Happy monday all .. macam ada ramai je duk baca blog i nih, padahal adaler opismate jegh dan beberapa org kawan yg tau kewujudan blog nih. Ahhh tak kisahlaa blog i tak popular ke tak ramai pembaca ke, tak ramai pembaca lagi bagus tak payah nak kaver2 lebih.
Semalam weekend kami duk rumah je la, cuci rumah je tak kemana pun macam tak best nak keluar sbb cuaca asik nak ujan je. Bukan nak merungut dgn cuaca tapi bila nak keluar je tgk cuaca malaslaa dgn baju tak kering di ampaian pastu tak gosok baju keje lagi bla bla bla. So duk rumah tak bermakna tade aktiviti so drpd duk baring je mengemokkan badan baik kita bersihkan rumah. Selain itu juga i dah ada rutin baru setiap minggu (bermula awal Feb ritu) bkn hanya hujung minggu je tapi balik keje pun i buat juga ... kami beryoga. Iye satu family beryoga tapi kalau hari minggu lengkaplaa sefamili dan kalau weekdays kdg i dgn Adam je la, Deer byk sangat alasan tak mau join konon letih laa. Kami tade pun join yoga kelas ke apa tapi kami beli CD yoga nih dan ikutlaaa step2 dia slow2. Semalam i buat total workout 90 minit tu sampai ke hari ni sakit perut aku, dgn sendi2 lagi lenguh sungguh. Tak pe next time must listen to my body yg tak muda lagi nih kenala mula slow2.
Gambar berYoga i tak payahla buat malooo je nak tunjuk sini bkn expert pun, buruk dgn pose kangkang2 tu tak senonoh je .. kot ye pun i beryoga tak dela sampai sesusah nak buktikan kat sini, Adam tu lain la dia dia punya step lagi comel duk tunduk2 tu sampai golek2. Gambar cikgu CD tu nnt i tunjuk sini laa blm upload lagi besok2laa kot, biasalaa ambil gambar byk2 nak upload ke PC asik terlupa je apalagi nak cuci tunggu lambak2 baru antar cuci.
Alhamdulillah setakat nih dah sebulan i maintain yoga, selalunya i buat 3 kali je seminggu takut kang tak leh terima badan nih. Adam pun alhamdulillah boleh follow ikut cara dia laa bkn kata nak kacau memi je tapi ada masa kacau jugak la. Sejak kembali beryoga nih i dpt rasakan perubahan pada badan, iaitu bkn nak kurus mana pun cuma nak berstamina selain itu yoga dpt melegakan masalah sembelit saya yer (hehehe betul nih, sejak beryoga bowel movement kembali elok) bukan itu saja malah tido pun rasa lebih lena dan tadelaa lesu nak bangun tido. Sebelum kahwin dulu i ada amalkan yoga jugak sbb kolestrol tinggi so doctor suruh bersenam tapi i buat secara hardcore iaitu setiap hari i bantai pegi gym for yoga 2 or 3 jam je pun tapi badan tak leh terima so efeknya i period sebulan non stop. Mmg dulu tahap nak paksa badan tapi skrg ni tadela nak gila macam tu cuma buat setakat mampu je. Badan kurus2 tak lawa montok2 baru sedap mata memandang tak gitewww Deer.
Till next time
daaaaaaaaaaaaaaaaaaa
p/s: mattel ada w/hse sale lagi start hari jumaat nih, tempat biasala kat menara lien hoe. Abislaa duit aku, masyaAllah dgn anak aku tak boleh berkira .. tarik balik suupppp.



3 comments:
ain! akak dah lama tak besenam! malas giler... mungkin akak patut cuba yoga lah pulak
Mak su: iyelaa kita dah beranak pinak nih payah nak bersenam ke gym tu malah nak brisk walk pun malas.
Cubalaa beryoga bersama anak2 gerenti enjoy sambil gelak ketawa buat sesama mengeratkan hubungan giteww
hahha ;p
Post a Comment