Kebiasaan kalau puasa i mmg suka pegi makan2 buffet ni tapi puasa tahun ni merupakan kali kedua i jarang mkn buffet or makan2 diluar. Kalau tahun lepas i tengah pantang dan kali ni pulak tak berani cuba la sbb dah try skali tak berjaya la.
Weekend minggu kedua puasa hari tu kitaorg pegi la berbuka kat Shogun je (OU) tu, nak try kat situ la dulu nak tengok camana Adam ni kan ... skali mmg serik dah nak pegi lagi sbb dia cranky betul maybe sbb dia ngantuk pastu org kan ramai dan jugak org cam sekali harung nak ambik makanan agaknya dia rimas. Maka kalau Adam rimas mak bapaknya pun tak enjoy la makan, bygkan la aku hanya mkn beberapa pinggan je tu pun tak ambik apa sangat sbb dah tak leh telan makanan tgk anak cranky. Sampai terbalik ler baby seat tu dia nak berdiri ... kecut jantung mak, nasib baik anak aku tak apa2 sbb jatuh terkena i dulu. Lepas insiden tu terus tak berani nak cuba lagi, iyelaa gila ko nak mentekedarah tapi anak sampai cedera eeei tadelaa aku nak insiden tu berulang lagi setakat isi tembolok je .. anak lagi penting dari makan2 ni.
So setakat ni kami hanya makan2 kat A*pang P**nt kat tempat kegemaran i tu ta*w*n h*use, McD pastu makan kat rumah PIL or my auntie hmmmm tu jelaaaa. Pastu kami ada la mkn kat beberapa tempat lain lagi spt mmm ala tak yah la nak citer semua kang org ckp showing off plak sampaikan makan kat mana pun nak buat senarai kat sini .. tak baik bln pose ni. Ooh lupa bulan puasa ni i banyak memasak dari membeli, hehehe bangga plak sbb i mmg rajin tahun ni. Hhehehe duit jimat dan kualiti makanan pun terjaga giteww oowh lagipun awal2 puasa hari tu adala juga beli kat pasar ramadhan tapi rasanya kurengg pastu i pun membebel mknan tak sedap jadik kurang pahala puasaku, baik masak je senang tak sedap pun telan jua. Itu jelaa bln pose kami yg tak seheaven dulu makan2 ni tapi in positive side plak adalah bagus tak mkn melampau2 kang dah umur2 begini harusnya jaga sikit kesihatan tu .. ada betul jugak tu Adam ngamuk bila mummy n papa nak mkn unhealty food sbb dia nak mak bapak dia panjang umur .. hikss.
Pastu mummy pun suap la Adam buah dulu, pastu miso sup plak, pasta dll. Barulaa Adam pun happy balik sbb dia nak mkn so ilanglaa ngantuk dia tu. Tak pe mummy tak kisah janji Adam happy tadelaa mata2 org memandang sambil bisik 'anak sapalaa la tu duk nangiss jek' maloo mummy.
Last skali disudahi dgn minum susu .. cuba tengok perut Adam tu, buncit kan, dia yg makan byk byk. Jadilaa buffet pertama Adam, enjoy sungguh dia mkn tapi mummy dah ilang selera awal2 lagi sbb drama Adam jatuh kerusi tu. Tak pe tak mkn byk pun .. positive...positive... mummy tak kisah laaa
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



2 comments:
sian Adam...
Umi ameer: Iyerlaa rasa bersalah saya mengenangkan hal tu. Serik rasanye :(
Post a Comment