Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, August 25, 2011

Raya dan persiapan ala kadar



Lagi beberapa hari je kan nak raya, mood raya dah membelenggui diri ini (cam lagu plak). Saya apply cuti raya sehari jeww, kat opis nih hari Isnin minggu depan keje lagik, so i apply cuti on 29/8 jelaa lagi 3 hari tu mmg cuti umum kot pastu 2/9 tu kampeni bagi cuti katanya sempena Merdeka day.


krg ni i tgk ramai org duk punggah bawak balik biskut dan kerepek raya yg dorang order sblm puasa or awal puasa hari tu, meriah tgk sensorg duk angkut plastik bag besar2 termasuk laa si Syurei ofismate i nih 4 hari punggah tak abis lagi bayangkanlaa byk nyee dia beli. I tade beli pape pun biskut, cake or kerepek sbb nye i beraya kat Kepong rumah PIL, bila gi sana i tgk mil dah susun kotak besar dlm tu ada biskut raya kotak lain ada kerepek pastu kat tepi kabinet ada air gas, kordial laa, beras pulut laa cam nak kenduri blm campur yg sil order tak sampai lagi. I tak penah bagi apa2 biskut raya kat mil sbb dia ni cerewet kang i beli dia tak mkn rugi i taw, dia jenis yg setia pada yg satu iaitu setia pada sorang aje pembuat biskut nye kecuali sil i buat dorang mkn je tp kalau i buat tak mkn kot heheeh. Auntie2 i pun sama tak yahlaa bermurah hati nak beli biskut ke kerepek ke kang ko yg panas telinga kena dgr bebel kalau biskut ko tak sedap .. i selalu kena bebel cam tu sbb beli mee goreng tak sedap la, nasik kukus tak sedap laa dll cam tulaa perangai warga emas kesayangan ku ehh kecuali mamaku tercinta dia pasrah je telan tak ckp pape sbb dia takut i sentap tak beli2 lagi dah.

Baju raya i thn ni tak sempat siap kot ermm kalau siap pun sepasang je .. alaa i buat baju biasa2 je iaitu baju kurung pesak tu pun auntie i yg jahit tu pasal la kalau tak siap tak leh ngamuk, diam je. Beberapa bulan lepas i berangan nak buat baju glam2 for raya sbb lepas raya tu nak pakai g kenduri cousin i kat hotel, pastu Deer i suruh dia tempah yg cantik2 tapi tetiba tak jadik, seb baik tak gi hantar tailor lagi skali org tak jemput laaaa tulaa ko berangan lebih2 lagik hueheuhehueee maluuuuuu (ehh jimat duit aku). So skrg nih kami pakai je laa apa yg ada incase baju raya i tak siap i boleh recycle baju2 lama yg pakai kdg2 sbbkenadrycleaning.. Deer pun sama pakai jelaa baju melayu yg lama, dah tu ko gi tempah Salikin kan pakai takkan la skali je harus kena ulang2 sampai rasa berbaloi aku g tempah sana. Putera kesayanganku tak leh ulang2 yg lama yer sbb dia besar thn ni 2 thn dah .. maka segala bajet kami lari ke dia jela. Baju melayu Adam ada la 2 pasang je pastu jeans selai, seluar pendek selai dan kasut sepasang, selipar raya 2 pasang (sian dia selipar lama dah ketat) owh baju ada gak beberapa helai dan baju tido raya 2 pasang (mlm raya leh pakai). Tension cari baju anak pg kedai sana sini abis .. masa tu baru awal ramadhan kami ke OU, pegi Zara memula skali tinggal sisa jew pastu tgk kat gap kids pun abis tinggal serdak je ... pegi plak OshKosh tade pilihan ada yg baby jew so beli selipar ngan seluar pendek situ tak ckp lagi nih.. merajuk ler, ingat nak beli kat manjaku dekat rumah jela cam ni tapi bapak dia ajak g KLCC seb baik ada situ legaaa ehh tapi tak lengkap lagi nih tgk la esok lusa nih nak gi brand outlet beli kemeja selai dua situ barulaa beraya dgn bergaya Adam. Baju tido raya Adam beli kat Manjaku ada sale 40% .. meriah ko raya sambil berjimat.

Seronoknye Adam nak gi shopping .. shopping ke? alaa lite2 sugi je, pegi beria balik tangan kosong.


Susah sangat yer nak cari baju raya nih, meh sini Adam drive sendiri laa. Setakat jam kat jln Tar tuh alaaa kacang buncis jeww.


My parents tak nak dtg beraya sini w/pun i dah pujuk separuh mati, kat sini ada hampir semua adik beradik mama i dan nenek.. kat kelantan cuma family side abah je .. i mmg tak suka dorang (family belah abah i) huehueheu matilaa benci2 org bln puasa. Alasan parents i dorang nak ke pusara arwah adik dipagi raya. I mmg tak mau redah jam balik raya tu pasal laa i sanggup pujuk gila2 dorang dtg sini tapi nak buat camana emosi warga emas kesayanganku ni lain macam sket tak leh disekat2 so biarlaa dorang asalkan bahagia .. i balik biasanya lepas waktu puncak iaitu waktu2 bkn perayaan dan cuti sekolah masa tu kat Kelantan tenang.


Furry frens ku dirumah tu tak mandi lagi, camana nak raya busuk2 nih. Tinggal kat rumah la dorang nih so kenala ulang alik bagi makan kat dorg dirumah, nak bawak gi rumah pil takut kang nnt fil bebel kat i dorang nih berak busuk pastu kencohsss gila bila nampak org .. duk jela korang anak beranak kat rumah ye.
Till next time ... Selamat berpuasa dan Selamat Hari raya ..... Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



2 comments:

Mak Su said...

seronoknya adam, gi jalan tar drive sendiri ek... cayalah.

selamat hari raya, maaf zahir batin halalkan makan minum. kad raya akak ada sampai tak?

Alice said...

Mak Su: kad raya dah sampai ... cantik ler kad tu pastu kami nih terharu dpt kad dari akak. Syurei kata tak sangka tetiba je sampai.