My baby dah 11 mths old today. Still learn how to walk .. masih meniti2 tepi sofa dan sudah berani lepaskan tangan tapi tetap penakut nak melangkah tanpa berpegang. Kesihatan Adam Alhamdulillah, jarang sekali demam cuma baru2 ni dia ada naik gatal2 kat belakang badan dan kaki. Rasanya bukan allergy makanan sbb mmg i pantau apa dia makan tapi mungkin dari furry frens i kot.
Bercakap sudah tentu laa tak boleh lagi (miracle kalau adam boleh berckap) tapi dah ada a few words tu macam clear je dia sebut macam sebut "nak", kalau suka apa2 dia ckp "eeee" dgn ekspresi muka skali dan macam2 laa dia ckp letih nak tulis sini, dan mommy masih dipanggil nenen lagi. Merangkak dah laju cam sekelip mata dah kat tempat lain dan juga dah pandai memanjat lagi2 kalau letak dlm playpen ... bahaya ni tak leh tinggal seminit pun. Dah pandai main mengemas kalau di lihat dibawah sofa tu macam2 dia baling kat bawah tu pastu dia cuba nak ambik balik, owh kitaorg kalau ilang apa2 jenguk je bawah sofa tu. Keadaan rumah juga tok sah citerlaa bersepah je manjang ada saja dia baling barang merata, kalau tak bagi kan sian pulak takde aktiviti pun tak boleh kan slow plak perkembangan dia. Hmmm sudah reti nak marah kita balik siap tepuk2 lantai tanda protes kalau kita cuba halang dia buat apa2 tapi kalau kita marah dia still nangis jugak .. heheh.
Perkembangan lain Adam rasanya sama kot dgn budak di usia 11 bulan. I ada terbaca pasal early learning for baby dan baru i tau kita dah boleh start stimulate baby's brain at 4mths old tapi rasanya tak terlambat lagi kot nak stimulate Adam dan i pun dah start introduce dia to flash cards masa dia umur 7 bulan (lambat jgk) juga i mmg ada bacakan buku cerita (belasah laa w/pun dia tak paham tapi boleh nampak yg dia perhatikan gerak bibir i) . Baru2 ni juga i ada register for trial class kat KinderM*sik, cuba trial dulu kalau sesuai buat Adam dan harganya tak mahal sampai terbeliak bijik mata mommy/papa maybe boleh consider.

Bunga yg terselit kat telinga Adam tu ialah bunga nasik kerabu tak beracun pun dan dia pun suka sangat bunga tu. Sambil2 pakaikan bunga tu i kept repeating tah berapa ratus kali tetiap pagi duk sebut .. color "purple" and "flower" . And suprisingly bila i tanya 'where is flower?' dia dah pandai pointing kat kat mana2 bunga lah yg ada depan mata dia, dan kadang2 kalau i tanya pun dia buat tak tau juga depend pada mood dia kot, tak kisah laa janji dia dah paham.

Makan byk pun badan Adam still kecik jugak tak delaa tembam pun sedang2 jeghh. Biskut pulak bukan main susah nak belik yg tak contain cows milk naik pening mencarik biskut Pure*n dan Baby Cho*ce perisa ayam, kalau jumpa terus beli stok byk2. Puri buah masih lagi yg mommy buat sendiri tak beli canned punya kecuali bila emergency (jalan2 or holiday). Minum susu cam kurang sket waktu siang tapi malam2 maintain bangun minum susu sekali or dua kali.
Okaylaa tillnext time
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
0 comments:
Post a Comment