Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, October 23, 2008

Wonderland Hill

Tahun 2008 ni dah nak abis kalendar dah, cam sedih pulak bila memikirkan tahun depan nak muncul tak lama lagi. Bukan apa ... memikirkan umur akan semakin bertambah bila berganjak ke thn baru .. risau ler (cam tak sedar diri dah tua). Setakat ni kalau difikirkan apa yg aku dpt dan apa yg aku dah kumpul selama ni tak banyak dan tak boleh la lagi dikategorikan org yg berjaya. Berangan nak kumpul assets sebanyak mungkin sebelum pencen, kalau boleh nak beli rumah flat nak sewakan (bln2 kutip sewa je) and nak beli rumah sendiri yg seselesa mungkin pendek kata kalau masuk rumah tak nak keluar laa sbb sedap dan selesa hamat. Tapi kat KL ni mana nak cari rumah yg cantik selesa yg harganye reasonable kan maunye cecah hampir juta2laaa kalau tak de duhettt tak payah berharapla. Kalau nak jugak kenala cari dihujung2 Shah Alam dekat Klang rumah cantik2 harga pun masih mampu milik lagi.

Baru2 ni ada la aku suarakan apa yg terbuku dihati nie (seperti yg diatas tu) kat hubby dia kata kalau laa apa yg aku impikan tu melampau sangat sampai tua pun blm tentu lagi dia boleh dpt kan hubby also said why i didnt marry someone old n rich that person sure can buy me what i want. Felt guilty to asking so many things from him lately (sorry deer) ntahla sejak 2 menjak ni tenat sangatla aku berangan feelin Paris Hilton pun ada (tapi tak berangan la nak jd bimbo cam dia). Below is a view inside my dream house, i have to accept the truth that it is impossible for me to own this house. Tak pe laa cukup bulan ni i pindah rumah baru jugak walaupun tak semewah ini tapi rumah yg sesuai dgn pendapatanku. (goshhh truth is alwayssss hurt)



Bila disurvey about this hse i found this and it make me almost pass out wehhh ... mahalnyeeee

Federal Hill
Seri Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur
RM10,000, RM2.50 per sq.ft.
Property Type: Townhouse
Built-Up: 4000 Square Feet
Rental Price: RM10,000
Rent Price psf: RM2.50 per sq.ft.
Bedrooms: 4+1
Bathrooms: 5
Situated: Intermediate Unit
Facilities: Club House, Covered Parking, Jogging Track, Playground, Swimming Pool, Wading Pool, 24hr Security

Me n elaine tgh buat air kat pantry sambil berangan tengok rumah thru the glass window tu. Elaine tu tadelaa berangan i sorang je laa berangan sbb hari2 duk tgk kan maunye tak melayang fikiran.

Okay cau dululaa penat laa berangan lelebih nie .. nnt kang rambut pun makin nipis. ni baru berangan bab rumah blm lagi bab perabot, langsir barang dlman rumah, bajus, handbags etc etc... peninggggggggggggg.
Tapi golongan cam aku ni hanya mampu berangan jer .. sob sob

2 comments:

Mak Su said...

maknanya, kalau ada cuma ada 2.50, akak cuma boleh dok kat satu kaki persegi sajork? huhuhu

Alice said...

yerlaa tuh satu kaki persegi tu mahalsss ler