Sepanjang bercuti 4 hari jaga Adam sepenuhnya buat i terfikir dan berharap sangat dapat jadi SAHM .... oooh i really really wish to tapi mampukah suami ku bagi allowance sebulan gajiku sekarang, patah hati disitu jua.
Ingatkan duk rumah nnt mesti bosan nak pulak bila anak tido, tapi tadelaaa nak bosan2 ni sbb seronok duk layan Adam sambil2 buat keje rumah yg tak abis2 tu sampai tak sedar masa berjalan sangat pantas. Kejap je rasa satu hari tu pejam celik dua kali dah petang, pejam lagi skali dah berakhir cuti aku ... eeei malas nyee nak g keje besok. Pikir pasal keje tu merosakkan hari Ahad ku ini .. eei nyampah ler keje kalau dah ilang minat ni .. aku minat time gaji jee. I ada ckp kat Deer pasal SAHM tu yelaa husband mestila happy kalau kita nak berenti ni tapi tulaa Deer ckp i kena pikir betul2 pasal bende ni nnt kang menyesal sbb katanya aku ni nak kumpul aset atas keringat sendiri tapi dah pikir nak berenti so kalau nak berenti kenalaa cari something yg boleh mengisi masa lapang dan disamping itu boleh menambah ketebalan purse sendiri sbb aku ni mmg la agak kuat berbelanja sometimes membazir .... nnt takut nnt lelama kang bosan plak plus purse dah nipis baru laa nangis2 nak apply keje balik. Nampaknya kena fikirkan sesuatu spt WAHM, tapi nak kena cari la apa dia yg sesuai dibuat.
Ni gambar2 kami di MidValley semasa ke Motherhood Expo, Adam tgh mengganas nak bermain2 macam budak dah boleh berjalan. Terpaksalah berhenti duduk sekejap bagi dia merasa duduk kat bangku tepi laluan tu. Tukang ambik gambar sapala lagi kalau bukan Deer, tu pasal lah setiap kali gambar Deer tade.
Masa aku duk rumah hari tu hampir tetiap hari aku duk camwhoring dgn Adam sambil golek2 kat tilam Adam ditengah2 hall. Adam sekarang dah jadik clingy dgn aku ni sbb hari tu kat rumah PIL dan MIL ambik Adam pegang2 kat hall sementara aku dukkat dapur pastu aku dgr dah nangis2 carik mommy dah ... nampak mommy je terus sengih2 dah okay. Kalau i SAHM mesti Adam paling happy sbb boleh main dgn mommy hari2 kan, aku rasa kucing2 ku pun gembira agaknye heheh.
Ooh hari Jumaat Deer cuti sbb nak temankan i pegi motherhood expo kat Midvalley tu .. maka pergilaa kami anak beranak dgn penuh harapan tapi agak hampess jugak laa sbb tak byk booth yg ada pada hari tu tak tau laa kot hari Sabtu n Ahad tu byk booth dan lagi happening ke. Hari Sabtu plak PIL ajak makan kat luar lepas tu terus melarat ke Uptown Setapak dgn membawa Adam skali, tak pernah aku buat lagi bawak anak ditengah2 malam ke tempat org ramai gitu risau gak ni tapi setakat ni tade apa2 lah harapnya.
Okaylaaa till next time
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



2 comments:
bila anak anak dah besar, takut jadik bosan....macam hakak.... uwwaaaaaaa uwaaaaaa
Mak Su: Baby W kan masih kecil lagi masih belum bosan sepenuhnya kan.
Post a Comment