Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, April 12, 2010

Milestone experience

Dalam dua tiga hari ni anak saya asyik merengek je, badan pulak macam hangat tapi berpeluh. Pegang kaki dia tak sejuk pun, macam biasa je dan dia pulak lasaknya pun bertambah .. nak pegi klinik pun macam tak berapa yakin yang dia demam. Tapi saya saspek dia nak tumbuh gigi kot, sebabnya air liur dia mak aiii menitik-nitik tak henti pastu keje dia asyik nak mengigit je. Tapi kalau hari ni dia badan dia panas macam tu jugak ingat balik keje karang kena jugak pegi klinik ni, takut apa2 kang.

Bila saya cuba nak tengok gusi dia punyala dia marah .. kalau dia tido pun boleh bangun bila dia terasa yg kita duk pegang2 dagu. Kalau malam pulak saya ni macam kena sawan sbb dgn tetiba boleh terbangun dgn mamainya meraba2 cari Adam .. sbb budak kecik ni tetiap malam tido lasak tak tentu hala, selalu je dia tersasar ke tempat lain dan saya pulak macam ada kuasa dalaman je dgn tetiba tau budak kecik tu dah keluar landasan. Kitaorg ni dah lama tak tido dlm bilik utama sbbnya takut Adam jatuh tilam. Katil kami hari tu patah (aah biasala katil Cav**z* kan rapuh) tak berganti lagi sbbnya patah wrong timing masa seminggu lagi sblm beranakkan Adam pastu sampai hari ni tak beli2 lagi dah tu tak tido di bilik utama lagi sejak itu (malas nak turun naik atas). Hall area or guest room tu lah bilik kami skrg ni, baby cot plak sblm branak tu plan nak beli tapi tetiba je katil patah takkan plak nak tido katil baby lebih tinggi dari kami heheeh cam apa je .. lagipun kami duk rumah sendiri tido memana pun tak pe. Playpen pun pakai kadang2 je, pantang aku letak je Adam meraung cam kena dera je ... benci tul dia dgn playpen tuh.

Hari tu Adam tersangatlah lasak hinggakan masa saya dukung pun boleh berpusing2, dan dia skrg ni dalam percubaan nak berdiri dah pun w/pun blm merangkak dgn jayanya, duduk pun baru pandai tripod sit tu pun tak cekap lagi. Merangkak setakat 3 hingga 4 tapak je terus meniarap. Tapi hari tu dia merangkak sambil tu meniarap ke sofa dan cuba berpegang utk bangun berdiri tapi kena kita tolong jugak sbb dia macam nak terlentang gitu. Gambar kat atas tu .. Adam dgn sengaja dibaringkan di atas lantai sbb dia kalau tengah melasak boleh terkesima kalau kita terlentangkan kat lantai .. hehehe takut kot sbb kepala dia tegak je ... kan lantai tu keras terus dia pun kaku disitu. Kejap je i letak cam tu nak bagi dia diam jap.
Okaylaa nak sambung keje dah .. Daaaaaaaaaaaaa

2 comments:

Mak Su said...

hihihiih, sejuk, golek2 atas lantai

gO mi NaM said...

sblm bace buku,nk jln2..dh klik iklan wat tambah tabungan anak akak..ngee~