Kucing kesayangan ada ramai tak terambik gambar memasing, cuma mana yg sempat je dapat update sini. Nak kata ramai sangat tu tidakla, buat masa sekarang ni ada 3 adult cats, 1 teen cat and 3 kittens. Dulu ada ramai lagi sbb ada dua emak kucing tapi skrg ni tinggal satu je iaitu Heather, lagi satu Molley ball dah lama hilang tak pulang2 ke rumah. Kalau bercakap pasal kucing hilang mmg kejadian biasa kot kat area rumah in laws saya tu. Sejak duk situ dah 4 ekor kucing saya hilang dan 2 ekor kucing mak mentua hilang tapi dia punya sebelum saya duk situ lagi dah hilang 2 ekor tu so total kucing hilang dlm masa 5 tahun ni dah 7 ekor ... jenis keluar rumah tak balik2.
Sebab itula kucing saya hanya lepas main2 kat luar bila saya ada kat rumah je, kalau nak pegi keje saya letak dalam cage. Kesian tu kesian la tapi lagi kesian kalau hilang sbb sesat ke, org vietnam ambik buat lauk tak pun dapat kat org psiko pastu dera dia ke, tapi kalau jatuh ke tangan pencinta kucing tak apa saya redha je. Area taman rumah mentua saya ni ada je renovation dan mmg time2 org buat renovation tu ada je satu kucing akan hilang mmg tak baik syak kan tapi baru2 ni jiran mentua ada bagitau org yg keje baiki rumah tu tanya dia 'kucing sapa ni nak ambik boleh?' sejak itu kucing hanya boleh lepas keluar hari Ahad je itu pun bila i ada kat rumah la. Kucing yg org tu tanya jiran tu George la, dia biasa jinak dgn strangers.
Gambar bawah tu kucing saya yg diberi pada Cik Nah auntie saya tu, sebelum ni auntie saya ada bela kucing tapi dah mati tahun lepas. Sejak kucing dia mati dia mmg nak cari kucing yg color sama macam kucing dia dulu. Kebetulan ada sekor anak Heather ni pada mulanya ada kawan nak adopt katanya dah lama kami simpankan tak ambik2 jugak . Anak Heather ni color pun sama dgn mak dia jugak 'tortoiseshell' female cat umur dlm 6 mths nama diberi oleh Adam Donut.
Donut masa memula bagi kat Cik Nah dia tak friendly langsung, dua minggu dia takut2 tapi sekarang dah okay cuma dia kurang manja sikit. Elok la Donut tu duk dgn Cik Nah boleh la jadi teman dari duk sorang kan. Semalam kami bawak Matthew ke rumah cik nah atas permintaan cik nah jugak nak tengok kitten baru tu. Kebetulan Mok iaitu nenek saya ada kat situ kemain seronok la mok yg dah lama tak main2 dgn anak kucing dan saya yakin sangat mok mesti rasa rilek dan tak stress kalau tak mok asik laa duk membebel kata kami tak sayang dia. Mok saya dah berusia 86 tahun dan mmg perangai org tua gitu suka bebel2 n pikir bukan2 maybe dia stress sbb semakin berusia semakin tak larat kan. Matthew tu cik nah macam nak bela tapi tak termenang tangan la kot sbb dah ada Donut n rumah cik nah kecik je. Saya offer kat cousin dorang nakk tapi malas nak bela, apalaa org muda mmg suka keluar2 nnt kalau bela kucing terus terbiar baik tak payah.
Donut semalam jeles dgn Matthew langsung dia sembunyi celah kerusi pastu kalau keluar asik duk hissing2 je marah. Adam mmg seronok sangat sbb kat rumah mil dia tak bebas nak main2 dgn Matthew. Baru2 ni dia bawak masuk Matthew dlm rumah pastu bergaduh dgn cousin dia Rayyan tu berebut kucing. Well budak2 kan mmg gitulaaa tak payah la sesusah nak cari sapa salah sapa betul kalau dicari kita yg biol.
Matthew pun asik duk kepit dgn Adam, and kucing mmg suka budak2 kan kalau adam pegang Matt terus lembik manja.
Ni gambar kat PetCare Clinic Melawati masa gi beli makanan George terserempak dgn furry fren gemok n baik ni pun sama lembik je manja. Bagus clinic ni dia letak makanan n air selambak kat luar utk stray cat yg lalu lalang. Rasanya kibble tu Hills or Royal Canin baik betul kan semoga bisnes dorang terus maju la harapnya.
Sejak Donut duk dgn Cik Nah ni semakin rapat la hubungan Adam dgn Donut. Dlm gambar atas tu dorang mmg berkepit lagi2 kalau Adam minum susu Donut suka la datang dekat2 sbb bau susu hahahha teringin kot sbb tak puas menyusu.
Ini pulak gambar throwback Matthew masa umur masuk ke 2nd weeks dan baru bukak mata .. tembam kan tapi bila besar sikit skrg muka dia tirus dah.
Okayla till next entry Daaaaaaaaaa









0 comments:
Post a Comment