Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, January 20, 2015

George



Missing George so badly, kesian Popeye duk meowing esp malam2 sbb dorang tido berpelukan and if sejuk pun berpelukan jugak.  Pagi tadi hospital telefon i, nak set appt nak jumpa George's parent (kami la tu) nak discuss abt his condition.  I takuittt seram sejuk dr call ckp macam tu,  bila tanya cemana George's condition dr cakap he's improving abis tu nak bincang apa lagi nak suruh ambik bwk balik bitau je la.  I suruh husband call hospital to set appt tapi sampai ke sudah tak call return call balik nak confirm, husband i ckp dorang tersalah patient kot.  Sampai saat ini tak sedap hati ni mengenangkan anak bulus sakit ni.





gambar atas ni masa George admitted kat Petcare Vet clinic Melawati, Gambar atas otw to clinic and bawah gambar dia under treatment, dr masukan catheter to flow out the urine and George macam sedar tak sedar je .. sian dia.   

His special food yg kena ambik for the rest of his life ... masalah nya pet food jenis ni hanya di jual di vet sahaja.  Jangan harap nak cari kat pet shop biasa mmg tak akan jumpa, kalau tak bernasib baik kat vet abis nak mkn apa.  Sejak George sakit ni semua kucing jantan kat umah kena makan ni jugak popeye & Robin.  Makanan ni mmg tak sedap ye sbb tak ada perisa kot, bila makan ni kucing kurang selera and yg paling penting makanan ni akan menyebabkan kucing kerap kencing sbb its help tu dilute urine.

Masa discharged ritu, dalam carrier pun asik terkencing je. Dalam dua hari selepas balik rumah dia akan terkencing every 2 minutes tapi mmg normal sbb nak buang sisa2 crystal dlm urine tu.  

Dua beradik yg close sangat, they need each other and calm each other. Dah sihat masa ni tapi silap kami la kot sepatutnya i kena paksa George n the rest male cat to drink enough water (paksa pakai syringe tu) mmg kucing i dua ekor ni kurang minum air tu pasal la ada crystal dlm urine.

Last sunday masa otw to hospital, see abg Adam letak shark depan George to help him calm.  Nangis abg Adam masa dr suruh tinggal George.  We miss u George .. cepat baik ye and pls kuat semangat.


Monday, January 19, 2015

Vet hunting on sunday

Hi monday, betapa malas nak keje hari ni kan, saya masih belum sihat sepenuhnya dari minggu lepas demam.  Tapi alhamdulillah demam lite2 sugi je masih boleh bangun jalan lari n makan, tapi bila masuk opis ni demam makin tak stabil sbb opis kan sejuk.



Gambar atas tu mewakili rutin kami every weekend iaitu mencuci kain ditepi sungai.  Dah lama jugak kami datang cuci kain kat sini sbb cepat mudah n senang, bawak sebakul kain kotor dan bawak balik sebakul kain bersih siap berlipat.



Petang semalam kami sibuk ke sana sini mencari Vet for George.  Last Nov dah admitted 4 hari crystal urine same case happend again.  Tapi nyampah naper kalau nak sakit selalunya datang hari Sabtu n Ahad mmg susah laa sbb klinik kucing ni tak macam manusia ada byk klinik bukak 24 jam. Vet George (Petcare Veterinary Clinic located at melawati next to Damai Hospital)  mmg tutup Sunday pastu kalau weekdays plak bukak macam office hours mmg susah bagi kita yg bekerja ni nak kena ambik time off kan.  George case ni can consider as emergency mmg tak boleh tunggu monday must go to another clinic asap.

George punya sakit datang balik ni rasanya berpunca dari kami jugak yg tak alert dgn special diet yg vet suggest.  George masih dlm tempoh treatment dan perlu diberi makanan khas seumur hidup dia utk kesihatan bladder.  Lepas discharged dari hospital Nov ritu patutnya George langsung tak boleh sentuh makanan biasa yg kucing yg dikomersilkan sbb ada garam tinggi.  Tapi saya pegi campur dgn makanan yg kononnya pet shop kata selamat iaitu Cranberry cat food, makanan yg sepatutnya George makanan ialah Royal Canin Urinary High Dilution. Ingat ye kawan2 jgn sesekali langgar apa yg doc suggest ye akibatnya another vet visit la.  

This photo taken during 1st visit to vet clinic nearby our area, doc refused to do the procedure (inserted catheter to help urine flow)

Akhirnya kami ke Animal Medical Centre Jalan Tun Razak, 24 hours animal hospital, alhamdulillah sempat sampai sini.  George masa sampai kat hospital ni dah tengahari, dia dah lembik masa ni.  Dr ckp kalau lambat kemungkinan kidney damage. Bladder George dah keras sbb penuh air kencing, Dr nak cek samada ada batu karang or cyst dlm bladder.  Kita doa kan yg baik2 aje buat George, semoga lepas treatment ni George sihat spt biasa kembali.

Dr bagi estimation cost for the procedure if we agreed kena sign and leave our deposit or make full payment pun boleh. 2nd time admitted mummy dah boleh beli handbag baru George .. tapi tak pelaa nnt George doakan mummy murah rezeki yer. Ehh jap doctor tu nama macam nama saya laa ehehheehe feelin jap.

George's admitted since last nite, hoping his recovery .. come home soon n get healthy again. Mummy, Appa, Abg Adam, Popeye and rest of our family member is waiting for you.  

Thursday, January 15, 2015

Freebies

This year gift from Celcom i belum share lagi, actually selepas dpt iphone 5 tu on the following years 2014 i dapat Samsung Tab and this year dapat Smart Watch Pebbles.  Apa saja hadiah i terima dgn bersyukur Alhamdulillah.  

Samsung tab, bagi kat Adam tapi kena guna berjadual la tak boleh belasah all the time.  Time cuti boleh la pakai tapi kalau hari2 biasa kena buat homework dulu baru boleh pakai tapi kalau keluar makan2 masa weekend tu ada la pakai .. tapi sekarang ni dia dah byk kurang guna tab sbb dah bosan agak nya. Masa dapat tab ni kampeni bagi dgn internet skali so tak payah nak tunggu wifi baru blh guna .. skrg dah jarang guna pun.



Masa memula dapat, macam biasala tak sabar nak guna tak dan2 nak charge.  Pastu tadela excited mana bila dah pakai .  Biasa2 je tab ni tapi sbb dapat free maka ianya sangat istimewa bagi saya.


Tab ilmiah yg mummy beli masa birthday dia dulu, bagus tab Leap Frog ni sbb byk bantu dia mengenal huruf.  Sekarang dah sekolah of coz la dah reti basic2 tu, nak kata dah lancar berabuk membaca belum lagi.  


Kejap je Adam excited nak tab pastu macam biasala minat terhadap benda lain lebih juga, dapat set train Thomas suka kemain tapi nak pasang susah la sbb tade ruang kan menumpang rumah in laws kalau nak display kang nnt berebut sbb skrg mil jaga cucu lagi sorang tu kat rumah. Baby tu skrg umur dlm setahun 2 bulan.  Adam kan tade sibling mmg tak reti nak share mainan lagi2 mainan dia sayang.  Ehh tersasar plak citer nih.


First time for almost all of us here pakai smart watch ni, terkial2 nak setting la pastu nak connect to whatsapp la nak letak gambar la memacam lagi laa seronok plak dapat gadget free every year pastu sama plak tu tak yah dengki2 ko cantik aku tak.  Gitulaa kami kami kat sini mmg jakun dpt benda baru blm citer kisah beratur nak ambik laa kelakar plak.  Kawan2 kat sini seronok laa kelakar but sometimes manusia mana ada perfect kan ada buruk baik kita terima laa.




Gitulaa cerita dapat barang free dari majikan sekarang.  Apapun saya amat bersyukur walau apa saja pemberian dari majikan.  Semoga dapat pencen di sini jelaa, itu pun kalau tade yena yeni macam dulu tu mengacau periuk nasi aku.  Pengacau periuk nasi ni bkn specific kat yena yeni je sapa2 pun boleh kan tapi tu laa sejak peristiwa yena yeni kampeni lama tu i phobia sampai skrg nak kawan dgn org pun takuitttt.  Tapi alhamdulillah kawan kat sini okay kot, apapun kalau dah tertulis rezeki itu milik kita maka tade siapa dapat merampas nya  .. insyaAllah. Bekerja dgn ikhlas maka hasil pendapatan pun berkat ... amacam ada rupa ustazah tak kata2 ku ehheehhe.

Wednesday, January 14, 2015

No idea

Hampir tetiap minggu mesti pegi ke Ampang Point, bkn best mana pun ke sana tapi sbb dah suka dgn makan Taiwan n Korean kat situ.  Dari zaman dating sampai la skrg anak dah besar pun still ke situ jugak ada jugak masa2 tertentu tak pegi tapi mmg tak lama la pastu mesti ulang lagi pegi sana.  Alhamdulillah la suami saya boleh makan situ jugak tapi kdg2 kalau dia bosan nnt dia tapau la Subway ke mkn kat situ. 






Sejak dua menjak ni saya lagi suka ke Ampang Point malah lebih suka dari selalu sbb ada kedai yg spt best gila pada saya. Walaupun kedai tu nampak macam mahal je barang dia sbb kualiti dia best n imported tapi kalau pandai cari dpt murah giler cuma pokok pangkal nye kena rajin.  Last week saya dapat grab kain yg murah n cantik pastu plak pure cotton, from normal price 49 to 59 per mtr saya dpt harga clearance only for RM10 per mtr.  Before this towel from normal price RM 99 saya beli for only 29 .. arrgh giler murah.  Cadar dia wahh lawa pun murah saya beli only RM 179 from RM 599, bkn macam pattern kat sogo tu ini lain punya pattern macam dlm magazine better home living tu.  

I stress kalau pegi situ sbb abis duit, walaupun kdg2 tade sale or clearance tapi ada juga selected item dia kasi clearance macam saya ckp atas tu kena rajin telek belek kelebek satu2.  




Nak buat seluar tido saya n Adam, pastu nak buat baju kurung. Ada lg nak buat pillowcase. 

Monday, January 12, 2015

Its monday n we must be happy

Happy monday, saya tak cuti hari tadi just hantar Adam macam biasa je n dia dah okay.  Tahun ni sekolah Adam tak provide snack lagi so setiap parents kenala siapkan bekal utk anak2 masing2. Being a working mom n stay with in laws takkan la pepagi nak goreng nasik plak kang nnt kotor dapur mak mentua i, so saya pack kan simple snack je spt biskut kegemaran dia campur2 dgn pringles or keropok n sedikit treat gummy bear campur raisin, tukar2 dgn roti peanut butter bla2 i dah siapkan list nak bekalkan apa sbb takmau pening pikir pagi2.  Balik sekolah nampak abis je bekal dia takat ni ... Alhamdulillah.




Besok nak cuti laa sbb nak teman Deer g register sekolah Adam pastu nak gi LHDN sbb gaji saya kena potong la salah saya jugak tak declare pendapatan tahun 2013.  Dah buat PCB pastu kena lagi potongan CP38, dah tinggal ciput je gaji saya nih haa.  

Okay laa till next entry 
daaaaa


Tuesday, January 6, 2015

Back to school

Hi again, tahun ni Adam dah 6 tahun, semalam dan hari ni ada orientation.  Dua hari kami as parents support dia gi hantar n tunggu kejap baru balik, tapi balik awal dlm pkl 10.30 am. Actual school days start on Friday 9 Jan, start friday class from 8.30 to 12.30 pm.  Start Feb Adam akan pegi balik sekolah naik bas sbb papa dah start keje baru, kalau tidak papa hantar balik je dgn bas.  Adam dah besar should be no problem for him la sbb this year dah 2nd year dia kat sekolah tu dah jadik abang besar senior dah.


Tahun lepas kelas Einstein tapi tahun ni tukar ke kelas Armstrong, sebahagian classmate tahun lepas ada same class dgn dia tahun ni.  Sekolah rendah tak daftar lagi laa, nasib baik smlm pegi tanya sekolah rendah tu masih terima kemasukan Tahun satu 2016.  I have mixed emotion bila pikir kan tahun depan dah sekolah rendah, to me as his mother mmg i sentiasa pikir dia masih kecil perlukan i sentiasa tapi hakikatnya as parents we have to let him explore and learn to be independent kid kan.  will try my best to think positive, smore dia lelaki kan.  

To my son mummy doakan Adam menjadi anak yg rajin mencari ilmu, anak yg pandai dan soleh juga mendengar kata ibubapa.  Good luck Adam, mummy n papa will always support u.

7th Anniversary

Semalam 5 Jan 2015 is our 7th anniversary, alhamdulillah selama itu ada up and down dlm kehidupan di tempuhi bersama.  I have 7th awesome years living with my husband and our precious Adam and forever to go.