Haloo .. Selamat hari raya, belum terlambat lagi nak menceritakan perihal hari raya yg tak seberapa pun ini. Walau apapun raya tetap raya, macam biasa raya di KL aje tak balik kampung walaupun ada jugak berkira2 nak balik tapi mengenang kan jamm pastu menyesal sbb kesian kat mama n abah beraya dgn adik saya dgn family adik yg sorang ada kat sana tu.
Semua gambar di bawah ni dihari raya pertama .. kami tak duk rumah just pagi je duk rumah tolong2 MIL kat dapur bila dah bersiap pakai baju raya terus keluar beraya sebelah keluarga saya pulak. Kebiasaan nya kalau dihari raya saya tak pakai terus baju raya jika kena buat keje dapur sbb tak guna pun pakai nnt kotor menyesal alaa takat nak duk dapur belasah laa baju cotton buruk2 yg dah lunyai kesan di pakai ke opis tu jadilaaa.
Ini gambar raya bersama parent in law dan ini lah satu2 nya gambar raya yg ada, janji dgn Deer nak ambik gambar proper kat kedai sbb jelous tgk org lain tetiap tahun raya ada gambar raya yg proper tak seperti kami. Seperti diatas tu konsep kami tiga beranak nih color hijau. Baju saya kurung moden tah apa2 design tak tau sbb tiru cousin punya dan dijahit oleh mak cik saya iaitu Cik nah.
Dalam pukul 11am kami ke Nilai ke rumah singgah mak cik saya yg hanya pegi bila nak berehat je, alaa rumah pusaka mentua dia renovate ala kampung ada dusun kecik depan rumah pastu ada buai buat anak dara dia berendoi. Seronok gak kat situ sbb situ rumah besar, laman rumah pun besar pastu tak panas membahang okay laa tambah lagi Cik Nab masak nasik beriyani sedap giler. Cousin i tu semua, dan semua pakai baju Cik Nah jahit kecuali yg tiga kiri paling atas tu je mak dorang jahit .. mak dorang pun mak cik saya gak.
Adam berendoi dgn Auntie Jaja, pastu main2 kat luar rumah tu sampai lencun baju sampai dua kali mandi n tukar baju. Kami balik dari Nilai petang dlm pkl 5 pm cam tu itu pun Jaja duk hasut suruh tido situ la. Adam macam biasa la kalau jumpa auntie jaja n aunt Jah susah nak balik sbb seronok sangat.
Dgn mamatok Nah, kalau jumpa mama tok nah dia tak reti duduk atas kerusi hanya duduk atas lap cik nah je.
Balik dari Nilai ke Kota Kemuning rumah Ichu, gambar atas tu Adam dgn Auntie Ayla. Auntie Ayla cik gu piano Adam, Dorang ni 3 beradik dah tak beraya dah semua duk golek2 tido kat bilik katanya bosan sbb semua mak cik tak dtg rumah dia sbb semua org ke Nilai.
Ini aje gambar makanan raya yg saya ada. Ini pun gambar juadah nasik beriyani rumah cik nab yg sedap giler tu. Ayam masak merah tu aduhaiii paling sedap sampai kan Adam yg picky tu makan sampai 3 ketul. Rupanya Cik Nab beli ayam segar baru sembelih dekat depan rumah singgah dia tu pastu sblm goreng dia perap garam kunyit bersama serai pastu pakai kunyit hidup ye bkn serbuk kunyit or perasa kunyit. InsyaAllah nnt saya nak buat jgk laa.
Ini gambar dah muka belengas2, otw ke kota kemuning .. beraya situ sampai pkl 10 lebih dan sampai rumah lepas hantar cik nah semua dlm pukul 12 tgh mlm ye letih giler pastu esok bgn terbabas sbb lepas solat subuh tido balik so paham2 laa agak mak mentua masam muka tak .. ehheheeh eh mak mentua i baik sbb esok tu dia senyum je kan raya .
Till next entry
daaaaa










0 comments:
Post a Comment