Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, August 26, 2010

Happy Birthday Adam

Alhamdulillah, today Adam is officialy 1 year old. He received his 1st bday present last nite from Opah, Tok Wan and Mak Ngah (deer's parent & sis) a toy and beberapa helai baju raya. This morning another bday present... his one year old jab, nangis sket je sbb dia pandang jarum tu masa kena jab heheeh pastu menangis ketakutan. Mommy harap seperti biasala Adam tak demam after any injection.

Sekarang dah lasak dan pandai macam2 dah, merangkak dan memanjat dah pro sampai abis segala kerusi nak panjat tak lupa juga tangga panjat gaya ala juara la. Baru2 ni Mama tok nah panik sbb tetiba Adam hilang dari pandangan dia carik sana sini tade .. rupanya duk bawah meja .. hehhe so next time kalau ilang lagi carilaa Adam di bawah meja, kerusi or katil , suka baring bawah katil. Minat terhadap segala jenis tayar semakin menebal hinggakan tayar kereta papa pun Adam nak peluk .. agaknya nak measure tayar tu kot compare dgn tayar lori. Rasanya kalau dah boleh antar tadika sure mommy dah hantar ni sbb Adam ni suka nak berkawan, kalau nampak budak2 lain je pandai tegur "hai" and bye2 la pastu kalau dgr baby je terbeliak mata apatah lagi kalau baby nangis muncung2 mulut dia cam concern je .. pastu bitau i 'bb yai' maksudnya baby cry, mm macam ler dia tak nangis cuba kalau tak bagi pape dia nak terus throw tantrum kat situ jugak.

Rindu plak waktu Adam dlm perut i, his kicking and moving semua i boleh rasa and i really enjoyed it.


Gambar Adam then and now, grow up so fast. Birthday party tadelaa nak buat dlm masa terdekat ni tunggula lepas raya lagipun bulan2 puasa ni kang buat parti org tak dtg plak iyelaa apa tak nye org sibuk nak raya dah ni. Tak pe laa nnt malam ni kita beli kek Adam tiup tapi mommy mkn kek tu .. bkn Adam blh mkn pun. Ohh part nak beli kek dah berbulan kami cari akhirnya jumpa jugak kek jelly yg tade skim milk tuh, nnt nak buat party tu la mommy beli yer.
Happy birthday Adam .. mommy n papa doakan semoga Adam membesar dgn sihat dan semoga menjadi anak yg soleh serta berjaya dunia dan akhirat .. Amin.

Daaaaaaaaaaaaa

Thursday, August 19, 2010

i luv august

Waah lama tak berupdate blog aku ni kan ... tetiba hiksss cam org kesah, tak pe org tak baca aku baca pat belas kali sehari blog sendiri .. heheeehheh. Dah pertengahan August pun baru nak citer naper suka August tak pelaaaa i lembap sket lately bkn sbb pose mmg saje cam tu built in. Berbalik kepada citer kita hari ni iaitu August ... Oooh i love August ... there is so many good things happened in August, bonus, increment, i've got promoted, Adam will turn 1, jugak bulan mulia penuh keberkatan Ramadhan and waaaaaaaaah Alhamdulillah.

Reason why i'm busy lately tu sbb salah satunya pegi shopping hehehhehmiahhahahha tadelaa membazir pun just beli barang2 perlu je yg lebih tu simpan utk masa depan. Beli barang2 Adam la yg paling byk pun, tulaa he's my first priority now .. tak sangka kehendak sendiri dah jadik no 2 dah. Birthday party Adam nnt rasanya i buat lepas raya la tapi simple2 jelaa tak baik membazir2 ni.

Actually i tgh tunggu masa ni to switch to nu post tu tapi tahlaa mgmt ni kalau dorang lembap cam kulat ni tak pe tapi cuba kalau kita slow cam tu harus diberi kaunseling la ptg increment la reason sbb SLOW. Owhh tak baik berckp begitu dibulan mulia ni .. sabar sabar (tarik napas.. fuh lepas .. ahhhh ) tapi tak pe saya tak lupa juga bersyukur Alhamdulillah mintak2 lepas ni i dah tak payah susah2 tahan telinga kena maki dah sbb i dah tak jadik seketari cabuk lagik hehehehheh i've got promoted jadik kuli jugak tapi buat keje lain dah dan harapanku semoga aku akan bahagia buat keje baruku nnt. Walaupun bonus dan incrementku tadelaa banyak hinggakan i boleh tukar kereta bmw dan membeli 5 bijik bag LV sekaligus, tapi i tetap bersyukur sbb janji adooooooooooooo dan lebih baik dari thn lepas. Lepas ni boss2 ku 'selamat jalan' kalau rasa nak marah dan tak puas ati silalaa maki seketari baru yer .. kalau berani la hikss ... :D ...

Okaylaa sblm blah saya sajikan gambar Adam buah hati pengarang jantungku. Yang suka tak pakai baju skrg ni sbb panas dan berpeluh.

Adam minat sangat dgn tayar ... tak kiralaa dari tayar treler dijalanraya hingga tayar kereta kecik montok kesayangan dia. Setiap kali dpt benda bertayar mesti dia berlagu gelek tayar tu dgn tangan dia.

Till next time Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s: selamat berpuasa.

Friday, August 13, 2010

Ramadhan - 2nd day

Hari kedua Ramadhan, 100 hari adik telah meninggalkan kami semua. Sebenarnya smlm lagi nak buat entry abt this tapi tah laa tade mood tetiba bila memikirkan ini. Beberapa kali saya cuba call mama smlm tak jawab pun, dari pagi ke malam tak jawab phone .. pelik dan panik mulanya tapi tak nak pikir negative lah mungkin mama sibuk, yelaa mana tau dia ada buat bacaan doa ke panggil jiran2 buka puasa skali. Hari ni mama call cam sedih je suara dia tadi rupanya smlm mmg dia sibuk buat bacaan doa dan Yassin buat arwah tapi tak jemput sesapa pun cuma mama dan abah je.
Kami semua masih sedih lagi dan takkan melupakan dia buat selamanya .. kenangan kami bersama dia tetap tersimpan rapi .. tapi tak pe la nak buat macam mana pun dah ketentuan dariNYA yg maha berkuasa, sesungguhnya Allah maha berkuasa dan maha mengetahui .. kehidupan ini adalah sementara dan semua ini adalah pinjaman dariNya. Adik tentu dah bahagia di sana, dia tak sakit lagi spt dulu dan penderitaan dia dah berakhir di atas muka bumi ini. .. Semoga roh adik tenang dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman .. Al fatihah.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua.

pic ambik from google.

Salam Ramadhan .. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, July 26, 2010

Happy 11 months old

My baby dah 11 mths old today. Still learn how to walk .. masih meniti2 tepi sofa dan sudah berani lepaskan tangan tapi tetap penakut nak melangkah tanpa berpegang. Kesihatan Adam Alhamdulillah, jarang sekali demam cuma baru2 ni dia ada naik gatal2 kat belakang badan dan kaki. Rasanya bukan allergy makanan sbb mmg i pantau apa dia makan tapi mungkin dari furry frens i kot.
Bercakap sudah tentu laa tak boleh lagi (miracle kalau adam boleh berckap) tapi dah ada a few words tu macam clear je dia sebut macam sebut "nak", kalau suka apa2 dia ckp "eeee" dgn ekspresi muka skali dan macam2 laa dia ckp letih nak tulis sini, dan mommy masih dipanggil nenen lagi. Merangkak dah laju cam sekelip mata dah kat tempat lain dan juga dah pandai memanjat lagi2 kalau letak dlm playpen ... bahaya ni tak leh tinggal seminit pun. Dah pandai main mengemas kalau di lihat dibawah sofa tu macam2 dia baling kat bawah tu pastu dia cuba nak ambik balik, owh kitaorg kalau ilang apa2 jenguk je bawah sofa tu. Keadaan rumah juga tok sah citerlaa bersepah je manjang ada saja dia baling barang merata, kalau tak bagi kan sian pulak takde aktiviti pun tak boleh kan slow plak perkembangan dia. Hmmm sudah reti nak marah kita balik siap tepuk2 lantai tanda protes kalau kita cuba halang dia buat apa2 tapi kalau kita marah dia still nangis jugak .. heheh.

Perkembangan lain Adam rasanya sama kot dgn budak di usia 11 bulan. I ada terbaca pasal early learning for baby dan baru i tau kita dah boleh start stimulate baby's brain at 4mths old tapi rasanya tak terlambat lagi kot nak stimulate Adam dan i pun dah start introduce dia to flash cards masa dia umur 7 bulan (lambat jgk) juga i mmg ada bacakan buku cerita (belasah laa w/pun dia tak paham tapi boleh nampak yg dia perhatikan gerak bibir i) . Baru2 ni juga i ada register for trial class kat KinderM*sik, cuba trial dulu kalau sesuai buat Adam dan harganya tak mahal sampai terbeliak bijik mata mommy/papa maybe boleh consider.



Bunga yg terselit kat telinga Adam tu ialah bunga nasik kerabu tak beracun pun dan dia pun suka sangat bunga tu. Sambil2 pakaikan bunga tu i kept repeating tah berapa ratus kali tetiap pagi duk sebut .. color "purple" and "flower" . And suprisingly bila i tanya 'where is flower?' dia dah pandai pointing kat kat mana2 bunga lah yg ada depan mata dia, dan kadang2 kalau i tanya pun dia buat tak tau juga depend pada mood dia kot, tak kisah laa janji dia dah paham.

Makan byk pun badan Adam still kecik jugak tak delaa tembam pun sedang2 jeghh. Biskut pulak bukan main susah nak belik yg tak contain cows milk naik pening mencarik biskut Pure*n dan Baby Cho*ce perisa ayam, kalau jumpa terus beli stok byk2. Puri buah masih lagi yg mommy buat sendiri tak beli canned punya kecuali bila emergency (jalan2 or holiday). Minum susu cam kurang sket waktu siang tapi malam2 maintain bangun minum susu sekali or dua kali.

Okaylaa tillnext time

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Thursday, July 22, 2010

My weekend and food galore

Minggu lepas ikut Deer ke Melaka .. dia ada keja kat sana dan i plak ambil peluang ikut sekali. Tapi kali ni i pegi pun tade laa berjalan2 kemana pun byk habiskan masa kat bilik dan kat lobi dan jugak ada laa beberapa kali berjalan2 kat Jusco dan sempat singgah kat Jonker Street.

Ada bergambar kat hotel je.. sbb kat tempat lain duk sibuk dgn Adam yg lasak ni.. ada saja mamat ni nak itu ini laa ..sempat jugak la dia paww i kat Jusco tu mintak Thomas train tu, tah bila laa minat Thomas plak.


I makan mmg byk laa sepanjang kat sana, daripada b/fast, lunch dan Dinner semua buffet kat hotel kecuali masa Jumaat memula sampai je i order kat bilik sbb Lunch buffet dah abis. Kalau dah buffet setiap masa bygkanlaa brapa kali aku ulang alik tambah makanan ... ada kambing plak tu .. adoiiii kolestrollll tapi aku makan jugak. Malam sebelum balik tu pulak kitaorg pegi makan ikan bakar kat Alai .. makan banyak lagi kat situ, pendek kata aku makan sebelum lapar laa. Pastu bila balik sini pun makan tak hengat jugak pastu bila tgk perut sendiri terus menyesal .. macam hari ni ingat nak puasa tapi mlm td mkn byk pastu tak sedar nak bgn sahur paling teruk tak niat pun, sayang pulak hari khamis berlalu begitu saja .. Ramadhan dah dekat ni.
Makananku semalam yg heaven

Baru sekali cuba tapi rasa ketagih okay .. terpikir nak pegi lagi tapi tak leh selalu laaa. Sampai hari ni perut aku duk adjust kari ni lagi bygkanlaa dari malam tadi asik nak berry jekk. Best tau pegi dgn Kelly ni dia kan hari2 makan ni mesti la dia tau kan so complete dia mintak siap dgn rasem (cam ni kot eja) skali cuma yg dah abis tu spt acar dan tairu jek tade.


Ni confirm favourite aku tetiap minggu 2 or 3 kali pegi makan ni .. sedap sungguh tak jemu2 lagi sejak dah cuba ni. Nasib baik jauh sket dari rumah or opis kalau tak tetiap hari nak makan ni. Jarang tau i ambik2 gambar makanan ni .. sebab dah suka sangat .

Dah lama rasanya i tak makan sampai lupa diri spt skrg ni ... macam semalam i mmg berat laa menu i seharian dari b/fast makan mee goreng, lunch nasi daun pisang pastu dinner tu boleh pulak terpikir nak makan buffet kat shogun pastu tersedak tetiba sbb rasa dah makan macam nak bunuh diri pulak terus tukar menu ajak Deer makan kat Ta*wan H*use .. kat situ mmg favourite i mmg tetiap minggu mkn situ pun tak boring. Memula tu nak order beef noodle tapi sbb tetiba ada kesedaran tukar pulak beef ball noodle (hiks sebenarnya sama je kan ). Hari ni pulak me n my colleague Umi ameer kitaorg mkn sihat kembali iaitu beef ball soup for lunch, siap masak sawi organik lagik .. terlebih sedar.


Bukan apa kalau org lain dgr aku citer cam ni gerenti muntah kan sbb alaaa baru mkn byk skett kencohhsss dah tapi bagi aku ni lain laaa aku ni high kolestrol jadik adalah lebih baik aku beringat sket bila mkn tu lagipun aku ni kan dah tua dah 30 an pun bawak2 laa sedar akan kesihatan tu penting. Kalau dulu2 ni aku ni juara makan .. keding pun makan boleh masuk byk ooo, dulu aku dan Deer ada satu kegilaan dimana bila kitaorg suka makan sesuatu mesti makan tetiap minggu sampai lebam dankitaorg pernah makan CHilis dan Shog*n tetiap minggu (weekend la) berbulan2 sampai rasa muak tak abis makanan tu baru laa kitaorg pencen pegi situ beberapa bulan. Tapi sekarang kami dah sedar .... healthy is wealthy ... lantak laa org lain nak muntah ke pitam ke janji aku sihat.


p/s : tapi besok ada member ajak makan lagi, makanan indonesia katanya .. tak leh tolak laa demi menjaga hati kawan. miahahahaha alasanku.

Daaaaaaaaaaaa

Wednesday, July 21, 2010

Today is my birthday

I am 31 years old today ... one year older one year wiser (iye ke hehehehe) . Walaupun dah bertambah tua tapi saya syukur Alhamdulillah dgn apa yg saya ada setakat ni.


The latest pic of me .. taken a few week ago. Kat jamban pun jadik laa nak feeling2 muda belia.

Oooh kami tak celebrate pun lagipun dah tua2 begini saya tak kisah dah itu semua .. birthday wish from husband, family members and close frens pun dah cukup dah .. terharu okay. Tapi kalau Deer ada apa2 suprise nak bagi i pun boleh jugee hikss :D.


Tadi lunch my dear colleagues (Kelly & Umi ameer) belanja i mkn nasik daun pisang kat area office i ni .. sangat sedap meletups. Kebetulan juga colleague i sorang lagi siti Syue jugak ada ajak i pegi makan nasi ayam tapi terpaksa tolak sbb dah ada dua jemputan hari ni .. maybe lain kali laa i pegi dgn Siti Syue. Murah betul rezeki ku hari ni ... ohh lupa today kan my birthday ... thank you my frens.


p/s: dah tua2 begini bila nak celebrate beria2 macam malu pulak sbb duk terpikir kan arwah adik tetiba i sedar adalah lebih baik mensyukuri dgn apa pemberianNya dan menginsafi diri.



Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa