Semalam dan kelmarin saya EL, saya mmg malas nak g keje kebetulan tetiba pulak Adam meragam tak mau pegi sekolah. Sejak dia pegi sekolah naik bas ni dah sebulan dah, saya tak pernah hantar n tunggu dia naik bas. Pastu pulak saya dah apply ke department baru dan dah lulus dah pun cuma tunggu boss sini nak release saya pada 15 March ni juga tgh tunggu surat. Keje tu ada tapi tu laa lepas dah buat performance review for next mth bonus lagi double triple malas.
Sejak dah apply ke department baru saya terasa seperti tunggul di sini, kawan2 sini busy giler dan sebahagian dari mereka bekerja mmg dlm style kalut dan kelam kabut mmg cara gitu. Jangan salah faham sbb mmg dept skrg ni keje byk dan dpt pun adhoc n urgent pulak tu kena handle system plak salah key in kang mampus. Kawan sini baik2 belaka dan super fun, dorang ni kalau kita hang out lunch time g mkn2 kat luar or kat kantin opis ke kalau bersembang tade topik lain selain kerja .. see mmg dorang ni bagus takde ckp hal org cuma hal keje je manjang.
Gambar bawah tu saya masak, bila cuti saya habiskan masa kat rumah cik nah, sbb Adam balik sekolah situ. Hari isnin saya masak tom yam putih ayam dan siakap stim semua tu ala thai. Siakap beli kat JJAU2 mmg murah giler sekor size besar gemuk rm 9.90. Ikan kukus saya mmg menjadi sangat mmg sangat sedap ... saya puji diri sbb cik nah ckp sedap. Saya improvised letak tauhu lembut dan sayur asin, teringat masa makan kat PD last year kat kedai tu letak dua bahan tu. Penuh bahan2 sampingan sampai tak nampak ikan, ikan kena potong dua sbb tak muat pengukus.

Bed conquerer, siap berpusing lagi mmg macam tu dan mmg suka bawak kawan2 soft toys dia reramai tidur sekatil.
Itulah dog Adam yg dia pegang tu, setelah berbulan2 duk mintak nak beli dog dan dah letih jugak mummy dok explain takboleh bela haram tetap tak paham. Akhirnya jadi la dapat jugak dog toy yg mmg persis dog yg dia nak,
Semalam aunt Jah datang visit Adam, kalau jumpa aunt Jah mmg tak sah kalau tak mengusik walaupun begitu dia mmg rindukan auntie dia tu dan kalau dah lama tak jumpa dia akan sebut2. Dan paling best semalam bila saya dan mamatok nah skali tunggu bas sekolah dia at least dia lega lah sikit dan bila jemput dia turun dari bas sekolah tu bukan main senyum lagi dia. Hari ni ada sedikit mengamuk nangis takmau pegi tapi mamatok nah pujuk pegi jugak Alhamdulillah. Mummy doakan Adam lepas ni rajin pegi skolah dan semoga lebih pandai dan jadi anak yg soleh ye.
daaaaa






0 comments:
Post a Comment