Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, October 23, 2008

Wonderland Hill

Tahun 2008 ni dah nak abis kalendar dah, cam sedih pulak bila memikirkan tahun depan nak muncul tak lama lagi. Bukan apa ... memikirkan umur akan semakin bertambah bila berganjak ke thn baru .. risau ler (cam tak sedar diri dah tua). Setakat ni kalau difikirkan apa yg aku dpt dan apa yg aku dah kumpul selama ni tak banyak dan tak boleh la lagi dikategorikan org yg berjaya. Berangan nak kumpul assets sebanyak mungkin sebelum pencen, kalau boleh nak beli rumah flat nak sewakan (bln2 kutip sewa je) and nak beli rumah sendiri yg seselesa mungkin pendek kata kalau masuk rumah tak nak keluar laa sbb sedap dan selesa hamat. Tapi kat KL ni mana nak cari rumah yg cantik selesa yg harganye reasonable kan maunye cecah hampir juta2laaa kalau tak de duhettt tak payah berharapla. Kalau nak jugak kenala cari dihujung2 Shah Alam dekat Klang rumah cantik2 harga pun masih mampu milik lagi.

Baru2 ni ada la aku suarakan apa yg terbuku dihati nie (seperti yg diatas tu) kat hubby dia kata kalau laa apa yg aku impikan tu melampau sangat sampai tua pun blm tentu lagi dia boleh dpt kan hubby also said why i didnt marry someone old n rich that person sure can buy me what i want. Felt guilty to asking so many things from him lately (sorry deer) ntahla sejak 2 menjak ni tenat sangatla aku berangan feelin Paris Hilton pun ada (tapi tak berangan la nak jd bimbo cam dia). Below is a view inside my dream house, i have to accept the truth that it is impossible for me to own this house. Tak pe laa cukup bulan ni i pindah rumah baru jugak walaupun tak semewah ini tapi rumah yg sesuai dgn pendapatanku. (goshhh truth is alwayssss hurt)



Bila disurvey about this hse i found this and it make me almost pass out wehhh ... mahalnyeeee

Federal Hill
Seri Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur
RM10,000, RM2.50 per sq.ft.
Property Type: Townhouse
Built-Up: 4000 Square Feet
Rental Price: RM10,000
Rent Price psf: RM2.50 per sq.ft.
Bedrooms: 4+1
Bathrooms: 5
Situated: Intermediate Unit
Facilities: Club House, Covered Parking, Jogging Track, Playground, Swimming Pool, Wading Pool, 24hr Security

Me n elaine tgh buat air kat pantry sambil berangan tengok rumah thru the glass window tu. Elaine tu tadelaa berangan i sorang je laa berangan sbb hari2 duk tgk kan maunye tak melayang fikiran.

Okay cau dululaa penat laa berangan lelebih nie .. nnt kang rambut pun makin nipis. ni baru berangan bab rumah blm lagi bab perabot, langsir barang dlman rumah, bajus, handbags etc etc... peninggggggggggggg.
Tapi golongan cam aku ni hanya mampu berangan jer .. sob sob

Tuesday, October 21, 2008

Real paper

Backdated entry pasal duhettt raya (yang diperbuat daripada kertas). A week before raya ada boss "org lain" bagi i duhettt raya you, ....boss ku sendiri tak bagi sebab dorang tak cukup budget kot .. daripada pemberian tak ikhlas lebih baik tak payah kan, tak pe i tak kisahhhh. Terharu je bila dia bagi RM *** kat aku ... sebelum nie adalaa tolong2 secretary dia tapi dah lama jugak dah sejak pindah opis baru ni tade la kerap sangat kena menolong org lain lagi.

Before pindah kat building baru ni management dah arrange seating cantik2, dah boleh cover each other tak payah panggil org lain tolong lagi dah. Tak sangka pulak ada org ingat budi kita walaupun dah lama. Tak kisah laa jumlah duit raya tu banyak ke tidak janji org yg memberi tu dengan ikhlas dan walaupun dia bukan berbangsa melayu saya ckp berterima kasih dgn pemberian ikhlas itu.

:D

The secret life of Alice

Sunyi sangat ler kat opis ni sampai bosan plak rasanye. Keje cam tak banyak sangatla .. mmm konsep opis aku ni w/pun boss tade tapi sempat lagi antar email suruh itu ini, tak kisah janji dorang tak de kat opis ni pun dah syukur dah. Dalam melayan perasaan cam bosan nie macam2 aku dah buat .. sempat laa alter kening aku nie, touch up dah berpuluh kali dah ... masih bosan lagi.

Tadik sempat la aku menyelongkar gambar2 kat pc aku ni nak transfer ke pen drive tetiba jumpa gambar kat bawah nie ... cam takot je nak letak sini takot ada org tikam diri sendiri .. hahhahahah hehehhehe (gelak cam mak ayam) .. aku tau aku gedik tapi nak buat camana kang dah tu bercakap benar. Rudy mmg hot tapi adik rudy lagi lagi lagi laaa hotsss (kan Sue kan kan)

Rudy n i at Italiannies Sunway Piramid .. (thanks Lynnz ;P)

Sekarang ni tak boleh gedik lebih2 lagi laa, tak pela dulu dah gedik abis2 dah. kalau gedik cover2 boleh lagi kot .. laki aku tak marah tak pe laa. entry nie berbau cam aku ni pompuan gatal je .. tak pelaa well i'm just a human bisa melakukan kesalahan.

;P

Saturday, October 18, 2008

Furry Frens

Lately banyak habiskan masa kat rumah parentsku rasa malas nak balik rumah sendiri lagipun ckp bln ni nak pindah masuk rumah baru hehehehhe ... at last. Untuk mengisi kebosanan dihari minggu nie aku banyak habiskan masa dgn sahabat berbulu yg ada kat rumahku parents aku nie.


Kalau sebelum ni ada 6 ekor semuanya tapi malang sekali 3 ekor anak Snaddy (stray cat yg menumpang) dah mati sbb cirit birit dan sakit mata skrg ni tinggal 3 ekor jelaa OB, Willy dan Snaddy. Tak lama lagi bertambah2 la sahabat berbulu ku sebabnye Snaddy nak beranak lagi dan Willy pun tak padan dgn kecik dah mengandung tau. Sebelum puasa hari tu aku bawak Willy g klinik nak g spay kan dia tak sangka plak doctor tu tak mau buat sbb dia dah ngandung, agaknya dah besar dah kot anak dia tu yg doctor tak mau buat sbb katanya nnt boleh risikokan nyawa Willy. Terpaksala ku relakan dia branak tapi lepas ni confirm kena cepat2 g spaykan.


No more little kitties around .. Snaddy babies .. masa ni masih sihat


Willy pernah shared cage dgn Snaddy's babies ni, masa tu tak sangka plak Willy boleh main2 dgn anak Snaddy ingatkan dia marah. Bila dorang nie tade lagi Willy pon cam sunyi jer, dulu dia tercari2 jer babies nie .. :{. Skrg ni Willy cam sedih je duk dlm cage tu sorang, tade lagi tido gaya kuak lentang tu cuma tido gaya membulat cam tenggiling je.

Macam sempit je cage, dorang ni suka tido berhimpit2 ... motifnye adalah utk memanaskan badan.

Asalnya cage di atas tu adalah kepunyaan OB, kalau barang dia tak boleh share dgn kucing lain kalau letak jugak nnt dia ngamuk pastu hidu2 kat sana sini dan garang tak pasal2 .. last2 skrg ni OB tido dlm rumah. Memang jimat kos skrg nie sbb tak payah beli pasir dah tido dlm rumah berak kencing pon dlm toilet ler pastu siang hari keje barunye berjalan je. Bermacam kerenah kucing aku nie tapi tetap menghiburkan hati. My furry frens is a part of my family members ... and a part of my life too. Kalau tade dorang nie bosanla hidupku.

Thursday, October 16, 2008

Cat Fungal

Sejak dua menjak nie kucing aku ada kutu ler. Aku rasa sejak dia terlepas keluar rumah lah, asik nak berjalan jer lately kalau tak lepas keluar nnt dia berak jer kat mana2 dia suka tanda protes ler tuh. Pastu balik rumah basah kuyup (lately ni kan ujan je manjang) pastu garu2 kat kawasan telinga tuh.

Dan tak disangka2 aku pun turut kena kutu kucing tuh ... tak pasal2 aku jadik gatal2, yg membuatkan aku tau kutu kucing kat badan aku tuh bila aku nampak satu bende itam kat tangan aku. Masa kutu tu gigit tak rasa gatal tau, tapi selepas beberapa jam je kegatalanyer menjadik2. hisshhhh tak leh jadik nie kena cari shampoo anti kutu for Obie tak pon aku antar ke cat grooming senang citer.

Nasib baik kutu Ob jangkit kat aku kalau kutu babi camana tuh .. kena mandi tanah liat aku... hmmm nnt kalau rajin aku nak google laa pasal perbezaan kutu babi - kutu manusia, mmm untuk pengetahuan sendiri jerk mana tau nnt kang ada kutu babi jangkit, aku tau apa nak buat nnt.

I Luv Monday

Me and my frens can't wait for next week monday and tuesday ... i noe its sound weird suddenly we sound like pekerja berhemah je kan .. most of us normally hate monday very damn much hahah. Dah lama kitaorg buat countdown for next week sebabnye semua Mgr and above tade kat office, dorang semua pegi ke Bali for kursus aka paid holiday for professional staff ONLY. Disebabkan haku tak cukup keprofessionalan lagi tak dpt laaa benefit sebegitu, ooh btw i'm practising my professionality rite now (uhuk uhuk ) sedang mencontohi mereka yg professional coz lately i'm very very very positive person.

Untuk menghilangkan rasa rindu kami semua kepada bosses, kami telah merancang segala parti yg bakal diadakan minggu depan seperti parti tupperware, cosway, ayam, hari raya dan deepavali, collection duit for our party dah dibuat. To all of my bossess you guys enjoy ur free trip and to our management ooh thank you very much for organising this kind of vacation for our bosses (i almost cry tsk tsk). But i managed to capture below's image for all of my bosses.

Till next entry ... cauuuuuuu

Sunday, October 12, 2008

Obama's rocking shirt

Halle Berry spotted rocking with Obama's shirt ... looks cool huh .. anyone wanna wear dis kind of shirt tapi gambar politician versi Malaysia ????????? kan kita semua nie Malaysian .. cam menebal plak semangat keMalaysiaan ku. Kalau t shirt begini diberi percuma dikala kita rakyat malaysia tgh sibuk dgn pilihanraya hari tu mesti ada org pakai tapi dgn syarat la, buat la design yg menarik sket.

image from popsugar.com .... jangan kata aku plak yg terserempak dgn halle berry nie gambar pinjam jer nie.