Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, November 26, 2009

Adam here n there

Hari ni Adam dah 3 bulan, kelmarin pegi cucuk dia dah 5.5kg. Kali ni bila kena jab dia tak nangis lama kejap je pastu dah okay, agaknya dah kena hari tu so tade laa terkejut sgt .. Ohh ye dua2 kali kena jab dia tak demam cuma badan suam2 macam nak demam terus bagi dia ubat demam. Semalam seharian dia tak ceria sbb colic, tapi hari ni dah baik dah.
Seronok main2 dgn Adam skrg ni, dia dah pandai nak sembang2 tapi bahasa dia la, panjang btul cerita dia. Ohh dah pandai dah nak gigit2 tangan org tapi bila i bagi teether dia tak nak plak sbb tak expert lagi nak pegang toy tapi tgh gigih berlatih skrg ni. Setiap petang bila i ambik dia kat rumah my aunt dia tak tido tapi tak nak main, my aunt kata maybe dia tunggu kitaorg kot .. ehhee sweet nya Adam ... :D
Last weekend i pegi sale Pureen kat PJ, best jugak kali ketiga i pegi heheh hari tu i borong baju tido Adam jer tade mmg aim tu je pon yg lain cuma tambah2 beli sabun basuh baju baby n steril pil. Skrg ni BBstore pun ada sale menarik jugak, mothercare pun sale, matik aku blm sampai tengah bln dan kering la macam ni. Apapun kena rancang perbelanjaan ni mesti berbelanja bijak yer takkan tetiba nak belik semua kan kenalaa sedar i ni bkn bini Donald Trump pon. Okayla diakhiri dgn gambar Adam .. hehehe


Adam ni poser tau tengok org pegang camera ke handphone ke macam dah tau je org nak ambik gambar dia pastu terus pandang and senyum2 tade org ajar or panggil dia pun pelik la ... mmm build in kot.

Adam at 2 mths .. on d way back home from clinic .. masa ni baru lepas kena cucuk 2 bulan.

Masa ni pun 2 mths jugak pegi visit moyang kat Kemuning .... auntie Amani, auntie Ayla & auntie Jaja

Okaylaaa dah puas showing off dah nak sign off plak ... daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, November 17, 2009

Playing with the rules

Oopss tadi i masuk lambat, sampai ofis dah almost 10am dah tapi i dah called mak su bgtau dia i msk lambat. Sampai ofis je waaahhhh semua boss pegi meeting lah whole day plak tu, cam best je dtg keje hari ni kalau i dpt mc sekalipun tak nak balik cam ni.
Lately ni cuaca tak menentu kan asik hujan je ... bila hujan je bkn diaorg nak slowkan aircond maintain je tempt sama sejuk sampai ke tulang kami2 ni (almaklum lah kan saya ni mandi tetiap pagi tentu lah sejuk even bila tak hujan pun apatah lagi la hujan). Bila dah sejuk2 begini my ceaser wound tu macam menyucuk2 plak ngeri je rasanye, balik rumah nak tido pun kena selimut tebal2 stokin pun still pakai lagi kdg2.

Oohh lupa ada satu citer kelakar tau kat opis i ler (ooh kat sini mmg ramai org pelik).. ada someone tu dia hantar email dan info dlm email tu salah tapi pastu dia call org yg terima email tu marah org tu sbb tak betulkan mistake dia, pada dia org tu kenala alert error dlm email tu. Hehehhe teruk kan sbb email tu abt a meeting yg dia kena organise, i think these people believe they are right all the time sbb tu la bila skali buat salah sentap pastu cari org utk dipersalahkan. Lagipun dia rasa dia punya kedudukan mantap sbb boss dia kan hebat. Habis tu bila terjadi kat kitaorg ni sapa laa plak kami nak persalahkan yer hehhehe (kidding je). Dulu masa i mula2 keja selalu je kena marah bkn boss marah tapi org lain yg lebih senior tapi bila i dah lama kat sini i tadelaa plak nakbuat macam tu kat org lain kan tak baik lah. Biasalah tu keje mana2 pun ada cam ni kan .. tapi kita yg terkena ni of courselah we don't want to look like a jerk and rat out of a fellow employee kan itu memburuk kan reputasi kita. Senang cerita buat hal sendiri lah jgn nak tunjuk hebat sangat kan org pasang harapan tinggi menggunung kat kita sedangkan kita tak sebagus mana tak ke parah tu.
Okaylah tak nak lah citer panjang2 pasal ni kang i kena pecat kang matilaahhh tak pun ada sesapa ofismate i baca ke tak ke masak kalau dorang tunjuk kat boss dorang (FYI bosses pun mengumpat secretary tau among dorang). Tak syok keje kalau org nak pasir2 ni .. waitt oooopsss pasir (matik lah mak) ishhh takut lah.

Better tgk gambar Adam yg tgh marah ni .. hehhehe

Walaupun Adam tgh marah tapi mommy tengok Adam hilang rasa kusut n marah ni .. lambatnye 5.30 nak balik peluk Adam lagi baik.

Okay lahhh till next time daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, November 16, 2009

Wish u were here

Hari ni i letak gambar Adam ler, lagipun dah lama i tak update blog. Oooh i mmg update jarang2 je sbb tak de modal lagipun ada org kisah. Gambar Adam latest at 2 mths, matik laa kalau ada sesapa bosan asik citer pasal anak je kan.
Tengah hanyut dlm buai

Adam sekarang bertambah sihat Alhamdulillah .. semakin chubby and he learned a lot of things from day to day. Suka main2 dan belek2 tangan dia tu pastu masuk mulut ler sambil membebel2 sorang. Dah pandai sembang tapi kena kita start dulu, macam sombong pun ada jugak ni.see dah boleh pegang sendiri dah tapi botol ni dia tak suka sbb tak cukup kenyang botol 2 auns je dia skrg dah minum more than that max 4 auns.

Haaa baru cukup tapi i marah you tadi i minum tak cukup langsung i tak nak pegang botol sendiri.

Dia dah tak bangun mlm every 2 hrs like before tapi satu mlm sekali je bgn.. good boy.. Mommy n Papa pun can have enough sleep now.

Our furry frens OB tu asik duk kat dapur je skrg ni sian dia yelaa Adam tak boleh dekat dgn kucing. Lily our silly cat tu dah berpaling tadah tak mau balik rumah lagi dah skrg ni dah tinggal dgn our neighbour. Oooh our neighbour tu suka kat Lily sbb tu la dia rela jaga Lily tapi i still missed my Silly Lilly.


Lilly pls come back home ... :(

Monday, November 9, 2009

Clearing up my mind

Last week i took MC and EL, hehehe teruk kan baru je start keje 2 minggu dah ambik cuti lagik. Lucky me always have a frens like Mak Su and Umi ameer and oso Cik Menti to cover for me while i'm not in d office .. million thanks to you all kalau tak kerna korang maybe thn depan aku kena pecat le. Ohh this year no one call me to cover for other ppl downstairs mmmm felik kan but i cannot say anything wait until chrismast baru tauuu.

I luv my job ... at least i'm still working not staying at home jobless and i even luv more and appreciate what i have now especially end of mth heheheheh **** mak cik kayoo** kching.




This poster really inspired me and ohh motivate me eventho my bonus this year didn't reach 12 mths macam org itewww. Ohh gals don't tell me you don't know who .. tettt...

Daaaaaaaa

Tuesday, October 27, 2009

2 months Adam

Adam dah masuk umur 2 bulan. Cepatnya dia besar, tak rasa plak masa berlalu pantas .. heheh. Sebelum masuk umur 2 bulan ni macam2 Adam dah lalui lepas satu2 dtg masalah asyik keluar masuk hospital je (PPN - Pusat Perubatan Naluri), masa umur seminggu dia kena tahan wad sbb jaundis... umur sebulan dia kena tahan wad lagi kali ni sebab CMPA pastu kena selsema dan batuk2 teruk pulak tu. Masa Adam kena selsema tu kami tak pegi PPN lagi kitaorg try paed kat Tawakal hosp plak mmg magic lah sekali pegi tu Adam terus baik.

Adam setakat ni dah boleh senyum dan gelak bila dipanggil dan diagah. Kaki dan tangan dia dah semakin kuat, kalau kita pegang kedua2 tangan dia mmg dia cuba mengangkat badan dan kaki pulak semakin hebat mengayuh dan menendang. Kalau mengamuk dlm kereta kitaorg pasang CD baby enstein .. actually dari masa mengandung lagi i mmg dah pasang lagu baby mozart ni rasanya sebab tulah dia mmg suka dgr baby enstein cd tu sampai skrg. Suka tido dlm buai je dan menjadi masalah buat kami bila nak bermlm rumah mil or incase nnt nak berjln mana ke tak ke jadik keje kami angkut buat ke hulu hilir .. tapi apakan daya Adam dah suka kami terpaksa ikut lah janji dia tak bising.

Semalam jugak aku dah start keje dah, cam biasalah gi keje setelah cuti panjang duk membongkang kat rumah maunye tak lemau smlm. Dan hari ni pulak saya EL plak .. heheh .. sungguh pekerja contoh ni, bkn apa hari ni g klinik inject Adam.

Hari ni meragam satu hari sbb sakit kaki tempat kena jab tu le, nasib baik i cuti kalau tak susah ler my aunt (oh fyi my aunt yg jaga Adam skrg). Asyik menangis je dia tak tau nak apa dukung pun tak nak, menyusu pun tak nak tapi dah petang sket dia okay dah. Apapun Alhamdulillah tak demam lagi setakat ni, harapnye tak demam le.

My milk production dah increase .. hehehe terima kasih buat kawan2 yg memberi tip n nasihat dan i pun ada jugak la baca blog ibu2 fb ni nak tingkatkan ilmu. I'm so happy now i can continue weaning my baby.

okayla till next time
daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s : gambar akan di add kemudian

Saturday, October 10, 2009

Moo moo go away

Adam is one of a baby with CMPA(cow’s milk protein allergy). Symptoms appeared dari awal lagi diberi susu lembu tapi kami tak perasan pun. There’s a reason I gave him cow’s milk too early sbb I bersalin cesarean maka immediately selepas dia keluar I tak mampu nak bagi dia my milk. After a few days I cuba baru berjaya memberi dia khasiat terbaik dari ibunya, 2 minggu pertama susu I banyak sempatlah buat stok. While I’m happily weaned my baby with his mother’s milk In the 3rd week my milk production berkurang, Adam macam tak puas menyusu .. sedih jugak sbb I kena selang seli bagi dia formula milk.

As a mother I have tried my best not to move him 100% to cow’s milk dan tapi nak buat macam mana kan sbb dah bagi dia susu lembu tu maka dgn sbb tula Adam sekarang been warded since yesterday because of CMPA. Kesian dia kecik2 dah macam2 sakit dah, kadang2 rasa benci diri sendiri, macam2 I dah buat nak increase my milk production tapi masih kurang jugak tak dpt memberi yg terbaik utk Adam. Walau macam mana dugaan sekali pun saya masih mencuba yg terbaik dan masih lagi menyusu Adam with mother’s milk w/pun susu berkurang saya yakin dgn berusaha lebih sket saya pasti berjaya.

Adam I’m so sorry, mummy will give you the best. ooh i missed my baby like hell now.

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Mesti semua org cuti seminggu kan .. tentu kat ofis sekarang ni sunyi jer, tahun ni saya tak payah apply cuti raya heheh. Raya keempat saya sekeluarga pulang beraya di Kota Bharu, Kelantan.

Saya sekeluarga .. Alice, Fahmi & Adam Najmi serta our furry frens Obie n Lilly mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Berhati-hati memandu semoga selamat pergi dan selamat pulang. Okaylaaa daaaaaaaaaaaaaaaaa.

Di akhiri dgn gambar furry fren saya berhari raya bersama2 kami. Kesian Obie tahun ni dia tak sihat, dah bawak g klinik dah slowly recovered hopefully.

My silly cat tade aje dlm gambar .. dia tu asik berjalan je nnt next time i ambik gambar Lily silly cat .. okay lah cukup lah takat ni .. Daaaaaaaaaaaaaaaaa