Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, April 14, 2010

Caffein overdosed

Hari ni i masak bekal, simple je just mihun goreng dan b/fast pun ada bekal iaitu bubur ayam. Bubur tu Adam punya tapi dah tu termasak lebih plak so i tak nak lah simpan beku baik makan je. Makan mihun pun dah kenyang ni, lagipun sejak 2 menjak ni iaitu sejak aku diet tak betul ni perut dah masuk angin so keinginan makan pun dah kurang. Tak elok sebenarnya diet huru hara cam i buat ni, dah masuk angin begini makan pun tak selera nak kembali spt biasa tu ambik masa plak ..

Previous pos i ada ckp pasal nak hilangkan bau petai tu so sejak dari hari tu tetiap hari plak i minum nescaffe so hasilnya dah semalam petang dan hari ni kepala ku pusinggg aje deh. Ini first time terjadi pening sbb minum nescaffe, selama ni i mmg kurang pun minum nescaffe tu paling hebat pun seminggu 2 kali jelaa .. tu pun tak abis 1 mug setiap kali minum. Tapi dalam 2 hari ni i minum 2 kali sehari, bagi i dah cukup byk tu ... pastu setiap kali minum abis plak tu. Lagipun kat opis kan senang nak minum picit je button pastu tadah je mug tu terjun lah si nescaffe ni, selama ni duk tgk org minum i tade pun teringin tup2 tetiba plak keinginan datang .. ekoran dari petai la ni. Agaknya caffein tu kot kasik aku mabuk begini .. tak selesa wehh nak pandang PC pun tade mood ni, kalau ambik panadol tido seround best ni.

Okaylaaa pening2 pun kena kerja maaaaa nak carik rezeki halal ...... daaaaaaaaaaaaaa

p/s : entry ni tade niat nak hentam nescaffe yer .. bagi penggemar kopi/nescaffe mintak maaflaa jika ada yg terasa. Ooh mama saya sangaaattt suka nescaffe, dah macam addicted dah sampai kalau tak minum boleh suram seharian .. btul ni tak tipu. Not for me lah len kali i nak minum tea je .. yg panas2 tu slurpppss sedap

Monday, April 12, 2010

Stinky Beans

Saya sangat suka makan petai, tak kiralah makan sebagai ulam mentah ke, dicelur atau dimasak gulai atau sambal semua bedal. Kawan2 saya tak kira kaum apa sekalipun diaorg pun sama jugak sukakan petai. Walaupun busuk tapi rasanya sedap, paling sedap makan ulam cicah budu .. ehhee tak leh buat apa dah org pantai timur suka cicah budu. Disamping sedap tak terhingga tu khasiat petai tak yah citer la amatlah bagus dan semua org pun tau.
Disebabkan petai ni busuk maka bila nak makan tu selalunya i pikir 18 kali, kang esok aku keje camana nak berdepan dgn org esp bosses kang pengsan dorang. Terus terbantut hasrat nak membedal petai, telan air liur je laa gulp* gulp* slurpppp. Tapi semalam i cam biasala weekend kat rumah pil dan dorang ada makan2 pastu adalah petai saya pun apalagi nak makan tapi cam risau bau tu .. kebetulan masa tu adalah adik mil (mak su Deer la) dia pun bagila tip yg bernas yg boleh menepis bau petai itu. Katanya makan aje pastu besok minum lah air nescaffe gerenti tak de bau samaada bau nafas ataupun urine. Petua tu mmg berkesan sbb dah lama dia amalkan so tade hal lah nak makan petai kat opis or kat rumah malah di mana sahaja.
Maka hari ni saya dapati tiada bau petai langsung w/pun smlm baru je makan petai dgn byk nyee.. kalau anda ingin memakan petai dan risaukan baunye boleh la cuba petua ini .. hiks feeling2 ada org kisah.
Daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Milestone experience

Dalam dua tiga hari ni anak saya asyik merengek je, badan pulak macam hangat tapi berpeluh. Pegang kaki dia tak sejuk pun, macam biasa je dan dia pulak lasaknya pun bertambah .. nak pegi klinik pun macam tak berapa yakin yang dia demam. Tapi saya saspek dia nak tumbuh gigi kot, sebabnya air liur dia mak aiii menitik-nitik tak henti pastu keje dia asyik nak mengigit je. Tapi kalau hari ni dia badan dia panas macam tu jugak ingat balik keje karang kena jugak pegi klinik ni, takut apa2 kang.

Bila saya cuba nak tengok gusi dia punyala dia marah .. kalau dia tido pun boleh bangun bila dia terasa yg kita duk pegang2 dagu. Kalau malam pulak saya ni macam kena sawan sbb dgn tetiba boleh terbangun dgn mamainya meraba2 cari Adam .. sbb budak kecik ni tetiap malam tido lasak tak tentu hala, selalu je dia tersasar ke tempat lain dan saya pulak macam ada kuasa dalaman je dgn tetiba tau budak kecik tu dah keluar landasan. Kitaorg ni dah lama tak tido dlm bilik utama sbbnya takut Adam jatuh tilam. Katil kami hari tu patah (aah biasala katil Cav**z* kan rapuh) tak berganti lagi sbbnya patah wrong timing masa seminggu lagi sblm beranakkan Adam pastu sampai hari ni tak beli2 lagi dah tu tak tido di bilik utama lagi sejak itu (malas nak turun naik atas). Hall area or guest room tu lah bilik kami skrg ni, baby cot plak sblm branak tu plan nak beli tapi tetiba je katil patah takkan plak nak tido katil baby lebih tinggi dari kami heheeh cam apa je .. lagipun kami duk rumah sendiri tido memana pun tak pe. Playpen pun pakai kadang2 je, pantang aku letak je Adam meraung cam kena dera je ... benci tul dia dgn playpen tuh.

Hari tu Adam tersangatlah lasak hinggakan masa saya dukung pun boleh berpusing2, dan dia skrg ni dalam percubaan nak berdiri dah pun w/pun blm merangkak dgn jayanya, duduk pun baru pandai tripod sit tu pun tak cekap lagi. Merangkak setakat 3 hingga 4 tapak je terus meniarap. Tapi hari tu dia merangkak sambil tu meniarap ke sofa dan cuba berpegang utk bangun berdiri tapi kena kita tolong jugak sbb dia macam nak terlentang gitu. Gambar kat atas tu .. Adam dgn sengaja dibaringkan di atas lantai sbb dia kalau tengah melasak boleh terkesima kalau kita terlentangkan kat lantai .. hehehe takut kot sbb kepala dia tegak je ... kan lantai tu keras terus dia pun kaku disitu. Kejap je i letak cam tu nak bagi dia diam jap.
Okaylaa nak sambung keje dah .. Daaaaaaaaaaaaa

Friday, April 9, 2010

My old cat

Pagi sebelum pergi kerja selalunya i akan ambil angin kejap kat luar rumah sambil dukung Adam, selalunya seronok laa mamat kecik tu tengok itu ini kat luar esp pokok & kereta tengok sambil tunjuk2 or muncung mulut dia skali. Biasala baby kan they will learn new thing from observation and sometimes dia imitate skali kan, jadi persekitaran sekeliling adalah amat penting. Tadi i tunjuk laa kat dia " Adam loooookkkkk Cat' .. sambil tunjuk2 kat Obie yg tengah lari2 kat luar dengan kawan2 kucingnya .. "that is Obie .. Obie is a CAT" ... Obie is our cat" .... pastu kenala ulang2 tiga empat kali. Kan baby ni kena keep repeating same word beberapa kali supaya dia lebih paham .. itu apa yg i bacalaa so praktik la kat anak sendiri kan.


Sedang burung berkicauan dan angin pagi yg segar dan suasana nyaman pagi tiba2 tercemar ... jeng jeng jeng ... tengah2 aku duk tunjuk kat Adam si obie tu buat apa tetiba dia boleh berak tengah2 alam tu dgn tade gali2 dulu main cangkung depan rumah jiran pastu selamba je melabur kat situ ... Depan rumah orang okay . Tidak abis disitu je, selesai melabur dia jalan dua tiga langkah kencing plak kat tempat tu gak. Tak pernah sepanjang aku jaga kucing tu dia boleh melabur kat luar rumah dgn tidak berhemah begitu, bila aku bising marah2 dia suh pegi dari situ dia rilek je cangkung tanpa rasa takut kat aku duk tengah marah dia ni. I ni masa tu tengah dukung Adam camana nak lepuk dia pun, takkan nak sepak dgn kaki plak .. ooh i tak penah sepak kucing i tau, sian dorang. Masa tu nasib baik laa jiran i tu tade bukak pintu lagi, kalau tak malu kitaorg, yelaa kucing kitaorg terangan meninggalkan sisa pepejal kat situ. Nak tak nak kenalaa kutip balik sisa pepejal tu buang kat tempat lain. Tak senonoh sungguh Obie sekarang. Pelik kenapa dia buat cam tu adakah dia sudah tua dan nyanyuk tak tak tau membuang kat mana dah or did he need my attention, or he jelous becoz we have a baby now. Ntahlaa tak pernah lagi i abaikan dia, cuma skrg dia bebas bermain diluar.


Obie memang menunjukkan contoh tak baik dikalangan kucing, daripada well behave indoor cat dah rupa stray cat dah skrg ni dengan comot dan bulu dah tungang langgang dah. Adam pulak sibuk jugak masa i tengah bising tu dia siap bising2 sambil pointed to the cat, agaknya dia pelik kot mesti dia ingat i ajar dia marah kucing .. Adam tak pernah bagi dekat dgn Obie lagi, setakat ni cuma main jauh2 camtu je .. belum masanya lagi tunggulah bila dia dah besar nnt baru boleh tap2 badan kucing.


Okaylaa Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s : Dah lama kucing aku tak mandi .. busuk dah. SIL kata ada pet shop kat Kepong bagi servis groom pets dgn bayaran amat murah skali RM30. Lompat tali aku kegembiraan .. murahnye nnt boleh la pegi.



Thursday, April 8, 2010

No more outing for a while

Tak sabar nak tunggu Friday .. heheeh teruk kan. Don't tell me la korang tak happy kalau hari Jumaat (eh prasan plak org lain cam aku), al maklum laa sejak ada anak ni mood nak bekerja kurang ya hamat dah. Dtg keje asyik duk terbayang muka anak je. Tapi i maintain lagi masih gembira dtg keja .. i kerja dgn ikhlas w/pun sometimes malas demi mendapatkan gaji yg halal .. kang malas2 laki aku kata gaji aku tak halal adake cam tu.

Semalam lepas balik kerja i bawak Adam pergi Jusco Setiawangsa, tujuannya nak cari makanlah so bawak auntie i skali. Masa tengah makan tu ada terdengar org duk sembang2 pasal H1N1 yg katanya kembali semula menyerang, tetiba "gulp" tersedak rasanya, makananku terus tak abis makan ... ooh takutnya. Rasa nak terus lari balik je masa tu .. hehe drama. Lepas ni baik aku tak payah kerap sangat la bawak baby keluar, biasanya hampir tetiap minggu kitaorg keluar jalan. Dlm keadaan sekarang ni baik stop kejap, lepas dah reda ni boleh teruskan balik cam biasa.
Alaa biasala mommy mmg skeptical skett pasal benda2 cam ni .. prevention is better than cure kan. Deer pun okay je katanya demi keselamatan dan kesejahteraan bersama .. hiks. Weekend at home pun best gak, boleh kemas2 rumah pastu boleh golek2 tengok TV .. syok nyeee.
Ooh sebelum tu tengok dulu gambar my baby tido ni (heheh paksa plak) alaa entry ni tade modal tapi nak tulis jugak blasah je laaa.



Okaylaa Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, April 6, 2010

big tummy and lil tummy

Semalam jumpa member lama dan makan2 kat Sushi King Sooka sentral. I makan sampai tak leh masuk lagik dah sbb terlalu lapar maka aku gelojoh sket, kan org kata kalau makan laju2 tu cepat kenyang w/pun makanan tu masuk sikit je. Tetiba terfikir plak adakah aku tidak mampu makan buffet spt dulu lagi? ... sedih ooo kalau cam tu, baru je minggu lepas dah plan2 dgn Deer n sil nak g makan kat Shogun or Jogoya .. dulu kalau makan buffet tu aku lah juara sbb w/pun perutku nampak tade tapi boleh masuk byk makanan. Tapi sekarang ni perutku belum makan pun dah seperti makan. Ooh i'm proud of my big tummy hiks ..



i've made a mistake againnnnnnnnnnnn .. bad mother. Pity lil Adam and his lil tummy .... minggu lepas i bagi dia makan Heinz multigrain with Banana .. without knowing that he's allergic to banana. He really loved his cereal, sbb i tambah dgn kismis so ada rasa manis2 kot, dia makan macam tak cukup je. Allergy simptom appeared after 2 days, spt biasala dia start wheezing, sneezing, discharge kat mata dan hidung, tapi nasib baik tak teruk mana pun tak de la sampai muntah2 dan cirit birit spt hari tu .. itu pasal la i ingatkan dia selsema. I dah berkali2 cek kat kotak makanan tu dan mmg Lactose Free food, tak tau la plak tak boleh makan pisang. pelik aku. tu pasal la dia kurus je asik tak leh makan itu ini. Tak pe laa as a mother i pray for his health and will grow up as a strong kid.

So skrg ni i bagi dia plain rice cereal je la tambah kismis nak bagi rasa buah sket tu je laa, i gilir2 dgn porridge jugak. I mixed his porridge with fish and vege (carrot and brocolli je setakat ni) fish pulak i bagi dia Dory fish, salmon fish, anchovy and cod fish. I'm glad that he love his porridge cuma dia tak suka kalau dicampur dgn brocolli je yg lain okay. Sometimes i takut nak bagi Adam makan benda baru, takut tak sesuai nnt perut dia reject pastu i menyesal tak sudah. Lebih baik i kekalkan diet Adam spt sekarang sahaja yg mana sesuai buat dia.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s : dekat opis saya dorang jual tom yam ayam tapi isi ayam nye hanyalaa sebesar pemadam je hiris2 halus pastu adala dalam 5 or 6 keping je tapi bawang nye lebih tak yah susah2 mintak.

Thursday, April 1, 2010

Today

Hari i tade byk keje pun ala2 je 'look like busy' or LLB heheheheh kitaorg slalu ckp LLB je. Kalau tak berlakon nnt ada pulak org dengki or sakit ati baik kita LLB je kan. Dan hari jugak tak bawak bekal la sbb tak tau nak masak apa pun lagipun mama kan ada bila kita nak masa je dia mesti nak masak jugak i mmg suka pun tapi tulaa takut plak menyusahkan dia. Tak sabar nak balik dah ni w/pun tadi baru sampai tapi hati duk rumah dah heheh sbb mama ckp nnt dia masak for dinner heheheh mesti sedap ni. Ooh hari ni Adam duk rumah je dgn mama tapi tak nangis pun dia, dah kenal mama tok. Kucing i si Obie seronok gila dia mama ada kat rumah cam nak tido dlm rumah je tapi bila mama panggil ala2 cam merajuk je .. konon, tapi rasanya Obie lagi rindu kat adik i si Hanif tu sbb dulu adik i selalu duk belai dia. Sekarang ni Obie dah boleh pun terima hakikat duk berjauhan dgn dorang cam i jugak hehehehh .. cam emo jek.
Okay laaa hari aku cam tade citer laaaaa ... cam lame je .... all the time
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
p/s : lapar plak tak sabar nak lunch ni ...penah dengar 'Kicap cap Kipas Boss" haaa kicap tulaa aku nak cari ni, sedap gak tu buat makan dgn telur mata kerbau. Sedap dimakan dan boss pun sayanggggg. Hikksss euwwwwwwwwwww