Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, March 19, 2013

Peristiwa jatuh longkang

Lama tade update, citer byk nak share sini cuma cam biasa laa asik malas nak buat entry kalau ada gangguan spt gangguan keje aah bkn gangguan iblis, itu gangguan iblis masa keje kat opis lama dulu skrg dah tenang dlm dunia pekerjaan walaupun bz tetap i menten buat keje sambil senyum.

Nih nak citer minggu lepas berlaku kecuaian makbapak dlm menjaga anak, nak salahkan diri sendiri pun mmg salah laa tapi benda nak jadik kan tetaplaa terjadi jua.  Sejak dua menjak nih kami sibuk duk gi survey2 rumah yg hendak dijual, yelaa kami kan tade umah jadi utk org spt kami yg tak ado ni nak beli rumah kena cari bebetul yg murah, cantik, lokasi sesuai .. mmg payah laa nak jumpa tu yg kami masih mencari nih.  Dan minggu lepas kitaorg pegi tgk rumah kat area Selayang laa, rumah baru cantik laa dan kitaorg pegi ke show hse gallery yg bersebelahan dgn site pembinaan tu dan kami bawak Adam skali ke situ.  Abih tu nak tinggal kat sapa kan dah anak aku tentu laa aku angkut kemana jua ku pegi .. kat situ kebetulan ada launching pada hari tersebut dan org agak ramai laa. Tengah duk syok2 bincang dgn agent rumah n org bank sembang2 sambil minum2 kat luar dlm khemah Adam duk main2 depan mata kami jua tak pegi jauh pun dan kejap2 i panggil dia pastu jap2 Deer panggil. Masa tu kami takut dia main kat tepi jalan risaukan kereta tapi dlm duk panggil2 tu dia terjatuh dlm longkang, masa tu i sedar sbb ada dengar bunyi 'dush' terus nampak pak guard pakistan tu terjun dlm parit tu sepantas kilat ambik Adam pass kat Deer.  Memula cuak jugak takut longkang ada air tapi dlm tu kering hanya ada daun je, pastu bila Deer dukung Adam tengah nangis tu i nampak darah byk mengalir laju dari kepala dia pastu tangan Deer mengigil.   Org2 yg kat situ semua panik suh i pegi hospital cepat2 dan mmg sepantas kilat kami pecut ke Tawakkal. Masa kejadian tu dlm pukul 12 tengahari mmg waktu tu kalau luka sket pun berdarah byk kan sbb waktu panas.



Luka kat kepala Adam cuma terkena bahagian luaran sahaja .. Alhamdulillah tak ada jahitan apa pun.

Adam n papa tgh tunggu turn nak x-ray.  Adam dah okay tak nangis dan dah ckp macam biasa, masa nak x-ray tu dia okay je bagi kerjasama sbb kami ckp mesin x-ray tu adalah Jet pasukan GUTS ultraman Tiga.

Lama gak nak sampai hospital tu adalaa dlm 20 menet cam tu kot tapi rasa lama sbb darah dia basah sampai ke baju i.  Dah sampai hospital darah berenti dah sbb i tekap terlalu kuat kot nurse ckp so luka pun dah cantum mmg tak nampak dah besar mana lubang pun ... Alhamdulillah. Tapi kena x-ray gak laa walaupun tade apa2.  Ekoran kejadian itu mmg i kena marah dgn mak cik ku cik nah sbb katanya i tak jaga anak bebetul pastu mil duk bebel hinggakan meleret sampai ke topik i selalu marah Adam.  mmm me is feelin down dah laa tak pandai jaga anak pastu suka marah anak, sapa tak sayang anak dan i marah anak sbb nak disiplinkan anak bkn nak down kan emosi anak.  Lagipun budak2 ni kena didik dgn kasih sayang dan disiplin barula dia jadik anak yg baik jgn kita terlampau manjakan anak nnt org tgk tak elok macam kurang ajar dan kalau dah jadik macam tu pun salah mak bapak juga tapi dlm kes i ni salah mak sorang jela yg tak pandai jaga anak .. tak pe i take it positively n will improve my motherhood skill.


okaylaa till  next time
daaaa

1 comments:

suriani said...

kesian adam.. sib baik takde apa2.. anak2 tengah membesar ni.. biasalah jatuh2, jatuh tangga, jatuh bilik air, jatuh beskal.. ala, jatuh longkang tu sebahagian jer darinya.. hihi.. kita mak pak kalu tak gelabah kalu somtin happened to the kids mmg tak normal la tu beb!!

any way.. jgnlah amik hati, org tua2 ni akan bebel all the time, sebab apa.. sebab they all sayang ke kita.. lagi2 anak2 kita, that is cucu they all.. kannn?

sincerely,
kaksubizibodies.. ahak