Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, August 11, 2015

Late update raya

Baru nak update raya yg lalu, raya ke berapa tak ingat campur2 laa weekend2 raya yg lalu.  Banyak termiss nak update sini macam dah terlupa ada blog.  Walaupun blog ni tade pembaca saya suka je update org baca ke tidak tak penting.  Kadang2 kalau kurang pembaca lagi bebas berkata2 kan tak payah pikir akan ada yg tersinggung sbb apa tertulis di sini mmg tulus dari hati ehhh lari dah dari tajuk.

Gambar bawah tu masa pegi beraya ke rumah mak ngah suami saya kat cheras, mmg kemestian ke rumah dia sbb dia pun kemestian jua ke rumah in laws saya.  Mak ngah ni adik mak mentua saya, dia baik sgt dgn kami heheh sbb dia suka bagi barang kat anak saya terus angkat julang mak ngah sekeluarga. Tapi sememangnya mak ngah baik la dgn kami dan dgn semua anak2 saudara dia.  



Dalam kereta selfie sbb jamm sgt ramai org nak keluar beraya jgk, ramai dah pulang dari kampung.  Kat bawah tu kucing mak ngah dari baka kucing saya kat rumah, saya bagi 3 ekor kat mak ngah dan sekarang besar2 dan gemuk2 belaka.  Yang saya pegang tu nama dia Cinnamon dia tu kesayangan mak su, oh mak su ni tinggal sekali dgn mak ngah so dia laa yg jaga semua kucing2 mak ngah yg total ada 8 ekor.


George kucing saya tu pun adik beradik la dgn Cinnamon tu, yg saya bela selalunya yg org dah abis pilih dan tade org nak adopt lagi baru la saya bela.  Dah tu dulu kucing saya asik beranak je jadi saya offer la sesapa nak lepas org dah pilih saya ambik laa.  Kat bawah tu gambar semasa Aunt Jah dtg beraya kat umah opah Adam.  Beria Adam bawak George suruh Aunt Jah dia pegang tapi Aunt Jah takut.  Masa Azah dtg beraya MIL saya ada masak mee rebus, bersungguh dorang makan dan ikut skali dtg Cik Nah saya tapi tade gambar.


Raya ke berapa entah laa sbb makan byk so terbaring kenyang Adam.  Adam tak makan byk tapi sbb ramai org duk dtg beraya dia pun terpengaruh jgk kejap2 makan kejap makan.  Best friend sleep together, dgn George skali makan byk sbb raya kami bagi semua kucing mkn canned food for 3 days in a row kalau tak seminggu 2 kali je.  Rumah in laws ni mmg ramai org datang beraya mmg letih cuci pinggan mangkuk sbb tugas saya mmg tolong cuci je yg masak2 tu mak la tapi part tolong prepare bahan ada gak saya tolong.  Pendek kata kalau duk rumah tak keluar pun meriah jgk beraya dan Adam pun tak payah la nak g beraya semata nak collect duit raya duk rumah pun dah dpt byk duit raya dah ahahahhahaha.


Bawah ni gambar terbaru, gi beraya ke rumah Menti kat Balakong.  Menti masak stimboat, sedap sangat sbb dah muak kot asik duk mkn nasik impit rendang kuah kacang satay ehh tetiba ada stimboat terus terasa nakk makan byk dan makan banyak konon tak pe tak gemuk pun sbb tak oily low fat la bla bla.  


Tetamunya hanya kami 3 beranak je, seronok pulak bersembang tak sedar dari pukul 1pm sampai almost pukul 4pm jgk kami gerak balik.  Sebab dah lama kot tak jumpa menti, iyela sejak dah tak sebumbung ofis terus jarang jumpa adala sesekali je. 


Stimboat tomyam menti buat.  Itu ajelaa cerita raya saya tapi ada lagi cerita nnt next time laa.

Till next 
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





0 comments: