Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, November 27, 2013

Kindy

weekend ritu kitaorg g daftar Adam kindy. Alaa kindy biasa2 je kat area umah cik nah sbb senang lepas skolah bas antar terus ke umah cik nah. Sebelum ni kitaorg antar dia weekend school je kat smart reader gombak. Weekend school dah berenti ritu sbb dia sendiri yg dah tak nak hmmm sebenarnya ada timbul satu isu jgk. Sejak bersekolah situ Adam phobia dgn teacher, bg dia teacher jahat kami pun tak tau apa masalah dia dgn teacher smart reader tu. sebenarnya teacher favorite dia berenti so teacher lain yg ganti dan sejak teacher lain ganti dia nangis pagi2 bila kita kejut dia g skolah adalaa dlm sebulan dia nangis gitu. Ada dua tiga kali gak la dia nangis sampai termuntah dan skali tu i sendiri basuh muntah dia kat skolah sbb teacher dia kata maid tak de. Pastu kami pun macam dah tawar ati campur rasa bersalah kat Adam sbb paksa dia. Masa raya Aidilfitri baru2 ni ada tetamu PIL dtg dan Adam teman opah makan bersama tetamu tu mula2 tu okay je dia makan n sembang2 dgn org tu hinggalah kawan opah tu cakap kat Adam 'auntie nih Teacher" terus dia melompat dari meja makan nangis tak nak keluar ke ruang tamu sbb takut "teacher". Dalam bulan puasa ritu la kot dah berenti weekend school.


Sekolah lama semasa tgh gembira, suka je dia masa nih tak nangis langsung. Paling awal sampai baru ada sorang je kawan dia ada kat situ tapi tak kisah pun kitaorg nih mak pak dia buat tak heran je malah dia suruh kitaorg nih balik.

Weekend school pakai baju biasa. Masa ni pagi2 nak kejut bangun tido senang je happy bgn pagi sbb nak g school. Kesian dia bila teringat balik kami paksa dia masa tu, kami tak pegi tanya pun cik gu tu apa dia buat kat Adam sbb malas nak komplen2 nih sendiri paham la bila kami tak inform sekolah nak berenti terus Adam tak pegi kelas je dan pihak sekolah pun tak de call tanya kenapa lama tak datang .. so sesuatu kat situ kan ? padahal masa tu baru je bayar yuran bln tu dan tak pegi kelas pun takkan la dorang tak tanya kan pelik plak.

Next year january kelas adam start semoga Adam ok n happy, nampak cam tak sabar nak g skolah balik alhamdulillah nak gain back d confident n trust from Adam tu ambik masa jugak laaa selepas dah 3 bln tak bersekolah, dan dlm tempoh tu kami nih tak boleh bercakap pun pasal "SCHOOL" tau kalau terlepas cakap je dia moody.
Sekolah baru kat Q dees bukit setiawangsa, oklah skolah nih besar n cik gu kat sini berpengalaman insyaAllah Adam tak phobia teacher lagi dah lepas nih. Ada pool kecik kat school nih for swimming lesson, kemain suka Adam kalau ada pool nih berimaginasi sampai nak swim dgn baby shark laa.  Peminat shark nih kalau nampak air je sure ada shark dlm tu.

Masa pegi register pun dah seronok harap tak de masalah lagi. Tengah buat gelang tu, nampak tak teacher tgh tepuk tgn kat tepi tu. School holiday nih dia buka hari sabtu for registration n boleh view school nih skali n dengar penerangan cik gu.  Yuran skolah n pendaftaran rasanya sama je kot dgn skolah2 lain mmg dorang dah standardize kot rege kindy nih.  Ohh i berangan nak hantar kat Beacon tapi mana ada beacon nearby my place kalau nak jugak boleh laa gi antar n jemput sendiri, tinggal angan2 laa nak berjemput cemana i laki bini keje lain laa kalau i suri rumah boleh laaa tapi kalau i berenti mano ada duhet nak antar skolah mahal2 mampus laki aku jual bulu pun tak laku, i rasa Beacon tu kalau i tak keje mahal oo nak bayar tak mampu aku. Oleh itu kindy yg kami pilih nih tadelaa mahal mana pun dan mmg sapa2 pun mampu ye ini kan pula kami laki binik yg sendu nih boleh apatah lagi anda.

Tu je laa cerita hari ini, isu mak mak tentang persekolahan anaknyeee. Oklaaa till next time daaaaaaa. 

Tuesday, November 19, 2013

Rajin

Eeheheheh terajin plak, update kat phone alaaa baru je pandai nih haa bagilaa can. Eh nih phone subsidi yg opis bagi tu uolls i nih tade laa nak update sgt talipon nih asal bleh guna okla. tunggu samsung note 18 nih i tukarlaaa tak pun iphone 10 ke tp kalau sementara nunggu tu opis bagi i terimaaaa.


Gambar kami masa g jln2 dihari minggu. Mmg tetiap minggu keluar every saturday bawak adam nih ha keluar mkn2. I duk rumah in laws lg uolss tgh cari rumah tak jumpa2. 

Masa g follow up lepas surgery tonsilectomy ritu, alhamdulillah sejak itu mkn dah berselera.
Kalau keluar masihguna stroller lg, nak jual stroller nih tp tade org nak sbb ingat nak beli yg baru babyzen yoyo tu baru sesuai buat adam. Kalau sesapa berkenan bitau la ye i bg rege baik punya. 

Daaaaaa

Happy tuesday

Tadi dah tulis td pjg lebar pastu terdelete not happy dah. Alaa i letak gambar jela yer nak cite thru gambar je. 


Last 2 weeks gi rumah baru mak cik saya kat 23 trees residency. Nenek saya yg saya panggil mok tinggal kat situ. 


View dari balkoni bilik mok. Lawa bilik mok cam bilik org muda jew ehehehe. 
Tu dia mok duk kerusi duk sembang dgn cik nun n cik nah. Mok sihat dan kuat alhamdulillah. 


Anak saya yg semakin membesar, dan masih anak tunggal tp baru2 nih dah dpt sepupu baru. Adik suami saya dah selamat bersalin,anak lelaki jgk dptla kawan bila dah besar sket tp skrg nih tak leh sentuh laa sbb alaa kan baby baru mak pak dia excited tak abis lg nnt lelama sket bolehla tu. i know la coz i've been there but never do that nnt takut org boikot anak aku.

Till next entry.    Daaaaaaa

Wednesday, October 2, 2013

Back to blog

Hi mmg lama sungguh tak update, saje je sbb nye malas je kan dah ada fb pastu ig tu je pon kan terus terasa celeb ke ko nak update kisah peribadi je kan cam ada org kesah.


Nih i letak gambar terkini weekend lepas, gambar Adam anak ku yg surgery nye last Friday (adenoid & tonsilectomy). 


Gambar sblm operation dimana dia tak tau pon esok nye dia ada surgery. 


Selepas operation, sian plak masa nih sbb dia nampak lemah je. Tak lama lepas tu dia sedar n merengek sket. 
Next day tu tak berapa okay lagi sebelah pagi pastu petang sket dah sihat dah Alhamdulillah. Budak2 mmg cepat baik. 

Tu je la setakat nih 
Till next time... Daaaaa

Saturday, August 17, 2013

Selamat hari raya


Salam raya semua. Lama tade entry, emosi kucar kacir n tertekan walaupun raya tetap gitu jgk perasaan. Biasalaaaa hidup tak sentiasa indah, adalaaaa sejam happy2 pastu 7890 jam lagi kelammmmm.

Aku dah biasa gitu tapi sejak tua2 begini kdg2 rasa cam fffuuucckkk uu life im tired. Cukuplaaa merepek kita sajikan gambar raya saya bersama anak n suami serta keluarga tercinta. 
Gambar raya pertama. Ooh dah 5 thn tak beraya bersama ibubapa insyaAllah thn depan nak braya di kelantan plakk ckp2 laa selama nih dah bg peluang kat husband beraya bersama family dia. Ok saksikan gambar seterusnya


Gambar raya kedua. Cukuplaaa dulu stakat nih tade modal dah nih kang tercerita plak kisah bkn2 yg tak patut citer. Kang ada sesapa terbaca pastu trasa tambah lagi masalah aku. 

Till next time.     Hmmmmmmmmm 

Thursday, July 25, 2013

Entry birthday dibulan puasa

Hi, i perasan laa sejak dua menjak ni entry i byk nyerrr pasal makan2, lagi melampau bulan puasa nih lagi laa banyak aku letak gambar makanan.  Mintak maaf la ye kalau tak suka sbb nnt terliur ke apa sbb i nih tade modal nak tulis apa dah .. kongsi laa citer best yg pasal makan laa apa lagi.  Nih hari nih pun letak makanan jugak ehheheehhe ini bersempena dgn buka puasa sambil sambut hari lahir ku, alaa celebrate lite2 sugi je dinner bertiga.

Yer i dah 34 years old mmg terasa old dah apa nak buat mmg tak leh lari dah mmg pasti akan tua so apa nak takut nak tua pun tua laa janji sihat. Alhamdulillah di usia ini setakat ni masih sihat dan diperkayakan Allah swt dgn kesihatan yg cemerlang mmg bersyukur sangat2. Kesihatan lebih baik adalah lebih bermakna dari segala2 nya .. Alhamdulilah.  Birthday saya jatuh pada 21 July hari Ahad tapi Deer nak belanja i sehari lebih awal iaitu hari sabtu sbb katanya hari ahad keluar nnt tergesa2 nak balik pastu besok keje lagi letih.  I request makan kat Italiannies lagi,  mmg tak bosan lagi nih kalau tanya skrg pun terasa nak lagi tah2 lusa i ajak Deer berbuka sini lagi.

Shrimp & Asparagus Alfredo  .. i suka giler yg nih, buat sendiri confirm tak jadi spt ini nnt nak order ini lagi laa sbb yg ni kami mkn sampai abis dan terasa tak cukup je, selalu tak abis je.

Nak cukupkan syarat je sbb tak mkn cake order bread pudding, lilin tade kalau budak2 boleh la letak lilin dah tua tak yah laaa.

dah portion besar begini tok sah la tamak n ikut kan nafsu sgt, ini pun dah cukup utk di share 2 org.
Adam suka dtg sini dan kali nih dia behaved je dan elok je dia perabiskan makanan dia .. sebelah tu siap bawak bekal biskut Adam lagik takut makanan sampai lambat.

Happy kiddo n happy mummy ... itu lah kisah birthday saya dan makan2, hadiah daripada suami tade nak show off sini sbb dia tak beli lagi aahhahah giler menunjuk.  Ala laki i bkn kayo pun nak belikan i sebijik keter baru ke handbag 10k ke so i tak mengharapkan apa2 hadiah pun, dgn ingat birth date saya pun dah ckp bermakna jua dgn kasih sayang yg diberikan selama ini  .. awwwwwwwwwwwww so dizzy to write this.  Tapi Deer nnt jgn lupa beli hadiah tau, i nak jam tangan macam Kim Kardashian tu juga kasut macam nicole ritchie pakai tu ehh  ... ahahha matilaa berangan.

Till next time daaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, July 15, 2013

Selamat Berpuasa ...

Hi Selamat berpuasa semua, dan juga selamat hari isnin.  Weekend pertama bulan puasa kaver balik tido .. heheh best pastu hari ni tak delaa mengantuk sangat maybe sbb dah biasa kot lagipun hari ni dah hari ke 6 puasa.  Best kan weekend ritu duk golek2 kat tilam lama2 sket lepas solat subuh eheheheh i ler tu you all tak taulaa.

You all cemana ye anak2 berpuasa okay kah? Anak saya tak puasa lagi, lagipun belum cecah 4 thn lagi nnt lagi sebulan dia birthday, nak paksa Adam puasa cam kejam je kan. Alaa biar laa dia pandai bebetul erti puasa dan tertib berpuasa baru la saya paksa. Ohh saya kecik2 dulu rasanya masa umur 7 thn tu blm ckp sebulan puasa heheheeh budak2 skrg hebat umur 4 thn dah boleh puasa sebulan dah ... kagum mok cik apapun Alhamdulillah pandai adik2 skrg.

Bulan puasa nih ofis saya punya working hour 8 am to 4.30pm, so sempat laa bila balik tu nak singgah pasar ramadhan ke or nak masak pun sempat tapi saya masih duk menumpang rumah in laws nih balik2 sampai umah je tgk dah masak juadah berbuka alaa lagipun mil saya tu dia tak percaya sket mutu masakan saya dan kalau saya nak masak pun kena klon masakan dia tapi baru2 nih dia dah boleh terima slowly apa yg saya masak tapi utk masakan tertentu je la. Weekend lepas saya tak sempat nak masak kat rumah alaa ingat nak sumbangkan satu dua juadah berbuka tapi tulaa tetiba ada je plan lain.  Hari sabtu i berbuka rumah Cik Nah dan makcik saya tu masak nasik kerabu serta kerabu mangga dan ikan selar celup tepung yammmm sedap .. ehh tak de gambar sbb tak tahan gelupur tgk budu. Hari Ahad semalam saya keluar ke The Curve berbuka kat Italiannies ... memula nak mkn sushi tapi mmg giler laaa sbb dah beberapa bulan kebelakangan nih saya bantai sushi every weekend so puasa2 begini kami mencari kelainan.  Saksikan gambar makanan ku di bawah ehehehheeh no no i tak de niat nak showing off ye, saya nak kongsi je yeee alaa lagipun korang yg baca nih kayo2 pegi la makan hari2 pun tak pe saya nih mampu seminggu skali jeghhhhhhh 


Kami order Italiannies Pizza and Classic Carbonara ... dedua tu utk 2 hidangan.  Nampak je sikit tapi cam berlambak plak sbb campur dgn in house complimentary appetizer roti cicah olive oil with black vinegar tu pastu kat bawah tu Adam punya menu  .. ooh kids eat free, mmg saya suka gi kedai yg bagi kids meal free tu jimattsss maklumlaaa org spt kami nih. Saya suka pizza thin crust juga pasta kat situ mmg menepati citarasa kalau rasa pasta spt kat food court confirm aku palang.  


Semasa tunggu berbuka Adam duk browsing buku sticker superhero yg kami beli sebagai umpan dia duk diam.  Boleh laa kejap dia diam kalau tak dilayan dia membuat onar balik, kejap nak buka kasut la konon kaki dia panas pastu plak dia bosan laaa adoiii  .. kalau dibagi iphone dipasangnya vol kuat giler malu mak bapak mu, pastu tab plak dah bosan sbb katanya gambar tak clear laa .. mmg mencabar nowadays dgn Adam di restaurant.

Lagi gambar tunggu waktu berbuka, sblm tu kami pegi tengok ikan ala to kill d times rather than kill someone tak baik pose2 nih.  Adam kalau buleh nak duk sejam situ nak telek ikan je .. duk bilang color2 ikan size ikan mmg peminat ikan.

Bila time berbuka Adam tertido .. aman la jugak time makan tapi dlm masa yg sama kesian kat dia tak mkn lagi sbb meal dia sampai pun lambat macam dia puasa jugak.  Lama giler tido sampai ke rumah bangun pastu mlm td tido kul 2 pagi .. hari ni seb baik i tak ngantuk tersenguk2.  Ehh uollss ada nampak i kurus sket tak? .. i lost 2 kg u knowww dan idung ku tak nampak cam sarah lagi kan ahahahhaha kesan memakan colagen mentai kah ini  heheheheeheh .

Ohh hasil rembatan dihari sabtu membeli kain baju kurung buat raya .. i bawak cik nah skali ke Jakel so apappun mintak nasihat cik nah sbb cik nah laa yg akan jahit baju ku ... alaa murah je nih semua kat atas tu RM 10 hengget jeghhhhhh. Ooh kain tu cotton bangla kot yg kualiti low low low punyaaa  .. ehh tapi i dah syukur giler tu ada jugak 3 pasang 10 hengget kat Jakel kan. ahahahahaha korang percaya tak  .. tepuk dada tanya hati, tulis rege memahal kang kata nak nunjuk leteewwwww.


Till next time
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa