Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, December 9, 2011

Last 2 weeks

Masa my parents dtg hari tu i cuti tapi tak kemana pun cuma duk rumah je laa. Parents i tak nak kemana pun katanya nak spend time kat rumah je sbb nnt adik beradik2 mama nak dtg visit. Memang penuh rumah i sbb mok (nenek iaitu mek kepada mama) datang tido rumah bersama Cik Nah, dorang tido situ 3 malam .. seronok sbb siang nya penuh lagi adik beradik mama lain plak dtg. Adam suka laa sbb mama tok Nah ada skali pastu i pun ada kat rumah jugak dan dia tak peduli papa pun masa tu kan Deer kena chicken pox.


Sepanjang mama ada kat rumah i makan nasik banyakkkk gila, i gained weight dan membuncit lemak dgn jayanya. Mama masak macam2 ler lagi2 ada plak mok dgn cik nah lagi laaa dgn budu laa gulai lemak labu, nasik ayam, nasik lemak, singgang ikan tenggiri ditambah dgn ulam2 cicah budu .. slurpsss semua menu pantai timor. Lepas nih i diet laa sambil beryoga dgn Adam .. ehh Adam mmg pandai beryoga dari umur brapa bulan lagi dah copy cat step yoga dah.

Masa nih Adam dah kena chicken pox 2 hari sblm mama n abah balik kampung. Adam pun berselera jugak makan, mungkin sbb ramai kat rumah kot pastu duk tgk kitaorg asik makan je dia pun nak jugak.


Senyum nampak gigi ... setiap kali mama dtg mesti bergambar dekat area pintu nih dari Adam kecik umur 2 bulan sampai skrg la situ laa spot favourite.

Abah susah nak dtg lama2 tapi kali ni entah laa katanya nak take a break sbb kat Kelantan banjir tak mau duk sana dlm musim hujan. Musim banjir projek tanaman ubi tak menjadi cuma sebelum dtg KL abah dah siap2 jual ubi musim menuai la sblm banjir or masa awal2 banjir tu, ohh ubi kayu kat Kelantan dlm musim banjir mmg permintaan tinggi mmg dah tradisi kot org sana mkn ubi banyak musim tu.

Adam pulak tak kisah masa i pegi keje tu tinggal dia dgn my parents tak nangis pun okay je, dia tau laa kalau tanya dia 'memi work, papa work'. Lagipun i keje cuma 3 hari je kan, tak terasa pun, tapi skrg ni dia macam marah plak bila i pegi keje maybe sbb dah lama duk rumah. I ada la jugak bawak parents i jalan2 tapi dekat2 jelaa, bawak dorang makan2 la .. alhamdulillah skrg ni parents i dah tak macam dulu cerewet nak mencuba makanan kat luar, kali nih dorang bantai apa saja, tapi bapak saya nih cerewet duk telek sijil HALAL kedai tu takut palsu hehehe ...Tapi sushi tu dorang still tak mau jugak ... ehehhe i tak paksa pun baru tanya je dorg dah euwwww.


Pasni tak tau laa bila plak dorang nak dtg lagi, rindu la dorang ni mmg tak cukup dua minggu bersama mereka. Kalau boleh saya nak parents saya terus tinggal dgn saya sampai bila supaya saya tidak sedar dgn perubahan fizikal mereka, saya tak mau mata saya perasan uban mereka bertambah banyak, kedut mereka bertambah jelas tak mau tak mau.



sob sob sob i luv u mama .. abah :D


Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, July 28, 2011

my auntie's bday

Semalam hari jadi Cik Nah yg ke 61, so malam td i dgn Jaja celebrate ler kecil2an kat Al Rawsha, sedapnyee teringat lagi sampai hari ni. Malam td kitaorg order Chicken Maghdut for 2 je tu pun senak nak abiskan pastu i order lagik Arayes ada lagi manisan apa tah, nak beli cake cik nah tak nak, nnt kalau dah beli dia mkn byk so tak mau mkn manis2. Ohh tade gambar, i tak biasa ambik2 gambar makanan maloooo ler kdg2 snap jugk tu pun tgk2 org, tapi kalau lapar sgt dtg makanan makan je tak ingat apa dah. Malam td Deer tak join sbb ada hal so kami berempat jelaa pegi, Adam pun mkn byk jugak, pastu dapat cookies free mgr restoran tu bagi Adam.


Gambar Adam bersama Mamatok Nah or Adam panggil dia skrg nih mama je. Tu ler gambar yg bukan dihari jadi je yg ada. Hadiah harijadi tak ada lagi belum beli nanti la tunggu sale ke apa kat Sogo tu, bkn apa Cik Nah nak hadiah TV tapi bukan TV LCD yg mahal tu dia mintak yg biasa2 je sbb TVnye rosak tade color dah lagipun Adam jugak yg tengok nnt kat rumah dia. Cik Nah tak mintak pun i yg offer nak beli sbb dah lama jugak laa TV dia ilang color. Cik Nah i ni single so dia tade sesapa pun kecuali kami (anak2 sedara yg rapat dgn dia), jadila kami ni tempat dia menumpang kasih sayang kalau bukan kami ni sapa lagi kan. Lagipun mama duk jauh dah skrg nih bkn cam dulu. Owh bday i hari tu cik nah bagi kain cotton yg lawa corak vintage dia nak jahit for hari raya heheheh sukanye aku, tima kasih cik nah.





mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa i miss u.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





Wednesday, May 25, 2011

i'm back from nomad lifestyle

Lately ni busy menjalani kehidupan nomad tapi skrg dah kembali ke rumah semula. Tapi tak tentu jugak sbb Deer dah ckp nnt bln June ada beberapa kali lagi dia akan ke Langkawi, Kelantan etc etc .. ehhhh Kelantan kampungku tapi tak leh ikut pon Deer pegi bekerja. Nanti Deer tade cam biasa la i, Adam dan molleyboll ke rumah pil lagik.



Hari isnin hari tu cam biasa la Adam pun pagi2 dihantar ke rumah mama toknah kat Keramat .. seronok kemain dia lebih2 lagi smlm mama toknah dan auntie Jah dia bawak gi JJ AU2 jalan2 pastu belikan dia bas baru . .. bas lama 2 bijik dah ada tapi satu rosak tercabut tayar. Malam tadi Adam tido otw balik ke rumah sambil peluk bas baru. Sampai rumah pun sambung tido sampai pagi tadi awal sungguh dia bangun pastu cucuk2 mata memi suh bukak channel 'tatoon'.



Semalam jugak lepas balik keje g ambik Adam kat JJ Cik nah ajak singgah rumah ciknab jap sbb auntie Jah nak main lagi dgn Adam. Masa i sampai tu nampak ciknab duk pening nak cari kain jenis apa dan fesyen baju camana nak buat , lepas satu2 topik pasal baju je. Kan cousin i yg duk tmn ibukota tu nak kawin dah, katanya bln sept ni hmmmm tapi i haremmm tak buat persediaan pape pun tak kose laa org lagipun mak pengantin tak inform i langsung so tak yah laa i nak beria, kang beria terlebih skali org tak ajak heheheeh....... ehhhh tetiba ter emo lak... hueheuhueeehe

Gambar selingan yg tade kaitan pun.. saje nak letak gambar last year masa rambut i pendek dan selesa tapi sekarang dah panjang lintang pukang tak best .. nak ptg rambut lah tak suka rambut jurai2 nih.







Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, May 5, 2011

Sudah setahun berlalu

Hari ni genap setahun dah pemergian adik bongsu saya arwah Nik Hanif. Dia meninggal di usia muda dan tak ada waris selepas kami kaum keluarga maka menjadi tanggungjawab kami selagi nyawa dikandung badan saya akan senantiasa sedekahkan dia Al-fatihah dan berdoa semoga dia ditempatkan dikalangan orang beriman.




Ini gambar arwah bersama kucing kesayangan dia Obie .. Obie pun dah tade.. . gambar ni sebelum mama dan abah pindah balik kampung rasanya dlm thn 2009. Masa dia sedih kot nak tinggal Obie bwh jagaan i sepenuhnya.


Cepat masa berlalu, setahun macam sekelip mata je .. saya takut makin lama masa berlalu memori kami makin pudar. Cuma saya boleh berdoa semoga Allah kurniakan saya ingatan kuat biar sampai tua pun semua kenangan semasa arwah ada tersimpan rapi dlm kotak memori saya.


Al-fatihah buat adik ku

Friday, February 18, 2011

Back to hometown - pt2

Hehheheh first time i buat entry cam ni siap ada part2 lagik padahal balik kampung je. Tak pela feeling2 ada org kesah, yg penting i juge yg happy lambung2 dpt balik kampung.
Kitaorg pegi bandar KB sekali je, tu pun ambik nama pegi je ... tah la cam tak best pon sbb semua benda mahal nak mampsss, belik kat KL lagik murah, pastu jam gila dan nak parking adalah hazab. Yg bestnya dekat area rumah parents i ada everything yg i nak, kalau takat balik kampung pastu nak jelajah mall2 kat KB tu tak pelaaa kat sini (KL) pun selalu pegi tetiap minggu. Aunties i pun join sekali balik kampung tapi dorang balik on the 2nd Feb dan duk kat Villa Daniela, Tok Bali .. best kat situ tapi servis kureng.

Adam and Papa kat jeti tok Bali, Adam enjoy tengok boat2 nelayan kat situ. Byk ikan fresh2 kat situ tapi masa tu harga ikan agak mahal walaupun tak sampai ke tangan org ke 3 or ke4 dan seterusnya... agaknya nak keuntungan berganda kot hmmm moga2 peniaga kat situ cepat kaya la saya doakan

Depan swimming pool tu ada pantai .. bukan public beach so mmg tak ramai org dan hanya pengunjung hotel tu je. Rasanya kalau ada org pakai bikini pun tak kena saman kot sbb private beach kan ... hehheheh tapi i tadelaa body tak cantik :( ...


Swimming pool kat hotel tu best, cantik dan besar .... and the view hmm speechless .. sangat la lawaaaa. see i have to use a tube .. tak reti berenang .. malunyee.
Kebetulan jugak masa balik tu ada kenduri kawin sedara, mama dan aunties i tu seronok ler dpt jumpa cousin2 dorang. Kenduri kawin tu buat kat rumah je, sbb dah lama tak pegi kenduri kat kampung maka kami makan kat kenduri tu bertambah2 sbb sedap gila nasik dia, bukan nasik minyak tau tapi macam nasik kukus ayam dara dan kuahnya gulai daging pastu ada ayam goreng rempah dan ada akok skali .. best sungguh.

My mama yg berdiri belakang i and all of us .. dari kenduri jadik family reunion. Mak pengantin (yg baju dan tudung purple) lupa tetamu sbb sibuk bergambar (hahhah lawak la cik nor nih)


Yg makan tambah2 tu i dgn Jaja je .. org lain maintain makan sepinggan je.


Adoii pening entry ni byk gambar .. nnt ada lagi entry gambar, lantak ler yg penting aku sukaa


Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, February 16, 2011

Back to hometown

Bulan February ni byk cuti kan .. seronok jugak. Owh semalam cuti Maulidur Rasul tak ada ke mana pun cuma ke rumah PIL aje. Awal Feb hari tu i balik kampung from 31 Jan to 7th Jan, lama jugak dah tu alang2 balik kan, tak berbaloi kejap2 aje.

Bertolak to KB dlm pukul 11 pagi sampai pkl 5 ptg lama jugak tu kan sbb Deer bawak pun tak laju dan jugak ada jam sket kat Merapoh. Sampai sana mkn2 pastu tido, esok nya tu baru la i berjalan2 .. eh tak kemana pun cuma melawat kebun ubi kayu arwah adik yg diteruskan oleh abah skrg ni. My parents now alhamdulillah sihat dan they look happy, masa i ada kat sana dorang ni busy with their kebun ubi kayu dan permintaan utk ubi kayu mmg tak menang tangan. My father nak upah org cabut je sbb tak larat ... Alhamdulillah.



"Meh sini Adam nak cantas2 daun ubi ni .. boleh masak gulai kan mommy ?"



Ini Adam tgh explore tapioca land ... sukalaaa berlari sana sini dgn bebas. Yahoooooo i'm freee to run and jump.

Abah dan mama punya aktiviti petang skrg macam ni la, kalau lepas Asar je dorang mmg tade kat rumah la terus lepak sini. Abah tanam sendiri semua ni (tanah seluas 1 ekar je) yg arwah adik punya batch dah abis mama jual dah (duit tu buat sedekah dan kenduri arwah/tahlil). So skrg my parents ckp dia suka aktiviti sebegini sbb buat dorang rasa rilek dan tenang disamping berbakti kpd tanah. I pun happy jugak sbb masa balik KL tu hari abah bagi kitaorg bawak balik setengah guni .. tapi seketul pun tak ambik semua i bahagi2 kat kawan2 dan PIL. Ooh mama juga buatkan i kerepek ubi kayu, dlm 2 kilo jugak tu pun i bahagi2 kat kawan2.

Adam punya aktiviti petang lepas balik dari kebun terus mandi dlm basin tub depan rumah atok .. best jugak bath tub basin ni yer .. yippie Adam suka lah kalau hari2 macam ni pun tak pe.

Actually byk aktiviti sepanjang berada dikampung i nak coretkan kat sini till next entry .. Daaaaaaaaaaaaaaa

Monday, December 6, 2010

Happy Birthday - mama & mak

My mama and mil shared same birthdate 4 Dec but in different year kot. I nak wish happy belated birthday to them both, semoga panjang umur dan sihat sejahtera. Tade celebrate apa2 pun dan tak sempat nak beli cake pun kat mil sbb dia busy on saturday dan my beloved mama plak duk jauh sangat kat Kelantan nun .. tak pe nnt later2 kita celebrate.
I love u mama and Mak pun .. muahxx.