Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, October 15, 2010

Furry frens - Ob n Molley Ball

Lama tak ada update pasal furry frens i, hari ni i nak cerita pasal sahabat berbulu dirumahku. Obie hari tu sakit2 tapi sekarang Alhamdulillah sihat, bulu dah kembali bersinar dan lebat juga muka pun dah berseri2 dah tade discharged kat mata or tepi hidung kalau tak dulu bersepah taik mata dan taik idung dan keje i duk mengelap je.



Molley ball pulak hari tu teruk sakitnya sampai bengkak2 mata tapi skrg dah bertambah okay sedikit dan malang sekali mata molley ball sebelah dah buta, hari tu sakit mata dia mungkin disebabkan kena urin katak sbb dia suka usik katak depan rumah. Walaupun dah buta dia masih dapat melihat sebelah mata, dan keadaan dia sedikit okay lah berbanding dulu yg hanya duduk termenung je. Sekarang ni Molley dah boleh keluar berjalan2 disekitar rumah, makan pun dah berselera sikit dah ... syukur sangat tapi bulu dia still ada gugur sikit ... mm part bulu dia gugur tu i berhati2 sikit dan pastikan dia tak masuk dlm rumah, biasanya kalau kami ada kat rumah furry frens duduk dlm cage dan kalau kami pergi keje diaorg akan lepas bebas kat luar. Part ini i perlu berhati2 takut bulu beterbangan dlm rumah ini bahaya for Adam.

Semalam i EL sbb kena jaga Adam (my aunt tak sihat) i lepaskan Obie memandangkan bulu dia dah tak gugur merata dah tapi molley ball i kurung. Semalam Molley ball berehat, seharian dia tidur aje, nampak makanan i letak semua licin makan. Macam tu la dia lately makan okay tapi dah kurang active dah. Sedihlaa cerita pasal molley ball ni tah bilaa la nak sihat macam sediakala ni. Disebalik sedih2 tengok molley ball ni ada peristiwa lucu antara obie dan Adam, semalam masa Adam duduk merengek (tgh lawan mata) i pegi buat susu, Adam i biarkan dia kat hall kejap dan dia drpd merengek terus menangis kuat2, bila i keluar tetiba ternampak Obie ni tgh pujuk Adam .... hehee tak pernah i saksikan sebelum ni, Obie dtg depan Adam sambil meow2 (masa ni meow dia tu dlm nada yg berlainan drpd yg biasa i dgr) ingatkan dia nak marah Adam tapi pastu dia macam nak gesel2 kepala dia kat muka Adam dan kaki pun pijak paha Adam yg tgh duduk tu. Dan Adam pun slow sikit menangis, bila i pegi dekat Adam je obie pun terus stop dan lari tidur dkt bawah meja makan. Tak sempat nak rakam buat simpanan dihari tua heheeheh.

Ni gambar Obie tgh perhatikan Adam main2 dlm playpen, bersepah2 dlm tu dgn segala macam mak nenek .. tupperware, botol air mineral kosong dan macam2 ada dibuat mainan. Adam buat muka serigala nak takutkan Obie .. tapi obie relax je, tetap ngantuk all d time.


till next time ...daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: gambar molley ball tade, kesian dia muka dah tak cun cam dulu dah ... :(

3 comments:

Mak Su said...

mak aiii.. garangnya adam... hahaha

ko kena tag, http://ceritakosong.blogspot.com/2010/10/melayan-tag-dari-nanaruzana.html

suriani said...

benci tau... komen no. 2
hihi..
bestnya kucen buleh tolong pujukkan anak ko ye.. bagusss sgt..
dia tau la adam tu budak2!

Alice said...

mak su: heheh tade la garang mana pon penakut tu adala.

umi ameer : Obie mmg cam tu suka budak2, dulu kat rumah mak saya kan dah biasa ramai budak.