Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, July 10, 2015

New pose

Hi salam ramadhan,  dlm bulan Ramadhan tahun ni saya tak upload gambar makanan pun.  Nothing special pun dan makan pun simple2 je. Hidup sekarang kena berjimat lagi2 setelah saya menonton video viral di media sosial tu video graduan bernama Zahra, terus timbul rasa bersyukur dan juga timbul rasa risau terhadap masa depan anak saya.  Macam mana bila time Adam kerja nanti, harap kehidupan di masa akan dtg lebih terjamin utk anak2 muda.

Baru2 ni juga kita dikejutkan dgn pervert pedophile yg curi gambar anak org menerusi laman sosial, menakutkan bukan. Pastu pulak ramai duk tegur jgn kongsi sangat gambar anak anak kat situ bahaya nnt org terbayang memacam la pastu plak ada penculik yg akan aim la memacam laa.  Saya punya FB tak ramai frens pun setakat org yg dikenali je kalau tak kenal saya tak accept mmg takut tah la pikir bukan2.

Saya cuba ambik gambar anak saya dgn pose baru, konon pose cover muka. Saja suka2 n bila bosan back to normal balik.

Story thru photos below


Balik sekolah terus ajak gi Giant setiawangsa n kami jalan kaki je skali dgn Cik nah.  Adam tak puasa itu pasal la bertenaga, bkn tak puasa langsung adalah beberapa kali tapi tak cukup sehari pun setengah hari je.  Memang tak paksa sgt sbb tak semua mak bapak sama dlm mendidik anak2 perihal agama ni tak semesti nya tak puasa penuh di usia 6 thn terus boleh di cop membesar jadi umat yg jahil.  Bagi mak pak yg berjaya didik anak puasa penuh di usia ini saya kagum dgn anda n anak anda mmg anda parent yg hebat.


Adam mintak nak baling ribbon tu byk2 kat atas, cantik kalau melayang2 jatuh colourful katanya.  Kalau buat macam tu kat kedai terus kita kena bayar semua tu.


Memang tetiap minggu g Ampang Point n Spotlight ni dan sementara tunggu waktu berbuka kita kill d times kat Spotlight.  Waktu ni kami berbuka kat tempat biasala mana lagi kat Taiwan House laa Beef noodle.


Masa ni berbuka kat OU, plan nak cari baju raya tapi byk baju dah abis. Kayo2 la org Malaysia ni kan dgn kuasa membeli sebegitu mmg kagum i dah la  anak 4 hingga 5 org.


Gambar cousins .. walaupun takde kena mengena tapi ini adalah trademark pose kalau dah berkumpul cousins, tapi dlm gambar ni i tade sbb i sentap. Mak cik i buat makan2 for anak sedara n adik beradik, duk kencohs jemput sana sini tapi tak mention pun jemput i pastu tup2 last minutes suh i dtg plak apa ingat i tade plan lain ke so kita skip la berbuka reramai ni sbb dah ada plan lain. Makcik2 saya ni pesen kalau tak jemput tak boleh redah je tau rumah dorang sbb dia suka buat makan2 ikut pax ye konsep tempah2 katerer giteww kang i pegi redah je nampak nauu tak cukup makan nak mentekedarah umah org. So kita tgk kat w/sap je la keseronokan mereka nnt next time harapnye jemput org bagi la time frame or jemput in advance jgn mlm ni kenduri pkl 5 ptg hari tu baru nak jemput nampak cam i ni just type of org utk fill in the blank je ... maklumla mak pak i org miskin adik beradik2 dia kayo2. Double standard ada di mana2 yak ni di dalam keluarga sekalipun.

Maggi korean ni pengsan bangun sedap ... sbb org tak jemput mkn berbuka maka kita pun last minit masak maggi udon ni lagi sedap ganda sbb letak udang sotong dan enoki mushroom ... menetes air liur masa type ni . Hari ni nak berbuka kat Taiwan House lagi laaa nak mkn noodle, dah ujung2 puasa ni kurang dah selera nak mkn gulai2 tu rasa cam muak  plak.

till next time
Daaaaaaaaaaaaa


0 comments: