Lama tak berupdate blog ini, saya tak de mood langsung nak berbloging skrg. Saya masih bersedih, masih tidak boleh menerima kenyataan dan masih tidak percaya yg ianya sudah berlaku. Tapi saya redha dgn ketentuanNYA.
5 Mei 2010 adik saya yg bongsu Nik Hanif Muhamad pergi buat selama-lamanya, diusia 21 tahun. Sebagai adik yg bongsu dia mmg manja dan asyik berkepit dgn parents aje tambahan pulak dia asyik sakit aje. Pada hari kejadian tu dia tak dela sakit teruk malah boleh bangun berjalan ke kereta utk ke hospital pada pagi itu. Pagi Rabu tu saya mmg masuk ofis lambat tapi dah inform boss nak bawak anak pegi check up, dan pagi tu jugak mama saya pun bawak adik pegi hospital katanya nak ambil nabulizer je sbb semput. Sampai ofis mama call lagi kali ni ckp adik perlu dibawa ke HUSM sbb keadaan dia spt bertambah teruk sket, tapi mama kata tade apa2 so saya tak perlu risau. Tak sampai 15 minit kemudian mama call lagi ckp "Adik dah tak ada lagi dah" sambil nangis2 .... saya rasa nak terpengsan, tetiba rasa gelap sekeliling tak percaya tapi perlu terima hakikat.
Adik meninggal dlm perjalanan ke HUSM dalam ambulans, hanya mama berada disisi dia masa tu sbb abah balik nak ambil pakaian dia utk dibawa ke hospital. Pemergian adik betul2 mengejutkan semua org sbb dia pergi dgn tiba2 dia hanya mengalami sakit biasa iaitu sakit saraf dia yg kadang2 otot dia lemah dan juga Asma .. betapa besar kuasa Allah. Saya tak sempat menatap wajah dia buat kali terakhir dan saya amatlah ralat sekali ... peluang tu tak akan kembali.
Dia sepatutnya datang melawat saya next mth on the 4th June kononnya cuti sekolah nak habiskan masa disini main2 dgn Adam ... tapi dia dah tiada lagi. Saya tak jumpa dia sejak tahun lepas, bulan Oct 09 adalah bulan terakhir saya jumpa dia masa tu saya hantar dia balik kampung sambil2 saya nak habiskan masa berpantang kat sana. Lama betul saya tak jumpa dia, bukan nya kitaorg tak nak balik kampung tapi memandangkan ada baby maka saya tak berani nak travel jauh2 jadik mengharapkan dia dtg sini jela. Saya mmg rindukan dia, dialah yg paling kecoh kalau kami balik kg, dia juga suka masak, suka bergaduh dgn saya, dia lah jugak tukang gelak lawak2 saya yg bodoh ni ...dia lah yg paling ceria antara kami semua. Balik rumah parents tanpa dia mmg sunyi sepi, tiada lagi gelak tawa dia yg riang.
Tujuan parents saya balik kampung sbb nak bagi dia peluang menjadi petani moden ditanah pusaka milik abah. Tanah dikampung agak luas terbentang dan terbiar tapi sejak dia ada disana dan pun di usahakan macam2 tanaman dan jugak dia dah punya haiwan ternakan. Semasa disana saya pegi melawat kebun dia mmg sedih sbb tanaman dia dah tunggu masa nak dpt hasil, kini abah pun dah tawar hati dgn semua tu .. setiap hari dia dan abah lah duk ulang alik ke kebun tanaman tu. Nak cerita lebih lanjut tak boleh lah sebak rasanya ni.
Risau jugak pada mulanya bila saya tgk parents terutamanya mama yg asyik mengalirkan air mata tak kira masa .. tapi Alhamdulillah sebelum saya pulang ke KL saya nampak mama dan Abah kembali tenang spt biasa .. dan utk memastikan keadaan okay saya telefon mama 2 jam sekali setiap hari. Dan hari ini saya betul2 bersyukur mama dah okay dan kembali ceria sikit2 dah dan makan pun dah kembali berselera spt biasa.
Saya mendoakan semoga roh Adik ditempatkan dikalangan org2 yg beriman ... Al Fatihah.
p/s: saya kini hanya ada seorang adik sahaja.



6 comments:
Alice, so sorry to hear that. be strong OK... takziah to your whole family. *hugs*
Al-Fatihah
Ain, takziah..terkejut baca neh!
AL fatihah utk arwah adik.
Insya Allah rohnya akan ditempatkan dikalangan yg beriman.amin.
Tuhan lebih menyayangi dia...Kita yg masih hidup nih, bersama2 lah mendoakan agar dia d tmptkan di kalangan org yg beriman ye.. Aminnnn.....
take care, al-fatihah buat adik ko. ni n3 utk ko
http://ceritakosong.blogspot.com/2010/05/telah-tiada-lagi.html
takziah kak alice *hugs*
Terima kasih semua kawan2.
Post a Comment