Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, December 22, 2010

Adam need a vote

Gap casting call ni dah lama actually tapi baru nak update sini, ala lately ni kan sejak opis bagi can kami bukak fb maka i pun terlupa plak yg aku ni ada blog. Tapi kat fb i tadela dok asik update status sampai tak tentu hala .. skali je letak status suruh undi Adam kat Gap casting tu sampai hari ni tak tukar2.


owh berbalik kpd tajuk utama, sebenarnya i dah lama jugak tau pasal Gap casting call ni sbb ada member opis bgtau tapi masa tu takdela beria nak jaja anak suruh jadik model tapi tetiba bila ke OU ehh.. ada lagi ke casting call ni mmm boleh laa cuba. Untuk melayakkan diri join contest ni kena beli barang2 baby Gap minimum RM170 pastu boleh isi borang dan tunggu giliran posing.


Adam sampai kusut tunggu giliran, nombor giliran Adam 194 dan kata salesgirl tu dorang hanya ambik sampai 200 penyertaan sehari pastu dia close registration pukul 6pm ... org mmg ramai la. Mula2 dia happy tapi sbb lama sangat maka dia pun sempat laa buat perangai 2 dan 3 round jugak.
Masa ni Adam bersemangat .. happy kemain lagi. Dan baju yg Adam pakai tu baju baru beli la konon nak kena pakai GAP jugak. Sebab masa dtg pakai baju jenama lain so takut tak layak kang rugi .. bersemangat sungguh makbapak adam.
Adam dgn abang (nama lupa la), beli baju sama, masa tu Deer berdiri sebelah mak dia pastu budak tu senyum2 kat Adam agaknya dia tau baju dia sama .. kitaorg pun suh dorang ambik gambar. Tapi satu kecik dan satu besar. Comel je budak tu baru umur 7 thn tapi tinggi dah macam 9thn. Adam konon nak buat peace tu tapi tak menjadi pon.

Sebab dia anak bapak maka biar la bapak dia teman dia sebelah tu .. mak dia nak jadik pom pom girl kat depan tu.


Inila gambar Adam setelah dipilih2 dorang ambik yg ni, dan kalau korang baca ni dan rasa kesian maka boleh la vote Adam kat link ni http://apps.facebook.com/gapcastingcall and select Malaysia and vote for Adam Najmi b. Shahrul Fahmi. Gambar Adam kat kat first page.

Kitaorg mak bapak Adam ni tadela bercita2 nak anak jadik model tapi nak anak aku jadik Akauntan boleh .. hahahahah. Tapi nak harap menang tu idokler kalau menang voucer baju pree pun jadik laa.


Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, December 13, 2010

Adam & Damia

Damia ni anak cousin i, she is 2 years old ... dia dan Adam la yg masih kecik dan sering digomol2 oleh aunties2 yg lain. Anak2 cousin lain ramai lagi tapi masing2 duk jauh2 dan jarang2 berjumpa maka tidak la rapat sangat. Adam dan Damia ni nak kata close sangat pun tidak la tapi selalu jumpa dan selalu jugak gaduh2 berebut toys.
Damia suka " Toy Toyie" dan Adam suka robot/car .. pastu rebut2 dan gaduh2. Adam pulak tadela minat sangat Toy Story tu tapi Adam ada bag Toy Story dan Damia pun nak bag Adam then gaduh lagi. Sangat kelakar tengok gelagat mereka berdua ni dan dorang tade la gaduh real2 ala gaduh budak2 biasalaa. Dorang berdua ni mmg kedekut toy masing2 .. heheeh keturunan kot.
'Tak nak share toy sudah .. merajuk laaaa cam ni" See Adam tengah merajuk pastu Damia pun pujuk .. "aloo Adam budak tecit ni cam tu pun dah nak majuk .. sapa pompuan ni "

"cepat Adam salam kak Damia cepat" ... "alaa kak Damia ni jangan la paksa Adam"



Waah pandai kak damia pujuk Adam ... sampai cium2 lagik. '' hmphhs kak Damia ni cium2 Adam, dah mandi ke belum ni bau cam masam susu jegh"

Till next time

Daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, December 6, 2010

i'm back

Last 2 weeks Deer tade .. o/station sana sini, itu pasal la i tade update sbb busy kang dgn Adam dan kerja. Sekarang Deer dah balik dan ahh lega nya sbb dpt balik rumah sendiri finaly, masa Deer tade i tak duk rumah pun tak berani nak berdua dgn Adam so i tumpang rumah pil dan rumah my auntie.

Next week pun patutnya Deer o/station lagik tapi tetiba tak jadik plak .. lega lagi skali. Adam plak masa papa tade asik la duk sebut2 papa, rindu papa maybe ... Masa duk kat rumah pil dia punya nakal masa i ada aje dan bila i pegi keje dia okay tapi bila i balik keje dia duk pukul2 i dan pukul2 diri sendiri macam marah plak, risau betul i tgk keadaan dia masa tu macam tertekan pun ada. Agaknya sbb mil tak penah jaga Adam sebegitu lama sampai seminggu mesti dia marah pasal tu kot tak suka tukar2 org jaga dia dan dia dgn mama tok nah dah biasa sangat2 .. eii Adam ni sian Opah tau. Minggu berikutnya tu i stay kat rumah auntie plak dan mil nak pg bercuti, barula Adam okay sket tade lagi pukul2 diri sendiri dan pukul2 mommy. Dan sekarang Adam sejak papa balik ni Alhamdulillah dia kembali okay macam biasa dah .. dah jadik budak baik dan mendengar kata.


Wahh baiknya budak ni, terus belajar bersolat dan menjadi anak yg soleh,.. mudah2an .. amin. Adam dah sedar bahawasanya tak baik pukul2 ibu sendiri .. terus mintak ampun dari mommy. hehheh... ginila skrg ni kalau kita nak solat berebut dgn dia dulu, so i bagi dia solat puas2
dulu. Bagus kumpul2 banyak2 bekalan akhirat .. :D

Ini pulak minat musik ... duniawi semata2, tapi mommy tak halang pun janji seimbang dua2.


till next time
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Happy Birthday - mama & mak

My mama and mil shared same birthdate 4 Dec but in different year kot. I nak wish happy belated birthday to them both, semoga panjang umur dan sihat sejahtera. Tade celebrate apa2 pun dan tak sempat nak beli cake pun kat mil sbb dia busy on saturday dan my beloved mama plak duk jauh sangat kat Kelantan nun .. tak pe nnt later2 kita celebrate.
I love u mama and Mak pun .. muahxx.

Friday, November 19, 2010

Aidiladha

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha .. walaupun lambat tapi adoo okay .. tade apa2 menarik pun hanya beraya di sini saja. Cuti pun sehari jek, maka beraya laa ala kadar dan tidak pakai baju raya pon.

Gambar Adam beraya dibawah ni haa ... apa pun Adam jek skrg ni, dah tade citer lain dah, tak suka tak pe .. ada aku kesahhhh

Adam duk lepak2 sbb bosan ... nak mkn daging tak leh kunyah lagi ni, gigi pun tak byk lagi.


Aunty Jamie dan Adam yg baru lepas makan ... makan soto je, rendang Adam tak leh mkn lagi.


Adam dan auntie Erin plak .

Tu jelaaa Raya Aidiladha kali ni ... serba sederhana dan seperti biasa je, alangkah bagusnya kalau aku dpt balik Kelantan, kat sana meriah.

till next time

daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, November 15, 2010

Little Geek - FB addict

I tade laa addict to FB, tapi adala a/c tu. Nak update status or tu macam malas pulak, nnt semua org tau kita buat apa dan pegi mana bla bla. Gambar pun nak upload byk2 takut tade privacy, mana tau ada stalker ke dlm kita punya frens list tu kan owh lagi satu nak upload gambar sakit ati lembab gila. Sejak ada FB ni kawan2 sekolah tadika, rendah dan menengah or college pun ada .. just ada je la tapi tak bertegur sapa sbb masa sekolah2 dulu tak geng pun tup2 ada FB boleh termasuk dlm fren list plak. Tapi i mmg tapis ler kawan2 yg kenal je tak kisah laa korang nak kepochi ke nak jadik stalker ke nak tgk gambar2 i pastu nak goss goss pun tak pe i redha sbb tadelaa hidup aku skrg ni teruk pun okay jegh. Ehh dah melalut plak pasal FB ni, yg sebenarnya nak tunjuk gambar my little prince ni ha yg tengah duk sibuk update FB dia sendiri ... hahahhaha.




Mummy ni sebok laa nak tumpang glemer ler ni


hmmm status Adam hari ni : Minum susu baru 3 botol .. tu pasal la i kurus :D

Tengah upload gambar ni ... cam tak boleh je. Main games la lagi baik.


Muka bersungguh2 bila kita bagi peluang dia pegang notebook tu. Owh actually itu aunty Adam punya dorang duk buat assignment dan jugak tak lupa berFBing while study .. boleh gitu, dorang ni pun sama jugak every minit nak update status kang jap kat notebook jap kat bb .. ala2 mabuk gitew. Be careful dgn status note tu kang tak kena gaya nnt jadik bahan ehehehehh.

p/s: I ckp ni berdasarkan apa yg terjadik among kitaorg jegh iaitu family kami ni haaa. Jgn la plak org lain terasa .. eh tetiba cam pandai plak tapi i update macam2 jugak kat blog hueheheueh. Owh lupa nak bitau Adam ni tade pon FB haa, tak kose nak bukak a/c for dak kecik ni .. tapi Adam suruh bukak Fan page Adam .. eh popular ke?

Monday, November 8, 2010

Party Adam

Masih lagi cerita pasal birthday Adam, walaupun party kecil2 an tapi tetap meriah lagi2 Adam dan boleh berjalan dgn stabil asyik ke hulu hilir la Adam melayan tetamu. Kek pun papa Adam beli belasah je last minit baru nak cari, awal2 dulu konon nak tempah kek lawa la tapi sudahnya beli kek biasa je ... ala lagipun Adam bukan boleh makan kek pon. Masa Adam potong kek tu i ada bagi dia rasa secubit kek (kek tiramisu) mmg suka laa Adam macam tak cukup2 je dan esok nya abis badan dia naik bintik2 merah, adala seminggu jugak baru hilang sepenuhnya bintik2 tu.




Adam tak pandai tiup lilin tu .. esoknya masa b/fast dia buat2 blowing candle tapi dia tiup kat botol air ... terlewat ler Adam ni.

Walaupun kek tu kecik tapi mmg mencukupi utk semua org lagipun makanan lain kan masih ada lagi. Hmmm nnt next year i buat sendiri la kek birthday Adam ni lagi puas dan lagi sedap kot dan paling penting mommy buat penuh kasih sayang banding dgn beli kedai tu :D ... tapi skrg ni belum pandai pun lagi buat apa2 cake pun heheheh tak pe boleh blaja je.

hmmm everytime buat entry nak letak gambar je mesti masalah .. actually ada lagi gambar2 i nak share kat sini tapi tak boleh upload nnt next time la i sambung je entry ni .

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, November 4, 2010

Adam birthday party

Akhirnya sabtu minggu lepas kami adakan sambutan harijadi Adam at PIL's place. Hehhehe okaylaa sambutan kecil-kecilan je dan tak jemput ramai pun hanya ahli keluarga sahaja from my side and deer. Ini first time for Deer and me organized party sebegini maka ada byk kekurangan. InsyaAllah tahun depan mummy n papa akan organize betul2 for our intan payung Adam.

Adam yg tengah penat berehat jap sbb dia asyik layan tetamu sampai ke dapur kejap2 kat hall depan pastu lepak kat tangga jap .. fuhh letih Adam. Gembira betul Adam hari tu macam tau2 je itu party dia walaupun dia tak tidur siang hari tu tapi mata dia dpt bertahan sampai malam tp ada cranky sket laa but still under control.

Actually byk nak cerita tp nak upload gambar pun slow maka i pun tade mood ni dan keje tgh byk lately nntlaa next entry i cerita lagi.

daaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, October 26, 2010

14 mths old Adam

Today Adam turned 14mths old. Alhamdulillah he is one healthy and active boy, jarang sekali sakit2 dan tak pernah lagi kena flu tapi demam lite2 sugi tu adalaa biasala manusia kan bukan robokop. Milestone Adam pun Alhamdulillah sejajar dgn usia budak yg sebaya dia. Adam very helpful kat rumah mmg byk tolong mummy, tolong sepah rumah je.



Selepas mandi mmg payah nak pakai pampers dan baju, asyik nak bogel je ... dan sometimes terkencing kat lantai pastu dia main tepuk2 air kencing tu sampai tersedar dah satu badan basah balik bergelumang air kencing .. euwwwwwww Adam ni teruk ler. I ni bukan apa kalau paksa2 pakaikan baju kan kesian pulak kat dia tu manala tau dia rasa tak selesa kot berbungkus je kat private part dia .. bila kita lepaskan bebas dia tergelak2 happy.

Ini hobi baru .. berjemur dalam rumah. Mommy letak gambar ni nnt besok Adam jgn la saman mommy plak yer hehehe. Bontot Adam itammm .

Sekarang ni kalau kami nak bersembang mesti bising dgn suara Adam yg nak menyampuk sama. Bila kami mula berckp je dia pun mula la bising dia nak bercerita jugak tapi bila kami diam dia pun diam jugak hehehh kelakar dan ada jugak bila kami bersembang dia pun ala2 nak menyanyi pun ada .. macam2 laa Adam ni. Ooh antara word2 yg biasa bermain dimulut Adam spt:

nanak=tak nak
anash = panas
donno = don't know
omaigod= omg
oh no = oh no
cat = cat
nenen = milk
nenen = makanan
nenen = pacifier
jan = hujan
yai = cry
ebi = baby
no = no
ane = mana

Adalagi la kot tapi tak berapa ingat i ni, yg dia cakap "nenen" tu mmg pening la i sbb nenen punya 3 makna so kena bagi semua baru tau yg mana satu. Dia mmg cakap "omaigod" kalau dia pegang apa2 pastu terjatuh ke ataupun tengok baby lain nangis ke, yg tukang mengajarnya adalah cousin i iaitu aunty jaja .. tula macam poyo pun .. jgn muntah eh .. hiks. Bila i marah dia or i ckp "no" mesti dia ulang jugak ckp no sambil tepuk2 lantai nak marah i balik .. hmmm lantak ko la Adam. Bila keluar dan tetiba ternampak baby lain nangis Adam mesti kalut pandang sampai teleng2 kepala pastu geleng2 sambil ckp kat i "ebi yai" macam pelik je kenapa baby tu cry. Pastu kalau terjumpa mana2 baby or yg bawak baby tegur dia Adam akan "eeiii ebiiiii eiiiii" cam excited sungguh dan ada gaya big boy disitu.


I dah ajar Adam mengenal warna, sikit2 dia tau la tapi tak reti sebut pun cuma kalau kita tanya color "blue" nnt dia tunjuk la kat apa2 je yg berwarna biru. Hari tu i ada ajar dia menyusun cup yg color2 tu pastu dia mula2 tak minat tapi skrg ni macam terlebih minat pulak sbb semua benda dia nak susun.

Tengah cari barang nak susun .. kusyuk betul. Tapi cepat bosan nnt kena cari mainan lain pulak tak kisah apa2 pun baldi pun boleh jadi mainan.

Till next time daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: Setakat ni Adam cakap campur2 BM/BI nnt i nak ajar ckp cina dan tamil barulaa satu Malaysia anak aku ni hehehe. Owh tak lupa juga ckp siam nnt senang balik Kelantan nak beli barang kat sempadan tu boleh dpt murah ...oooh mai owww mai oww.

Thursday, October 21, 2010

Run Adam run ...


Adam dah boleh berjalan laju dah ... kira macam semi pro walker dah. Sebelum ni dia berjalan setakat 2 langkah je pastu terus duduk tapi hari Sabtu lepas dia boleh berjalan dgn laju dah dan melangkah jauh. Selama ni takut2 je tapi tiba2 keyakinan dan keberanian untuk berjalan baru datang kedalam jiwa kecil Adam hehehehe. Adam officially dah boleh berjalan .. berlari belum lagi hehehe :D



Sekarang ni setiap masa nak berjalan aje, kalau lenguh baru la duduk kejap pastu bangun balik berjalan lagi. Suka sangat pijak rumput, mesti pelik dgn warna rumput tu, almaklumla skrg ni Adam tgh belajar mengenal warna. Kalau dulu asyik tido lambat je tapi sejak dpt kaki dua tiga hari ni tido pun awal, letih agaknya. .. fuh lega kalau tidak sampai pukul 2 am pun pernah berjaga, kalau berjaga nak main2 sendiri tu tak pe ni tak, nak kita layan dia bermain sama ...letih nyee dan esoknya pegi keje mata i cam mata garfield kena tumbuk. Tapi tak mengapa demi anak tercinta mommy sanggup buat apa saja.




Rumah bersepah setiap masa skrg ni, tak larat nak kemas dah .. janji tak berhabuk sudah. Kalau kemas pun masa Adam tido je dan bila dia bangun je sekelip mata berubah semua benda termasuk la kerusi makan dan side table dah merata dah .. kadang2 terkejut tgk kerusi makan duk depan tv dan side table dah sampai ke dapur dan baldi dan bakul kain yg nak dilipat abis bersemak kat lantai .. cepatnya Adam buat keje macam superhero Flash.

Adam ni kuat tau baru berjalan beberapa hari je dah nak sepak2 bola dah ... pastu boleh angkat baldi kosong siap angkat julang tu, playpen yg berat pun dah boleh tolak sikit2 dan nasib baik benda tu berat so tak dela beralih jauh2 pun. Pintu peti ais pun dah boleh bukak dahhhh, tapi tak de la sampai ketagih nak buka pintu peti ais je cuma kadang2 je. Walaupun dia ganas berjalan dan memanjat tapi dia tak berani panjat tangga sbb kami ckp ada momok heheheh ... i tau mmg tak baik buat cam tu tapi ianya berkesan dong so tak payah lah susah2 kitaorg nak beli pagar heheheehh jimatss.

Till next time daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: harga susu dipasaran dah naik ler .. susu Adam naik sampai 3 hengget ko, nasib bapak Adam yg kena tanggung tu semua.

Friday, October 15, 2010

Furry frens - Ob n Molley Ball

Lama tak ada update pasal furry frens i, hari ni i nak cerita pasal sahabat berbulu dirumahku. Obie hari tu sakit2 tapi sekarang Alhamdulillah sihat, bulu dah kembali bersinar dan lebat juga muka pun dah berseri2 dah tade discharged kat mata or tepi hidung kalau tak dulu bersepah taik mata dan taik idung dan keje i duk mengelap je.



Molley ball pulak hari tu teruk sakitnya sampai bengkak2 mata tapi skrg dah bertambah okay sedikit dan malang sekali mata molley ball sebelah dah buta, hari tu sakit mata dia mungkin disebabkan kena urin katak sbb dia suka usik katak depan rumah. Walaupun dah buta dia masih dapat melihat sebelah mata, dan keadaan dia sedikit okay lah berbanding dulu yg hanya duduk termenung je. Sekarang ni Molley dah boleh keluar berjalan2 disekitar rumah, makan pun dah berselera sikit dah ... syukur sangat tapi bulu dia still ada gugur sikit ... mm part bulu dia gugur tu i berhati2 sikit dan pastikan dia tak masuk dlm rumah, biasanya kalau kami ada kat rumah furry frens duduk dlm cage dan kalau kami pergi keje diaorg akan lepas bebas kat luar. Part ini i perlu berhati2 takut bulu beterbangan dlm rumah ini bahaya for Adam.

Semalam i EL sbb kena jaga Adam (my aunt tak sihat) i lepaskan Obie memandangkan bulu dia dah tak gugur merata dah tapi molley ball i kurung. Semalam Molley ball berehat, seharian dia tidur aje, nampak makanan i letak semua licin makan. Macam tu la dia lately makan okay tapi dah kurang active dah. Sedihlaa cerita pasal molley ball ni tah bilaa la nak sihat macam sediakala ni. Disebalik sedih2 tengok molley ball ni ada peristiwa lucu antara obie dan Adam, semalam masa Adam duduk merengek (tgh lawan mata) i pegi buat susu, Adam i biarkan dia kat hall kejap dan dia drpd merengek terus menangis kuat2, bila i keluar tetiba ternampak Obie ni tgh pujuk Adam .... hehee tak pernah i saksikan sebelum ni, Obie dtg depan Adam sambil meow2 (masa ni meow dia tu dlm nada yg berlainan drpd yg biasa i dgr) ingatkan dia nak marah Adam tapi pastu dia macam nak gesel2 kepala dia kat muka Adam dan kaki pun pijak paha Adam yg tgh duduk tu. Dan Adam pun slow sikit menangis, bila i pegi dekat Adam je obie pun terus stop dan lari tidur dkt bawah meja makan. Tak sempat nak rakam buat simpanan dihari tua heheeheh.

Ni gambar Obie tgh perhatikan Adam main2 dlm playpen, bersepah2 dlm tu dgn segala macam mak nenek .. tupperware, botol air mineral kosong dan macam2 ada dibuat mainan. Adam buat muka serigala nak takutkan Obie .. tapi obie relax je, tetap ngantuk all d time.


till next time ...daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: gambar molley ball tade, kesian dia muka dah tak cun cam dulu dah ... :(

Friday, October 8, 2010

I'm a Little Driver

Hehehehe mommy let me drove her to shopping mall ... percaya tak? .... oooh i love car and wheels very much

This is me at Shopping mall... driving small car.

And me again inside the stroller. See i never stop driving ..

Daaaaaaaaaaaaa

Tuesday, October 5, 2010

Adam at home

Adam kat rumah macam ni la, ada saja kerja dia dan baru2 ni suka betul main bedak sbb dia dah pandai buka botol bedak dan tuang2 atas lantai pastu guling2 atas bedak tu. I tak halang dia main tu sbb dia mmg ralit main bedak tu sambil tangan dia duk rasa tekstur bedak kat lantai mulut dia jugak tak abis2 membebel2 sorang, then i tukar botol bedak lain yg nak habis tu (sbb tak mahu dia membazir lebih2) dan Adam mmg boleh tau i tukar botol lain sbb dia dtg dekat i bawak botol tu sambil ckp something bebel2 ... hehhehe.

Papa cuba alihkan perhatian Adam bagi mainan lain, adalaa sekejap dia main. Adam cepat bosan dgn toys dia, walaupun dia beria pilih kat kedai mainan sometimes masa nak bayar tu nak scan harga pun payah dia tak nak lepas tapi bila sampai rumah adalaa dlm 2 ke 3 hari je pastu dah campak merata dah. Tak larat dah mommy dah papa asik nak beli mainan je.

Pastu tetiba Adam pun clingy dgn mommy plak tahlaa tetiba je nak berdukung dgn mommy sahaja tak nak dgn papa ... mmmm mungkin sbb Adam marah papa stop Adam main bedak tadi. Dan mommy tetiba tak tahan nak pegi toilet dan tak tau camana nak letak Adam ni sbb melekat cam kangaroo je. Dan ting idea dtg


Letak kat dalam washing machine ni barulaa boleh lepas dari mommy kejap dan duk dlm kejap main2 dan kami biarkan je dia kat situ dlm 3 minit barulaa Adam tak kisah papa nak dukung sbb dia dah lupa pasal mommy heheehh.

See his happy face sbb teruja main dlm mesin basuh, iyela selama ni kalau mommy basuh kain pun sambil dukung Adam dan muka Adam cam curious je tengok mesin ni berpusing dgn kain. So kali ni Adam masuk dlm ni dah study how this machine operated heheeh hebat tak Adam.

Till next time

daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, October 4, 2010

Dept outing


Tahun ni dept outing ke Cameron Highland, bertolak hari Jumaat pagi dan balik Sabtu petang. Dua hari 1 malam je dan menginap di Equatorial CH. Tahun lepas our dept outing kat KL je, masa tu i pregnant 8 mths so i tak kisahlaa pegi dekat2 sedangkan org lain semua duk bebel2 kenapa outing dekat KL jugak tapi thn ni dorang semua puas hati kot.



Aktiviti yg dorang aturkan tak best sangat dan kebykannya takde kena mengena dgn kami, 1st day masa memula sampai tu ada talk2 la from our head .. kami join jugaklaa sampai i tertido masa tu sbb tak paham apa pun dan tak pay attn pun sbb bosan .. abis talk tu ada games dan mlm ada dinner konon katanya kena pakai nice clothes tapi ada jugak yg pakai pakaian nak ke pasar je i tgk .. nasib baik i tak over dressed. Dinner selain dari makanan tak berapa best susunan acara mlm tu pun i tak puas hati jugak sbb macam berterabur je, ada yg nak nyanyi pastu ada yg kena paksa nyanyi laaa pastu ada sesi karaoke dorang (perit telingaku) dan last2 dorang yg lain duk mabuk2 dan kitaorg masuk bilik tido ... hmmm semuanya boring hinggalah esok hari iaitu hari Sabtu, kitaorg pegi pasar kat Kea Farm tu beli souvenir, vege and strawberry.

Masa memula sampai sini sempat jugak laa petang tu kitaorg pegi jalan2 sekitar hotel tu pun dah dlm pukul 6 dah masa tu, nak pegi pasar pun tak tau lagi kat mana pastu plak dah lewat plak tu dan dekat hotel tu ada strawberry farm tapi bila kami pegi pun dah tutup jugak mmm kenala dtg besok pagi. Udara kat sini best jugak macam kat oversea je, tapi i duk terfikir macam duk dlm office je.

Pening tengok bunga yg cantik2 belaka .. itu baru bunga liar or bunga tepi pagar belum lagi tengok bunga segar yg cantik dipasar tu. Semua pokok bunga tu rasa macam nak cabut bawak balik rumah tanam.


Gambar dinner tak de byk pun .. i pun pakai cam nak gi pasar jugak tapi pasaraya laa tadelaa teruk sangat macam dorang tu lagi dasat sbb macam pasar pagi. Tapi ada jugak yg pakai lawa2, yg ikut tema tentulaa new joiner sbb dorang kan tade kawan ramai dan tanduk pun tak keluar lagi kan baru join.

Ini gambar pagi kat pasar pagi Kea farm, mmg berdekatan dgn hotel dan kitaorg jalan kaki je ke sini. Strawberry beli kat sini mmg murah pada i la bila dibandingkan dengan strawberry farm depan hotel tu mmg mahal 1/2 kilo RM 20 tapi boleh petik sendiri la, dan 1/2 kilo tu minimum kita kena petik. Tapi kat pasar ni mmg murah sbb ada kotak medium size dan strawberry penuh dlm tu cuma 2 paket RM 10 dan i beli berpaket2 berbagai size dan harga, fresh vege tak byk beli sbb takut tak masak nnt.

my aunties and cousins tgh belasah strawberry. Walaupun tak berapa nak manis strawberry tu tapi dorang tak kisah makan je.

Bila balik tu masa nak jemput Adam kat rumah Cik Nah tu rupanya Mok(nenek i),Ichu dan Cik Nab pun ada kat situ bersama anak2 mereka .. ramai la jugak kat situ dan kitaorg terus terkam strawberry ramai2. Owwh Adam i tinggal kat Cik Nah sbb mil tak boleh jaga ada kenduri nak kena attend dan Deer tak boleh handle Adam sorang sbb dia takut nnt tak leh drive nak ambik i kat opis bila i sampai KL. Adam punya car seat yg sesuai dgn umur dia skrg ni tak beli2 lagi pun tgh consider ni nak beli car seat baru macam sempit nnt keter kami so tgh pikir macam nak upgrade kereta lain ... tak confirm lagi ni pun, lagipun keter kami skrg ni amatlah terbaik macam sayang plak, tahlaa serba salah haku.



Adam pun suka strawberry tu, tapi dia makan tak byk lah takut batuk pulak. Memula ingatkan byk dah i beli strawberry tu tapi cam sikit plak sbb syok makan cam tu je.

okaylaa till next time.
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, September 30, 2010

Yoga Baby


My baby mmg suka tidur lewat malam (dlm pukul 11pm above). Kalau mengantuk sangat ada jugak dia tidur awal (paling awal pkl 9.30pm) tapi kalau tido awal dia bangun minum susu adala 2 hingga 3 kali jugak. Adam ni kalau mengantuk suka tahan mata, bila terasa mengantuk je mesti dia refused his milk (sbb bila minum susu mata boleh layu) selagi mampu dia bermain je dan i noticed kalau mengantuk suka buat position macam yoga (position downward dog)jadi bila asik duk beryoga je tu kami paham la .. mmg budak ni mengantuk la ni, tapi kami tak paksa dia tido pun bagi je dia bermain sampai dia takat mana dia nak.


Memang bahaya kalau dia buat macam ni sorang2, sebab tu la i tak pernah tinggal dia main sendirian takut terjadi apa2 yg tak diingini. I rasa dia mendapat inspirasi daripada memerhatikan gaya kami solat kot .. macam gaya sujud pun ada tapi nak kata dia nak angkat badan berdiri pun tidak sbb dia dah pro angkat badan nak berdiri ni cuma nak melangkah je takut.

Masa ni baru abis menyusu, minum susu pun tak nak baring okay tapi nak sandar je kat badan kita barula boleh tahan lagi mata dari layu. Tu tgh sandar kat mama tok nah (masa ni i bermalam kat rumah cik nah). Tengah tengok TV jap .. suka tengok iklan kegemaran kit kat yg nyanyi karaoke tu lagi satu suka tengok Barney.

Lepas abis menyusu sambung balik buat yoga sampai tertido. Begitula Adam bila mengantuk, bukan spt org mengantuk disorong bantal sbb tido pun tak pakai bantal.

Till next time

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, September 29, 2010

Healthy day

Raya hari tu i makan banyak jugak, alaa i rasa semua org la mkn byk .. mm takkan nak tolak rezeki kan. I suka makan rendang ni tak kiralaa rendang apa tapi tak suka biskut raya or kek tapi i suka kek secret recipe (ehehe memilih) sbb ia tak manis. Tahlaa mmg tak suka makan manis2 sbb immediately boleh pening lepas tu, manis2 buah i suka. Sejak raya pertama asyik mkn byk je, puasa 6 pulak tak start2 lagi ... terasa bersalah kat badan ni duk sumbat makanan byk2 takut pun ada jugak. InsyaAllah next week nak puasa la ... sbb i terasa cam tak sedap badan dah ni maybe makan pulut byk kot. Tu yg kitaorg sampai demam2 tu mkn macam2 sampai tak sedar diri terseksa.
Ooh i dan Deer dah tekad nak start balik jogging2 dihari minggu .. at least seminggu sekali pun tak pe janji ada jugak healthy day. Kitaorg dah start jogging last 2 week, dulu2 pun before i pregnantkan Adam kitaorg mmg selalu jog weekend tapi sejak Adam lahir payah sket kan masa tu dia kecik la pastu skrg ni dia dah setahun sebulan dan rasanya boleh start balik dah. Adam bagi kerjasama yg baik, tak de merengek nak mintak benda bukan2 mmg behaved sangat .. ooh kitaorg gilir2 lari iaitu Deer lari 2 pusingan berhenti pegang Adam dan i lari 2 pusingan berhenti ambik Adam dan seterusnya sampai tak larat nak lari lagi laa. Tempat jogging kami dekat area rumah je dekat ada taman ni tempat org jogging ramai kat sini pastu ada taman kanak2 bolehlaa bagi Adam main gelungsur tu bagi dia happy2 tak bosan menunggu.

Semoga lepas ni rajin2 laa kami teruskan niat baik kekal sihat ni .. jangan sekerat jalan sudah. Till next time Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Masih berhari raya

Lama i tak update, bukannya busy berhari raya pun tapi busy demam. Seminggu selepas raya kami demam tapi i demam lite2 je, Deer demam teruk. Alhamdulillah kami dah okay dan paling bersyukur dalam waktu semua org gilir2 demam tu Adam sihat tak kena jangkitan kat dia pun. Tahun ni i dapat adala dua tiga jemputan rumah terbuka tapi tak pergi pun kan kami demam ..tapi nak ucapkan terima kasih lah kepada sesiapa yg menjemput tu, semoga murah rezeki anda kerna suka jamu2 org ni.

I tak ada plan pun nak buat open house ni tapi i ada plan nak buat Birthday party Adam .. alaa buat kecil-kecilan je. Tarikh pun tak ada lagi sbb nak tunggu semua org available ni payah sket, pastu kawan2 yg dijemput pun tak ramai kot .. mmm apapun tengoklah nnt camana. Tak ada apa nak citer dah ni tapi ada gambar saki baki hari raya hari tu ...

Adam dgn Mama tok Nah je all d time. Muka muncung sbb panas pastu ngamuk nak minum air merah.

Pastu dpt duit raya dari auntie Erin tapi lupa nak salam ... patah balik pegi salam. Dalam gambar tu macam dah boleh berlari tapi masih bertatih lagi still tak pro lagi sampai hari ni.

Tak puas ati aah duit raya satu envelope je ... tgh tunggu more duit raya.

Ambik gambar dgn aunti Jaja macam konon2 iklan pemanduan berhemat balik kampung. Tapi tak balik kampung pun .. masa ni raya kedua dah.


Gambar raya kedua jugak kat rumah Jaja tgh tunggu cik nab masak2. Kitaorg makan keropok pastu Adam pun nak jugakk. Tade baju raya dah masa ni .. alaa takat kitaorg je pakai apa ada jelaa lagipun Adam tukar baju 5 or 6 kali sehari tak de duhet ler nak beli baju raya 30 helai utk 30 hari .. tu jelaa hari raya ku.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa