Today Adam turned 14mths old. Alhamdulillah he is one healthy and active boy, jarang sekali sakit2 dan tak pernah lagi kena flu tapi demam lite2 sugi tu adalaa biasala manusia kan bukan robokop. Milestone Adam pun Alhamdulillah sejajar dgn usia budak yg sebaya dia. Adam very helpful kat rumah mmg byk tolong mummy, tolong sepah rumah je.
Selepas mandi mmg payah nak pakai pampers dan baju, asyik nak bogel je ... dan sometimes terkencing kat lantai pastu dia main tepuk2 air kencing tu sampai tersedar dah satu badan basah balik bergelumang air kencing .. euwwwwwww Adam ni teruk ler. I ni bukan apa kalau paksa2 pakaikan baju kan kesian pulak kat dia tu manala tau dia rasa tak selesa kot berbungkus je kat private part dia .. bila kita lepaskan bebas dia tergelak2 happy.

Ini hobi baru .. berjemur dalam rumah. Mommy letak gambar ni nnt besok Adam jgn la saman mommy plak yer hehehe. Bontot Adam itammm .
Sekarang ni kalau kami nak bersembang mesti bising dgn suara Adam yg nak menyampuk sama. Bila kami mula berckp je dia pun mula la bising dia nak bercerita jugak tapi bila kami diam dia pun diam jugak hehehh kelakar dan ada jugak bila kami bersembang dia pun ala2 nak menyanyi pun ada .. macam2 laa Adam ni. Ooh antara word2 yg biasa bermain dimulut Adam spt:
nanak=tak nak
anash = panas
donno = don't know
omaigod= omg
oh no = oh no
cat = cat
nenen = milk
nenen = makanan
nenen = pacifier
jan = hujan
yai = cry
ebi = baby
no = no
ane = mana
Adalagi la kot tapi tak berapa ingat i ni, yg dia cakap "nenen" tu mmg pening la i sbb nenen punya 3 makna so kena bagi semua baru tau yg mana satu. Dia mmg cakap "omaigod" kalau dia pegang apa2 pastu terjatuh ke ataupun tengok baby lain nangis ke, yg tukang mengajarnya adalah cousin i iaitu aunty jaja .. tula macam poyo pun .. jgn muntah eh .. hiks. Bila i marah dia or i ckp "no" mesti dia ulang jugak ckp no sambil tepuk2 lantai nak marah i balik .. hmmm lantak ko la Adam. Bila keluar dan tetiba ternampak baby lain nangis Adam mesti kalut pandang sampai teleng2 kepala pastu geleng2 sambil ckp kat i "ebi yai" macam pelik je kenapa baby tu cry. Pastu kalau terjumpa mana2 baby or yg bawak baby tegur dia Adam akan "eeiii ebiiiii eiiiii" cam excited sungguh dan ada gaya big boy disitu.
I dah ajar Adam mengenal warna, sikit2 dia tau la tapi tak reti sebut pun cuma kalau kita tanya color "blue" nnt dia tunjuk la kat apa2 je yg berwarna biru. Hari tu i ada ajar dia menyusun cup yg color2 tu pastu dia mula2 tak minat tapi skrg ni macam terlebih minat pulak sbb semua benda dia nak susun.

Tengah cari barang nak susun .. kusyuk betul. Tapi cepat bosan nnt kena cari mainan lain pulak tak kisah apa2 pun baldi pun boleh jadi mainan.
Till next time daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
p/s: Setakat ni Adam cakap campur2 BM/BI nnt i nak ajar ckp cina dan tamil barulaa satu Malaysia anak aku ni hehehe. Owh tak lupa juga ckp siam nnt senang balik Kelantan nak beli barang kat sempadan tu boleh dpt murah ...oooh mai owww mai oww.
2 comments:
sawadikarpppp adam maiiii!
hik..
seronok tengok perkembangan anak kan?
akupun nak tulis jugaklah kisah anak aku dari kecik till dorang kawin, amacam, menarik, kan?
nanti bolehler pesan mangga siam sebakul. cepat cepat adam belajar cakap siam, hehehe
Post a Comment