Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, January 12, 2015

Its monday n we must be happy

Happy monday, saya tak cuti hari tadi just hantar Adam macam biasa je n dia dah okay.  Tahun ni sekolah Adam tak provide snack lagi so setiap parents kenala siapkan bekal utk anak2 masing2. Being a working mom n stay with in laws takkan la pepagi nak goreng nasik plak kang nnt kotor dapur mak mentua i, so saya pack kan simple snack je spt biskut kegemaran dia campur2 dgn pringles or keropok n sedikit treat gummy bear campur raisin, tukar2 dgn roti peanut butter bla2 i dah siapkan list nak bekalkan apa sbb takmau pening pikir pagi2.  Balik sekolah nampak abis je bekal dia takat ni ... Alhamdulillah.




Besok nak cuti laa sbb nak teman Deer g register sekolah Adam pastu nak gi LHDN sbb gaji saya kena potong la salah saya jugak tak declare pendapatan tahun 2013.  Dah buat PCB pastu kena lagi potongan CP38, dah tinggal ciput je gaji saya nih haa.  

Okay laa till next entry 
daaaaa


Tuesday, January 6, 2015

Back to school

Hi again, tahun ni Adam dah 6 tahun, semalam dan hari ni ada orientation.  Dua hari kami as parents support dia gi hantar n tunggu kejap baru balik, tapi balik awal dlm pkl 10.30 am. Actual school days start on Friday 9 Jan, start friday class from 8.30 to 12.30 pm.  Start Feb Adam akan pegi balik sekolah naik bas sbb papa dah start keje baru, kalau tidak papa hantar balik je dgn bas.  Adam dah besar should be no problem for him la sbb this year dah 2nd year dia kat sekolah tu dah jadik abang besar senior dah.


Tahun lepas kelas Einstein tapi tahun ni tukar ke kelas Armstrong, sebahagian classmate tahun lepas ada same class dgn dia tahun ni.  Sekolah rendah tak daftar lagi laa, nasib baik smlm pegi tanya sekolah rendah tu masih terima kemasukan Tahun satu 2016.  I have mixed emotion bila pikir kan tahun depan dah sekolah rendah, to me as his mother mmg i sentiasa pikir dia masih kecil perlukan i sentiasa tapi hakikatnya as parents we have to let him explore and learn to be independent kid kan.  will try my best to think positive, smore dia lelaki kan.  

To my son mummy doakan Adam menjadi anak yg rajin mencari ilmu, anak yg pandai dan soleh juga mendengar kata ibubapa.  Good luck Adam, mummy n papa will always support u.

7th Anniversary

Semalam 5 Jan 2015 is our 7th anniversary, alhamdulillah selama itu ada up and down dlm kehidupan di tempuhi bersama.  I have 7th awesome years living with my husband and our precious Adam and forever to go.


Friday, January 2, 2015

Hello 2015

Lama saya tak blogging, harapan saya di tahun baru semoga saya rajin blog semula.  Past is past, my life still the same nothing fancy abt it.  Kerjaya saya macam biasa cuma baru2 ni iaitu beberapa bulan lepas saya dah tukar karier dari seorang setiausaha kepada executive biasa.  

Anak saya masih seorang walaupun saya tetiap tahun berazam nak tambah anak, mungkin rezeki saya anak seorang sahaja tapi insyaAllah kalau tak boleh beranak pun saya harap ada rezeki nak bela anak angkat. Laki saya pun masih yg sama, cinta kami mmg teguh semoga ke akhir hayat.  Rezeki suami bertambah sbb dlm masa tak blogging ni laki saya dah dua kali tukar keje hmmm walaupun bukan pangkat VP tapi jadilaaaa kan.  

Satu lagi harapang yg tak kesampaian tapi mintak2 laaaaaa juga tahun ini dpt beli rumah jadiklaaa rumah apa pun tak kisah laaaaa janji kena pindah.


itu jelaaa  .. .till next time
daaaaaaaaaaa

Wednesday, November 27, 2013

Kindy

weekend ritu kitaorg g daftar Adam kindy. Alaa kindy biasa2 je kat area umah cik nah sbb senang lepas skolah bas antar terus ke umah cik nah. Sebelum ni kitaorg antar dia weekend school je kat smart reader gombak. Weekend school dah berenti ritu sbb dia sendiri yg dah tak nak hmmm sebenarnya ada timbul satu isu jgk. Sejak bersekolah situ Adam phobia dgn teacher, bg dia teacher jahat kami pun tak tau apa masalah dia dgn teacher smart reader tu. sebenarnya teacher favorite dia berenti so teacher lain yg ganti dan sejak teacher lain ganti dia nangis pagi2 bila kita kejut dia g skolah adalaa dlm sebulan dia nangis gitu. Ada dua tiga kali gak la dia nangis sampai termuntah dan skali tu i sendiri basuh muntah dia kat skolah sbb teacher dia kata maid tak de. Pastu kami pun macam dah tawar ati campur rasa bersalah kat Adam sbb paksa dia. Masa raya Aidilfitri baru2 ni ada tetamu PIL dtg dan Adam teman opah makan bersama tetamu tu mula2 tu okay je dia makan n sembang2 dgn org tu hinggalah kawan opah tu cakap kat Adam 'auntie nih Teacher" terus dia melompat dari meja makan nangis tak nak keluar ke ruang tamu sbb takut "teacher". Dalam bulan puasa ritu la kot dah berenti weekend school.


Sekolah lama semasa tgh gembira, suka je dia masa nih tak nangis langsung. Paling awal sampai baru ada sorang je kawan dia ada kat situ tapi tak kisah pun kitaorg nih mak pak dia buat tak heran je malah dia suruh kitaorg nih balik.

Weekend school pakai baju biasa. Masa ni pagi2 nak kejut bangun tido senang je happy bgn pagi sbb nak g school. Kesian dia bila teringat balik kami paksa dia masa tu, kami tak pegi tanya pun cik gu tu apa dia buat kat Adam sbb malas nak komplen2 nih sendiri paham la bila kami tak inform sekolah nak berenti terus Adam tak pegi kelas je dan pihak sekolah pun tak de call tanya kenapa lama tak datang .. so sesuatu kat situ kan ? padahal masa tu baru je bayar yuran bln tu dan tak pegi kelas pun takkan la dorang tak tanya kan pelik plak.

Next year january kelas adam start semoga Adam ok n happy, nampak cam tak sabar nak g skolah balik alhamdulillah nak gain back d confident n trust from Adam tu ambik masa jugak laaa selepas dah 3 bln tak bersekolah, dan dlm tempoh tu kami nih tak boleh bercakap pun pasal "SCHOOL" tau kalau terlepas cakap je dia moody.
Sekolah baru kat Q dees bukit setiawangsa, oklah skolah nih besar n cik gu kat sini berpengalaman insyaAllah Adam tak phobia teacher lagi dah lepas nih. Ada pool kecik kat school nih for swimming lesson, kemain suka Adam kalau ada pool nih berimaginasi sampai nak swim dgn baby shark laa.  Peminat shark nih kalau nampak air je sure ada shark dlm tu.

Masa pegi register pun dah seronok harap tak de masalah lagi. Tengah buat gelang tu, nampak tak teacher tgh tepuk tgn kat tepi tu. School holiday nih dia buka hari sabtu for registration n boleh view school nih skali n dengar penerangan cik gu.  Yuran skolah n pendaftaran rasanya sama je kot dgn skolah2 lain mmg dorang dah standardize kot rege kindy nih.  Ohh i berangan nak hantar kat Beacon tapi mana ada beacon nearby my place kalau nak jugak boleh laa gi antar n jemput sendiri, tinggal angan2 laa nak berjemput cemana i laki bini keje lain laa kalau i suri rumah boleh laaa tapi kalau i berenti mano ada duhet nak antar skolah mahal2 mampus laki aku jual bulu pun tak laku, i rasa Beacon tu kalau i tak keje mahal oo nak bayar tak mampu aku. Oleh itu kindy yg kami pilih nih tadelaa mahal mana pun dan mmg sapa2 pun mampu ye ini kan pula kami laki binik yg sendu nih boleh apatah lagi anda.

Tu je laa cerita hari ini, isu mak mak tentang persekolahan anaknyeee. Oklaaa till next time daaaaaaa. 

Tuesday, November 19, 2013

Rajin

Eeheheheh terajin plak, update kat phone alaaa baru je pandai nih haa bagilaa can. Eh nih phone subsidi yg opis bagi tu uolls i nih tade laa nak update sgt talipon nih asal bleh guna okla. tunggu samsung note 18 nih i tukarlaaa tak pun iphone 10 ke tp kalau sementara nunggu tu opis bagi i terimaaaa.


Gambar kami masa g jln2 dihari minggu. Mmg tetiap minggu keluar every saturday bawak adam nih ha keluar mkn2. I duk rumah in laws lg uolss tgh cari rumah tak jumpa2. 

Masa g follow up lepas surgery tonsilectomy ritu, alhamdulillah sejak itu mkn dah berselera.
Kalau keluar masihguna stroller lg, nak jual stroller nih tp tade org nak sbb ingat nak beli yg baru babyzen yoyo tu baru sesuai buat adam. Kalau sesapa berkenan bitau la ye i bg rege baik punya. 

Daaaaaa

Happy tuesday

Tadi dah tulis td pjg lebar pastu terdelete not happy dah. Alaa i letak gambar jela yer nak cite thru gambar je. 


Last 2 weeks gi rumah baru mak cik saya kat 23 trees residency. Nenek saya yg saya panggil mok tinggal kat situ. 


View dari balkoni bilik mok. Lawa bilik mok cam bilik org muda jew ehehehe. 
Tu dia mok duk kerusi duk sembang dgn cik nun n cik nah. Mok sihat dan kuat alhamdulillah. 


Anak saya yg semakin membesar, dan masih anak tunggal tp baru2 nih dah dpt sepupu baru. Adik suami saya dah selamat bersalin,anak lelaki jgk dptla kawan bila dah besar sket tp skrg nih tak leh sentuh laa sbb alaa kan baby baru mak pak dia excited tak abis lg nnt lelama sket bolehla tu. i know la coz i've been there but never do that nnt takut org boikot anak aku.

Till next entry.    Daaaaaaa