Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, May 3, 2010

Really Bad Hair day

Dah lama rasanya i nak tukar hair style tapi asyik tak sempat je nak pegi salon nak gunting betul2. Kalau tak silap i potong rambut last skali masa awal thn 2009 dlm bln Jan /Feb cam tu laa potong dan color skali dan juga treatment. Memang tetiap kali kalau i ptg rambut mesti pendek sbb kemas dan teratur dan lagi satu tahan lama nak panjang tu lambat kan hehehheh. Sejak bersalinkan Adam hari tu rambut menjadi semakin dasat dan teruk, dengan gugur rambut tak tentu hala pastu Adam duk tarik2 .. tension tgk huduhnya rambut aku.

Tapi hari Sabtu tu i betul2 nekad ckp dengan Deer kita kena bangun pagi i nak gi gunting rambut kat Mid Valley (Ja**zen)... kena g pagi2 sbb parking kat situ kan hazab sket kalau tgh hari. Tetiap kali nak potong rambut memang kat situ aje dan dah lama tak try tempat lain sbb takut bertambah huduh. Ceritanya begini, I sampai sana dlm pkl 2.45ptg cam tu, pastu org ramai penuh dan receptionist dpn kedai tu suruh i dtg balik pkl 4 ptg so i agreed. Pastu kitaorg dtg balik pkl 4 tu dia bawak i duduk so tak tanya pun designer mana dan brapa RM kalau ptg ikut my hair length ni. So i pun sambil2 duduk tu refer lah magazine kat situ nak hair style camana pastu bitau dia(ooh nama hair stylist pun aku tak tanya) masa i tunjuk nak design ni dia pun ckp tak sesuai sbb rambut i bla bla22 okay fine pastu i tunjuk yg lain plak dia pun bla2 ... oh tak sesuai lagik .. pastu semua style yg i tunjuk tak sesuai. Dia suggest ptg BOB je, itu je yg boleh padan dgn keadaan rambut i skrg ni (konon) alaa kalau ptg cam tu mak cik aku pun bleh buat .. tapi sbb kat Ja**zen so i nak kelainan sket la. Bukan itu saja mamat designer ni duk suruh i buat hair treatment la, color lah ambik pakej apa la dan suruh buat apa tah tapi semua tu tak nak kan.... dan dia cam hangin je. Lama tau dia membebel sambil masam muka siap cakap i jaga rambut padahal perempuan tak boleh cam ni laaa .. marah la tu sbb i tak nak buat apa yg dia suggest tu pastu i ckp lah tak pela kalau you tak boleh potong rambut i macam Nicole from group KARA (kara kot kalau tak silap, ooh grp kOREA) you potong lah ikut suka you.
Tak tau lah dia dengar ke tidak ke dia main ptg je sambil cakap this style tak sesuai buat you bla2 i pun pelik apa plak mamat ni kan ke aku dah suruh ko potong ikut gaya ko, dah risau dah ni apa dia buat ni potongan apa ni ..masa dia ptong rambut i tu dia tinggal2 kejap sbb pegi adjust rambut client dia yg lain pastu kejar2 sana sini. Sampai sejam aku kat situ sbb nak ptg rambut JE lambat gila jadinya dan dia nampak buat cam main2 pun ada. Last2 siap jugak, nasib baik menjadi spt yg aku nak .. so tak pela pastu i tengok lah client sebelah seat i aik ada tea lagik .. kat aku tak bagik tea pun pastu layan aku cam cibai je ... tak pe i senyap jelaa malu plak nak argue2 alah takat tea tu tapi layanan tu boleh perbetulkan sket tak .
Sambil2 dia betulkan rambut i yg dah diblow tu dia tanya ada tak org kat depan tu ckp brapa RM .. so i ckp tak de rasanya last time i dtg sini kalau shoulder length tu dlm 48 to 65 je dan mmg kat list current pun macam tu lagi harga dia TAPI dia charge aku mahal gila utk potongan dia yg ala2 dia buat tu sambil2 kejar ayam dia charge dlm RM 78 gila tau ... tak puas hati aku. Lepas ni tobat lah aku tak pegi lagi.
I rasa dia layan i ala2 tu sbb masa tu sales dia tgh kencang kan hari minggu awal bulan pastu i tak terima suggestion dia suruh ambik treatment dan potong style BOB .. itu adalah sebab ptg BOB tu kan senang tak remeh, kan ke masa tu dia ramai client nak kejar semua .. lagi2 clients lain ambik semua treatment yg mahal2 tu mestilah diutamakan. Treatment or coloring dia suggest tu aku tak nak sbb last time aku buat tak de hasil pun rambut semakin kering gak dan coloring dia tu hari tu aku buat color merah pastu lepas seminggu jadik cam perang2 dan semakin luntur hingga tade color pun pastu tak cantik. Semua benda dia suggest tu dulu aku ambik dan up dia charge dlm RM 600 tau tapi sia2 semua tu aku tetap huduh jugak. Lain kali aku takkan jejak lagi kaki kat situ kalau nak charge memahal cam tu baik aku pegi je A Cut Above je tentunya aku akan kata OOOh patut lah mahal dah tu aku nak sangat ptg kat A Cut Above kan. So next time berkenaan rambut i dah jumpa salon yg sesuai yg menawarkan harga berpatutan dan servis yg baik (ooh bkn A Cut Above lah salon lain)
p/s : buat sendiri je hair treatment / scalp treatment pakai aloevera dan daun pokok bunga raya yg ditanam depan rumah .. murah dan organik. Terjamin selamat dan berkesan. Gambar terbaru saya menayang rambut baru tade sbb malu nak pose2 tunjuk rambut semata hehehe next time jelaa.

Friday, April 30, 2010

Ooh Adam

I let him played with my make up ... hehehhe saje je i nak test make up i tu tahan ke tak kena hempas2 cam tu. Sebenarnya dlm hati ni tak tentu hala risau kang tak pasal2 pecah make up ku itew tadak duhet ooo nak beli baru.

Dia selongkar bag make up tu pastu curahkan kat atas meja dan main hempas2 lepas satu2. Nasib baik lah semuanya tahan lasak tade satu pun rosak, tapi next time tak leh bagi la lagi main mainan pompuan cam ni kang tak pasal2 confuse gender plak kang .. susah mak kang mintak jauh lah benda2 cam tu ya Allah.Poser Adam ... my cousin punye kerja ni. Tersenget2 kepala Adam nak stabilkan sunglass tu, tapi dia tak cabut sunglass tu okay.. dia pelik sbb gelap kot tu yg dia duk pusing kepala ke sana sini. Nanti besar sket lagi mummy belikan Adam sunglass for kids okay, pastu boleh lah Adam buat bergaya ke sana sini.


Okaylaa till next time

Daaaaaaaaaaaaaaaaaa


Thursday, April 29, 2010

8 months old Adam

Sepatutnya i buat entry on the 26 April (Monday) tapi ntahlaa sbb busy dan terlupa pulak. On the 26 April tu Adam turned 8 months .. weeeeeeeeee dah besar my son, cepat sungguh masa berlalu. 2 weeks before he turned 8 mths, he can stand up with one hand free and waving at me .. konon nak show off dia dah berani lepas sebelah tangan gitu. Setakat ni Adam membesar selari dgn perkembangan baby 8mths .. Alhamdulillah syukur ... belum pernah demam lagi dan bertambah sihat dari hari ke hari walaupun dia kurus sket kot berbanding dgn budak lain yg kebykan nya montok/bam2 belaka ... ooh i tak g check up lagi so tak tau brapa kg dia skrg tapi dia aktif sungguh agaknya sbb aktif kot tak gemuk2 tapi mkn byk jugak.

Sekarang ni kalau kita nak peluk2 dia atau cium dia lebih2 sikit dia dah pandai tolak ... maybe dia rasa tak macho mummy duk cium2 dia, sedih mummy tau Adam. Perangai dia sikit dah macam budak besar .. Lagi2 masa hari tu i pegi kedai baby dekat area rumah (kedai baby manjaku), dekat depan kedai tu ada kereta mainan baby (ala kereta mainan yg kena letak duit singgit pastu gerak2 seminit tu) dia tengok je budak lain main2 keter tu, so i pun letak la dia biar main2 dgn bende tu tak letak duit pun just letak Adam main2 dgn stering keter tu je tapi bila nak balik dia tak nak turun dari situ. So i pun pujuk2 lah ckp next time kita main lagi tapi dia dah pandai ngamuk dah siap tunjuk2 pastu tepuk2 i sambil nangis marah2 sbb tak puas main lagi.


Last weekend kitaorg bawak dia gi OU konon2 macam celebrate Adam's 8 mths old lah pastu bagi dia try main mainan budak2 besar .. so bagi lah can dia naik choo choo train ni, tapi kali ni papa letak duit bagi train tu bergerak .. waaa tengok lah muka Adam tu terkejut dan gembira.


Setiap kali ke OU akan singgah kat Toy's r us .. saje je dtg sini sbb kdg2 toys kat sini macam lebih murah dari kat mana2 kedai lain contohnya Lamaze toy tu kdg2 i terperasan kedai lain 10% lebih mahal dari Toy's r us, kalau terbeli pun boleh dimaafkan lah heeh ..... eh melalut plak compare2 kedai. See above Adam look so excited dpt naik kuda plastik tu, i rasa cam nak belik masa tu jugak tapi sabar dulu cam penah tgk jual online je .. lebih murah lagi online tak pun tunggu sale ke. Lepas seminit letak kat kuda tu Adam macam otometik je pandai goyangkan kuda tu .. pandai lah Adam kalau bab mainan ni yer.

Sebab dah merasakan diri spt budak besar maka sekarang ni dah boring dgn toys yg ala2 bayi. Selalunya dia akan bosan dgn toys dia sendiri pastu minat nak main dgn benda2 lain contohnya amat berminat sekali dgn telefon dan jugak remote TV. I dah beli remote palsu yg mainan punya (kat dlm gambar tu yg warna grey kepala toy biru) tapi dia boleh detect lah yg tipu punya pastu kitaorg pun terpaksalah tetiap kali nak tukar chanel kena tekan2 remote mainan Adam sambil sembunyi2 tekan remote betul barulah dia nak main dgn remote tu .. susah lah nak tipu Adam ni tetiap kali lakonan kena lah mantop.

p/s : setiap kali buat entry pasal Adam terus rasa tak sabar nak balik peluk2 dia .. kan best kalau boleh duk rumah je main2 dgn anak. eheheheehehehe :P

Friday, April 23, 2010

One pack muscle and drumstick

Adam sekarang dah pandai mintak itu ini, dah reti dah org marah dia pastu pantang jumpa meja or kerusi mesti nak berdiri. Yang terbaru ni dia suka sangat kalau tak pakai baju, kadang2 kalau panas i ada jugak bukak baju dia kejap tapi dia punya laa suka. Agaknya dia terasa berangin kot pastu bertambah laju laa bergerak sana sini. My cousin (auntie Jaja) ckp Adam new interest is to show off his 1 pack muscle (his tummy) full with milk and porridge.

Bila dah selesa cam tu, i nak pakaikan baju balik mesti marah sambil2 meniarap sbb tak mau pakai. Tapi sekarang ni cuaca dah sejuk tak boleh lagi dah bolen2 cam ni nnt kang batuk2 tak pasal2 dpt selsema.

Kalau panas jugak tak payah pakai seluar tapi baju kena pakai jugak. Tak pun pakai seluar pendek pun tak pe. Nasib baik kat rumah kitaorg or rumah auntie i tade nyamuk kalau tak abihlaa paha Adam kena gigit. Nyamuk pun tak berminat kot drumstick Adam kecik je .. kurus je medium size drumstick .. :D

Daaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, April 22, 2010

Make up test

Baru2 ni i ada mencuba nasib dgn mendaftarkan diri for paid survey pastu tak sangka plak boleh terpilih. Tak pernah lagi i join benda2 cam ni, sebelum ni pun ada jugak try register tapi tak terpilih pulak. Survey yg kena join nnt katanya discussion and survey abt make up .. hmm macam tak berapa kena je, i ni tade laa make up heavy2 pun. Setiap hari memang pakai lah make up tapi lite2 je laa.

Cakap pasal make up ni buat i tetiba teringatkan masa dulu (masa belum kawin lah, byk masa freee) i suka sangat beli barang make up ni, apa saja yg terbaru dipasaran semua i nak ... tapi pakai nya tidak .. hehee bukan nya teror sangat make up ni just nak beli je sbb my fren ada i pun kena ada gak. Sekarang ni dah pandai berbelanja dgn bijak tade lagi la membazir tak tentu hala spt dulu, nak kata tak beli tu masih lagi beli make up ni cuma kalau ada pape yg baru dipasaran sblm beli tu pegi survey dulu dan pastikan i pandai pakai dan sesuai baru beli. Selalunya kalau time sesuai nak beli ialah time chrismast sale .. banyak murah time ni hiks. ... jimats, jimatsss.

Ok back to topic .. the company yg panggil i buat survey ni ada bagi i assignment, so kena siapkan sebelum i pegi discussion tu. Assignment tu memerlukan i menjawab beberapa soalan dan jugak i kena ambik gambar i with make up and without make up and i jugak dikehendaki ambik gambar make up kit yg i ada. Ceh macam perlukan bukti gitu, kena ambik2 gambar lah .. dgn kerja yg melambak dan jugak komitmen dirumah membuatkan aku malas sungguh nak buat semua tu tapi mengenangkan bayaran tu cam best jugak (ooh tade laa byk dorang bagi tapi okaylaa rezeki kan).

Rasa serba salah plak nak pegi ke tak nak skrg ni, assignment tu tak siap lagi baru buat separuh dan survey tu plak i kena pegi early May ni .. hopefully sempatlah siap nnt. Nak cari gambar nak attach skali dgn assignment tu pening sungguh .. i ni tak de plak gambar berangan posing2 manja agak2 cantik pastu snap2 hehehe nak ambik sekeping dua pun cam hampa sbb tengok muka sendiri tak penah puas hati ada saja tak kena spt eiii cam berminyak laa kulit, hidung kembangla, skin tak even laaa alaa macam2 laah TAPI i bersyukur tau. Pastu duk godek2 kat kat pendrive terjumpalaa gambar dibawah ni, so gambar ini tidaklah baru alaa tahun lepas je tidaklah lama sangat. Gambar masa pregnant, rasanya dlm 7 bulan gitulaa



Rasanya i ni kalau with or without make up pun tade byk beza, dah tu kata tak pro sangat make up2 ni setakat menutup cela dimuka je .. asal nampak bersih sket jadilaaa. Bagi i pakai make up ni pun sebab keperluan utk kerja dan jugak bagi menambah keyakinan diri. Bagi orang lain i tak tau lah.


Okay laa Daaaaaaaaaaaaa

p/s: sekarang ni i make up pun tak tentu hala ... bukan tak pakai make up langsung cuma tak lengkap, pakai pun secepat kilats sbb ada si comel ni sibuk nak hempas2 make up mak.

Wednesday, April 21, 2010

Gatsby Deodorant Street Fair

Ooh lambatnye entry i ni, orang lain dah berpusu2 update but me cam biasa lah lembab sket. STreet fair ni start pkl 10am tapi i sampai dlm pukul 11am cam tu lah, masa tu bloggers dah beratur nak pegi bergambar beramai2 yg kitaorg ni baru duk terhegeh2 nak tukar baju.

I bawak cousin Jaja memandangkan setiap jemputan boleh bawak kawan, Deer pun ada skali but he joined as a Media. Seronok sangat2 sbb games dia banyak dan amatlah menarik semuanya w/pun kitaorg duk repeat main games yg sama ulang2 30 kali or lebih kot sbb nak collect point. Setiap games yg kita main tu kalau menang dpt 2 points pastu kumpul2 byk dan tukar dgn barangan Gatsby.

Gambar ni semasa cabutan bertuah sesi ke 2 sebelah petang, masa tu diaorg tgh nak cabut nombor. I tak dpt apa2 pun tapi tumpang gembira dgn kemenangan orang lain cukuplah. Tak menang pun tak pe, tak sia2 pun i stay sampai habis (5.30pm) sbb byk dpt hadiah dari games yg kitaorg main tu.

Inilah kupon yg gigih duk kumpul tu, ni masa mula2 main games 1st round pastu gi redeem hadiah from counter.


Games semua senang2 je dan amat mudahlah nak dpt kupon tu, cuma antara hendak dgn tak nak je laa. Yg kat atas tu Jaja duk main computer games cam games biasa yg kanak2 main tu je. I pulak main baling tin tu, tgh2 duk beratur nak main tu tetiba terpikir sian kat org yg bertugas tu sbb nye susun elok2 pastu ada org baling bola runtuh balik pastu nak kena repeat susun beratus2 kali .. tapi itulaa tugas dan tanggungjawab namanyeee.


Hehehehh best ler sbb i dpt grab byk hadiah, cuba kira kalau beli dah brapa RM tu .. Syukur laa dpt free je, masa tu syok sgt duk main pastu redeem sampaikan tak sedar yg bag dah berat pastu bila balik rumah tuang bag tu waaaaaaaaa byk nyeee. Boleh la Deer buat stock, yg hairspray tu i ambiklaa.

Ramai blogger yg datang tapi i ni malu nak tegur2, ntahlaa yg i kenal hanyalaa mak su ni sbb dia kan colleague i. Ada muka2 yg familiar tapi kang kalau tegur nak ke deme tu kawan dgn kita yg pacal yg hina ini .. sob sob sadis tak bertempat ni.

Next time kalau nuffnang buat lagi event cam ni harus i berebut tarik2 rambut nak join. To me event ni sangatlah best hinggakan i dgn cousin i pun feeling family day company kitaorg punye event. Oopss company i tak de budget even nak buat family day pun kena bayar sendiri tau, tak pe la tumpang nuffnang punye event next time kalau ada rezeki.

Daaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, April 15, 2010

I'm trying to walk

Hai semua, hari ni Adam menulis ... tapi tentulaa mommy yg taipkan. Ni ha saya nak bagi tau saya dah belajar berdiri dah, sebenarnya saya dah berlatih berdiri ni sejak dari bulan lepas lagi. Masa tu saya takut2 sikit ..yelaa kan kaki saya ni lembik lagi tapi mama tok Nah saya cakap kepala lutut saya dah pun bergolek2 dah bila dia pegang, ntahlaa katanya saya dah ready nak berjalan dah. Masa ni saya gi melawat moyang saya kat Taman Ibukota, pastu tu saya tengok tongkat moyang duk terbiar je apalagi saya pun gunala buat tempat saya berdiri. Tapi mama tok nah risau cepat2 dia pegang saya takut jatuh katanya.

Tengok ni saya dah boleh berdiri sendiri dah .. tak payah org pegang lagi, saya tau saya mmg boleh berdiri sendiri. Mama tok nah jugak yg ckp saya dah ready to walk, jadi saya tak payah suruh org pegang lagi dah.




Saya bosanlah asyik berdiri kaku je, sebab saya dah berani sikit boleh lah saya cuba panjat plak ..tapi mama tok nah ni risau plak, saya okaylaa dah pandai pun ... jgn risau saya kan dah big boy dah.

Mummy ni pun sama sebok je asyik ambik gambar , tak tengok ke keadaan saya masa tu yg tak berseluar tak hansome lah cam ni kang nanti lari awek plak. Saya malu ni tau .. bukan saya sengaja tak nak pakai seluar pun tapi masa tu panas sangat jadi mama tok nah yg bukak seluar saya. Okaylaa saya tade citer dah ni, nanti lain kali saya suh mummy tolong taipkan lagi citer saya.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa