekolah, mesti dorang dah terima sbb umur dah cukup kan. Tak pun hantar playschool on weekend pun tak pe dah janji dia berkawan2 dan bermain2 tu jelaa bkn nak suruh dia baca buku dan buat kira2 dah pun.


Adam dah tak sabar nak gi school nak kawan2, sian dia tapi byk tempat jugak tak terima sbb kecik lagi, pastu berpampers. Ada satu activity school tu Da Vincci art class, Adam suka sangat situ dia loncat kat luar tempat tu tgk kat dlm ramai kawan, byk art work (dia tgk kat OUla) sambil ckp kat i "memi nakkk" tapi situ tak terima jugak budak below 3. Tak sabar nak besar dah anakku, memi pun dah tua .. ehh tetiba memi feeling tua.


Deer yg konon sudah kurus sedikit di tahun baru. Tapi tetap nak diet lagi, tetap jugak belek lemak dibadan selepas makan. Semoga kami sekeluarga diberkati di tahun 2012 ini, dan apa yg kami hajati selama ini tercapai, juga kami sekeluarga bersyukur dgn apa yg kami dah lalui sepanjang 2011 segala pahit manis thn lepas kami lepasi juga. Welcome 2012.





till next time ... daaaaaaaaaaaaa

Tuesday, December 27, 2011

Happy Tuesday

Minggu ni rasanya i keje whole week la kot sbb tak apply cuti, sayang plak nak cuti bila tengok view dlm ofis ni hmmmmmm nyaman nyee tade banyak gangguan sbb ramai org cuti. I ada lagi 3 hari cuti 2011 ni tapi macam nak carry fwd thn dpn je, katanya kalau fwd thn dpn kena abiskan dlm bln Jan 2012. Bila dah ramai org masuk keje i plak cuti heheheheh bestnyeee :D.


Hari ni pun kat opis i mmg nyaman sungguh ada la sorang dua je director masuk, tu pun pakai baju kasual je sbb dorang on leave tapi singgah opis jap je. i nih tengah ngantuk duk pikir nak balikkkkkkkk jeee, best duk rumah sambil golek2 dgn Adam.



Gambar lama buat hiasan je, kang ada nnt yg kata ehh cepatnye rambut anak i tumbuh tak pasal2 org mintak tips rambut lebatss.



Cuti hari minggu tak de kemana pun bawak Adam pegi dekat2 je laa, lagipun skrg ni hujan je laa nak kemana la sangat. Tapi hari ni Adam ke Bagan Lalang, pegi dgn Mama Tok Nah, Nenda Nab dan Auntie Jah, kebetulan Nenda Nab cuti dorang nak piknik2 dan i tak ikut pun kan i keje hari nih.



Gambar curi from fb auntie Jah hari ni . Adam seronok laa main kejar2 dgn auntie Jah sambil bertukar jap2 jadik 'otomeng osmosh (cosmos), otomeng giga (tiga) macam2 jenis ultraman la dia bertukar. Banyak jugak la ultraman dia kenal, dulu kenal otomeng giga je tapi dia stadi kan hari2 duk ultraman je coloring ultraman, cd ultraman pastu ada figure ultraman la macam2 laaa. Baju ultraman pun ada (Wan Ngah bagi) tapi tak tunjuk kat dia lagi sbb takut nnt tak nak pakai baju lain kang pengsan .



Okaylaa tade modal dah nih kang merepek ke tershowing off ke plak ada yg tak sedap baca baik i beredar dulu ya. till next time


Daaaaaaaaaaaaaa

Thursday, November 3, 2011

Rainy day

Sekarang ni petang2 asik hujan kan, pastu plak ramai yg demam la pastu selsema laaa. Tapi hari ni hujan turun agak awal dari biasa .. kul 1.40 kat sini dah ujan. I ni plak dari last week lagi sakit tekak dgn suara serak2 nye pastu selsema lagi batuk laa bawak sampai hari ni, tapi hari ni dah okay sket tade lagi batuk yg sampai sakit kepala tuh. Adam pun kena selsema jugak , Adam pecah rekod lebih dari 3 hari dan hari ni Alhamdulillah dah okay selsema dia.



Raya Aidiladha sehari dua lagi kan, mmm i tak kemana jugak masih jugakkkk laaa ke rumah PIL di Kepong. Seronok ler PIL aku dpt beraya dgn cucu dia, i tak balik Kelantan pun sbb mama kata dia dgn abah nak dtg nnt cuti sekolah ni. Kalau i balik kampung time raya pun tade pekdah nye jugak .. sapa ada kami tiga keluarga ni jelaa dan mmg akan BOSAN. Raya di Kelantan tak pernah memberi memori gembira dlm kenangan aku sepanjang 19 tahun aku menetap disana (dari kecik sampai abis form 6, pastu aku dtg sini duk Subang Jaya sambung blaja kat Stamford PJ). Sejak tahun 2001 i braya di KL mmg lagi meriah sbb family mama ramai disini dan kami mmg close to each other. Kat Kelantan family abah tak close pun .. mmg bosan dan suka menunjuk serta berlawan2 ckp besar. Family belah mama tak semua nya perfect kan tapi jauh lebih baik walaupun adala sorang dua mak cik ku bimbo tapi tetap okay dan ada sorang mak cik aku feeling2 bini menteri sbb laki dia kayo tapi dia sebenarnya okay jugak laaa compare dgn family belah abah. Family belah laki aku no komen laaaa setakat ni mmg baik walaupun aku bukan menantu pilihan mentua ... pahit manis aku telan la sbb aku sayang laki aku maaa.



Preparation raya tade apa pun dan tade cuti panjang pun cukuplaa cuti sehari Isnin depan tu, walaupun balance cuti aku ada lagi 10 hari aku sayang nak guna nnt mama nak dtg aku nak cuti lama dlm 5 hari pastu lagi 5 hari aku carry fwd thn depan.





Ehh tetiba ada gambar, heheeehehe entry nih caca merba, suka atila kan. Adam yg tetiba cranky nak jadik handbag memi. Berat jugak laa walaupun 10 - 11kg je naik lenguh dukung lama2.

Suka truck Bob d Builder nih .. dia pun ada koleksi Bob d builder tapi yg truck nih lagi real baru feeling bebetul bob d builder.

Sekarang nih nak bergambar dgn dia style peluk2 cium2 tak leh dah, mesti dia mengelupur nak buat aksi otomeng jegh. Terhasil lah gambar yg tak ready cam nih. (gambar kat ikea, masa tukar pampers Adam)



Okaylaa tade modal dah nnt kang banyak plak aku mengutuk dlm nih, tak pasal2 tambah dosa kering. Lantak laa kalau sesapa yg kenal family aku tu baca nak sentap2 ke .. aku tak kesah. Ohh besok Kampeni yg aku kerja nih ada Annual Dinner tapi aku tak pegi pun sbb mmmm sbb mmm aku tak suka konsep tema dia yg Shanghai Night tu .. payah aku nak carik cheong sam pastu kalau aku belik nak pakai kemana plak lepas tu. Lagipun sayang plak aku nak burn d money 4 one night .. nak2 dekat time Raya Haji nih (memula aku duk 50-50 nak pegi ke tak, tp last2 aku malas la nak pegi) .. buat aku terpkir baik aku join Ibadah Korban kat Kemboja tuh kan.





mmm tak suka tak yah pegi toksah ckp banyak .... till next time .. Daaaaaaaaaaaaa

Wednesday, October 19, 2011

Olaa i'm back

Lama tade update, been bz bee lately. Mood nak blogging ilang bila tade gambar terbaru, gambar tu ada cuma tak upload ke komputer. Macam2 citer nak share sini, pastu dah lupa turutan dah .. cehh cam ada org kesah aku ada entry ke tak .. hehehheh.



Last 2 week laki ku o/station lagik pastu cam biasa laa i pun menempel laa kat rumah pil, so keter tu i bawak ler ke komuter station .. cam biasa sampai rumah mil dlm kul 6.30pm tgk Adam duk lari2 kat luar pastu tetiap hari jugak mil duk tegur bila i sampai rumah 'ehh ada bau macam benda hangus laa' so i ckp 'alaa mak tu bau tayar org bakar, adala tu kat mana2 tu' . Esoknya mil tegur lagi bau benda sama jugak sampai laa hari ke 4 cam tulaaa baru laa perasan yg minyak itam keterku dah beberapa hari menitis sampai kering dah so esoknye tak g keje lew i sbb takut mati keter tgh jln. So i ingatkan rosak lite2 sugi je tapi bila Deer balik dia bawak gi bengkel mahal nyee kena charge sbb katanya kena angkat engine laa apalaa so terbanglaa dlm 1500 tak leh claim mana2 .. bagi kitaorg mahal tu tapi bagi org kaya cam seratus hengget je.



So skrg keretaku dah sihat malah lebih sihat dari biasa .. masa ambik dari bengkel tu nampak cam baru je tetiba. Owh sebelum Deer o/station hari tu i ada pegi warehouse sale yg i mention dm previous entry kan ... yg sale pertama i pegi tu Mattel w/hse sale tu mmg best dan agak murah tapi tak byk pilihan dah pun. Sale kedua Kinderdijk tu kat IPC yg lakikukata berbaloi pegi tu mmg tak berbaloipun sbb macam tak de apa sangat dah lebih kurang dgn sale mattel tu ada mainan laa, bajulaa tapi Avent produk tak byk pun dan tak jimat mana pun biasa2 je. Gambar yg bkn tujuan nak showoff ada yg pasal mainan tu la nnt la i upload sini layter, rasa best sbb beli mainan Adam macam2 total bill 60hengget jeghhhh mana tak bangga makkk.



Kelmarin dan semalam i EL sbb Adam tak sihat kena measles, tapi yg kecik2la bkn yg sebesar tapak tgn tu. Adam tak sihat dari last week hari khamis demam lite2 je pastu Jumaat last week balik keje dah sampai rumah pun kena keluar balik sbb tetiba tempt Adam tinggi w/pun dah mkn ubat demam tapi tempt 39, Doc kasik ubat bontot tu blm balik rumah lagi tgh tunggu ubat Adam dah okay terus transformed jadik Ultraman kat klinik tu. Sabtu plak lagi tinggi tempt 40 so i kasi ubat dan sponge dia sampai tempt to normal balik 37 pastu Ahad terus keluar measles sampai laa smlm tapi hari dah okay Alhamdulillah.

Ini je gambar yg ada. See Adam dah sihat Alhamdulillah, tgh tgk Ultraman sambil minum air 'totak' sejuk. Chilling with air totak n Ultraman Tiga.


Cam tulaa kisah i dua minggu nih, lantak laa org kesah ke tak ke dah aku nak tulis kan. Owh lately ni jugak i bz dgn membeli kupon kat Groupon tew .. surut duit ku, sampai kering dlm a/c baru ku celik pejam dpn PC puas ati campur duka. Tapi dlm masa yg sama i terasa spt menyahut seruan kerajaan m'sia supaya berjimat, maka pembelian dari Groupon mmg berbaloi .. terus ilang rasa membazir.

p/s: K.Zai gambar kucing tu ada tapi nnt saya upload yer




till next time


Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, September 23, 2011

Ohhh saless

esok i tade aktiviti pun sbb dari last week lagi Deer ckp dia ada hal Sabtu. So tinggal ler i dgn Adam dirumah sehari suntuk layan tv, rancangan awalnya nak gi warehouse sale Mattel tu kat Tropicana tapi takpelaa hari Ahad boleh gi jugak cuma tinggal serdak jelaaa kot.



Skrg ni i mostly tuju sales yg berkaitan dgn anak jelaa, dulu aku cam org gila gi w/hse sales baju bajan, make up, kasut laa dan macam2 ler tapi skrg nih aku cam dah lupa semua tu sbb rasa gi sales beli barang mainan lagi puas .. rasa dia macam arrrgghh lega baru lepas berak. Beli stok yg boleh buat Adam diam tak kacau org duk belek mainan tu pada masa sama mainan tu ala education toy gitu, bleh i duk rilek2 silang kaki atas sofa. Oooh anak aku tade ipaddddd cam org lain sbb takut nnt dia addicted dgn ipad lagipun mahal kan benda tu kang dia hentak ipad aku plak hentak kepala. Teringin aku dgn ipad tu toksah citerlaa nak aje aku beli dgn harga murah kirim kat cousin aku kat Boston tu dia ckp murah gilerrrr ... tapi berbaloi kah? pastu cousin jugak ckp iphone pun murah gilersss, mesti cousin aku tgk aku pakai stupid phone tu pasal ler dia offer aku nak ke tak kirim kat dia ehhehehe. Stupid phone aku tu selalu kena baling kat dinding tapi tahan uolllss, sapa lagi yg baling kalau bkn anak aku yg bertuah tu tak pelaaa baling laa nak, balinglaaa memi tak kisah. Ada ke iphone boleh tahan balingan seperti itu huahuahuaaa.



Minggu terakhir puasa ritu i ada la nak beli kasut (kasut i dah buruk dah pun .. eh perlu ke citer)pastu masuk laa Charles n keith tu kan konon nak beli la sepasang dua nak pakai g keje boleh buat raya dulu, pastu kan ada ramai giler laa org kat situ pastu SA dia sombongnyeee taklayan aku pon .. pastu i sentap rasa sedih tau terus rasa biarlaa aku tak makan pun tak pe nak beli jgk kasut nih nak gi Nine West pastu tetiba i terpandang Aldo ada sale up to 70% Alhamdulilah jimat duit aku sbb i beli tigapat pasang Aldo dgn harga bawah tiga ratus. Sepasang 30 hengget pun ada, hehehh sbb masa i pegi tu dah last day sale so yg 70% tu dah jadi 80% .. hehehehe sukaaaanyeee aku (tade gambar pun malulaa nak sooo off aku beli murah je)



Ooh nak berkongsi tapi mesti semua org dah tau kan yg 29 Sept to 2nd Oct nih ada warehouse sales Kinderdijk kat IPC, 2nd floor .. i mesti pegi, byk boleh jimat situ. Pastu 30 Sept plak ada lagi w/house sale Padini kat glenmarie arrghh gilalaaa sales2 sebegini abis laaa duit pastu plak nak ke laki aku tu layan bawak aku g sana sini nak perabis duit tak tentu hala cam ni. Deer kata Kinderdijk sales tu je yg nampak cam okay yg lain buang duit jeghh.




Gambar anak i yg beria2 nak beli bola, suka gak tgk sports channel esp bola sepak sbb nampak bola lantun2 pastu pekik boll, boll, boll pastu gi cari kucing ball .. konpius naper nama kucingku boll jugak.
Sales yg takat 10% to 20% tu i tak de laa jimat mana pun ... penjimatan harus berganda2 baru la bijak membeli bijak jugak bila memakai .

Sblm beli ball nih kena test dulu .. lantak laa org nak jegil ke jeling ke ... i tak heran ler i kan customer yg always right tapi kalau bola i tu tersepak ke pasu kaca kenala ingat 'once broken consider sold' uwaaaaaaaaaa rugi disitu.

Kesimpulan nyee i suka benda murah.



Okaylaa till next time






daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, September 13, 2011

Rezeki bulan Syawal


Masih lagi dibulan syawal, rindu plak suasana penuh keberkatan dibulan ramadhan. Minggu pertama syawal KL sedikit sunyi tapi masuk minggu kedua kembali sibuk seperti biasa. Hari minggu kami yg konon2 diwar2kan nak g ambik gambar raya hancussss berkecaii, tapi nak buat camana ada cerita sebalik cerita.


Hari Jumaat lepas cousin i buat open house .. cousin i yg auntie clown Adam si Jaja teww leww hmmm boleh la tahan jemputan nya so i balik keje bergegas sana laa sbb mamatok Nah Adam tolong Nenda Nab prepare nasik briyani .. Adam pun ada gak sana masa sampai situ tgh bertugas sambut tetamu .. hebat anakku syabass baiyahh. Sampai sana dari pukul 6.30pm sampai 10.30pm baru balik rumah, nak balik awal kesian plak tade org bantu itu ini dan tuan rumah bz dgn tetamu adik Jaja auntie clown no 2 auntie Jah Adam tak balik UiTm tak cuti pastu ada exam .. so sian. So i bantu laa kat dapur tolong basuh pinggan dan kemas itu ini, tu pun masa i balik ada lagi tetamu sampai. Tak kose tunggu sampai tengah malam, letih balik keje tak abis lagi.


Sampai rumah dlm pkl 11pm pastu ada jiran selang 1 rumah auntie anak dara ramai tu ajak open house dia besok (hari Sabtu). Pastu masuk rumah tido, hinggala pagi esok kami bangun i suruh Deer alihkan keter sbb nak basuh porch depan tetiba auntie india sebelah dgn maid dia citer ada org cuba nak pecah masuk rumah kami mlm td, kata maid auntie india tu dia ternampak budak2 anggaran umur belasan thn or maybe early 20 je satu kumpulan cuba masuk thru veranda depan tapi tak berjaya sbb terkejut dgn maid tu tgh jemur kain kat veranda sebelah. Dia cerita nampak sorang je panjat melalui rumah jiran naik ikut bumbung jiran ke veranda rumah i .. terkejut jugak kalau tau awal2 maunyer tak tido aku.


Hari Sabtu tu kami ke rumah jiran buat open house je pastu Ahad tak kemana pun duk rumah jelaa. Kami agak maybe dorang ingat kami masih tade kat rumah sbb seminggu di minggu raya tu mmg tak tido rumah sbb kami kat Kepong. Buat masa ni tak nak laa balik lambat2, sampai rumah pun mlm td dlm pkl 8mlm gak sbb pegi beli guli. Mlm td jugak i basuh kasik licin lantai veranda tu, mmg tak penah guna pun kawasan tu dulu2 ada jugak jemur kain kat atas pastu skrg ni malas nak bukak tutup pintu. Masa basuh mlm td tu takut jugak walaupun masa tu malam masih muda i asik terjenguk2 kat tempat org panjat tu eei gelap takut, Deer tunggu sambil dukung pengacau siDadam tu .. lepas basuh mmg licin bersih pastu i letak guli banyak2 giler dgn harapan lepas nih kalau org tu panjat terjun ke lantai dlm keadaan gelap mmg meninggal laa tak pun koma org tu mmg jatuh hentak ke lantai sbb guli penuh situ. Bilik atas pun kami dah kunci kalau dorang masuk mmg makan masa nak ke tembus ke rumah. Waah letih rasanye bercerita pasal pencari rezeki haram nih.


Hari minggu ni ada plak jemputan rumah terbuka Alhamdulillah rezeki halal sbb org jemput makan bkn curi makan.



Sblm berenti menceceh panjang lebar nih i nak sajikan gambar sapa lagi lewww anak ku Adam leww jgn mareeww.


garden chair .. waah empuk nyeee.

Dinner with superhero pujaan ... pastu ilang sekor ultraman kat Ikea.

Eventho memi called me baby but i know which one is real baby ... i love baby ... 'weee baby sho molll' - baby so small.



Waa penat laa curi tulang siapkan entry nih ... mintak2 tak haram laa gajiku sbb mencuri tulang, alaa org lain pun buat gak ... eloo tetiap pagi i dtg keje awal tau skrg nih, ehh pagi tadi first time sejak berubah dtg lambat opsss tunggu masa nak kena panggil nih. Okaylaa nak sambung keje sambil feeling2 lagu Maroon five - moves like Jagger.


Till next time

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sambung nyanyi 'i don't even try to control u, look into my eyes i'll own u ... with the moves like jagger .. i gotta d moves like jagger .. i gotta moooooves like Jagger.

Tuesday, August 9, 2011

The day we met Amy



Last sunday jumpa with our fren Amy. Jumpa Amy kat Pavilion, mula2 i mmg tak larat ler nak kesitu sbb macam susah nye nak redah jamm ler parking payah laa pastu org ramai ler adoii. Tapi mengenangkan Amy i gagahi juga, memikirkan Amy datang dari jauh from UK/HK kalau i tak pergi mmg i sangat tak menghargai kawan. Amy from Brunei tapi skrg study kat UK and her parents at HK, her sibling kat Brunei, HK pun ada .. sangat berterabur family dia. Masa i kenal Amy dulu dia tinggal di KL with her parents dan masih bersekolah lagi masa tu (form 4 or 5 - alice smith school) her father work with Brunei embassy tu pasal laa dorang tinggal merata2 tempat. Dia selalu ckp kat i that her heart belongs here in KL, selalu jugak dia dtg sini tapi tak sempat jumpa. Selama ni kami hanya contact thru FB or email .. nak telefon takmampu i nak bayar bill unless dia dtg KL boleh la calling2.

Amy sekarang yg dah all grown up, tall and pretty lady. Dulu macam sama tinggi dgn i je hehehhe.

Deer, Adam & Amy ... cheeky Adam memula marah2 tapi bila kita nak snap pix je tetiba kontrol senyum. Sorry Amy my son so notty, he wanna play dinosour & ultraman with u tetiba je nak sepak apalaa malu memi tau.


I know u hate stroller but no choice la baby nak memi ikat dgn leash nak .. kalau ikut hati ni nak beli je leash budak2 tu tapi tulaa cam kesian plak .. kang nnt dia plak heret i.


Owh bila dah jumpa tu rasa tak byk masa nak catch up a lots of stories, lagipun Amy ni padat sungguh jadual dia dan dia dah pun allocate certain2 time for certain2 frens, so kena ikut jadual la kalau tak lari timing hampa la kawan dia yg lain .. see sungguh la ramai kawan kat KL nih. Tak sempat pun nak berbuka dgn Amy sbb time berbuka utk kawan lain pulak, Sunday tu last day dia kat KL esoknye nak balik HK dah. Maybe early next year dia dtg lagi, lambat lagi la nak jumpa Amy pulak.


So i dgn Deer alang2 dah pukul 6 petang kat Pavillion tu berbuka la terus kat situ, memula tak tau nak buka kat mana kata food court Pavi ada yg tak halal tapi i tgk ramai org nak berbuka kat situ siap dah cop seat seawal pkl 6 ptg. So we decided to Tony Romas, unfortunately dah full booked maka berbuka la kami kat food court tu rasanya dah halal skrg ni sbb dah ada logo halal kat stall2 tu .. maka kami makan tanpa was2. Nasib baik masa tu kami dapat seat yg cantik sesuai utk kami yg bawak stroller ni, seawal 6.30ptg kami dah duduk tercongok tunggu time berbuka.


Dalam tak tau nak buat apa kat Pavi tu selain jumpa Amy tetiba i terbeli jugak 2 pasang seluar kerja hehehehe murah jugak kebetulan Mango ada sale. oh no no tak pakai duit bonus yer, remember i tak dpt bonus byk tapi adalaa dorang bagi walaupun sedikitkan kesian agaknye tak mau i ni putih mata .. bonus i u all nak tau lepas laa beli sebotol minyak wangi Gucci Flora EDP tu je. Increment plak lepas la beli makanan kucing iams 3kg tu ... Alhamdulillah rezeki anak kucing ku serta rezeki ku walaupun sedikit sekurang2 nye wangi i tetiap pagi g kejer.. anak kucing i plak berkat makanan baru gemok2 dah belaka.




till next time ... selamat berpuasa .. daaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, July 5, 2011

Termite

Rumah kami ada anai2 sejak sebulan lepas, mula2 i perasan sikit je pastu tak tau yg itu anai2 so buat tatau jela. Seminggu kemudian ia merebak berganda2 sampai merebak ke 4 bahagian dlm kabinet dapur. Masa i nak ambil barang dlm kabinet tu i boleh dgr anai2 tu berbunyi2 .. geli, macam merayap ke tgh makan kayu ke tak tau la.


Minggu tu jugak Deer panggil termite eliminator, panggil 2 kampeni berbeza pastu survey2 harga then decide pilih Ridpest. Dorang datang cek dulu bagi quotation pastu setuju next day dtg bawak ubat dia letak dlm almari. So setakat nih dah 2 kali dorang dtg, memula pasang ubat termite dan hari sabtu hari tu lepas 2 minggu pasang dia dtg buat pemeriksaan dan tak ilang lagi termite tu tapi tak merebak la. Termite eliminator yg kami pilih ni senang tak payah tebuk2 lubang just nak letak ubat, tapi ubat dia letak dlm kotak kat tempat yg ada anai2 tu pastu tinggal je kat situ. Org ridpest dtg cek sampai abis anai2 tu dan kalau anai2 tu dtg balik kat kawasan lain dlm masa setahun dorang akan dtg lagi sbb under guarantee satu rumah selama setahun.



Ini gambar yg i ambik selepas seminggu kena serang anai2, mula2 dia dtg ada satu dua spot tanah tu je. Cepat sungguh dia buat keje. Org yg dtg cek tu kata sbb kami letak kotak, anai2 suka makan kotak tu pasal la agaknya dia cepat merebak. Masa memula nampak ada anai2 ni pun i tak spray shieldtox ke bygone ke apapun tak, nasib baik jugak sbb org tu kata kalau kita spray dgn racun tu nnt anai2 ni boleh lari ke tempat lain dan start merebak merata tempat dlm rumah.


Nasib baik dia start kat dapur so kami cepat perasan, kalau anai2 nih start kat dlm bilik store tentu kami tak tau pastu sedar2 dah satu bilik penuh anai2 agaknya. Kalau lagi byk anai2 lagi byk ler org penghalau anai2 ni charge. Sekarang ni rumah kami belum bebas anai2 lagi mungkin lagi sebulan kata org Ridpest tu, tak pe anai2 ni tak gigit org pun tak de la rasa ngeri ke apa cuma takut kalau tade rawatan menghalau anai2 ni rasanya boleh runtuh rumah kami kena gigit dgn benda kecil yg kuat ni kan.


till next time


Daaaaaaaaaaaaa

Wednesday, June 22, 2011

puasa

Minggu nih adalah minggu puasa walaupun hari isnin hari tu percubaan utk puasa gagal sbb sakit kepala sampai nak nangis so terpaksa bukak utk mkn ubat semata2, i tak mkn apa2 pun sbb dah bloated campur sakit kepala. Dalam sakit2 kepala tu balik keje bawak Adam gi KFC mkn jugak ler sket ayam, Adam ke situ nak beli 'bobot' transformers si Bumblebee tu.


Semalam puasa lagi tapi bila nak berbuka terganggu selera lari ler sbb perut ku dah masuk angin. I mmg ada gastrik dah lama tak menyerang, rasanya gastrik dah dtg balik kot cuma tak kuat je tapi selera ku punah sudah. Hari ni sebenarnya berkobar nak puasa, i dah bangun sahur tapi tak leh mkn pun rasa bloated, kang kalau aku puasa mmg kena gastrik nih so today i skip besok i sambung balik puasa dan harapnya sampai ke jumaat tade halangan ler. Kalau rajin dah sihat minggu depan pun nak puasa jugak .. harapnye berjaya ler.
Semalam berbuka dekat kedai mamak area rumah i je, memula nak mkn roti nan cheese & ayam tandoori tapi hampess tadak selera. Adam pun satu hal jugak skrg nih, payah betul memi dan papa memikirkan nak mkn kat luar dia tak nak duk diam langsung, asik nak berlari sana sini kalau disekat kehendak dia nnt dia amukkkkkkk.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Thursday, May 26, 2011

thursday

Blog i dua tiga hari nih tak leh sign out, gila agaknya. Cuba try kat pc org lain boleh sign out cuma kt pc sendiri je tak boleh. Tade citer pun nak share gambar je kat sini .. gambar apa lagi gambar Adam ler, kalau gambar i sendiri posing cam sakit mata org tgk kang, lain laa muka i cam Fazura tu tetiap hari gambar i posing sambil muncung mulut.




Haa ambik ko posing picit pipi ala korean lagi .. ni sah2 anak aku demam Kpop plak nih. Pengaruh TV ler kot tak pun aunties dia berangan tu yg ajar.


Owh hari tu ada sorang member tanya laki aku keje apa duk asik o/station jegh .. drebar lorikah? hehehehh lawak laa, masa dia tanya tu i iye kan jelaa .. utk pengetahuan org yg ingin tau Deer sejak beberapa thn kebelakangang nih dia dgn bapak dia run business consultation ... klient mostly org kerajaang. Banyak kali pegi o/station tu maknanye byk ler projek masuk .. Selalunya byk klient kat KL je tapi kdg2 ada ler jugak luar KL. Walaupun business sendiri dah bbrapa thn tapi setakat nih tak kayo lagi pun .. iyelaa business baru ler blm lagi 10thn pon (budget konon lagi spuluh thn kaya ler aku heheeh ... InsyaAllah, ehhh aku tershow off ke nih plak). Tapi kami bersyukur cukup makan tak yah mintak sedekah, tapi kalau ada org bagi apa2 kami terima je "rezeki jangan ditolak, musuh jgn dicari" ehehehhehhehehhueheue .. semoga rezeki masuk tak keluar2.


Wednesday, May 25, 2011

i'm back from nomad lifestyle

Lately ni busy menjalani kehidupan nomad tapi skrg dah kembali ke rumah semula. Tapi tak tentu jugak sbb Deer dah ckp nnt bln June ada beberapa kali lagi dia akan ke Langkawi, Kelantan etc etc .. ehhhh Kelantan kampungku tapi tak leh ikut pon Deer pegi bekerja. Nanti Deer tade cam biasa la i, Adam dan molleyboll ke rumah pil lagik.



Hari isnin hari tu cam biasa la Adam pun pagi2 dihantar ke rumah mama toknah kat Keramat .. seronok kemain dia lebih2 lagi smlm mama toknah dan auntie Jah dia bawak gi JJ AU2 jalan2 pastu belikan dia bas baru . .. bas lama 2 bijik dah ada tapi satu rosak tercabut tayar. Malam tadi Adam tido otw balik ke rumah sambil peluk bas baru. Sampai rumah pun sambung tido sampai pagi tadi awal sungguh dia bangun pastu cucuk2 mata memi suh bukak channel 'tatoon'.



Semalam jugak lepas balik keje g ambik Adam kat JJ Cik nah ajak singgah rumah ciknab jap sbb auntie Jah nak main lagi dgn Adam. Masa i sampai tu nampak ciknab duk pening nak cari kain jenis apa dan fesyen baju camana nak buat , lepas satu2 topik pasal baju je. Kan cousin i yg duk tmn ibukota tu nak kawin dah, katanya bln sept ni hmmmm tapi i haremmm tak buat persediaan pape pun tak kose laa org lagipun mak pengantin tak inform i langsung so tak yah laa i nak beria, kang beria terlebih skali org tak ajak heheheeh....... ehhhh tetiba ter emo lak... hueheuhueeehe

Gambar selingan yg tade kaitan pun.. saje nak letak gambar last year masa rambut i pendek dan selesa tapi sekarang dah panjang lintang pukang tak best .. nak ptg rambut lah tak suka rambut jurai2 nih.







Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa