Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, February 11, 2010

All about moo moo

Dari last weekend sampai la hari ni Adam tak begitu sihat, ni semua gara2 lembu lagi lah. Lagipun Adam dah sememangnya Lactose Intolerance sejak lahir lagi kan dah tu aku jugak yg tak berhati2 pilih makanan anak. Rasa bersalah ler .. i'm a bad mother. Sekarang ni i bagi dia minum Isomil soy formula, setakat ni okay je laa cuma kadang ada constipation sket.

I dah start bagi solid food kat Adam masa he turned 5 mths hari tu tapi my baddddd nyampah dgn diri sendiri .. i pegi beli nestum soya and rice hmm kononnya dah bagi SOYA and RICE tak tgk lah ingredient lain sbb kat tin tu dah terang2 tulis Soya kan, pastu main bagi je.



Selang beberapa hari lepas tu i bagi la dia Heinz yg bottled pureed tu yg apple dia suka sangat then i beli pelbagai flavours salah satunya i beli strawberry yogurt pastu kan dua2 yg Soya RIce and Heinz strawberry tu ada skimmed milk (susu lembu ler) . Sebabkan itu dlm 5 hari lepas dia makan semua tu tetiba satu hari masa balik ambik Adam kat rumah my auntie dia ckp Adam macam tak sihat je hari ni tak ceria cam biasa pastu bila balik rumah dlm 30 minit tu dia muntah banyak sangat (semua susu je keluar cam paip air) pastu poo2 kerap, tanpa berlengah terus g klinik ... bila dr ckp ada cek tak ingredient nestum and fruit pureed tu i baru perasan yg kitaorg tak cek pun kat tin nestum tu. Bila balik rumah tengok kat tin ada la tulis tapi kecik sangat pastu yg fruit pureed tu yg strawberry yogurt tu dah terang2 lah ada susu.

Hari minggu duk rumah je tukar pampers Adam berkali2 nasib baik lepas sehari mkn ubat Adam beransur sihat tapi tak pulih sepenuhnya lagi masih sikit2 lagi poo2 yg cair beberapa kali which is not normal for him yg selalunya constipation. Sekarang ni dia asyik merengek je kadang2 badan dia macam suam2 nak demam tapi tak demam. Harap2 2 or 3 hari lagi okayla tuh. Saya pun dah stop bagi makan solid lagi for temporary nnt dia betul2 pulih baru start bagi balik. Tapi dah cari baby cereal yg lain for him yg lactose free iaitu Heinz stage 1 cereal without milk, kalau nak bagi just gaul dgn air suam je or campur je dgn susu dia or lagi baik dgn susu ibu (tapi i dah tade susu ibu nak bagi kat Adam .. sedih lagik). Saya risau laa in future camana la kalau saya terlepas pandang lagi benda2 cam ni, must extra careful next time. Ooh besides that i heard that baby yg lactose intolerance tak boleh mkn kacang, chocolate, white sauce pasta, Ice cream dan byk lagi lah. Kesian Adam byk bende tak boleh mkn tapi harap nnt dia paham la hendaknya.
Masa ni dia dah okay sket dah tapi still muntah2 sikit2 je ... abis comot muka dia sbb masa tu dia tgh meniarap main2 dgn toy dia. Adam ni kuat tau tade pun nangis melalak ke apa cuma merengek2 sikit je tu pun agaknya perut dia tak sedap kot. Harapnya next week Adam pulih sepenuhnya ... boleh gi jalan2, Adam kan suka g jalan2.
Till next time
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s - furry frens saya tu si Ob tu tak nak masuk dlm rumah langsung dahhh merajuk apa tah, dulu kdg2 masuk gak ronda2 dlm rumah. Si molley ball plak byk gugur bulu laa asik tergaru2 je, abis dlm cage di tu penuh bulu. Nasib baik cage kat luar ..nnt nak mandikan dorang lah.



Friday, February 5, 2010

Cloudy week

Hari ni sangat lah malas nak dtg keje w/pun dah hari jumaat, sebabnya rasa macam tak cukup rehat je pastu letih plak. Kat rumah byk sangat keje tergendala kononnya tak menang tangan nak buat. Baju basuh banyak pastu lipatnya tidak, haihhh camana laaa ni. Hari minggu bantai tido... tu pun last week nasib baik jugak sempat gosok baju stok seminggu kalau tak tak taulaaa. Letih laa ckp pasal keje rumah ni, sampai malam pun tak abis mmm tapi tak pe laa buat pelan2 lama2 siap jugak.

Sepanjang minggu ni i bawak bekal .. sbb nya kan skrg ni Deer diet maka tetiap pagi kenala buatkan roti sandwich ke tak pun salad ke kadang2 kena prepare soup2 ke or pasta olio ke. Alang2 dah masak for him i pun ambiklaa peluang bawak bekal jugak, lagipun skrg ni i tgh control jugak makan2 ni sbb nye kan baby fat byk lagi kot. Next week dah janji2 dgn member nak puasa sama2 Isnin dan Khamis kalau boleh insyaAllah harapnya tade halangan.

About Adam pulak dia ni lately ni agak susah for me to put him to bed, everytime dia mengantuk dia guling2 or playing with something, tak pun dia merengek mintak dukung sambil2 gosok mata. Tapi i dah tak paksa dia tido dah, i biar je dia bergolek guling atas tilam tu pastu bagi dia main sampai dia tido sendiri. Kalau dalam kereta pulak dia suka tido tapi sebelum tu dia mesti nyanyi utk diri sendiri sampai terlena .. hehheh soo funny, takde sapa ajar pun cuma selalunya sblm tido i mmg kadang2 nyanyi nursery rhymes tu kat dia.

Tgh pikir ni nak buat apa lagi ni ... tade idea ni.

Last weekend i bawak dia jalan2 pegi Ampang Point dan Times Square. Memang kesilapan la bawak baby gi Times Square tu tak de apa pun kat situ, kalau nak beli baju ku mmg heaven la jugak tapi kena tinggal la baby kat mil next time kalau nak ke situ jugak. Times Square tak de kemudahan yg sesuai for baby spt changing room dan lif yg lambat dan alwayss full pastu pulak crowded yg tak sesuai jugak buat bayi ni. Ampang point pulak walaupun ramai nampak org bawak baby tapi bagi ku agak tak sesuai nak bawak stroller kat situ memandangkan aku park agak jauh maka bergilir2 dgn Deer dukung Adam .. ooh tujuan ke situ nak makan kat Taiwan House, beef noodles dia mmg meletopss sedap, kadang2 tetiap minggu dtg mkn sini ... tapi satu je kekurangannya ialah bila dah sampai rumah tekak ni rasa hauss sangat maybe sbb ajinomoto byk sangat kot.

Tak nak duduk dlm stroller pastu suruh org dukung je ..


See tak sabar nak balik dah sbb dia dah ngantuk

Nak siapkan satu entry ni pun mengambil masa setengah hari .. mana tak nye asik ada je gangguan kat sini (sebenarnya i update masa office hours .. teruk kan) hikss. Sekarang ni asyik hujan je petang2 pastu nak balik mesti jam giler, nak pulak hari Jumaat org berlumba2 nak balik. Okaylaa till next time Daaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, February 3, 2010

Corporate culture

Pagi2 dtg opis mesti cek email kan... pastu tgk yg mana patut nak buat apa baru start buat keje. Pagi tadi saya ada terima satu email motibasi dari umi ameer hehhhe mmg kelakar la, tu ler yg i berminat nak tepek kat sini. Tuan punya yg merekacipta poster tersebut tidaklaa saya tau sapa maka saya berharap jgnla disaman saya ni mencilok gambar org.

Kalau kita tgk gambar ni mungkin kita gelak or mungkin ada yg terasa ke tapi pada hakikatnya ianya adalah benar kat mana2 pun ada macam ni. Utk selamatkan periuk nasi kita demi mendapatkan sesuap nasi utk keluarga apa saja pun kita sanggup buat, bak kata pepatah baru di opis saya ni jgn dipasir2kan periuk nasi ku. heehheh maap yer jgn maraaaahhh. Tapi kawan saya selalu ckp truth is alwaysss hurts kan, begitulaaa

Okaylaaa takut nak ckp byk2 pasal isu2 di atas tu lagipun saya tak pandai ler nak ulas lebih2 kang kena samang matikkkk .... tak pun kena pecat ke .. alamaakkkk terlebih sudeyyy.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, January 26, 2010

5 months lil Adam

Today is my son 5th months birthday ... time past by so fast kan. Rasa macam baru semalam beranak kan dia. Hari ni juga saya bawak dia g klinik for 5th mths jab, harap nya dia tak demam dan memang selalunya tak pernah demam lagi setiap kali pegi jabs hehhe Alhamdulillah.


Gambar ni di ambil 2 minggu lalu

Tadi masa nak kena jab dia menggelupur marah sebab kita pegang kaki dia tak mau bagi gerak (kan nak jab kat peha dkt bontot dia tu) pastu kena baring kan dia tu .. apalagi terpekik laa dia marah pastu agaknya dia tak sedar dah kena cucuk jarum tu tetiba je cam tade apa2 je. Pastu masuk dlm keter dia nak lompat(alaa lompat sambil kita pegang dia style berdiri tu) tapi setiap kali dia lompat dia merengek sakit . ..hhahaha lawak laa Adam ni. Masa sampai kat rumah my aunty td pun dia ceria je tade laa macam dulu merengek selepas kena jab .. agaknya sekarang dah kuat kot heheheheh cam tu laa budak lelaki kan tak leh manja2 sgt. Dulu masa Adam umur sebulan kan dia kena hospitalised due to CMPA dlm seminggu pastu keluar hospital 2 hari dia sakit lagi batuk2 n wheezing. Sebab dulu dia dah batuk kuat sangat agaknya berbekas dlm ingatan bayi dia tu so hari ni kalau dia tengok kita batuk dia akan stop main pastu akan staring at us macam pelik then dia macam sedih pulak agaknya dia fobia dgn batuk .. hehehh Adam oh Adam dan terkini iaitu beberapa hari lalu dah pandai imitate org batuk pulak.


Atas ni gambar latest Adam ... taken 5 days ago. Satu malam tukar baju 2 hingga 3 pasang sbb asyik muak tak pun dia menyembur air liur sampai basah baju. Tengok binkie busuk dia tuh .. sayang tu.

Lately ni Adam selalu jugak kena macam rashes kat bontot dgn tepi bird dia tu, macam allergy dgn lampin pakai buang la. Maybe sebab hari tu i tukar la pakai pampers lain utk letak kat rumah my auntie sbb auntie i kata dia tukar pampers setiap sekali Adam kencing so tak payah laa beli yg biasa (biasanya i pakai Huggies dry) beli yg termurah dipasaran la konon. Sedar tak sedar baru seminggu je pakai pampers baru ... weekend tu i tgk kat situ macam melepuh2 kulit dia kesian pulak .. tak nak lagi dah pakai yg pampers tu baik i tukar balik kat Huggies tu. Selalunya saya guna hari2 kat rumah lampin Huggies dry & Mamypoko, macam Huggies tu pakai siang so bila malam or nak gi jalan2 baik guna Mamypoko sbb kalau terleka tak tukar tu pun tak pe. I tak sangka pulak yer ingatkan semua lampin pakai buang tu sama je. I ada jugak beli CD (cloth diaper) tapi tak guna lagi macam besar pulak pastu macam malas pun ada ... macam mana nak go green and save our mother earth ni :(.

okaylaa till next time ... Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tgh pikir ni camana nak go green ni.

Friday, January 15, 2010

Stinky Binky

Hi all ..happy Friday ... :D hehhe i love today and i bet all of you pun suka kan ... yelaa besok tak payah keje daaaaaaa ... pastu start balik senin dah bosan lagik. Tetiba je hari ni ada idea nak buat entry, sebenarnya hari2 patutnya ada tapi malas tul lah nak tulis ni, ehh ada org kisah ke kan hiks.


My son Adam lagi 2 minggu kot reach 5 mths yeayy dah besar dah tak sabar plak rasanya. Lately dia suka main2 dgn lampin or kain yg buat sapu mulut and dia sampai nak tido pun kena letak kain sbb dia suka nak main2 pastu tutup muka dia dgn kain tu .. ooh i know its not good for him kan tapi nak buat camana setiap kali dia tido kena jenguk setiap masa tapi biasanya bila dia dah betul2 lena kita alihkan aje kain tu dia tak sedar dah. i mmg risau betul bila i letak selimut kat dia takut dia lemas sbb selimut tuh tutup muka (SID) nak beli grobag tu cam tebal sangatlah pulak pastu leceh la setiap kali nak pakaikan tu sbb bila dia panas dan2 tu jugak dia mengelupur. Sekarang ni pulak i selalu je terlupa nak selimutkan dia pastu kalau i selimutkan pun nnt dia tendang2 pastu sedar2 dah kat hujung kaki dia sbb selimut tu i letak bantal nak hujung tak bagi selimut dia naik atas takut tutup muka.

Kat internet i jumpa ni cam best je .. kalau lah dulu masa Adam newborn tu i pakaikan ni kan tak gerak2 tangan dia tak payah susah nak bedung. Kalau dulu setiap kali bedung mesti terkeluar tangan pastu kena betulkan balik.

Dulu masa tgh prepare barang baby tade pulak terjumpa jenis ni dan yg swaddle wrap masa tu ada tapi cam tak terfikir pun nak beli sbb alaa pakai sekejap je ... mmg pun kejap. Yang pakai skrg ni blanket baby biasa je yg thermal blanket tu. Anak aku tu mmg dari newborn sampai la sekarang tak suka org bungkus2 dia camana skalipun mesti dia berusaha lepaskan diri dari blanket tu. Tapi tulaa alih2 skrg ni pulak suka main2 selimut or sapu tgn dia .. lagi masam/busuk lagi suka, kalau bawak dia g jalan mana2 elok je dia duk gomol2 kain tu kat dlm stroller.. apalaa Adam ni org lain bantal busuk dia ada kain busuk plak. i nak replace ler from kain busuk Adam to binkie toy cam ni, harapnya dia sukalaa nnt.

Playgro - Loopy loop blankie


Apa2 jelaa Adam janji happy busuk pun busuk laaaa mommy suka je bau masam Adam tuh :D

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Monday, January 11, 2010

Obie n Molley

Selamat hari Isnin ..... walaupun kita tak suka hari ni tapi tetap kena tempuhi jugak. Ingat nak puasa tapi tak boleh plak miss P visiting me again, tak pe minggu depan ada lagi. Oooh lupa hari ni nak tulis pasal kucing ku si Molley Ball tuh.

Sekarang ni 2 ekor la balik kucing aku, tapi dulu masa si Lilly tuh ada dia asik beranak je pastu mati pastu branak lagi merasalah jugak kucing ramai .. itu dulu skrg ni tade lagi lah anak kucing. Bulan lepas si Lilly tu branak pulak tapi kat rumah jiran tu laa, nampak adik tuh jaga anak Lilly tu elok je sampai hari ni idup je anak kucing tuh (nampak sgt aku ni dulu tak pandai jaga anak kucing kan). Ramai jugak org bising bila aku bela kucing lagi alaa cam biasalaa mak2 ayah2 ni dorang tak suka kucing ramai katanya bulu laaa apalaaa tak baik for babylaa tapi aku jaga baik punya kucing tuh tak kasi bulu dorang beterbangan ... tak caya cubalaah dtg rumah aku takde bulu dlm rumah cuma kat luar tu laa kdg tak boleh lari ada bau sket... hehe.

sejak ada kucing baru si Molley Ball tu Obie seems okay and accepted his new fren. Molley ball pun persian jugak ... bulu dia lgebus cam bola je dan tersangatlah active, kedua2 kucing saya duk dlm cage kat luar rumah tade sekor pun masuk dlm rumah skrg yelaa sbb ada baby kan kat dlm. Molley ball pun makan sama dgn Obie iaitu biskut kucing je dan kdg2 bagi jugak makan makanan tin. Si Obie hari tu kan sakit banyak bulu gugur pastu cam murung je maybe sbb sunyi kot kitaorg jrg main2 dgn dia skrg ni sbb bz dgn Adam, sbb risau tgk dia murung kat dlm rumah maka Deer decide letak Obie dlm cage kat luar rumah. Mula2 duk dlm cage Obie cam tak suka tapi lama2 sbb bila dia tade dlm cage duk kat dlm kitaorg letak Molley ball kat dlm tu dia cam marah pastu skrg ni tak nak kuar dr cage sbb takut molley ball masuk dlm tuh. Cage molley ball plak kecik je cam nak kena beli yg baru sbb nnt lama2 dia makin besar tak muat lagi dlm tuh. Obie skrg ni sejak duk kat luar dah semakin sihat dah dan bulu pun semakin bersinar je. Saya sungguh gembira bila furry frens saya sihat dan aktif spt biasa.




Okaylaaa till next time

daaaaaaaa

Friday, January 8, 2010

New Year 2010


Happy New Year !!!
Tahun 2010 ni i tade azam pun, kalau ada pun simpan dlm ati je la. Harapnya tahun baru ni rezeki kami mencurah2 seperti air terjun hehehhe.

Memang i lambat, hari ni dah masuk hari ke 8 di tahun baru baru ada entry. Sebenarnya i cuti panjang start from last year 23 dec to 6 Jan (ooh actually 6 jan tu EL sbb overslept hehehhe teruk kan). Sepanjang cuti tu banyak habiskan masa bersama Adam n furry frens Obie and Ball kat rumah je then the following week tu pegi jalan2 ke Melaka bersama family in law. Pegi Melaka semata2 nak makan ikan bakar n asam pedas meletups ... my sil mmg suka jalan2 cari makan and i follow je.

I dah beli stroller Adam .. kitaorg ambik Peg Perego Pilko P3 rasanya yg tu okay kot kalau compare dgn lain2 ntahlaa main beli je laa sbb org kata elok tapi yg penting Adam suka. Kitaorg dah bawak dia keluar jalan2 dah, setakat ni dah bawak dia pegi OU, Carrefour and JJ Setiawangsa tu jerlaa. I rasa Adam suka stroller baru dia macam tade masalah je duk dlm tu tapi kena ada umpan mainan, tak mau dia rasa bosan duduk kang dia mintak dukung plak. Masa mula2 bawak dia keluar dlm hati ni takut nyaaa kang dia melalak kat mall ni malu mak pastu ingat dia tak nak duduk dlm tu ler ... iyelaa kan dia dah 4 mths baru bawak keluar takut jugak tapi end up dia okay and behaved je mmmm very good.



toy nyamuk ni mmg fave dia



reading is my latest hobby - heheh :D

Oooh my previous entry hari tu i ada ckp appt adam for 4 mths jab heehhe malu je entry tuh sebenarnya 4 mths tade ke injection cuma pegi check up biasa je. Nampak sangat tak tau apa2 hehhe.

Daaaaaaaaaaa