Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Iftar Office - Le Meridien

Semalam adalah hari berbuka puasa office, mula2 macam tak nak pegi tapi mengenangkan dekat sekangkang kera berlari dari opis dan tambahan pula ianya di Le Meridien terus teruja nak pegi.







Sorry ler terletak gambar makanan plak. Saya adalah hampa dgn menu berbuka kali ni, dah ler harga satu kepala mahal tapi tak setanding makanan yg dihidangkan. Mungkin jugak sbb kampeni saya tu ambik private hall yg hanya hidangkan utk kami je seramai 300 org tak campur org lain tu pasal la menu dia limited. Memula saya mengharapkan ada food stall spt Japanese stall, western, Oysters, mussels dll tapi semua tu tade terus ptong selera makan sikit cehhh emooo ... Walaupun begitu saya gigih jugak ambik gambar nak buh kat blog, a'ah la tak penah aku letak gambar sebanyak cam ni kan hehehh saje je takde modal nak bercerita so letak gambar pon jadilaa.


walaupun aku tak cung tapi gambar ku tetap ada wajib okay sbb ini blogku.Syurei dan i sebelum makan .. pucat lesi mukaku, tetiap thn muka i berbuka puasa office mmg lame cam nih tapi dlm hati suka tau (yippiee makan free)


till next time daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Friday, July 15, 2011

Saya Menyesal

Seperti sedia maklum yg saya bebelkan selama ni bila suami saya o/station saya pun tumpang rumah pil di kepong dan menaiki komuter ke tempat kerja. Biasanya saya memandu sendiri ke stesen dan terus naik komuter sampai ke tempat kerja saya di KL sentral. Tetapi saya ni tak pandai budget tren sampai pukul brapa nak keluar rumah pkl brapa maka saya pun lewat sampai ke tempat kerja sudah la selama ni saya mmg lewat pun. Pastu nak memburukkan keadaan lagi saya membuat keputusan sendiri balik seawal pkl 5 petang yang mana tak pernah lagi mana2 staff lain di tempat kerja saya buat (kononnya selama ni saya balik lewat tu boleh kaver laa KONONNye) .. tetapi saya beritahu mgrs saya bahawasanya saya pulang awal (tah laa dorang ni iyekan aje tah paham ke tidak tak tau la).


Maka semalam saya kena marah ler sbb balik awal dan datang lewat dalam kata lain saya telah melanggar disiplin, walaupun saya beritahu dia yg saya dah beritahu mgrs saya tapi katanya tak boleh sbb ada org tak bersetuju dgn tindakan saya itew dan telah merepot kepadanya. Maka saya menyesali perbuatan saya itu dan saya ingin berubah menjadi pekerja contoh terbaik di tahun hadapan. Selama ini saya tidak sedar bahawasanya saya telah menyusahkan org sekeliling saya bila saya pulang lebih awal dan datang setiap pagi lewat. Saya bersedih hingga ke saat ini, dan saya dgn sepenuh hatinya ingin berubah menjadi insan yg lebih baik kepada masyarakat sekeliling (1 Malaysia). Pagi tadi saya sampai awal sebelum 8.30, semoga saya terus begitu hingga lah saya berenti. Petang ni pun saya tak nak lagi balik lambat nnt ada org marah saya balik lambat .. jadi saya telah berazam utk keluar dari ofis pukul 5.30 dan paling lewat pun 5.45 .. saya janji tak nak menebeng lagi kat sini lama2.


Entahla hujung bulan ni saya dpt bonus ke tidak tak tahu laa, tetapi saya tidak kisah semua itu yg penting saya MENYESALI perbuatan saya itu. Setiap tahun bila hampir waktu nak dpt bonus je mesti saya kena panggil atas sebab2 tertentu dan akibatnya saya tidak pernah dpt banyak bonus ... tapi nasib baik gaji saya tidak dipotong .. Alhamdulillah (sambil tadah tangan spt nabila). Saya bersyukur dgn apa yg dpt selama ini sepanjang saya bekerja disini, thn lepas kampeni bagi saya allowance parking hampir menitis air mata saya gembira menerimanya walaupun jumlah nya kecil yg penting saya BERSYUKUR. Pernah satu kali bila saya menerima kenaikan gaji yg lebih sikit dari biasa .. (pada saya besar jumlah nya walaupun kecil aje pada org lain) hampir seminggu saya menangis tidak percaya (hinggakan ketika saat saya menaip ni pun bergenang kembali air mata saya) menerima hakikat saya naik gaji. Sebelum saya kerja sini dulu bonus saya sikit je, perform ke tak perform ke yakni dibenci cerca hina pun dpt jumlah sama je iaitu sebulan dan kadang2 tak dapat .. tu pasal la saya sayangg sangat kat tempat kerja saya skrg ni walaupun saya tak pernah dpt 4 bulan bonus macam org lain yg bagus berkerja .. payah nak jumpa kampeni cam ni tau. Tak payah ler citer pasal bonus lagi ni haa terharu saya .. lagipun gaji saya sendiri selama ni pun tak abis pakai (heheheh).


Dengan ini saya insaf dan ingin berubah dan semoga selepas ini saya lebih pandai bekerja dan lebih rajin serta patuh pada peraturan dan lebih berdisiplin .. saya berjanji tak mau mc2 lg dah (ehhh kerap ke aku mc ... jap beru beberapa kali je) tak pe laa saya mmg bersalah sbb dah guna mc beberapa kali thn depan kalau boleh tak mau MC lagi dah kalau tak perlu. Dan juga semoga selepas ini bos saya lebih berpuas hati dgn prestasi kerja saya .. saya sudahi dgn Wabillah hitaufik wal hidayah wasalamualaikum warahmatullah hi wabarakaaaaaatuuhhh.



p/s: saya benar2 insaf dan menyesal dan saya tak tipu .. inilah luahan hati saya y sebenar. Tak sempat la nak cari gambar2 letak buat hiasan sbb saya tgh bersedih ni.

Friday, April 29, 2011

Our very own royal wedding party

Kat opis i nih pkl 3 ptg siap ada party sempena british royal wedding. Party biasa jelaa kot, party nak suka2 dan rasanya tade la banner or baloon ke apa tapi ada provide makanan. i pegi jelaaa sbb boleh lari dari membuat kerja sekejap sambil suka2 bersama teman2 feeling2 kami ni socialite british .. heehhehhee






Ini email yg dihantar pagi tadi oleh party planner opis kami iaitu org HR. email ini membuat ramai org suka hati sbb hari ni kan jumaat, so bila lepas lunch mmg pikiran dah kat rumah kan .. ilang ngantuk i .. lain la org yg tade life kecuali kerja jegh.


Daaaaaaaaaaaaaaaa