Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, March 22, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Oooh no .. i'm late, just read the email from nuffnang today and the dateline is today but what d heck i just try my luck.



Oooh people out there i know you guys must like this .....



This super fun Gatsby Deodorant Street Fair is happening on :
Date : 17 April 2010
Time : 10 am till 5pm
Venue : Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
There will be a loads of fun and you can win a lucky draw and various cool gadgets worth up RM 15,000 up for grabs. Among the exciting fun-fair games on that day - Sumo Wrestling (in air bag suits), gladiator battles and other amusing and addictive games you would expect at a fun-fair! .... And for more detail click the link www.gatsby.com/streetfair
Daaaaaaaaaaaaaaa

Sunday, March 21, 2010

SAHM ??? ...


Sepanjang bercuti 4 hari jaga Adam sepenuhnya buat i terfikir dan berharap sangat dapat jadi SAHM .... oooh i really really wish to tapi mampukah suami ku bagi allowance sebulan gajiku sekarang, patah hati disitu jua.

Ingatkan duk rumah nnt mesti bosan nak pulak bila anak tido, tapi tadelaaa nak bosan2 ni sbb seronok duk layan Adam sambil2 buat keje rumah yg tak abis2 tu sampai tak sedar masa berjalan sangat pantas. Kejap je rasa satu hari tu pejam celik dua kali dah petang, pejam lagi skali dah berakhir cuti aku ... eeei malas nyee nak g keje besok. Pikir pasal keje tu merosakkan hari Ahad ku ini .. eei nyampah ler keje kalau dah ilang minat ni .. aku minat time gaji jee. I ada ckp kat Deer pasal SAHM tu yelaa husband mestila happy kalau kita nak berenti ni tapi tulaa Deer ckp i kena pikir betul2 pasal bende ni nnt kang menyesal sbb katanya aku ni nak kumpul aset atas keringat sendiri tapi dah pikir nak berenti so kalau nak berenti kenalaa cari something yg boleh mengisi masa lapang dan disamping itu boleh menambah ketebalan purse sendiri sbb aku ni mmg la agak kuat berbelanja sometimes membazir .... nnt takut nnt lelama kang bosan plak plus purse dah nipis baru laa nangis2 nak apply keje balik. Nampaknya kena fikirkan sesuatu spt WAHM, tapi nak kena cari la apa dia yg sesuai dibuat.


Ni gambar2 kami di MidValley semasa ke Motherhood Expo, Adam tgh mengganas nak bermain2 macam budak dah boleh berjalan. Terpaksalah berhenti duduk sekejap bagi dia merasa duduk kat bangku tepi laluan tu. Tukang ambik gambar sapala lagi kalau bukan Deer, tu pasal lah setiap kali gambar Deer tade.

Masa aku duk rumah hari tu hampir tetiap hari aku duk camwhoring dgn Adam sambil golek2 kat tilam Adam ditengah2 hall. Adam sekarang dah jadik clingy dgn aku ni sbb hari tu kat rumah PIL dan MIL ambik Adam pegang2 kat hall sementara aku dukkat dapur pastu aku dgr dah nangis2 carik mommy dah ... nampak mommy je terus sengih2 dah okay. Kalau i SAHM mesti Adam paling happy sbb boleh main dgn mommy hari2 kan, aku rasa kucing2 ku pun gembira agaknye heheh.

Ooh hari Jumaat Deer cuti sbb nak temankan i pegi motherhood expo kat Midvalley tu .. maka pergilaa kami anak beranak dgn penuh harapan tapi agak hampess jugak laa sbb tak byk booth yg ada pada hari tu tak tau laa kot hari Sabtu n Ahad tu byk booth dan lagi happening ke. Hari Sabtu plak PIL ajak makan kat luar lepas tu terus melarat ke Uptown Setapak dgn membawa Adam skali, tak pernah aku buat lagi bawak anak ditengah2 malam ke tempat org ramai gitu risau gak ni tapi setakat ni tade apa2 lah harapnya.




Okaylaaa till next time


Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, March 12, 2010

Sulit - Projek Empat Ratus


I ada dapat email dari nuffnang ... Terharu okay dpt email begini dari nuffnang i pun sambil lap2 air mata kegembiraan teruslah reply ke nuffnang pastu beberapa hari kemudian iaitu hari ni i pun buatlah entry ini.


Hopefully i'm selected .... wish me luck yaaaa



Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

my tiring week

What a tiring week, Deer tade for abt 4 days (off to Melaka) but luckily he's back yesterday. Me and Adam spend 4 days at Cik Nah's house (ooh cik nah is my auntie yg jaga Adam) Jaja my cousin pun tidur situ jugak. Sepanjang Deer tade i have to drove to lrt every morning at 6.45 am to get a nice parking spot and also to avoid the sardin pack in the lrt jika lambat. Everyday jugak after office i have to go back home (our home at Sri Gombak) to feed my furry frens yg i tinggal kat rumah dlm cage.

Settle everything pegi balik rumah Cik Nah kat Setiawangsa and reach there at 7.30pm .. ooh penat penat nyeee pastu bila malam plak kena uruskan Adam yg sekarang ni mmg susah sangat nak tido, hampir tetiap malam tido 12midnite, esoknya i nak bgn pagi .. ngantuknyeee. Oooh it's hard to be a single mom even its just for 4 days, hehhe i sound like too depend on my husband je maybe because my husband always around kot so i must get use with it lah because soon Deer told me there will be more and more outstation work.
Sekarang ni Adam tido paling awal dlm pukul 10pm, tak tau dah nak buat apa nak bagi dia tido awal lagi. Ooh i terMC semalam pastu a day before tu i EL .. terbalik tul sepatutnya i MC hari Rabu tapi sebab pegi klinik nak carik parking sampai pkl 10am terus balik rumah semula pastu pegi balik tengahari Dr tak nak bagi plak lantak laa i EL pastu semalam patutnya EL i ambik MC plak. Hehehe hari ni aku dtg keje plak lambat .. cam biasalaa terover slept.


Gambar hiasan lil Adam pout lip

Next week i cuti 4 hari sbb Cik Nah tade gi jalan ke Jakarta n Bandung, so next week dtg keje hari Isnin jelaa .. best laaa dah lama tak cuti2 duk rumah ni. Pastu i ajak Deer cuti jugak hari Jumaat sbb nak pegi Parenthood Expo kat Midvalley tu hari Jumaat nak avoid org ramai weekend. Tak sabar nak bawak Adam pegi jalan2 ni.



Daaaaaaaaaaaaaaa

Friday, March 5, 2010

My Happy Baby

Semalam i bawak Adam pegi klinik for his 6 mths jab, he cried a lil bit pastu dah okay dah. Lepas ni kena pegi klinik every 2 mths for checkup je, jab seterusnya bila dia berumur 12 bln. Adam's weight is not that heavy just 6.8kg je, maybe berat dia tak naik sangat sejak dia muntah2 dan cirit birit hari tu. Tapi everthing is okay, he's active as usual.

Malam tadi jugak i dah buat porridge for him .. kali ni letak ikan bilis dan carot pastu blend hancur je. Oooh i buat siap2 mlm tadi utk hantar kat rumah auntie i hari ni .. senang sket buat malam2 tak payah laa pagi i terkocoh2 kang nnt i buat tak elok plak. Lepas siap blend tu i try laa bagi dia rasa skett, dia nampak suka jee terus mintak lagi tapi tak leh laa bagi mkn nasi mlm2 ni Adam ooi.

Sangat suka pergi jalan2, kalau hari minggu kita duk rumah tak keluar dia mulaa la tunjuk muka boring suruh kita dukung dia kat luar .. i rasa ni semua sbb aunty Jojo Adam ni suka bawak dia jalan tu yg dia dah reti tu.


Ni masa jalan2 kat OU dia nak naik Merry go Round ni, tapi tak bergeraklaa just letak je dia kat atas kuda tu ... itupun dah cukup happy dah tu dia tersengih2 tapi kalau dia tau bende tu bleh bergerak agaknya mati aku kena keliling benda tu sambil pegang dia.

Sekarang jugak sudah tidak mau lagi didukung2 dlm kereta dia dgn sendirinya mintak nak duk dlm car seat dia tu ... good boy. Baru last week dia dah jumpa kaki dia pastu asik nak pegang kaki sendiri cabut stokin. So dah jarang lah pakai stokin skrg ni .. kasut pun aku tak beli lagi sbb sian laa tgk tiny feet stuck inside the shoes tu.



Gaya tidur dlm kereta ... dah besar kan so tak mau laa tidur sambil peluk or dukung dia lagi kan tak macho tu.

Gaya tidur ditilam adalah sangat lasak ... abis semua masuk territory mummy n papa. Pastu sangatlah susah nak tidur sbb asik nak main jelaa kejenye terpaksalah kami tutup semua lampu pastu pura2 tido, bila dia tgk kitaorg tido dia pun terlena gak laa. Tp selalunya mummy boleh bangun balik lepas tu dah namanye pun pura2 tido kan tapi Papa dia terus terlena sampai kena kejut balik sbb baru pkl 10mlm ... eloklaa tu alasan konon letih sbb diet gila2.


itulah kisah my happy baby ...

Obie d picky eater ... Molley the crazy cat

Setiap bulan tak boleh beli biskut kucing yg berperisa sama tapi kenala tukar2 perisa lain, kalau tidak dia tak mau makan sbb kononnye bosanlaa tu. Dah lama bela dia kan tentulaa jelas sekali aku ni noted dgn sikap Obie tu. Tapi yg bestnye si Molley ball sikit pun tak kisah makan cam biasa je, kalau tukar ke perisa lain pun dia layan je.


I ni tetiap bulan tadelaa mengikut sangat2 kehendak kucing ku iteww tapi layan laa jugak alaa2 kalau tidak sian gak dgn dorang, yelaa dorang pun cam kita jugak manusia makan yg sama setiap hari mesti bosan kan. Aku anggap cam tu jealaa. Dulu aku beli dorang Iams perisa Lamb n Rice tu .. yg 3kg tu habis less than 2 weeks tau macam dlm seminggu lebih je terus abis. Pastu beli yg pek guni besar tu kang dorang bosan plak tak sempat abis pastu mkn cam ala2 jek .. dah tu skrg ni aku bagi Whiskas campur iams sbb dorang ni mkn iams jadik kucing pemalas sbb kenyang sgt kot, skrg ni selang seli bagi yg makanan tin skali2 .. so happy laa dorang ni sbb aku tgk lately ni lepas makan terus lena, (si Obie jelaa ni) pastu lepakkkk je kat atas bumbung keter. Tapi si Molley tu maintain tetap aktif gila2 ngalahkan si Lilly dulu. Kalau pasir plak aku dah beli yg pasir kat Carrefour jelaa sbb murah dan berkualiti ... dorang ni pemilih kalau kita beli yg mahal2 pastu nak kena tukar tetiap hari mau botak laa tuan ko ni kucing ooi.
Gambar Obie mmg byk sbb dia duk diam je takde loncat2 cam Molley tu .. nnt gambar molley terbaru akan di ambil kelak.


Molley ball skrg ni i dah dilepaskan bebas bermain2 diluar tapi setiap kali i ada kat rumah jelaa, kalau nak pegi keje tetap kena masuk cage. Sejak i lepaskan dia main2 kat luar ni macam2 dia buat kat luar tu sampai si Russel anjing auntie sblh rumah tu menyalak tak berenti sbb dia g gedik2 dpn Russel. Bukan tu aje tau dia g kacau ikan org tulaaa pastu terbalikkan pasu2 jiran lain laaa .... adooiiii pening aku. Keluar masuk dlm rumah 80 puluh kali dgn terloncat2 nyelaa cam kucing mabuk pun ada gak. Si Obie tu pun merajuk dgn aku sbb si molley tu berak kat pasir dia pastu Obie marah agaknya pegi berak depan pintu masuk rumah. Kalau aku kurung sepanjang masa kan kesian plak tapi tulaa aku pejam mata jelaa selagi tade org dtg rumah aku komplen pasal si Molley tuh. Aku pun ada gak terpikir dia jadik cam ni sbb mabuk biskut kucing yg aku campur2 tu ker.

Wednesday, March 3, 2010

Fresh food everyweek

Selalunya kitaorg beli grocery sebulan sekali, tapi start from now nak beli weekly plak. Sejak beberapa bulan lepas hampir tetiap bulan i buang barang2 basah yg disimpan kat fridge tu spt ayam la selalunya, kan membazir tu. Setiap kali balik keje nak masak tu i defrostkan ayam bila dah lembut dan nak prepare masak je mesti baunya cam busuk je tak lalu plak nak masak .. mmm cam hanyir gitu. Padahal setiap kali beli ayam balik tu sblm simpan peti ais mesti i basuh dulu dgn tepung gandum (utk menghilangkan hanyir) but now seems like it doesn't work anymore becoz the smell is still there, mungkin ayam tu lama baru dijual. So we decided beli aje bila nak masak/makan tak payah lagi nak simpan stok. Oooh barulaa makanan tu healthy, hehhe misi nak makan yg organik and healthy kenala rajin.

pic from http://www.eatorganicveggies.com/

I ni jarang plak masak heavy2 spt kari or gulai tu sbb tak berapa pandai tapi kalau refer to resipi tu boleh laa skit2. Kalau setiap hari bila balik keje masak laa mostly masakan yg senang2 spt nasi goreng ayam, spagetthi, burger, mee soup, potato salad ke, sandwiches .. ikut suka Deer nak mkn apa laa tak pun aku sorang je laa yg mkn. Kalau aku sorang makan tentu aku suka masak Singgang ikan pastu ulam kacang botol cicah budu pastu goreng ayam ... sedapnyeeeeeeeeeeeeeee :D. Sorry laa kalau korang tak mkn budu tapi tu yg favorite aku sepanjang zaman.

Sekarang ni pulak i duk sibuk search resipi baby food for my little Adam, kan dia dah start solid kenalaa pelbagaikan pemakanan dia tapi skrg ni i nak buat fruit puree sendiri laa tak nak la beli yg bottled tu lagi tak brapa elok tu. Tapi susah jugak nak carik buah-buahan yg organik kalau sayur organik tu berlambak plak. Pasni nak beli hand blender plak sbb nak blendkan baby food ni.

Okaylaa Daaaaaaaaaaaaaaaaaa

ooh my body weight now is back to normal 40kg .. lebih healthier dari before pregnant 38kg. And Deer lost 4 kg in a month tapi dia makan Jusmate 5. I tak makan apa2 pun just diet biasa jek.