Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, February 12, 2009

Stop animal abuse

Last night i watched 360 selama ni jarang aku tgk 360 ni sbb nyampah tgk pengacara dia cam over jer tapi mlm td topik yg dipaparkan mmg menarik minat aku sbg pencinta haiwan ni iaitu "kekejaman terhadap haiwan". Yang aku tak sangkanya kekejaman tu dilakukan oleh D*KL terhadap haiwan jalanan yg dikutip merata tempat, dah la ditempatkan dikurungan yg kotor dan tak selesa, satu sangkar belas2 ekor haiwan sumbat dlm tu. Sungguh kejam, paling paling paling kejam yg tak terkata ialah cara mereka mematikan haiwan tu amatlah melampau dgn menjerut leher anjing hingga mati, bagi kucing dilemaskan hingga haiwan tu mati. Bila haiwan tu dah mati plak mereka longgokkan di tempat spt longgokan sampah tak ditimbus betul2. Bila soalan diajukan pd doctor veterinar kos mematikan haiwan tadelaa mahal sgt, saya rasa kerajaan ada bagi peruntukan utk kos tersebut dan sudah tentu nya disalahguna.


Perkara begini tak sepatutnya terjadi pada badan kerajaan tempatan spt D*KL yg dipercayai oleh org ramai, saya pun pada mulanya tak sangka dorang sanggup kejam sebegini. Sejak smlm saya tgk lori D*KL pun dah naik jijik lebih jijik dari taik babi rendam air sebulan. Semua haiwan harus dihormati sbg makhluk ciptaan Tuhan, kekejaman terhadap benda yg tidak boleh menyuarakan rasa hati, tidak boleh pekik minta tolong dan mereka hanya berserah sahaja.


Selama ni bila tgk stray cats n dogs saya sedih sbb dorang nie macam homeless ppl yg duk tido bawah jambatan, kalau manusia yg homeless kita nampak terang2 tapi kalau haiwan mana nampak perasaan mereka. Mereka tak macam kucing saya yg duduk dirumah yg selesa makan semahunya dan mendapat kasih sayang dan perhatian dari manusia yg menyayanginya. Kalau kita dpt selami hati haiwan macam tu jauh disudut hati dorang pun punya keinginan utk hidup selesa juga.


I hope that everyone in this world appreciate and love all kind of animals, they also a part of our life.
Obie now 4 yrs old dah. Tetap disayangi w/pun kdg2 berak merata buat my mom marah.


Willie stray cat yg ambik kat PJ dulu, mmg kucing yg mendengar kata.



Oohh sblm blah saya nak letak jugak gambar furry fren saya ni, can't imagine my life without my pets. Janganla plak meluat tgk pets saya. Sayang mereka ni tau a part of my family members.


Daaaaaaaaaaaa

Fit and healthy

Last saturday me n hubby go for my pregnancy check up, awal2 lagi dah sampai dlm pkl 9 kalau lambat nahaslaaa ramai laa org maka lama la menunggu. This time check up first time kena test urine sblm ni tade plak timbang berat je. Everything okay alhamdulillah baby sihat can see baby's leg and hearbeat dah ada pun ... miracle.
Yang tak okay nye buat aku nak terkencing lagi skali bila timbang berat aku dah 46 kg .. takot nye aku tak penah berat cam tu plak tu aku baru pregnant 11 weeks bayangkan laa nak tunggu 40 weeks tu peti ais bergerak kot. Doctor pun terkejut sbb byk sgt naik tu plak tu dlm 2 minggu je naik 5 kg, nasib baik tade high blood pressure nampak nye kena kawal jugak berat bdn ni kang berpenyakit plak. Tp jgn salah sangka plak i still love my body for my baby's sake.

Start from now i wanna keep a fit and healthy pregnancy so that the result will be a good healty mommy and baby. I'll tell more next time kang citer panjang2 kang bosan plak macam aku sorg je pregnant kan ke ramai org dah beranak pinak tade kecoh pun ... hehehhe saya nak share my happiness je.

cauuu

Thursday, February 5, 2009

Getting used to

Heheheh since last post tu i sepi je actually shocked when i noe dat i am now 2 mths pregnant . Sejak itu saya jadik gusar dan asik letih je .. pastu skrg ni byk bende la nak pikir what to eat, what to wear nnt my belly start growing pastu plak nak try to get used to all kind of things.
Berat badan saya sudah bertambah kalau dulu cuma 38kg je (kurus kan aku) skrg nie sudah 41kg heheheh satu pencapaian tuh tak pernah seumur hidup ni aku seberat itu, tapi mana tau nnt kedepan maunye cecah 80kg kan tak mustahil tuh. Muda2 ni kurus keding bila dah berumur sket je bertambah2 beratnye.
I want to enjoy this 9 months of fun lagi best kalau member2 saya yg baru kawin tu pun sama2 pregnant baru laa ada belly buddies lagi seronok. Saya nak think positive aje tak nak pikir bende2 lain yg mengusutkan barulaaa bleh enjoyyyyy.
till next time .. cauuuuuuuuuu

Monday, January 19, 2009

1st Year anniversary

Tak sangka pejam celik beberapa kali dah setahun aku kawin. Macam baru je kenduri hari tu, cepat nye tak sangka plak.



We celebrated our first year anniversary ni lite2 aje dgn pegi bercuti sekangkang kera iaitu di Le Meridien (dah le dekat opis .. on d way ke situ cam tade mood je duk pandang building blkg tu). Actually i redeem point Meridien prefered member for 2 days 1 nights stay together with my fren umi ameer n syurei. Our room really nice coz facing Muzium Negara and we can see KL view but not KL Tower or KLCC tapi okaylaa compared to room yg facing the other side i heard facing bumbung KL sentral n Brickfield (hehheh my fren told me la).

Deer n i totally berehat and tidur je coz kitaorg baru balik dari Youth 09 our fren nyanyi kat situ we r there to support fren. Petang tu kitaorg jalan2 dekat KL Sentral je laa sbb malas nak kemana pun. Our plan nak pegi bersiar2 kat Mid Valley n Garden takjadi plak.



Our stay included breakfast yg heavenly sarat their menu, lucky kitaorg tak ambik lunch buffet a day before kalau tak confirm muntah balik makanan kami. Walaupun dekat dan singkat Deer really enjoyed the stay lain kali boleh laa pegi lagi kalau cuti2.



Daaa

Wednesday, January 7, 2009

December's Family vacation

For the very first time i've joined Deer's family for yearly family vacation(yerlaa pertama kali kan ke aku baru sthn kawin). This time kami ke Melaka je, dah nama nye family vacation ianya fully sponsored by PIL ... heheh seronok freee. We stayed at A Famosa resort for 3 days 2 night, kami ambik condo 3 bilik at level 16 dan view nya amat cantik sekali facing green view.

Dah lama jugak i tak ke Melaka ni last pegi dlm 3 thn lepas for kenduri lama kan .... bandar Melaka besar jugak dan byk mall .. hurmm tak kose nak ke mall kan kat KL pun byk jadik i pegi tempat2 pelancongan je la. First day kat sana kami jalan2 dlm A Famosa resort je and masuk ke A Famosa Safari and we've tried the Safari Ride yg bawa kami jln dlm van ala2 kat Safari di Africa.

I luv animals but i hate to see animal in cage .. when i was there i really really felt guilty to see all d animal living in a limited spaces like this. Kesian sangat and i almost shed a tear when i saw a horse yg bawak carriage tu berdiri lama sangat pastu dia angkat2 kaki sebelah pastu sebelah lagi macam lenguh je .. i feel u pity horse .. Ohh i wish dat i can do something .. :(
This little pony very cute.


Tapir yg frenly


penat

The next day sightseeing around town, we bought belacan and some souvenirs .. ohh kami juga sempat pegi mkn asam pedas melaka yg meletup sedap tu mmg superb laa kesedapan nye .. pastu kami jalan2 and ambik gambar tapi malas lah nak letak gambar kat sini cukup2 lah tu kat atas tu kang kata aku showing off plak baru ke Melaka je blm lagi ke Morocco ..ambik gambar sakan2 pastu letak kat blog .. hiks

Itulah percutian kami yg tak seberapa ini tapi mmg menyeronokkan lagipung bkn selalu aku nak bercuti2 gini lately je rajin.

Okay Daaaaaaaaaaaa

Saturday, January 3, 2009

Happy 2009

I know i'm late but i still wanna wish first of all Merry Chrismast for all my cristian fren out there and also Happy 2009. Sebagai seorang muslim saya juga ingin mengalu- alukan kedatangan tahun baru dlm kalendar islam 1430Hijrah. Azam thn baru saya ingin menjadi manusia yg berjaya dan muslimah yg solehah ... InsyaAllah.


Saya agak sibuk lately dgn aktiviti hujung thn iaitu perabiskan cuti tahunan dgn pergi bercuti bersama keluarga. Bila sibuk je blog saya pon bersawanglaaa.


Oh ye baru2 ni saya baru je habis membaca buku paling best diabad ini iaitu "Marley and me" heh cepat2 saya habiskan bila saja saya tau akan keluar satu movie "marley n Me" lakonan Jennifer Aniston and Owen Wilson .. saya mmg tak minat Jennifer Aniston tu memandangkan saya ni 'Team Angelina Jolie' tapi sbb Marley & Me punye pasal tak pela tak ku lepaskan peluang menonton nye nnt.


Perhatikan furry fren saya menjadi model buku .. ala2 Marley versi kucing. Obie pun suka this book tau.
Okaylaaa Cauu

Friday, December 12, 2008

Our weekend gateaway

Me n hubby spend our quality time at Guoman PD. We arrived early morning around 9am and straight to hotel unpack things pastu jalan2 sekitar PD. I rasa tak sabar nak mandi laut tapi macam panas sangat la plak nnt tak pasal2 bertambah gelap kang.



Kitaorg bercuti pun dekat2 je .. ingat nak bercuti2 jauh skett tapi apakan daya deer asik outstation manjang w/pon org lain duk sibuk abiskan cuti ujung2 thn ni dia bertambah2 busy. I pun skrg ni duk sibuk gak menghabiskan cuti tahunan yg ada lagi beberapa hari.


Percutian kami 2 hari 1 mlm je, singkat tapi seronok laa daripada tade percutian langsungkan. Sempatla kami mandi laut beberapa kali tapi masih tak puas lagi sampai skrg ni .. alangkah bagusnya kalau laut depan rumah (tak payahlaa pikir Tsunami kan)
We have fun, enjoyed every moment of our time together and released tension. Bila balik KL pun still rasa kat PD lagi heheh best. Next time i don't mind laa bercuti dekat2 pun asalkan dpt berehat dan tenangkan fikiran.

Daaa