Hari ni saya dah kembali bekerja setelah bercuti beberapa hari. Hari raya saya cam biasalaa meriahla jugak w/pun saya sedih sbb tak beraya bersama keluarga saya. Tahun ni saya beraya di Kepong lagik .. iye mmg tetiap tahun pun kat sini la, bukannya laki saya tak mau balik kg saya nun di Kelantan tapi saya sendiri pun ngeri dgn kesesakan lalu lintas nak pulang ke sana tu. Malah mama saya sendiri pun kata baik balik lepas raya laa .. tak payahlaa berebut dgn org ramai yg bersesak tu. Owwh beraya kat rumah PIL pun best jugak sbb dorang mmg meriah sblm raya dgn memasak dan mengemasnya macam dah nak kenduri, tp keluarga sendiri tetap dihati :D.
Raya pertama .. pagi2 lagi kami berdua beraya kejap kat rumah PIL salam2, makan2 dan lepak2 jap dan lepas solat jumaat spt yg dijanjikan oleh Deer yg raya pertama saya nak ke tempat berkumpul kaum keluarga sblh mama saya (keluarga sblh mama mostly menetap kat KL/S'gor) iaitu di rumah auntie saya di Taman Ibukota. Mok(nenek) ada kat situ maka semua anak cucunya berkumpul disitula.

Adam dipagi raya bersama tok wan dan opah. Masa ni lepas sembahyang raya. Ni masa beraya kat Kepong dgn keluarga PIL.

Ni kat Taman Ibukota dan tgk la Adam masa ni tade nak duk dgn mummy lagi dah asyik kepit dgn mama tok nah jegh. Ooh yg dukung Adam tu auntie i yg jaga Adam. Cik Nah ni kakak mama i ler dan sebelah i tu sepupu gak belakang kiri kanan tu semua sedara mara ler

Dorang ni sepupu saya, mmg ramai perempuan dari lelaki. Semua dah besar2 belaka dah keje dan sekolah menengah dah, tinggal yg paling kecik Ayla je. Oooh nnt kena spare baju kenduri byk2 ni mana tau kang tetiba ada yg kawin plak .. i dah ada baju eeee, pastu boleh recycle buat raya lagik.
Kami sekeluarga tade konsep warna baju, Adam ada 3 pasang baju melayu pastu pakai la mana2 ikut suka dan Deer pagi raya tu pakai baju melayu warna purple dan i plak baju kurung hitam. Petang raya i pakai baju kenduri (bkn baju raya pon) warna purple dan Deer pakai baju melayu biru dan Adam baju melayu warna lite purple kot ... pening laa nak citer yg pasti konsepnya caca merba.
Inilah gambar raya kami sekeluarga, di ambil pada pkl 11 mlm dgn muka penat dan ngantuk dgn Adam nye dah pakai baju lain. Macam ni la tetiap tahun kami mesti lupa nak ambil gambar raya, tahun lepas pun tade gambar raya jugak .. eii rugi sungguh. Tapi masa tu Adam maintain bertenaga dan masih aktif bermain sana sini. Masa ni i dah balik rumah PIL di Kepong dan masa jugak kat rumah PIL ada tetamu tgh beraya.
P/s: itulaa raya ku yg tak seberapa ini. Walaupun aku kelihatan gembira tapi dlm ati ku sedih teringat family. Lagi2 teringat arwah adik ku.
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
2 comments:
di manapun kita.. kuarga jugak tetap di hati ye?
:)
Post a Comment