Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, October 28, 2011

Furry frens lately

Kittens i dulu 3 ekor tapi dah bagi 2 ekor pada Syurei dan kakak dia pastu skrg ni tinggal sekor je laa yg orange color named Garfield.


Ini gambar mak dia Molley ball, mata dia tu sian nak kena tolong lapkan je sbb selalu jugak berair. Nak bawak gi Vet takut plak Dr tu nak korek mata dia yg rosak tu. Kang jadik macam Obie tu i nyesal plak, tah laa kes Obie tu dulu cousin i kata kucing tua mmg tak tahan vaksin sampai 3 kali, sekali vaksin dah cukup. Mmmm mungkin jugak betul kata cousin i tu sbb lepas vaksin pertama Obie dah sihat macam biasa tapi lepas vaksin kedua Obie immediately esoknya lemah .. tahlaa sedih sampai hari ni. Tak ada kucing lain sebaik dan secomel Obie tersayang. Ball ni dah baka campuran maka muka dia tak penyek macam Obie. Pastu masa memula bela Ball i baru bersalinkan Adam so tade masa nak train Ball ke jamban, skrg ni Ball tak reti membuang dlm rumah mesti merata dia melabur pastu dia tak berapa manja sgt .. sian dia tapi i tetap saya semua Furry frens i.



Obie in memory .. Luv u 4 ever Obie



Obie kucing yg paling lama i penah bela .. 9 years. Sangat baik dan paham kita ckp apa, kesayangan arwah Hanif. Masa Obie mati i nak tanam dalam pasu bunga tapi mama marah ckp tak baik buat cam tu. Kalau i tanam Obie dlm pasu bunga nnt kalau i pindah kemana2 pun akan bawak pasu tu pastu nak tanam bonsai paling lawa kononnye laa tapi dah tu mama ckp tak boleh. Masa bela Obie dulu tade komitmen pastu duit gajiku mmg melabur byk ke Obie laa, setiap kali dpt bonus Obie pun merasa jugak sbb masa tu i bawak dia pegi grooming .. kembang gila bulu dia masa tu.



ohh berbalik ke kisah kitten ku si Garfield yg dulu kecik2 masa memula lahir bulu bersimpul macam kan besar nak jadik kucing Stuart Little Snowball tu tapi hadoooo. Dah besar skrg nih bulu dia pendek je tapi macam lebat dan lembuts. Lagi dua ekor bagi Syurei tu Snowman n Snowgirl tu dah besar (size besar macam maine coon, tah ada baka maine coon kot) katanya bulu dia panjang dan tebal medium jeghh, padahal Syurei bagi makanan Blackwood lagik. Mesti bapak dia bukan si Snowball stuart little tu tah2 bapak dorang kucing rempits jegh, tak pela nak buat camana dah mak dia tasteless.


Adam panggil dia Afield .. pandai main dgn Adam. Main kejar2 la pastu duk dlm bakul basikal la, okaylaa walaupun tak comel mana tapi kami tetap sayang dia. Setakat ni tak train lagi ke toilet, membuang tu macam mak dia jugak cari kertas bila nak membuang.



Melayan hobi Adam yg suka mewarna tu, tak terkam pun tangan. Tak mencakar Adam lagi la setakat nih, gigit pun lembut2 je. Suka mengekor Adam, pastu bila mamat tu nak pegang dia lari. Tapi Adam nih punyala penggeli dgn kucing dan sampai sekarang kalau susah nak pakai pampers bawak masuk je Garfield nih mesti dia dtg kat memi baring atas pampers. Garfield nih 24/7 duk dlm sangkar, bila kami balik keje malam tu lepas dia dlm rumah pastu bila agak2 dah lama kurung balik dlm cage. Bukan tak nak lepas tapi takut kena langgar kan dia kecik lagi masih tak reti nak lintas jalan .. takkan nak harap mak dia ajarkan, mak dia bimbo versi kucing.

till next time Daaaaaaaaaaaaaaaaa

0 comments: