Happy friday, petang ni hujan lebat kat area opis i nih terpikir plak nak balik nnt mesti jam gila kan. Hari ni i dah beransur sihat alhamdulillah syukur, walaupun lama mengambil masa nak baik dan tetiap malam tetap terbangun tiga empat kali sbb batuk2 tapi dah bertambah2 lega dah.
Pernah pegi kedai ikan satu malaysia dekat Setiawangsa? i adala 5 kali dah pegi sbb auntie i yg jaga Adam kan duk area situ tak singgah rugi laa. Pada i yg murah tu mestila makanan laut la spt ikan, udang, sotong, kepah, kupang, kerang macam2 la dan ada juga daging dan ayam juga macam2 barangan lain sayuran dan pelbagai lagi barangan lain. I beli makanan laut je sbb ayam dan daging tu macam tak berapa fresh better beli kat pasar la ada yg organik dan murah jugak. Minggu lepas i pegi situ balik keje hari Jumaat konon nak masak besok hari sabtu tu dan tetiba terjumpa sahabat lama dari zaman kanak2 yg main mak2 belakang rumah. Dia tegur i dulu tapi i mmg tak cam langsung pun dia, alhamdulillah kenal lagi dia pada i dan sudi tegur walaupun i nih mmg tak senyum langsung masa mula2 dia tanya tu terasa menyesal lak. Tapi ralat jugak i tak ambik no telefon dia dan dia je yg ambik no telefon i pastu nak add kat FB tetiba dedua private so susah nak cari instantly thru BB pastu dia janji nak email.
Sampai hari ni kawan i tu tak call or sms or email pun, dan FB i plak sejak smlm tak leh log in tetiba disabled. FB disabled tu mmg buat i sedih sbb byk gambar2 yg org tag2 esp gambar lama kenangan very sentimental. Nampaknya nnt i kena sign in a/c baru, benci laa abis contact2 lama dan paling sedih td i suruh my opismate ni Jac cari a/c i thru fren list dia mmg dah tade langsung nama i macam dah didelete a/c i tu. Ohh berbalik plak kisah kawan lama tu dia tu muda 5 thn dari i .. baru kawin dan skrg dia jadik cikgu kat (wah mulia kerjanya) sekolah depan kedai ikan satu m'sia tu dan harapnya nnt i pegi situ boleh la terserempak dgn dia lagi. Kawan i tuberkali2 duk kata inila 1st time dia dtg kedai ni w/pun depan2 tempat kerja tapi dia tak biasa beli barang situ dan biasanya dia beli kat Giant or Carrefour pastu kejap2 asiklaa dia duk explain tak penah dtg situ. I cakap alaaa tak pe nak jadikan citer kan jodoh kita terserempak sini, tetiba i terfikir adakah dia malu kot beli ikan situ maybe mmmmmmmmm .. ehhh tak baik aku sangka begitu. Kejap betul perjumpaan kami sbb masing2 nak balik rumah dan masak, menurut kawan i tu dia suka masa dari beli .. wah rajin dan mesti teror masak nih. Suprisingly dia duk setaman dgn i kat Gombak tu tapi lain fasa la sbb i fasa tetttttttttttt dia kat area bawah tu kot, tak sempat nak jemput dia datang rumah .. tetiba rindu masa kami kecik2 dulu.
Kisah kedai murah ni plak ... I mmg suka kedai ikan murah semalaysia nih mmg menjimatkan dan selain dari kedai tu i jugak ada pegi NSK, situ pun murah tapi for barangan basah tak berapa fresh kalau sayuran mmg fresh dan frozen food serta barangan lain ada juga yg murah2. Selain itu nak lagi jimat ???? ada pokok2 herba i tanam sendiri spt halia, lengkuas, serai, limau kasturi, limau purut dan daun kesom. Mmg jimat tak yah beli freeeeee je petik fresh dan organik sbb i tak letak racun dan baja pun dari sumber organik .. i tak letak taik kucing buat baja tau walaupun i ada bela kucing sbb nnt mati pokok tu sbb taik kucing tak sesuai buat baja ehhehehehh mana tau kot ada org pikir cam tu ke kan.
very cheap dua jenis ikan tu RM5 je, ikan jacket tu i nak letak sambal dan ikan kembung kecik tu nak buat kuah laksa. Biasanya kalau pegi lepas balik keje tak byk sangat pilihan tapi kalau pegi hari minggu waktu pagi mmg banyak dan very fresh, i penah beli ikan siakap sebesar keyboard i tgh type nih RM11 je heheh murah sungguh kan.
Ini buah hati saya yg teman memi masak .. dia suka tgk ikan sambil cium2 bau ikan tu dan ckp mmmm dap dap pish. Bising kat dapur sibuk nak pegang laa nak angkat laa ikan tu, nampak macam dah tinggi kan Adam tu tapi jgn tertipu dia berdiri atas stool. Dia skrg dah pandai nak tgk apa kat tempat tinggi je spt tgk kain dlm mesin basuh tgh pusing2 tu mesti usung stool tu dan tercegat depan tu sambil tanya i 'apa ni?'berkali2 tau dah jawab pun tanya lagi.
Okaylaa till next time
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
0 comments:
Post a Comment