Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, February 20, 2012

monday entry

Adoii boring nye hari Isnin, opis punyala sejuk pastu kat luar nak ujan laa lagi bertambah2 sejuk nih. Tgh tahan mata nih, mlm td i tido kul 3 rasa nak tergolek bawah meja dah ni ha. .. ooh tido kul 3 pagi sbb kena layan anak nyanyi lagu otomeng tgh2 malam.

Hari minggu 2 hari mmg rasa sekelip mata je, tak cukup laa sbb minggu2 berikutnya dlm bln ni kan byk cuti je so inilah akibatnya. Hari minggu i tak kemana pun cam biasa jelaa pegi beli barang dapur utk seminggu stok. Pastu bawak Adam gi makan McD, sekarang dia dah reti seronok ke McD bukan seronok nak makan pun tapi seronok nak main so kena bawak lari jauh2 jgn bagi dia tgk playland. Beli je Happy Meal dia punyala suka dan tak sangka plak sampai dia cium i sambil ckp kat i "tingku memi, ai yu memi' waaah pandai ambik ati pastu tak sangka makan pun byk sambil2 duk main toy happymeals tu. So lepas ni kalau kami nak g jalan mana2 shopping mall singgah la ke McD mesti anak ku berbunga hati dia dan tak de episod memalukan mak bapak dlm kedai mkn lagi.

Kalau hari minggu jugak jarang la sekali i masak for b/fast sbb anak saya jugak suka gi mkn kat mamak, cam biasalaa bkn makan tapi suka suasana kedai mamak kot. Bercakap pasal masak2 nih boleh dikatakan berjaya la setakat ini saya memasak hampir setiap hari pada hari biasa dan juga berjaya bawak bekal pun hampir tetiap hari .. ohh nak kata aku miskin pun sila laa tapi aliran duit aku mmg tak keluar2 sbb tade perbelanjaan keluar pun dan statik je duit dlm purse ehheehhe nasib la tade w/hse sale kalau tak cam pompuan gila aku serbu. Ehh i mmg sukalaa w/hse sale tu tak kira la sale apa pun yg penting murah sampaikan ada kata aku kederek laa tade duhetlaa sbb aku duk pegi sale cam tu .. lantak laa suka ati laa nak kata apa kan asal korang bahagia. So far tade w/hse sale apa pun so i simpan la duit tu yer hehehehhe boleh guna dihari tua mana tau hari tua perlu duit banyak ke khennnn.

Gambar kat kedai mamak .. kat McD malu plak nak ambik gambar. Gambar ni i letak kat fb jugak nak ceritanya pasal dia makan roti canai tu siap nak suruh ultraman mkn skali sbb katanya ultraman nak power kena makan.


ini pulak yg i masak tu, bkn nak tunjuk teror bebenor masak tapi sajela nak letak sini ha bitau i masak tauhu stim curah sos kicap manis tu dan anak i suka sbb tak payah kunyah boleh telan je.
Ini pulak ayam masak ala thai 'ayam phat pet' atau ayam serai pedas sungguh senang dan cepat nak masak. Huduh nyee gambar pinggan aku tuh, kang ada kata aku kutip tepi jalan kang nihaaa ala2 tak keluar duhet belanja tetiap bln save 500 jugak boleh la nnt aku beli set pinggan baru so nnt i tayang2 lebih pinggan mangkuk plak.


Lauk pauk di atas nih kalau ada lebihan bawak bekal lagi (i tak geli makan makanan semalam asalkan tak basi je jalannn) huahuahuaaaaahehehheh tapi bekal jarang ler bawak nasik sbb bekal kena bawak yg ala2 tak remeh spt mee goreng, salad, sandwich dan aneka sandwich laa. Tapi minggu lepas i banyak bawak kerabu suhun berudang just makan tu jelaa slurppsss sedap dan very lite and comfortable dish .. letak suhun tu banyak sket laa nnt kang lapar cepat plak.


Sejak dah rajin masak nih barula i terasa spt seorg isteri dan ibu sebenar heheheheh gila kan, sbb selama ni konon i ibu bekerja tak leh penat2 nnt besok lagi penat (macamkan aku kerja hebat). Tapi ibu2 dan isteri lain rilek je masak tetiap hari, dulu jeles jugak tapi skrg saya dah berjaya yayyyyy semoga saya bertambah rajin masak.


tu jela citer serba salah i .. nak sambung buat keje nih, nak muntah dah hadap benda sama nih.



till next time


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, February 3, 2012

Cheap things n old fren

Happy friday, petang ni hujan lebat kat area opis i nih terpikir plak nak balik nnt mesti jam gila kan. Hari ni i dah beransur sihat alhamdulillah syukur, walaupun lama mengambil masa nak baik dan tetiap malam tetap terbangun tiga empat kali sbb batuk2 tapi dah bertambah2 lega dah.


Pernah pegi kedai ikan satu malaysia dekat Setiawangsa? i adala 5 kali dah pegi sbb auntie i yg jaga Adam kan duk area situ tak singgah rugi laa. Pada i yg murah tu mestila makanan laut la spt ikan, udang, sotong, kepah, kupang, kerang macam2 la dan ada juga daging dan ayam juga macam2 barangan lain sayuran dan pelbagai lagi barangan lain. I beli makanan laut je sbb ayam dan daging tu macam tak berapa fresh better beli kat pasar la ada yg organik dan murah jugak. Minggu lepas i pegi situ balik keje hari Jumaat konon nak masak besok hari sabtu tu dan tetiba terjumpa sahabat lama dari zaman kanak2 yg main mak2 belakang rumah. Dia tegur i dulu tapi i mmg tak cam langsung pun dia, alhamdulillah kenal lagi dia pada i dan sudi tegur walaupun i nih mmg tak senyum langsung masa mula2 dia tanya tu terasa menyesal lak. Tapi ralat jugak i tak ambik no telefon dia dan dia je yg ambik no telefon i pastu nak add kat FB tetiba dedua private so susah nak cari instantly thru BB pastu dia janji nak email.


Sampai hari ni kawan i tu tak call or sms or email pun, dan FB i plak sejak smlm tak leh log in tetiba disabled. FB disabled tu mmg buat i sedih sbb byk gambar2 yg org tag2 esp gambar lama kenangan very sentimental. Nampaknya nnt i kena sign in a/c baru, benci laa abis contact2 lama dan paling sedih td i suruh my opismate ni Jac cari a/c i thru fren list dia mmg dah tade langsung nama i macam dah didelete a/c i tu. Ohh berbalik plak kisah kawan lama tu dia tu muda 5 thn dari i .. baru kawin dan skrg dia jadik cikgu kat (wah mulia kerjanya) sekolah depan kedai ikan satu m'sia tu dan harapnya nnt i pegi situ boleh la terserempak dgn dia lagi. Kawan i tuberkali2 duk kata inila 1st time dia dtg kedai ni w/pun depan2 tempat kerja tapi dia tak biasa beli barang situ dan biasanya dia beli kat Giant or Carrefour pastu kejap2 asiklaa dia duk explain tak penah dtg situ. I cakap alaaa tak pe nak jadikan citer kan jodoh kita terserempak sini, tetiba i terfikir adakah dia malu kot beli ikan situ maybe mmmmmmmmm .. ehhh tak baik aku sangka begitu. Kejap betul perjumpaan kami sbb masing2 nak balik rumah dan masak, menurut kawan i tu dia suka masa dari beli .. wah rajin dan mesti teror masak nih. Suprisingly dia duk setaman dgn i kat Gombak tu tapi lain fasa la sbb i fasa tetttttttttttt dia kat area bawah tu kot, tak sempat nak jemput dia datang rumah .. tetiba rindu masa kami kecik2 dulu.


Kisah kedai murah ni plak ... I mmg suka kedai ikan murah semalaysia nih mmg menjimatkan dan selain dari kedai tu i jugak ada pegi NSK, situ pun murah tapi for barangan basah tak berapa fresh kalau sayuran mmg fresh dan frozen food serta barangan lain ada juga yg murah2. Selain itu nak lagi jimat ???? ada pokok2 herba i tanam sendiri spt halia, lengkuas, serai, limau kasturi, limau purut dan daun kesom. Mmg jimat tak yah beli freeeeee je petik fresh dan organik sbb i tak letak racun dan baja pun dari sumber organik .. i tak letak taik kucing buat baja tau walaupun i ada bela kucing sbb nnt mati pokok tu sbb taik kucing tak sesuai buat baja ehhehehehh mana tau kot ada org pikir cam tu ke kan.


very cheap dua jenis ikan tu RM5 je, ikan jacket tu i nak letak sambal dan ikan kembung kecik tu nak buat kuah laksa. Biasanya kalau pegi lepas balik keje tak byk sangat pilihan tapi kalau pegi hari minggu waktu pagi mmg banyak dan very fresh, i penah beli ikan siakap sebesar keyboard i tgh type nih RM11 je heheh murah sungguh kan.



Ini buah hati saya yg teman memi masak .. dia suka tgk ikan sambil cium2 bau ikan tu dan ckp mmmm dap dap pish. Bising kat dapur sibuk nak pegang laa nak angkat laa ikan tu, nampak macam dah tinggi kan Adam tu tapi jgn tertipu dia berdiri atas stool. Dia skrg dah pandai nak tgk apa kat tempat tinggi je spt tgk kain dlm mesin basuh tgh pusing2 tu mesti usung stool tu dan tercegat depan tu sambil tanya i 'apa ni?'berkali2 tau dah jawab pun tanya lagi.





Okaylaa till next time


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa