Yesterday my no longer baby Adam turn 3 years old .. definately a big boy dah. Memi sooo happy for you baby, and memi still can't stop calling u baby or maybe we shouldnt stop calling u baby until u have a sibling :D
Monday, August 27, 2012
Happy Birthday my baby
Saturday nite we celebrate at home before 12 am lagi dah tiup lilin, heheh yg tak sabar bukan Adam tapi kami yg excited. The next day Papa bawak ke Chilis to celebrate again, walaupun small celebration among us but its was so meaningful to us to see how Adam can understand the meaning of Birthday and he knows that he's already 3 by showing us his finger and kept yelling 'i'm 3 memi' .. okaylaa utk budak 3 tahun kan dah paham gitu2 pun mak2 dah lompat2.
Kami order Molten chocolate cake for bday cake tapi org Chilis tu bagi complimentary birthday cake with icecream sama jugak dgn molten tu. Dalam gambar tu nampak macam cake sudu je, tahlaa kalut duk pujuk Adam. Pastu kami nak muntah makan dedua cake tu cecepat sbb Adam dah ngamuk bosan duk situ nak tido kat stroller dia la .. adoii layan jelaa prince of the day. Molten tu plak mmg i cannot tahan laa terbeliak2 mata i manissss ya amats.
Adam mintak tiup lilin tu berkali2 sampai tak ada rupa sebenar lilin tu dah. Anakku Adam, memi n papa sentiasa mendoakan Adam moga menjadi anak yg Soleh dan anak yg baik semoga menjadi anak yg berjaya didunia dan akhirat .. insyaAllah amin.
till next time
daaaaaaaaaaaaaaaaa
ooh lupa nnt next entry update raya plak
Posted by
Alice
at
3:19 PM
0
comments
Wednesday, August 15, 2012
Ramadhan & Raya
Ramadhan hampir berakhir, Aidilfitri hampir menjelma .. seronok nak menyambut raya tapi sedih juga nak meninggalkan Ramadhan.
Entry Ramadhan saya tak banyak pun, tahlaa tak sempat nak tulis sini tapi suka je baca entry Ramadhan org lain. Minggu nih kami berbuka kat rumah dan saya masak la simple2, akhir2 ramadhan nih tak berselera nak makan nasik so asiklaa duk goreng mee, kotiau la walaupun begitu tetap kenyang dgn rezeki dariNYA. Pepagi nak pegi keje adoiiii la seret kaki jela lately nih tambah2 lagi dgn lagu raya tetiap pagi mmg memotong mood nak keje. Kat opis baru nih toksah citerlaa dorang nih kalau tak pasang lagu raya dorang duk ckp pasal nak raya pastu minggu nih tokey2 kuih biskut raya kat opis dah distribute barang jualan dorang. Tulaaa kalau kat pwc dulu tade pun rasa nak raya asik rasa nak keje jeee tetiba je ehh dah nak cuti raya dah ye.
Malam tadi saya called mama tanya dia adakah mama sedih spt ibu2 dlm TV tu menangisi anak yg tak pulang beraya .. terus mama gelak, katanya dia tak kisah pun sbb lepas raya nih dia akan dtg KL lagi so raya bagi family kami tade apa sangat. Lain bagi family PIL dorang beraya macam kenduri kendara masak tak henti2 dan org dtg pun ramai jugak.
Persiapan raya kami rasanya dah cukup la kot, cuma nak beli jubah Adam tak jumpa2 sampai ke sudah nak pegi area sibuk spt Jln Tar tu sorrylaa tak berani cuba.
tujelaa kot setakat nih, nak siap2 nak balik dah nih till next time .. ooh sebelum tu gambar kami sbg pemanis entry hehehe.
daaaaaaaaaaa
Posted by
Alice
at
4:26 PM
0
comments
Wednesday, August 8, 2012
Big boy already ????
Hai hari ni i nak bercerita pasal toilet train Adam hehhehe cerita ni dah lama sebelum puasa lagi rasanya dlm bulan June .Sebenarnya nak kata kami ni berjaya toilet train 100% tu belum lagi tapi dah berjaya 80% dah. Kami tak train potty2 pun terus bawak pegi toilet ajar dia pee dlm toilet bowl.
Toilet train dilakukan semasa weekend mmg duk rumah khusus nak mengajar anak guna tandas dgn betul hehehh hebat bunyi nye kan. Hari pertama alhamdulillah tak ada kejadian memi kena mop lantai sbb i tanya dia every 2 hours tak pun kejap2 tanya2 pastu i non stop pesan 'nak pee bitau memi ye, nnt memi bawak gi toilet' .. hari pertama berjaya dan dia mmg happy konon dia dah big boy, everytime dia dpt pee toilet dia siap ckp "yeshh" dgn gaya tangan skali. Hari kedua pun okay tade kena mop rumah jugak pastu hari keje auntie i sambung train adam kat rumah dia tapi ada kes kebocoran jugak hehehehe dia terlepas jua auntie i citer kalau dia terkencing cecepat dia cerita itu ini la cam nak kaver malu je. Pastu weekend seterusnya i sambung dirumah macam tu jugak laa ada yg dia bagitau ada yg dia terlepas tapi kena sabar laa yer kalau kena mop rumah dari hall sampai ke dapur tu tarik napas panjang2 dan anggapla macam bersenam sbb mmg itula lumrahnya kalau baru2 berlatih nih. Kalau dia terberak lagi laa bengang tapi tahan laaa nak marah kang nnt dia terus putus asa .. Adam sendiri pun macam tau memi letih sapu lantai kehulu hilir pegang mop sbb dia sendiri bila terlepas tu mmg tak mau pandang muka i terus ckp 'coyi memi' aloo memi plak yg sayu mmg memi tak penah marah.
Dan hingga sekarang ni alhamdullah la berkat kesabaran kami Adam dah pandai pee kat toilet tapi kalau nak poop masih mintak pampers sbb dia takut katanya nak poop kat toilet maybe sbb dia pandang lubang toilet tu so i tak nak paksa2 setakat ini to me dah okay nnt slowly la. Malam time tido masih pakai pampers sbb time tido tak mungkin lagi dia pandai bangun kejut i nak pegi toilet kot, kalau tido siang dia tak payah pakai dah cuma kadang2 kalau dia malas dia sendiri mintak pampers.
Hmm girl's toy heheeheh .... no memi its my learning tools la.
Oooh kalau keluar weekend tu pakai pampers la sbb susah nak bagi guna public toilet nih pastu plak dia pun penggeli. Masa duk rumah ritu i terlupa terpakai kan dia pampers pastu sampai tengahari dia tak kencing mintak bukak pampers tu nak pegi toilet, mungkin dia geli kot bila dah biasa gi toilet ni kan nak pee dlm pampers tu dia terasa basah kot tahla. Kelakarnya Adam bila tak pakai pampers dia berlari sambil pegang bird tu n dia gelak hahah sbb goyang2 kot, sampai skrg ni i tak beli lagi big boy pants sbb takut dia confuse dgn pampers nanti2 la kita bagi bagi spender tu bila dia dah cekap sket tapi skrg lari2 pun dah tak pegang bird lagi hehehe dah biasa kot.
tu je la citer setakat nih .. citer puasa nnt next entry la. Ooh gambar Adam dlm proses pembelajaran tandas tu kami tak ambik sbb Deer kata gross ler Adam poop n pee pun nak snap letak blog kang dia besar besok marah dia kat kitaorg nih jadikan dia bahan plak.
till next time Daaaaaaaaaaaa
Posted by
Alice
at
4:26 PM
0
comments
Wednesday, August 1, 2012
Puasa oh puasa
Hari pertama puasa merupakan hari jadi saya yg ke 33 heheeh dah tua kan dan hari pertama puasa sempat bersahur dan berbuka bersama mama dan malam 1st ramadhan (Sabtu) mama saya balik kampung .. berbuka tu sempena dinner birthday saya la tapi tade gambar pun sbb celebrate ala2 je mkn2 biasa je Deer belanja heheh tq Deer. Sebelum balik siangnye tu mama masak sambal tumis ikan bilis button mushroom suh saya frozen nak bebuka senang just panaskan je ... good idea mama thank u n i luv u.
Sekarang ni mama saya dah happy bersama abah dikampung tade lagi sedih2 macam ritu .. n am hepi for her too, saya pun lupakan yela kan bulan mulia nih tak payah kita pikir buruk2 yer dan saya lebih prefer tak payah jumpa mak cik saya tu langsung dgn itu tadelaaa kita asik nak panass ati je.
Okay citer pasal ramadhan plak, tahun ni extra seronok walaupun tade bonus thn ni sbb tak sempat dpt bonus ritu aku benti .. kampeni baru ni bagi pelepasan pulang awal 4.30pm ,saya sampai rumah Cik Nah ambik Adam kul 5pm pastu sampai rumah 5.30pm lalaalal sempat nak masak pun tapi jarang jugak masak. Minggu pertama puasa i berbuka rumah pil, baru minggu ni je i berbuka kat rumah tu pun brapa kali je sbb Deer asik laa nak pegi sana sini makan eh tapi i bersahur mmg bangun prepare yg simple2 tu.
Otw balik rumah dia duk dlm bag barang refused to buckle up .. so notty, its hard to drive with him alone.
Adam yg tak puasa .. makan roti chocolate, ooh ye lupa nak bitau sini Adam dah pandai guna toilet tapi utk shishi je kalau na poop mintak pampers gak. hehe actually dah 2 bulan dah dia pandai guna toilet but with our help to bring him to toilet laa kang sorang2 tak bagilaa takut licin.
Ini hadiah birthday yg kawan i bagi .. tengkiu Noreen Sheila, i so sayang nak guna sbb soooo comelss. Ini lah pertama kali dlm idupku dpt note pad yg esklusif begini ... kalau suh beli tak maulaa mahalsss. Sheila ni adalah org pertama jugak yg i kenal suka n minat beli stationery kecik2 begini dgn harga yg tak logik dek akal ku tapi apakan daya kalau org tu minat mmg dia sanggup perabis.
okaylaa till next time ...
daaaaaaaaaaaaaaaaa
Posted by
Alice
at
3:53 PM
0
comments
Ramadhan Kareem
Selamat berpuasa, walaupun dah minggu kedua Ramadhan tak terlambat lagi nak wish sini, semoga Ramadhan kali ni membawa keberkatan kepada kami sekeluarga serta seluruh umat islam di luar sana.
till next time
daaaaaaaa
Posted by
Alice
at
2:44 PM
0
comments
Thursday, July 19, 2012
Poor my mama
malam tadi mama saya nangis for the whole nite disebabkan kata2 kesat maki hamun adik dia. Puncanya kisah lama yg diungkit kembali dan menurut mama dia mmg tak mau layan tapi adik dia tetap duk serang dia hinggakan ditolak2 nya kepala mak saya .. which is too much la for me macam tade respect.
Mama saya dah tua dan adik dia pun bukan muda lagi kalau benda sebegini terjadi tentu la memalukan dan menyedihkan mak saya. Saya cukup sedih lihat mama menangis macam tu dan walaupun mama tak bagi masuk campur takut melarat katanya tapi pada saya kalau org benci mak saya umpama dia bencikan saya jua.
Saya harap mama byk la bersabar dlm menghadapi dugaan sekecil ini dari Allah s.w.t. ujian ini ada jalan penyelesaian. Sepatutnya jauhi dari org yg bersikap sebegini supaya kita tidak berkongsi dosa.
nak mencarut je rasanya tapi sabar ...... AstafirullahalAzim.
Daaaaaaaaaa
Posted by
Alice
at
2:07 PM
2
comments
Wednesday, July 18, 2012
Yummy chawanmushi
Chawanmushi ni merupakan kegemaran anak saya, maybe anak saya gemar sbb dia soft macam tau fu fa, tak payah kunyah pun takpe terus telan je. Anak saya mmg malas nak kunyah makanan yg liat2 dia akan keluarkan balik mungkin dia rasa muak sbb duk simpan dlm mulut.
Disebabkan anak saya gemar maka saya maka kami seringlaa ke Sushi king JJAU2 sbb situ dekat dgn rumah aunty i n situ tak ramai org, anak saya pun makan dgn behave ooh lupa kadang2 tak behave jugak tapi kami kalau ke situ pilih seat yg belakang2 jauh dari org. Pastu kami letihlaa asik nak gi Sushi King je dah le i tak berapa gemar sgt sushi king ni tapi kalau sushi zanmai jauh plak nak pegi dan situ lagi haru sbb ramai org n crowded so saya pun mengambil insiatif belajar la buat sendiri. Saya google je resipi dan jumpa 2 or 3 resepi dan saya olah sendiri nak bagi senang buat maka baru2 ni iaitu semasa saya tak keje ritu saya ada mencuba resepi chawanmushi, percubaan kali ke 3 hasilnya chawanmushi saya tu sangat cantik heheheh sorry i puji diri.
Adam tengah enjoy makan chawanmushi sushi king, dia dah boleh minum yakultz heheheh. Seronok tgk Adam makan byk sbb dia kan picky eater.
Ramai kawan2 tanya cemana i buat, alaa i buat kaedah senang n pantas kiranya tetiba nak mkn je leh buat dan bahan pun tak susah. So i share sini laa walaupun dah ada kawan yg mencuba tapi ada kawan yg tanya i janji nak letak sini.
Bahan:
3 biji telur size sederhana.
350ml stok ayam - homemade or cube stok
light soy sauce - 2 sudu besar (Lee Kum Kee)
Garam secukup rasa
white pepper
Bahan utk letak dlm cawan
carot
enoki mushroom
udang
crab fillament stick - ptg kecik
Telur 3 biji tadi dipecahkan dlm mangkuk berasingan. Jangan pukul telur tu tapi just lalukan sudu crossing beberapa kali utk pecahkan telur kuning. kemudian campurkan kicap cair, garam dan white pepper. Kemudian campurkan telur td bersama chicken stok.
Bahan utk di letakkan dlm cawan, saya tak letak udang or ayam tapi saya letak crab fillamen je sbb ni je ada kat rumah. Bahan tadi saya siapkan dlm tupperware kecik supaya senang kemudian hari. Carot saya potong panjang sbb anak saya mmg mkn macam tu kalau ptg cube dia tak makan.
Gunakan cup kecik or ramekin cup tu sbb senang nak masak dan senang nak makan. Bhn tadi just campakkan je dlm tu kemudian tuang telur yg dicampurkan dgn chicken stok. Sebelum kukus cover dgn cling film supaya telur tu tak meluap naik nnt tak cantik dan tak sedap. Kukus atas api yg besar selama 15 minit dan angkat.
Dah siap dan boleh makan dah, walaupun tak pakai air rebusan bonito kelp tu tapi pada saya okaylaa sedap gak. Anak saya makan lebih selamat sbb bahan yg digunakan halal dan suci .. Alhamdulillah.
Kalau sesapa nak mencuba boleh laa tapi kalau rasa tak mau pun takpe saya cuma nak kongsi dgn kengkawan saya yg baca blog nih.
Daaaaaaaa
Posted by
Alice
at
10:13 AM
2
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)




