Gambar dah lama i upload tapi cerita tade, sbb upload gambar thru phone n gambar semua dlm phone senang terus upload tapi nak type kat phone adoii malas nyee. Terus lupa nak cek tgk balik hehehe lagipun tetiba busy pulak. Semalam n kelmarin i EL dua hari tau, malas plak mood nak keje tade.
Masa cuti CNY hari tu kami tak de plan pun nak balik KB, mmg dah agak akan jammed gila2 nih sbb org kelantan mmg penyumbang paling besar kesesakan lalulintas ke pantai timur. Ada kawan cerita dia stucked dlm jamm sampai kena bermalam kat Kuantan. Mak cik saya 3 org balik kelantan melawat mak cik yg mangsa banjir kat Kuala Krai juga stucked situ terpaksa bertolak balik Ahad pagi pukul 3 am dan sampai KL pukul 9 am alhamdulillah tade jamm apa sbb keluar awal.
Ini gambar masa cuti CNY hari tu la, hari isnin or selasa tak ingat dah. Saja bawak Adam jalan2 situ mmg tenang je sbb kami keluar rumah awal jugak dlm pkl 10 am kot lepas bfast terus g Curve.
Memang dah rindu melampau lampau kat mama n abah insyaAllah before puasa kami plan nak balik. Susah for my husband sbb nak apply cuti mmg serba salah kan baru je keje kat kilang baru tu sebulan je. Sekarang ni Deer byk ada training n kena byk buat persentation for bosses, sampai ke rumah dia bekerja .. sedih sungguh demi mencari sesuap nasi. Apapun jangan lupa bersyukur ALHAMDULILLAH at least ada keje dan sumber rezeki yg halal.
Nampak kat Curve macam tak ramai org tapi bila nak time lunch terasa nak makan kat Ikea Cafe la pulak macam dah dekat setahun tak makan situ. Dalam pukul 11.45 am kot kami ke Ikea Cafe .. mak aii nak mampus ramai gila org beratur nak beli tempat duduk tatau laa ada ke tade nih, cuba gak la beratur dlm 15 minit nak marah la rasanya lamaaa gak tak gerak pun. Kalau begitu tak payah la makan Ikea Cafe lagi merajuk.
Gambar atas tu sebelah petang balik dari Curve kami ke rumah adik ipar dia ajak pegi lepak kat rumah dia. Kalau ke situ Adam beria la nak mandi swimming pool sama jugak dgn Rayyan anak SIL dia pun sama siap nak swim sendiri tamau org pegang2 nak tiru abang Adam. PIL tido situ satu malam turut serta BIL yg bongsu tido situ jugak tinggal kami je tak join.
i pun selfie jugak hehehehehe ... mmg hari yg panas kalau tak pakai sunglass saya boleh kena sakit kepala sbb mata tak tahan sinaran matahari lagipun dah tua begini mmg byk benda dah mula mereputs dan muka pun mengembang walaupun mkn hanya sesudu nasik.
Kami end up makan sini laa mmg panas hati masa beratur kat Ikea tu macam mustahil dah bagi kami anak beranak nak makan situ asik memanjang padat. Nasib baik tak mengandung cuma mengandungi tahi je kalau tidak pasti baby dlm perut kempunan, kalau tahi tade kempunan apapun la kalau lemak tu mmg la memanggil2 makanan berlemak.
Makan kat Italiannies, disamping dpt point yg boleh diconvert dlm RM and boleh deduct the next bill saya boleh makan dgn tenang sbb tak ramai orang dan paling best anak saya dpt free kids meal.
Lepas makan dah bosan kat Curve pegi OU plak hahahha mmg gila berjalan sungguh mungkin minggu sebelum tu weekend tak keluar sbb bz bawak kucing pg klinik la, basuh baju tepi sungai laa macam2 la. Kat OU tempat wajib singgah apalagi Hamleys kalau tak pun Toys r us, bukan semestinya beli tapi kena singgah window shopping je pun jadi lah for Adam. Tak baik membazir beli toys ni baik kita simpan duit tu Adam oii.









0 comments:
Post a Comment