Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, January 11, 2012

New Year 2012

Happy new year !!! ... walaupun dah sebelas hari dah tapi inilah entry pertama di tahun 2012. Lately nih i bizi giler.... ehh silap bukan lately je tapi dah lama dah rasa banyak keje nih tak menang tangan, rasa nak nangis tapi tak sempat cuma tersedu sendu je ku mampu.


Di tahun baru ni saya tade sebarang azam pun sbb azam tetiap tahun sama je tapi tak kesampaian pun. Sejak 3 tahun lepas, iaitu selepas 2 tahun keje kat pwc nih i dah semput tak larat maka sejak itu azam ku nak tukar keje lain tapi sampai hari ni sini jugak aku duduk tak ganjak2 pun. Semoga tahun baru ni saya dpt keje lain dah kami sekeluarga dimurahkan rezeki yg melimpah ruah.


Bulan ni juga merupakan ulangtahun perkahwinan kami yg ke 4, sambutan biasa2 jelaa sambil2 muhasabah diri jika ada kekurangan diri sepanjang 4 thn ni akan diperbetulkan dan semoga kami kekal ke akhir hayat. Hadiah ulangtahun ke 4 saya ada mintak dgn Deer nak keter baru utk saya iaitu Toyota Prius eeii lawanyeee pastu save minyak pastu hybrid pastu i go greeen dan i save d world. Tapi malangnya saya tak ukur baju dibadan sendiri sbb suami saya miskin mana mampu bagi hadiah sebegitu so sedarlaa dari mimpi.


imagefrom google.


Tahun 2012 jugak saya bercadang nak antar Adam pegi Playschool pada mulanya siap dah survey apa dah, tapi malangnya tade transportation tuk sekolah yg saya berkenan tu. Ada la jugak saya bitau Deer nak berenti laa macam ni sbb Adam nak skolah sapa nak antar kalau saya berenti elok jugak kan boleh antar ambik Adam dari sekolah sambil2 drive keter baru kononya Prius tu. Semua tu angan2 laa tade pun sekolah yg dekat2 dgn area Setiawangsa tu yg kami berkenanla, adala satu skolah tu Q-Dees tu tapi tak terima sbb Adam masih berpampers lagi tak cekap lagi kencing berak toilet. Pastu atuk nenek pak cik mak cik semua bising katanya awal sangatlaa for Adam, kesian laa turun naik bas tahlaaa whylaa dorang nih semua negatif sangat sampai i pun terjebak kesian kat Adam so tak jadik laa akhirnya. Tapi insyaAllah kalau tade apa2 halangan cukup2 umur Adam 3 thn i nak hantar sekolah, mesti dorang dah terima sbb umur dah cukup kan. Tak pun hantar playschool on weekend pun tak pe dah janji dia berkawan2 dan bermain2 tu jelaa bkn nak suruh dia baca buku dan buat kira2 dah pun.


Adam dah tak sabar nak gi school nak kawan2, sian dia tapi byk tempat jugak tak terima sbb kecik lagi, pastu berpampers. Ada satu activity school tu Da Vincci art class, Adam suka sangat situ dia loncat kat luar tempat tu tgk kat dlm ramai kawan, byk art work (dia tgk kat OUla) sambil ckp kat i "memi nakkk" tapi situ tak terima jugak budak below 3. Tak sabar nak besar dah anakku, memi pun dah tua .. ehh tetiba memi feeling tua.


Deer yg konon sudah kurus sedikit di tahun baru. Tapi tetap nak diet lagi, tetap jugak belek lemak dibadan selepas makan. Semoga kami sekeluarga diberkati di tahun 2012 ini, dan apa yg kami hajati selama ini tercapai, juga kami sekeluarga bersyukur dgn apa yg kami dah lalui sepanjang 2011 segala pahit manis thn lepas kami lepasi juga. Welcome 2012.





till next time ... daaaaaaaaaaaaa

0 comments: