Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, July 12, 2010

Poor Molley

Pagi ni i datang keje dgn berat hati .. sungguh tak ada mood. Bukan sbb monday blues, bukan jugak malas tapi sbb pagi ni i tengok Molley ball sakit ... adoiii kesian sungguh. Molley B tak pernah sakit pun aktif je dia sepanjang masa, tetiba nampak dia berkeadaan begitu sedih hati ni tau.

Semalam kitaorg tade kat rumah dan malam kelmarin tido rumah PIL so just tinggal macam tu jelaa furry frens i tu, bubuh makanan byk dan bekalkan air secukupnya mmg okay aje. Malam tadi masa kitaorg sampai rumah tade pulak dia kat depan rumah tu so ingat biasala pergi berjalan ler tu tup2 pagi tadi baru sedar dia sakit. I tak tau la kenapa Molley B sakit macam tu, mungkin makan apa2 yg beracun ke or kena bisa haiwan lain ke .. dah la vet yg i biasa pegi tu bukak sampai pkl 5.30 je mmg tak akan sempat la i nak bawak dia ke klinik tu unless i cuti or pegi klinik lain. I tak biasa dan tau pun vet lain tu kat mana nak kena cari la kat area2 rumah nampaknya.


Pagi tadi Deer boleh tak perasan yg Molley B tu sakit padahal dia la yg mula nampak dan pegi angkat kucing tu letak dlm cage boleh tak perasan langsung. I ajela yg terperasan kucing tu monyok dgn muka yg bengkak dan mata yg macam nak terkeluar ... tak sempat plak nak rasa badan dia panas ke tak, hidung dia pun warna itam tak leh tau pucat ke tak dan tapak kaki pun itam mmg tak leh nak trace dah ler aku ni tak reti sangat kucing sakit demam ni ...hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiii laa risau laa kang balik karang jadik apa2 yg tak di ingini menyesal tak abis laa aku.


p/s : Kucing aku kan sakit timing tak sesuai tengah bln plak tu dah ler gaji bln ni lambatsssss kena mintak duhett ihsan dari Deer ni. Kucing mmg tade insurans kan padahal kalau kucing punya treatment pun dah lebih kurang harga manusia punya treatment kat private hospt gak. Tapi aku sayang kucing2 ku kerana mereka jua sebahagian dari keluarga ku ... :( apa saja utk mereka.

1 comments:

suriani said...

berkorban utk ahli kuarga ... apa nak kira...