Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, July 18, 2012

Yummy chawanmushi

Chawanmushi ni merupakan kegemaran anak saya, maybe anak saya gemar sbb dia soft macam tau fu fa, tak payah kunyah pun takpe terus telan je.  Anak saya mmg malas nak kunyah makanan yg liat2 dia akan keluarkan balik mungkin dia rasa muak sbb duk simpan dlm mulut.

Disebabkan anak saya gemar maka saya maka kami seringlaa ke Sushi king JJAU2 sbb situ dekat dgn rumah aunty i n situ tak ramai org, anak saya pun makan dgn behave ooh lupa kadang2 tak behave jugak tapi kami kalau ke situ pilih seat yg belakang2 jauh dari org. Pastu kami letihlaa asik nak gi Sushi King je dah le i tak berapa gemar sgt sushi king ni tapi kalau sushi zanmai jauh plak nak pegi dan situ lagi haru sbb ramai org n crowded so saya pun mengambil insiatif belajar la buat sendiri. Saya google je resipi dan jumpa 2 or 3 resepi dan saya olah sendiri nak bagi senang buat maka baru2 ni iaitu semasa saya tak keje ritu saya ada mencuba resepi chawanmushi, percubaan kali ke 3 hasilnya chawanmushi saya tu sangat cantik heheheh sorry i puji diri. 
Adam tengah enjoy makan chawanmushi sushi king, dia dah boleh minum yakultz heheheh.  Seronok tgk Adam makan byk sbb dia kan picky eater.

Ramai kawan2 tanya cemana i buat, alaa i buat kaedah senang n pantas kiranya tetiba nak mkn je leh buat dan bahan pun tak susah.  So i share sini laa walaupun dah ada kawan yg mencuba tapi ada kawan yg tanya i janji nak letak sini. 

Bahan:
3 biji telur size sederhana.
350ml stok ayam  - homemade or cube stok
light soy sauce - 2 sudu besar (Lee Kum Kee)
Garam secukup rasa
white pepper

Bahan utk letak dlm cawan
carot
enoki mushroom
udang
crab fillament stick - ptg kecik

*Bahan utk letak dlm cawan tu terpulang la nak letak apa pun dan apa yg ada kat rumah tu kalau tak mau letak pape pun tak pe kot
Telur 3 biji tadi dipecahkan dlm mangkuk berasingan. Jangan pukul telur tu tapi just lalukan sudu crossing beberapa kali utk pecahkan telur kuning.  kemudian campurkan kicap cair, garam dan white pepper. Kemudian campurkan telur td bersama chicken stok.

Bahan utk di letakkan dlm cawan, saya tak letak udang or ayam tapi saya letak crab fillamen je sbb ni je ada kat rumah.  Bahan tadi saya siapkan dlm tupperware kecik supaya senang kemudian hari.   Carot saya potong panjang sbb anak saya mmg mkn macam tu kalau ptg cube dia tak makan.
Gunakan cup kecik or ramekin cup tu sbb senang nak masak dan senang nak makan.  Bhn tadi just campakkan je dlm tu kemudian tuang telur yg dicampurkan dgn chicken stok.  Sebelum kukus cover dgn cling film supaya telur tu tak meluap naik nnt tak cantik dan tak sedap.  Kukus atas api yg besar selama 15 minit dan angkat.
Dah siap dan boleh makan dah, walaupun tak pakai air rebusan bonito kelp tu tapi pada saya okaylaa sedap gak.  Anak saya makan lebih selamat sbb bahan yg digunakan halal dan suci .. Alhamdulillah.

Kalau sesapa nak mencuba boleh laa tapi kalau rasa tak mau pun takpe saya cuma nak kongsi dgn kengkawan saya yg baca blog nih.

Daaaaaaaa

2 comments:

suriani said...

best buat sendiri sebb adam suka and enjoy.. akak tau ko sendiripun suka jugak, kann?

Alice said...

iye kak aku mmg suka chawanmushi tu yg aku rasa jimatt nye dpt buat sendiri pastu leh mkn byk2