Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, February 23, 2011

Pet House

Obie and Molley suka bercakaran tapi Obie tak dendam dgn Molley cuma gaduh manja2 je. Apa yg i tgk Obie tak suka layan Molley gurau2 maybe Obie tak larat dah kot lagipun dia kan dah tua lain la molley masih muder. I tak letak dorang dlm satu cage takut bercakaran sampai cedera, so letak asing2 la sbb nnt kalau cedera abis duitku nak berubat plak . Walaupun cage asing2 tapi sbb letak sebelah2 pun masih lagi tak leh terima jugak oleh Obie tu, nak alih ke tempat lain pun tak de space dah depan rumah tu .. nak tak nak letak jgk cage dekat2 lelama dah okay terus baik2 okaylaa walaupun skrg ni dah berbaik lite2 sugi tapi tetap berbaik okay.



Cage ni duk dekat dgn paip air sbb senang nak basuh hasil buangan dorang .. bau busuk pun kurang .. tapi yg uruskan dorang skrg ni bkn i ler tapi Deer yg tolong banyak .. thank u Deer :D i skrg ni sibuk dgn Adam (hehe alasan).

Tade modal dah .. okay la till next time Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, February 22, 2011

Freebies

Ini entry excited sbb saya dpt barang free thru internet iaitu dgn join membership utk gain info abt parenthood dan saya dpt freebies dan info berguna yg dorang hantar ke rumah.

I ni mula2 bkn nak freebies tu tapi nak gain info abt my baby formula, my baby kan skrg ni minum soy milk (Isomil). I ada tanya Dr dah boleh ke baby i ni tukar ke cow's milk tapi dr kata cuba la bagi2 sikit2 kalau dia dah boleh terima (tade side effect) boleh la tukar so sejak itu i duk la mintak sample susu online. Dlm byk2 yg i hantar tu ada satu yg menarik minat i iaitu Enfagrow (sbb katanya tinggi DHA) tapi my baby mmg tak boleh tukar lagi kena la lagi minum soya.


Walaupun baby i tu tak minum Enfagrow tapi secara tak sengaja i dah pun jadik member Enfamama dan collect byk point... yg i pun tak tau kenapa i ada sampai ribu2 kitty point sedangkan i tak hantar apa2 penutup pun (utk gain point kena antar penutup timah tu) or maybe i byk log in sbb nak baca info dan cari tips kot and lagi satu i byk recommend kawan2 yg ada anak to join ... Last month i dijemput ke pelancaran website Enfagrow so pgla kat situ i tau boleh tukar point dgn brg .. bukan itu je kitaorg yg dijemput ke website launching tu dpt point jugak, jawab soalan yg ditanya semasa sesi soal jawab pun dpt point lagi pastu hantar info kat rumah lagi dan macam2 la.





They send a catalogue yg dlm tu macam2 toy boleh pilih mengikut kesesuaian umur anak .. pilih dan padankan dgn kitty point cukup tak, macam yg i pilih ni memerlukan 800 point baru boleh redeem .. senang kan kalau byk kitty point pilih je mana suka

Walaupun bendanya tak seberapa tapi pada i ni sukalaa kan tak payah susah2 nak beli, dan jugak boleh tambah koleksi mainan Adam dgn itu bertambah bersepah la hall rumah kami sbb benda ni boleh tabur2 bila bosan.

Kalau sesapa berminat boleh laa join .. terutama skali kepada yg sesapa anak minum Enfagrow tu ... ehhh cam promosi plak, jgn salah sangka yer sebenarnya ini bkn iklan tapi nak berkongsi je kot ada sesapa yg suka barang free cam aku ni haa.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

p/s - selain dari yg ini ada lagi benda free i dpt for Adam la especially, from Mamil Mama club i dpt selimut dan soft toy dolphin dan from lain2 byk lagi laa spt pampers laaa toileteries la dll

Friday, February 18, 2011

Back to hometown - pt2

Hehheheh first time i buat entry cam ni siap ada part2 lagik padahal balik kampung je. Tak pela feeling2 ada org kesah, yg penting i juge yg happy lambung2 dpt balik kampung.
Kitaorg pegi bandar KB sekali je, tu pun ambik nama pegi je ... tah la cam tak best pon sbb semua benda mahal nak mampsss, belik kat KL lagik murah, pastu jam gila dan nak parking adalah hazab. Yg bestnya dekat area rumah parents i ada everything yg i nak, kalau takat balik kampung pastu nak jelajah mall2 kat KB tu tak pelaaa kat sini (KL) pun selalu pegi tetiap minggu. Aunties i pun join sekali balik kampung tapi dorang balik on the 2nd Feb dan duk kat Villa Daniela, Tok Bali .. best kat situ tapi servis kureng.

Adam and Papa kat jeti tok Bali, Adam enjoy tengok boat2 nelayan kat situ. Byk ikan fresh2 kat situ tapi masa tu harga ikan agak mahal walaupun tak sampai ke tangan org ke 3 or ke4 dan seterusnya... agaknya nak keuntungan berganda kot hmmm moga2 peniaga kat situ cepat kaya la saya doakan

Depan swimming pool tu ada pantai .. bukan public beach so mmg tak ramai org dan hanya pengunjung hotel tu je. Rasanya kalau ada org pakai bikini pun tak kena saman kot sbb private beach kan ... hehheheh tapi i tadelaa body tak cantik :( ...


Swimming pool kat hotel tu best, cantik dan besar .... and the view hmm speechless .. sangat la lawaaaa. see i have to use a tube .. tak reti berenang .. malunyee.
Kebetulan jugak masa balik tu ada kenduri kawin sedara, mama dan aunties i tu seronok ler dpt jumpa cousin2 dorang. Kenduri kawin tu buat kat rumah je, sbb dah lama tak pegi kenduri kat kampung maka kami makan kat kenduri tu bertambah2 sbb sedap gila nasik dia, bukan nasik minyak tau tapi macam nasik kukus ayam dara dan kuahnya gulai daging pastu ada ayam goreng rempah dan ada akok skali .. best sungguh.

My mama yg berdiri belakang i and all of us .. dari kenduri jadik family reunion. Mak pengantin (yg baju dan tudung purple) lupa tetamu sbb sibuk bergambar (hahhah lawak la cik nor nih)


Yg makan tambah2 tu i dgn Jaja je .. org lain maintain makan sepinggan je.


Adoii pening entry ni byk gambar .. nnt ada lagi entry gambar, lantak ler yg penting aku sukaa


Daaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, February 16, 2011

Back to hometown

Bulan February ni byk cuti kan .. seronok jugak. Owh semalam cuti Maulidur Rasul tak ada ke mana pun cuma ke rumah PIL aje. Awal Feb hari tu i balik kampung from 31 Jan to 7th Jan, lama jugak dah tu alang2 balik kan, tak berbaloi kejap2 aje.

Bertolak to KB dlm pukul 11 pagi sampai pkl 5 ptg lama jugak tu kan sbb Deer bawak pun tak laju dan jugak ada jam sket kat Merapoh. Sampai sana mkn2 pastu tido, esok nya tu baru la i berjalan2 .. eh tak kemana pun cuma melawat kebun ubi kayu arwah adik yg diteruskan oleh abah skrg ni. My parents now alhamdulillah sihat dan they look happy, masa i ada kat sana dorang ni busy with their kebun ubi kayu dan permintaan utk ubi kayu mmg tak menang tangan. My father nak upah org cabut je sbb tak larat ... Alhamdulillah.



"Meh sini Adam nak cantas2 daun ubi ni .. boleh masak gulai kan mommy ?"



Ini Adam tgh explore tapioca land ... sukalaaa berlari sana sini dgn bebas. Yahoooooo i'm freee to run and jump.

Abah dan mama punya aktiviti petang skrg macam ni la, kalau lepas Asar je dorang mmg tade kat rumah la terus lepak sini. Abah tanam sendiri semua ni (tanah seluas 1 ekar je) yg arwah adik punya batch dah abis mama jual dah (duit tu buat sedekah dan kenduri arwah/tahlil). So skrg my parents ckp dia suka aktiviti sebegini sbb buat dorang rasa rilek dan tenang disamping berbakti kpd tanah. I pun happy jugak sbb masa balik KL tu hari abah bagi kitaorg bawak balik setengah guni .. tapi seketul pun tak ambik semua i bahagi2 kat kawan2 dan PIL. Ooh mama juga buatkan i kerepek ubi kayu, dlm 2 kilo jugak tu pun i bahagi2 kat kawan2.

Adam punya aktiviti petang lepas balik dari kebun terus mandi dlm basin tub depan rumah atok .. best jugak bath tub basin ni yer .. yippie Adam suka lah kalau hari2 macam ni pun tak pe.

Actually byk aktiviti sepanjang berada dikampung i nak coretkan kat sini till next entry .. Daaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, January 26, 2011

My 17 mths baby

Happy 17 mths old my baby ..... no more baby lagi, dah toddler. Tapi mommy still call u baby ... why lar so fast u grown up.


Life become more challenged now as he need more supervision (mata kena set 'pandang Adam all the time'). He walk, run and talking non stop in his own language ... he imitates people around, we become more careful with what we said and do ... kalau nak melatah pun kena ckp control2 lah. Loves to run, jump, dance around the house and climbing up the furnitures, staircase apa saja la pantang terlepas pandang sket je dah pun panjat meja ... eeiii scary moment bila Adam panjat kerusi sambil goyang2 nak gugur jantung mommy tgk kerusi tu nak terbalik n nasib baik sempat pegang.
Mommy always pray for you to become a good son and good muslim and Alhamdulillah sikit2 nampak lah as a good muslim little boy bila azan berkumandang dia marah kita ckp dan kena duk diam semua org pastu dia sorang je kencohss nak azan sekali pastu siap doa lepas azan okay (doa setakat tadah tangan la) mana la si kecik tau doa betul2 .. bagi mommy bangga okay Adam faham dan hormati azan dan hopefully sampai bila2 la Adam macam ni. Tapi papa ckp Adam lebai kucing sbb selepas azan je bila ada lagu2 ke terus tetiba menari depan TV .. lagu apa je pon lagi iklan je tapi dia layannnnn. Tapi kalau lagu Justin bieber lagi laa Adam laju menari lupa la benda lain.
He loves book very much ... newpaper pun suka jugak sbb boleh koyak, I suka belikan buku, dulu tak pandai pun nak tengok2 gambar tapi sekarang he enjoy to flip and turn page of book sambil tengok2 gambar. Mommy tau Adam ni wheel lover so we bought him a book with picture of lorry, truck (in real pictures bkn kartun2) paling suka book tu , simpan dlm kereta sbb setiap kali lori lalu tepi kereta Adam nak mesti bukak buku compare lorry dlm buku dgn lorry kat jalanraya sambil ckp 'bus' abis bantai semua kenderaan besar je 'bus'....he can clearly say 'bus'. Actually byk juga perkataan baru Adam dah boleh sebut, alhamdulillah dia tak pelat sangat most words boleh sebut clearly .. tak lama lagi boleh la sembang2.
I think want to potty train Adam soon, cam malas lah tapi kenala nnt kang sampai besar pakai pampers .. sungguh tak cool for him yg konon tak sabar nak besar. Tengok lah will start maybe next mths la kot tapi pape hal pun kena beli dulu potty tu. Bath time is fun for him and still lagi mandi air suam, bkn apa mommy risau takut Adam sejuk dada ... every morning (weekend la) he got no problem whenever i want to brush his teeth maybe he's getting used to it sbb i dah start brush his teeth since he's 9mths lagi, masa tu gigi dia baru 2 batang .. dan sekarang gigi dah 8 btg .. hopefully soon dia pandai berus sendiri.
Actually byk development Adam setakat ni sampai tak tertulis disini .. macam2 dah pandai spt throw and kick a ball, scribble and draw sampai abis dah dinding rumah etc etc ... dah besar dah anak ku sob sob2 mommy pulak yg rindu masa2 kecik Adam ...... mommy happy for you baby ..

Friday, January 21, 2011

Kisah org hebat dan sapa lagi hebat

Lama tade update kan, semuanya gara2 aku tak leh nak upload gambar kawin ku. Sebab konon aku bertekad kalau tak leh letak gambar tu cam tak sudah je entry aku tu, and selagi tak lepas letak gambar tu maka tade entry laaa. Hmmm melalut plak citer pasal entry lepas kat entry ni.


Sebenarnya dah lama aku nak citer pasal showing off aka bragging ni .. aku bkn dengki dgn org2 yg suka menunjuk ni cuma telinga aku je ni haa sengsara mendengarnya. Konsep org suka menunjuk ni ada dimana sahaja disekeliling anda malah kat opis aku pun ada tapi sbb aku ni ada mata dan otak maka aku boleh pikir dan tapis2 apa yg dia ckp tu betul ke tak, kalau ko mengaku ko kaya dan kutuk aku bawak bekal tapi ko sendiri pakaian cam dssoapid dj pastu gi keje tak bawak keter .. naik LRT jegh tapi kayoooo konsep apakah tuh ......aku tak nak dikencing berkali2 dah tu kalau aku tau diam2 jelaaa bagi la dia menang dan bila dia bercerita tu buat2 la impress sket. Tapi yg aku nak citer hari ni bkn org lain pun .. org ni family aku gak laa, bapak dia tu my uncle suka benorr duk ckp anak dia kaya .. bkn kaya biasa2 cara dia bercerita tu ala2 kaya luar biasa la cam konsep duhet 20K tu stok simpan dlm kasut jeghh (hebat kan maunye tak pengsan aku dgr). Dah lama dah duk citer2 cam ni konon cam berlawan2 dgn anak2 adik beradik yg lain - 'anak sapa paling hebat?' cam tu laa. Kita panggil dia A jelaa yer .. ni kalau family aku baca ni matilaa mesti dorang kata aku pendengki yg hebat.


kalau org cerita apa2 i tapis jugak tadelaa macam dulu main tadah je dengar .... dulu i asik laa kena kencing je sbb terlalu percayakan org .. sekarang no more bebeh :(

Kalau dulu2 dia bercerita aku buat ala masuk telinga kanan kuar telinga kiri(kalau betul dia kaya aku tumpang gembira), tapi sekarang ni aku cam udah2 laaa dah naik semak otak aku nak dgr citer2 camtu, asik duk bercerita je tapi tak pernah pulak jemput ke rumah dia yg mahal tu dan tak penah pun nak join family punya gathering dan kenduri asik isolatekan diri konon dulu sentap dgn makciks2 terbawak2 sentap dari dulu kini dan selamanya ... yg tukang brag nye bapak dan mak dia serta adik badik dia la pastu pass2 story kat family member lain yg makciks ku yg lain tu main percaya je tak tapis2 pon (sian deme) .. dulu masa jumpa tuan punya badan pun tadela sombong sangat tapi skrg makk aii cam datin sri sombongnyee.

Aku ni bukanlah pendengki yg hebat dgn si A ni tapi asik cerita je yg lebih tak nampak pun buktinya , setiap cerita mesti disertakan bukti yer tak?. Dari segi tempat tinggal pulak parents si A ckp si A ni duk kondo tapi tak tau la kondo jenis juta2 ke kan kami tak penah tengok dan parents dia dan dia sendiri bagi alasan kenapa si A beli kondo sbb katanya si A mmg rancang nak beli banglo tapi tak jumpa tempat yg sesuai .. abih kalau tak tak leh beli banglo beli la rumah mewah kat Beverly Heights tu kan dekat je.... ni takk de pon. Hmm dulu masa dah dicanangkan kaya raya lah adalah i terserempak dgn dia kat shopping mall kat parking area masa tu siA pakai keter buatan malaysia tade pun pakai kereta buatan Jerman ke England ke yg mewahssss2 tu .. siap ada alasan lagi naper pakai keter tu konon nye lpas ni nak gi obersea nnt keter tu nak pass kat adik beradik je ... konsep aku ni kalau aku lah yg kaya tak delaa nak pakai keter aku skrg ni haaa hehehhe hiks. At least aku ada alasan kenapa aku pakai kereta aku sekarang sbb harganya murah dan aku mampu takat tu je dan minyakketer pun murah .. gajiku tak byk pun keje aku ni pon pecacai je .. okaylaa kan tak malu pun sbb aku tak bragg. Tapi aku bersykur okay.


LAgi satu baru2 ni cousin sorang lagi ni cerita jumpa si A kat shopping complex dkt area rumah katanya nak tunggu anak dia abis sekolah .. cousin i ckp anak si A sekolah kat tadika biasa je (Q-dees) yg lucunya tadika tu lah nnt i nak hantar Adam sekolah. Mmg i tak expect pun anak dia bersekolah disitu pada i dgn ckp2 dia dan family dia tu mesti anak dia bersekolah di International School. Kata cousin i ni si A siap ckp sebenarnya dia nak antar anak bersekolah di international school tapi katanya tak bagus la bla bla bla tu yg antar kat Q-dees. Kalau i lah yg kaya takdela alasan cam tu terus je antar ke international school sbb kat situ barulah anak2 kita bergaul dgn pelbagai bangsa dan dan english pun siap dgn accentnye.... tak elok ke tu?


Dalam family kami ni mmg ramai tu yg nak menunjuk dan berlawan2 sapa lagi hebat pun sesama kami dah ckp dah tak payah libatkan org luar. Tapi kalau ckp saja mmg senang kan dan org sekarang tak percaya dah dgn ckp2 kosong lagi andai kata ko ada syarikat tapi mana opisnya, business card pun tak penah bagi. Mungkin dia berckp macam tu sbb nak tutup kekurangan diri tak pun dia jenis yg tak yakin dgn diri sendiri dan jugak malu dgn apa yg dia ada.


Aku ni kalau sedara2 mara aku senang mmg aku tumpang gembira tak de nye nak dengki pun dan lagi satu kita ni kalau senang tak payah nak pukul canang bagitau org sbb org dpt tau dari gaya hidup kita. Dan kalau kita senang bawak2 bersyukur kehadrat Ilahi dan bersedekah bukan menunjuk2 sbb kalau Allah nak tarik pemberianNya pada kita sekejap aje.


Daaaaaaaaaaa


p/s: aku mmg bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang walaupun aku tak kaya dan jauh sekali kaya raya. Alhamdulillah sykurrr ... terima kasih Allah. I pun suka berangan kaya ... sambil blink2 bijik mata memandang ke siling rumah .. andailah aku kaya ..............

Wednesday, January 5, 2011

Happy New Year and Our 3rd year

Happy New Year 2011 .. goodbye 2010. Last year ada pahit dan manis .. yg pahit biarlah berlalu dan yg manis tetap kekal dihati as my memory. Alhamdulillah semoga tahun ini kami sekeluarga kekal sihat dan murah rezeki .. insyaAllah.


Hari ni juga our 3rd year wedding anniversary .. i'm gonna cook something special tonite, no celebration kat mana2 nice restaurant lah sbb nnt nak mkn pon tak feel, kang Adam ngamuk boring drpd nak kunyah makanan terus telan. I pon tak nak request apa2 anniversary gift from Deer dan i pun tak beli apa2 for him .. tapi kalau dia nak bagi i terima je (tapi rasanya tak yah ler nak ambik gambar tepek hadiah laki bagi kat sini takut muntah kang .. bkn org lain aku sendiri termuntah bila tgk balik entry ni)




Sempena anniversary kami yg ketiga i will upload our wedding pic ... hmmm besok laa ari ni tak lepas2 asik loading je.

akhirnya gambar aku kawin ... dpt jugak upload setelah setengah bulan aku duk try. Gambar ni je yg boleh masuk lebih2 tak yah la .. takkan nak show off lagi kot dah berdekad dah pon.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Daaaaaaaaaaaaaa