Lama dah tak update, dari hari ke sehari duk tangguh kononnya nak tunggu letak gambar .. hmmm pastu sampai ke sudah gambar tak upload. Tapi kalau setiap entry nak letak gambar2 peribadi kang ada yg kata aku showing off plak kan. Hheheeh biasalaa cakap org tak boleh dihalang baik kita beringat2 kan diri sendiri.
Last week masa CNY break kitaorg ke rumah PIL pastu jalan2 kat Pavilion dgn PIL and BIL pun ikut skali. Keluar dgn dorang seronok jugak sbb setiap kali keluar2 cam ni dorang yg belanja kitaorg ni, bkn apa kalau kitaorg tolak kang mesti PIL tu terasa plak .. lagipun biasalaa parents kan mesti anggap anak dorang kecik lagi w/pun dah besar panjang dan berkeluarga dah pun. Kali pertama lah kiranya aku ni jejakkan kali di Pavilion ni setelah Adam lahir, sebelum ni tok sah dikiralaaa selalu gak aku g sana sbb nak makan kat fudcourt situ. Bestlaa g Pavilion ni sbb baby room dia mmg bersih dan wangi ... anak saya sangat selesa sepanjang proses mencuci poo poo dia tu.
Besok cuti lagi tapi tak tau plak la nak kemana lagi, lagipun besok hari Jumaat kalau nak keluar kena tunggu lepas solat Jumaat dulu. Tapi yg penting nya besok Adam dah 6 bulan .. heheheh syukur Alhamdulillah sepanjang tempoh itu Adam sihat walafiat w/pun sekali2 sakit sbb lembu punya hal tu je. Auntie i cakap elok buat pulut kuning bersempena sekali dgn Maulidur Rasul, InsyaAllah i nak buat kalau tade halangan .. saat2 cam ni kan best kalau my mom ada kat sini boleh suruh mama buat bkn nya my auntie tak boleh buat kan tapi rasa bersalah je nak suruh dia. Cepatnya besar anak ku ini tak puas rasanya nak main2 masa baby kecik2 dulu .. sekarang ni dia lasak nyeeeeeee tapi baguslah utk dia tu maknanya dia membesar dgn baik. Kalau kita dukung sekalipun dia boleh toleh satu badan tau sampai kita rasa nak jatuh je pegang dia, dah le berat .. lenguh btul tangan ni. Sekarang ni baru terfikir nak beli baby pouch laa ke baby bjorn tu .. hmmm mana elok ye.
Okay laa till next time
Daaaaaaaaaaaaaaaa



0 comments:
Post a Comment